Pernah terpikir tak nak pakai sabun yang buatan sendiri (handmade)? ye la, sabun sabun di pasaran kebanyakkan banyak chemical, mesti ada satu hari tu terpikir, kan best kalo dapat pakai sabun yang handmade plus menggunakan bahan-bahan natural. bila jumpa Yuan Soap ni, terus happy tak terkata. hehe. dapat jugak guna sabun yang bebas bahan kimia.


Yuan Soap diperbuat dari bahan bahan semulajadi yang ditanam sendiri di Taiwan. diaorang ada ladang sendiri tau. lebih dari 25 jenis sabun yang dihasilkan oleh Yuan Soap dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis kulit. dari kulit sensitif, eczema, kering hingga ke kulit normal. bau sabun juga tidak menggunakan sebarang wangian tambahan, memang original bau bahan-bahan yang digunakan. serius sedap bau. feeling fresh sangat! rasa macam berada di kawasan pertanian yang penuh bunga bungaan.



Dalam sekotak Yuan Soap Set ni, aku dapat tiga jenis sabun : Yuan Lemon Soap, Yuan Mung Bean & Job's Tear Soap dan Yuan Patchouli Soap.



Yuan Soap ni sememangnya dibuat sendiri, sebab kalo korang tengok sabun nya, hasilnya tak la secantik sabun yang commercial. ada la ketidaksempurnaan dia. seriously, bila korang pegang sabun ini, akan terasa kelainan dia. memang bukan sabun biasa.


Yuan Lemon Soap
Kandungan : Lemon Juice, Lemon Rind, Lemon Leaves, Lemon Oil (Citrus Limonum), Verbena, Sage (Salvia), Lemongrass (Cymbopogon Citratus), Thyme Oil (Thymus Vulgaris), Olive Oil (Olea Europeoa), Sunflower Oil (Helianthus Annus), Grapeseed Oil (Vitis Vinifera), Coconut Oil (Cocos Nucifera)

Sesuai untuk kulit yang berminyak dan mempunyai liang pori yang besar. Sabun ni mampu memcerahkan dengan menanggalkan segala sel-sel mati dan memperbaiki kapilari yang rosak. disamping itu juga, sabun ini mampu mengecilkan liang pori dan mengurangkan jeragat di muka. Bagus untuk seimbangkan minyak di muka dan untuk yang nak cepat, yang nak mudah, memang digalakkan menggunakan sabun ini.

Harga : RM32.50
Berat : 100g +- 10g
Produk dari Taiwan


Yuan Mung Bean & Job's Tear Soap
Kandungan : Mung Bean, Job's Tears, Cinnamon Oil, Clove Oil, Beeswax, Olive Oil, Grapeseed Oil

Sabun pencuci muka ini antara yang terkenal dalam range Yuan Soap. Memang ramai yang pakai dan sukakannya. Sesuai untuk semua jenis kulit. Mung Bean dan Job's Tear, bahan yang sangat bagus untuk membersihkan muka secara mendalam, mencerahkan malah membantu menyama rata kan tona warna kulit. manakala Cinnamon Essential Oil pulak bagus untuk improve blood circulation di muka yang mampu menyerlahkan seri muka korang. Sabun ini sangat la sesuai digunakan setiap hari untuk menanggalkan mekap, mengurangkan pigmentasi yang disebabkan terlalu terdedah pada sinaran matahari dan haruslah guna sabun ini untuk kulit yang bersih dan cantik.

Harga : RM24.50
Berat : 100g +- 10g
Produk dari Taiwan


Yuan Patchouli Soap
Kandungan : Coleus Ambolnicus Lour, Edible Gynura, Pogostemon Cablin, Rosemary Oil, Beeswax, Olive Oil, Sunflower Seed Oil, Canola Oil

Patchouli dikenali sebagai bahan natural yang mengandungi natural antiseptik yang mampu mengurangkan eczema dan athlete's foot. Malah untuk yang mengalami bumpy skins (sesetengah orang panggil chicken skins) pun sesuai menggunakan sabun ni. Patchouli ni sebenarnya dalam golongan mint, dan ia sangat la membantu untuk menghilangkan haba dalam badan serta memberikan mandian yang sangat menyegarkan.

