Campuran Makanan Kering Dan Basah Buat Si Anak Bulus

0 Comments

Dari hari pertama aku menjaga kucing, aku dah amalkan campuran makanan kering (dry food) dan makanan basah (wet food). kenapa aku mix kan? kenapa aku tak bagi je makan dry food sahaja? semua persoalan ni akan aku jawab dalam entry ni.

si Kenit Tam yang tak sabar nak tengok makanan yang diaorang dapat. Excited sangat!

tengok tu, mai dah kalut dia tuuuuu....




meh la aku cerita kenapa aku amalkan mix feeding. tujuan nya nak mereka rasa kenyang disamping mendapat nutrisi dari kedua-dua jenis makanan. ye la kucing kan memerlukan protein dan lemak yang tinggi, so kena la bagi the best food for them kan. bagi aku, kalo hari hari makan dry food pun boring gak kan. kalo makan wet food pun saja pun tak bagus jugak, mesti akan ada kekurangan nutrisi. so aku mix kan kedua duanya. bukan mix dalam satu bowl, tapi mix aku adalah waktu pagi dan malam makan wet food, waktu selebihnya sekiranya lapar, kena makan dry food. so both food diaorang akan makan. dah train dari kecik memang gitu caranya.

kalo tak nak bagi wet food hari-hari pun tak apa, janji bagi jugak mereka merasa makan wet food. once in a while kena bagi treat jugak kan. tapi macam aku, memang setiap hari bagi wet food. tapi dengan jumlah yang berpatutan. tak la berlebihan.


Makanan dari Whiskas ini, menggunakan The Vital System yang memberi banyak kebaikan kepada kucing. antaranya bulu yang cantik dan bersinar, mata yang sihat dan terang; dan memberi tenaga secukupnya kepada kucing. sebab tu tak boleh tinggal dry food, kena bagi jugak makan.


pemakanan yang lazat dan sempurna, penting untuk tumbesaran kucing. kena bagi zat yang mencukupi supaya mereka kekal sihat selalu.





berselera mereka ni makan, sedap sangat kot. hehe.




bagi dry food abis, wet food confirm la habis kan. lega mummy korang ni tau. hehe.


Untuk peminat kucing seperti aku, nak bagitau ni. Whiskas sedang mengadakan pertandingan Whiskas National Cat of the Year 2015. Mempertandingkan beberapa kategori seperti The Bright Eyes category, The Shiny Fur Coat category dan The Lively and Energetic category, korang hanya perlu hantar gambar sahaja. mana nak tau boleh menang hadiah bernilai RM10,000 dan dapat barangan Whiskas untuk setahun. best tu. banyak wehhh.

Whiskas akan memilih Top 5 untuk setiap kategori dan Grand Finale nya akan berlangsung pada 3 Oktober 2015 di AEON Ampang Utara 2 (AU2) (AEON Setiawangsa). Korang yang tak join contest pun boleh datang jugak sebab ada macam-macam aktiviti kat sana. InsyaAllah jika berkesempatan aku pergi, tapi tak boleh nak bawak anak anak bulus ni. semua jenis takut orang. kang mau lari tak cukup tanah deme tu. 

jumpa korang kat sana nanti erk. tak sabar nak tengok aktiviti apa yang ada nanti.

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.