Kini Mudah Bersiap Dengan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++

2 Comments


Setiap hari bila nak bersiap pergi keje, memang aku harus menempek muka ku dengan Foundation. Concealer? bila ada event je aku guna, tu pun kalo tahap kerajinan tinggi. Kalo tak, dalam mimpi ajer la. aku bukan jenis yang suka sangat apply concealer, sebabnya akan makan masa sikit. malas lah nak hadap muka berjam jam.



Setelah diperkenalkan dengan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++, aku dah mula jatuh cinta dengan produk ini. Ingat tak aku pernah attend session photoshoot dengan Clinique. Boleh baca kat ENTRY INI. Since that day, memang hari hari aku pakai foundation ini. super love with this product.

meh aku review secara jujur ikhlas mengenai produk ini.





Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++ datang dengan 6 shades berbeza, 61 Ivory, 62 Rose Beige, 63 Fresh Beige, 64 Cream Beige, 65 Neutral dan 66 True Beige. dan untuk kulit muka aku, dicadangkan untuk gunakan shades 65 Neutral.


packaging yang menarik, didatangkan dengan glass bottle. nampak sangat exclusive.

Foundation berasaskan liquid ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. dari kering sehinggalah kepada kulit berminyak. Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++ ini memberikan medium to full coverage kepada pengguna tanpa rasa mekap tebal di muka. ini kerana produk ini fokus pada weightless dan flawless look. so bila pakai, tak rasa sangat ada foundation yang tebal, memang terasa nipis dan segala cela di muka ditutup dengan foundation ini. Disamping itu, foundation ini dilengkapkan dengan pelindung UV SPF 19, terlindung kulit muka dari kerosakan sinar UV.



cara untuk memakai pun sangat mudah. menggunakan applicator untuk apply foundation di muka. di bahagian yg besar tu untuk sapuan di pipi dan dahi. senang cerita untuk memudahkan sapuan di kawasan yang luas. manakala di bahagian tips, untuk fokus di kawasan seperti bawah mata, hidung, celahan tepi hidung dan dibahagian yang mempunyai cela untuk ditutup. just put dot dot dot di kawasan yang kita nak fokuskan, then sapu la menggunakan beauty blender atau span ataupun berus atau menggunakan jari sahaja. aku menggunakan foundation brush untuk sapu rata foundation ni kat muka.


semenjak menggunakannya selama sebulan, apa yang aku boleh katakan. finishing nya memang puas hati. memberikan weightless and flawless look. disebabkan kulit muka aku cepat berpeluh, selalunya aku akan letak sedikit powder di muka selepas letak foundation ini. tona kulit sama dan rata di muka, dan yang penting tidak memberikan hasil mekap yang bertompok tompok bila dah berpeluh. masih sama seperti mula-mula memakainya. mekap tahan lama, boleh bertahan dari pagi sampai petang tanpa nampak kulit muka berminyak. nak menanggalkan pun mudah jugak. kulit muka sentiasa lembap, dan tidak menyumbatkan liang liang pori muka.




apa yang boleh aku katakan, untuk tahu shades mana yang sesuai, kena pergi ke kaunter dan mintak advise dari Beauty Advisor. macam aku, shades aku lighter dari tona sebenar kulit muka aku, sebab bila dah pakai, foundation ni akan oxidise sikit. tak suggest untuk amik ikut tona kulit kita, takut nanti bila dah pakai kulit jadi gelap sedikit.

ohh sebelum terlupa, foundation ini tak perlu pakai banyak. sedikit sapuan di kawasan tertentu dah cukup untuk cover satu muka. boleh la jimat pakai sebotol ini untuk 3 4 5 bulan kan. tak payah nak beli dua produk foundation dan concealer secara berasingan, beli yang ini je. jimat oiii.

Harga : RM132 untuk 30ml

untuk maklumat lanjut, boleh lah ke website Clinque : http://www.clinique.com.my/ dan jugak FB : https://www.facebook.com/cliniquemalaysia?fref=ts

sebelum membeli, jenguklah ke mana mana kaunter Clinique untuk cuba dahulu. aku pasti korang akan jatuh cinta jugak nanti.

(^_^)v



You may also like

2 comments:

  1. liz suka concealer tp mg leceh kak. liz pakai pun sbb nk tutup parut. kalau takd parut jrawat haisshhh memang bye2 la concealer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la kita...pakai sebab nak tutup parut...and kalo bleh nak yg senang macam ni, 2 in 1...dua2 ada, sekali pakai je...hehe

      Delete

Powered by Blogger.