Harga : RM32.50
Berat : 100g +- 10g
Produk dari Taiwan

Kesemua sabun diperbuat 100% dari bahan semulajadi. tiada sebarang pewangi tiruan, tiada bahan kimia dan juga tiada petrochemicals. malah tiada penggunaan lemak haiwan di dalam perbuatan sabun ini. adapted with Chinese herbal recipes.

dah beberapa minggu aku gunakan sabun ni, memang best. kulit muka bersih je. plus takde pulak kesan kesan tak diingini berlaku lepas tu. memang terasa bersih sungguh kulit muka ku. except yang eczema tu je aku tak guna sangat sebab aku tiada masalah eczema. Yuan Mung Bean & Job's Tear Soap paling aku suka sebab memang bagus untuk remove mekap. kulit pun tak kering lepas guna sabun ni. boleh nampak perubahan di muka.

sememangnya aku suggest korang beli Yuan Soap ni. apa kata kita berubah pulak guna bahan semulajadi. asyik chemical je kan. korang boleh beli sabun ni kat

Instagram : NattaCosme



dah banyak kali balik kampung, duk teringin nak minum air Teh Malaya. asyik tak dak rezeki ja. sob sob. 



 Alhamdulillah balik raya Haji aritu, depa ni bukak kedai. dapat la try minum. dah kawan kawan semua kata sedap, haruslah kena beli kan. Tokey dia, kawan en.osbon. gigih sebelum pi kenduri, singgah dulu order. takut kang lepas balik kenduri, kena beratoq panjang pulak atau pun dah habis. kang tak pasai kempunan lagi. 


dapat la try Kokozilla ngan Teh Hijau. siap request nak tester Teh Malaya. hehehe. kat sini boleh mintak tester dulu kalo tak boleh nak decide nak air yang mana satu. tapi takyah la pening-pening, order ja. konpem korang puas hati lepas minum. dah la harga murah pulak tu. 


Tester Teh Malaya



nak tau lokasi kat mana, sila tengok kat FB depa : https://www.facebook.com/tehmalaya . nak explain, aku tak terer sangat belah kampung laki aku ni. hehe. kalo pi belah sana, jangan lupa singgah na. 

 (^_^)v



Buat pertama kalinya menghadiri event yang bukan sahaja ada makeover untuk mencuba produk terbaru dari Clinique, Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++, malah boleh merasa pengalaman menjadi model untuk seketika. ada photoshoot sama wehh. Perasaan? Excited plus nervous sebab 1st time nak buat studio photoshoot.

Lokasi event adalah di Metal Bees Production House. Serious cakap, production house ni sangat cantik tempatnya. rasa macam nak amik gambar di setiap pelusuk kawasan production house ini, tapi ai is pemalu, maka duduk senyap senyap suda. hehe. behave ok behave.

CLINIQUE's Team

Kedatangan kami disambut oleh para jelitawan Clinique dan sebelum sesi makeover dan photoshoot bermula, kami diberi serba sedikit penerangan mengenai Clinique dan sejarahnya. Bila dah dengar explanation tu, baru tau Clinique adalah salah satu jenama yang sangat lama berada dalam dunia kecantikan ni dan produk produk Clinique dibuat untuk mereka yang merasakan kecantikan tu adalah disebabkan genetik. kalo genetik tak cantik, maka mereka pun cantik. tapi sains membuktikan perkara tu adalah salah, kita sendiri boleh menjadikan kulit muka kita cantik dengan penjagaan yang rapi. Semua orang boleh jadi cantik tau. Jadi Clinique membantu mereka untuk nampak cantik secara natural.


dan pastinya, Clinique berkongsi produk terbaru mereka iaitu Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++. 2 in 1, foundation & concealer dalam satu botol. Kalo sebelum ni, kena pakai asing asing, sekarang ni, mudah je. dua dua dapat. aku ni jenis spesis yang tak berapa suka nak apply concealer sebab makan masa nak bersiap. bila Clinique mengeluarkan produk ini, haruslah aku suka. cepat sikit nak siap mekap mekap. dengan berkonsepkan "Weightless Meet Flawless", ternyata ia memang foundation yang weightless plus the result memang flawless. nanti aku review lebih lebih dalam entry yang lain.

selepas selesai segala penerangan, kami dipanggil seorang demi seorang untuk dapatkan makeover dan photoshoot. serious aku excited nak di make over by Clinique Team. sambil di makeover, kitaorang borak-borak la pasal produk Clinique, our own face, apa rutin harian kami. so time well spend during makeover. plus dapat info macam-macam lagi mengenai produk Clinique.

actually on that day, kami dinasihatkan datang tanpa mekap. so, korang boleh la tengok hasil sebelum dan selepas nya tau.


tengok lah muka aku yang pucat ya amat tu. huhu.

