Happy Bath Moment dengan Yuan Soap, Sabun Buatan Sendiri

1 Comments

Pernah terpikir tak nak pakai sabun yang buatan sendiri (handmade)? ye la, sabun sabun di pasaran kebanyakkan banyak chemical, mesti ada satu hari tu terpikir, kan best kalo dapat pakai sabun yang handmade plus menggunakan bahan-bahan natural. bila jumpa Yuan Soap ni, terus happy tak terkata. hehe. dapat jugak guna sabun yang bebas bahan kimia.


Yuan Soap diperbuat dari bahan bahan semulajadi yang ditanam sendiri di Taiwan. diaorang ada ladang sendiri tau. lebih dari 25 jenis sabun yang dihasilkan oleh Yuan Soap dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis kulit. dari kulit sensitif, eczema, kering hingga ke kulit normal. bau sabun juga tidak menggunakan sebarang wangian tambahan, memang original bau bahan-bahan yang digunakan. serius sedap bau. feeling fresh sangat! rasa macam berada di kawasan pertanian yang penuh bunga bungaan.



Dalam sekotak Yuan Soap Set ni, aku dapat tiga jenis sabun : Yuan Lemon Soap, Yuan Mung Bean & Job's Tear Soap dan Yuan Patchouli Soap.



Yuan Soap ni sememangnya dibuat sendiri, sebab kalo korang tengok sabun nya, hasilnya tak la secantik sabun yang commercial. ada la ketidaksempurnaan dia. seriously, bila korang pegang sabun ini, akan terasa kelainan dia. memang bukan sabun biasa.


Yuan Lemon Soap
Kandungan : Lemon Juice, Lemon Rind, Lemon Leaves, Lemon Oil (Citrus Limonum), Verbena, Sage (Salvia), Lemongrass (Cymbopogon Citratus), Thyme Oil (Thymus Vulgaris), Olive Oil (Olea Europeoa), Sunflower Oil (Helianthus Annus), Grapeseed Oil (Vitis Vinifera), Coconut Oil (Cocos Nucifera)

Sesuai untuk kulit yang berminyak dan mempunyai liang pori yang besar. Sabun ni mampu memcerahkan dengan menanggalkan segala sel-sel mati dan memperbaiki kapilari yang rosak. disamping itu juga, sabun ini mampu mengecilkan liang pori dan mengurangkan jeragat di muka. Bagus untuk seimbangkan minyak di muka dan untuk yang nak cepat, yang nak mudah, memang digalakkan menggunakan sabun ini.

Harga : RM32.50
Berat : 100g +- 10g
Produk dari Taiwan


Yuan Mung Bean & Job's Tear Soap
Kandungan : Mung Bean, Job's Tears, Cinnamon Oil, Clove Oil, Beeswax, Olive Oil, Grapeseed Oil

Sabun pencuci muka ini antara yang terkenal dalam range Yuan Soap. Memang ramai yang pakai dan sukakannya. Sesuai untuk semua jenis kulit. Mung Bean dan Job's Tear, bahan yang sangat bagus untuk membersihkan muka secara mendalam, mencerahkan malah membantu menyama rata kan tona warna kulit. manakala Cinnamon Essential Oil pulak bagus untuk improve blood circulation di muka yang mampu menyerlahkan seri muka korang. Sabun ini sangat la sesuai digunakan setiap hari untuk menanggalkan mekap, mengurangkan pigmentasi yang disebabkan terlalu terdedah pada sinaran matahari dan haruslah guna sabun ini untuk kulit yang bersih dan cantik.

Harga : RM24.50
Berat : 100g +- 10g
Produk dari Taiwan


Yuan Patchouli Soap
Kandungan : Coleus Ambolnicus Lour, Edible Gynura, Pogostemon Cablin, Rosemary Oil, Beeswax, Olive Oil, Sunflower Seed Oil, Canola Oil

Patchouli dikenali sebagai bahan natural yang mengandungi natural antiseptik yang mampu mengurangkan eczema dan athlete's foot. Malah untuk yang mengalami bumpy skins (sesetengah orang panggil chicken skins) pun sesuai menggunakan sabun ni. Patchouli ni sebenarnya dalam golongan mint, dan ia sangat la membantu untuk menghilangkan haba dalam badan serta memberikan mandian yang sangat menyegarkan.

Harga : RM32.50
Berat : 100g +- 10g
Produk dari Taiwan

Kesemua sabun diperbuat 100% dari bahan semulajadi. tiada sebarang pewangi tiruan, tiada bahan kimia dan juga tiada petrochemicals. malah tiada penggunaan lemak haiwan di dalam perbuatan sabun ini. adapted with Chinese herbal recipes.

dah beberapa minggu aku gunakan sabun ni, memang best. kulit muka bersih je. plus takde pulak kesan kesan tak diingini berlaku lepas tu. memang terasa bersih sungguh kulit muka ku. except yang eczema tu je aku tak guna sangat sebab aku tiada masalah eczema. Yuan Mung Bean & Job's Tear Soap paling aku suka sebab memang bagus untuk remove mekap. kulit pun tak kering lepas guna sabun ni. boleh nampak perubahan di muka.

sememangnya aku suggest korang beli Yuan Soap ni. apa kata kita berubah pulak guna bahan semulajadi. asyik chemical je kan. korang boleh beli sabun ni kat

Instagram : NattaCosme



You may also like

1 comment:

  1. nmpk mcm herba, tapi sabun yg berbau wangi mmg bnyk bahan climikal, tapi bagus utk org enzema

    ReplyDelete

Powered by Blogger.