with Syazana Nazri

Sesi Makeover bermula, bilik mekap memang kecoh ngan kami para Blogger. hehe.



hasilnya. tadaaa.

bila mai tang photoshoot tu aku nervous ya amat. adoi. macam mana nak pose ini. kang pose tak kena kang, tak cantik plak gambar. nasib baik Metal Bee's team sangat supportive. ajar every step macam mana nak pose apa semua tu. bukan senang rupanya nak jadi model ni. and patutlah bayaran mereka sangat lumayan, walaupun nampak mudah je kena pose, tapi realitinya, susah giler kot. 






but but it was an awesome experience i ever had. and the lepas abis je photoshoot, apa yang aku rasakan ialah just be yourself, be confident and always remember you are beauty in your own way.




gambar yang terhasil, me love it so so so so so much. Thank you Clinique, thank you The Butterfly Project and thank you Metal Bee's Production. balik rumah seharian aku senyum kegembiraan. tak lupa juga, memory yang takkan ku lupa, masa aku bersama kawan kawan blogger. punya lama tak jumpa mereka, dah berbulan kot. bila dah jumpa, haruslah bermacam cerita ada. hehe. hope to see uolss lagi lepas ni.


With Izzati

with Mieza

with Mira Cikcit

with Sabby Prue

with Shazwani

with Anis



sambil tulis entry ni pun, aku masih senyum seronok teringat hari yang teramat indah tu. my priceless experience which can't never be bought with money.


(^_^)v



bertempat di Empire Shopping Gallery, restoran yang menjadi sebutan ramai, Jibby & Co, akhirnya aku terjah. hehe. last month nak celebrate birthday adik, tak tau nak makan kat mana. pergi IOI City Mall Putrajaya tu, macam tak ada yang menarik minat je. tu yang last-last decide Jibby & Co la since dua-dua tak pernah makan situ.

Parking dalam Empire Shopping Gallery, restoran nya betul berdepan dengan Empire. if lalu depan memang nampak la. Jibby & Co bukan kat dalam Empire Shopping Gallery.

tempat best sure la ramai orang pergi dan makan kan. sesampai je, menunggu seketika untuk dapat tempat duduk coz ramai orang datang untuk dinner. luckily ada gak meja for two.



malam tu, kitaorang order Iced Crushed Lemonade, Iced Cafe Latte, Tiger Prawn And Blue Swimmer Crab dan Asian Seafood Platter. sementara menunggu makanan, tengok keadaan sekeliling, tempat nya memang best untuk makan famili. lepak lepak dengan membe. nak buat celebration pun best jugak. selesa. walaupun ramai, tak rasa crowded kat dalam restoran ini. service pun ok. not bad.

Iced Crushed Lemonade RM13, Iced Cafe Latte RM14


air nya biasa je. standard macam restoran lain. so tak yah la komen lebih lebih kan. air je pun. hehe.

Tiger Prawn And Blue Swimmer Crab Pasta


Tiger Prawn And Blue Swimmer Crab RM35 - sedap! untuk aku yang tak suka pasta yang sauce nye tomato base, yang ini aku ok. tak rasa masam tomato sangat and its just nice. portion pun banyak. tak abis oii makan sorang. ketam dileraikan dan diadun dalam kuah pasta, so ada rasa manis manis dalam kuah plus its so creamy. recommended sangat!

Asian Seafood Platter






Asian Seafood Platter RM35 - kitaorang tak expect akan datang macam ni. ingatkan skit je. sekali, hamik kau. ni makan untuk dua orang boleh la. banyak wehhh. dengan harga tu, serious berbaloi giler kot. nasi goreng ikan masin, sambal sotong, udang bakar and crispy soft shell crab dengan cili sos manis dalam satu pinggan. puas makan. walaupun nampak cam kering takde sup, actually tak perlu pun semua tu, sebab makan dengan setiap seafood yang ada pun dah cukup. yang ni pun recommended! konpem aku order lagi nanti.


untuk penutup, aku request Pavlova kek untuk birthday girl. the cake, mmmmm yummylicious. tak la manis ya amat sangat. memang manis yang sesuai untuk pavlova. kang aku kata tak manis, tipu la kan, sebab pavlova memang kena manis. cumanya manis dia tak over. makan dengan cream & buah strawberry. perfect!

tera duk tulis entry ni pun, macam gedik gedik nak pergi makan lagi sebab puas hati sangat sangat dengan makanan dan servis. en.osbon, jom la kita gi makan kat sini seround.

(^_^)v

Powered by Blogger.