Review : SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar

2 Comments

Salah satu rutin kecantikan aku yang jarang aku kongsikan dengan korang, ialah pengambilan collagen. bila usia dah mencecah 30-an ni, mula lah pikir nak jaga macam-macam especially muka. kalo boleh tak nak la nampak cepat tua ye dok. hehe. takde la jugak niat nya gitu, tapi sebaiknya nak la cantik sentiasa depan suami kan.


baru-baru ni aku mengamalkan satu collagen ni dari SkinSoul. Apa itu collagen? Collagen adalah protein dalam badan manusia dan haiwan dan merangkumi 30% dari jumlah keseluruhan protein badan. kenapa kita perlu collagen? sebab ia memberikan struktur tisu kulit untuk jadi sihat, cantik, lembap dan paling penting memberikan kulit yang anjal dan seimbang. Senang cerita, collagen ni penting dan menjadi asas blok binaan dalam tubuh badan kita. makan collagen bukan nak cantik je tau, sebenarnya untuk kesuluruhan kesihatan badan.



SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar ini diperbuat daripada German Fish (Cod, Pollock dan Haddock). Tiada bahan seperti hormon atau antibiotik pada ikan-ikan ni. collagen ni membantu kulit untuk tampak sentiada muda, sehat dan bersinar secara semulajadi. SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar merupakan collagen yang pertama yang dihasilkan yang mampu memberikan penyerapan secara efektif pada kulit. ia dihasilkan eksklusif di Korea.


9 antioksida untuk kekal muda dan jelita
- German fish collagen
- artichoke extract
- mulberry extract
- melon concentrate
- hyalunoric acid mixture
- pear concentrate
- rice bran extract
- peach concentrate
- vitamin C




apa lagi kebaikan SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar ini ialah :
- melambatkan proses penuaan
- mengekal keanjalan kulit disamping membantu menyusun semula collagen yang berada di dalam kulit.
- merangsang proses pembaharuan kulit
- mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di muka
- menghilangkan tompok-tompok gelap serta menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata
- meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan

setelah aku makan selama 2 minggu, perubahan yang paling ketara aku perasan. kulit muka sangat lembut, kurang berjerawat, badan rasa segar bila bangun setiap pagi. even jeragat dimuka pun nampak seperti pudar sedikit. dan paling best, terasa glowing glowing di muka aii. auuwww. ai suka. sorry kalo tak nampak jelas dalam gambar kat bawah ni. tapi serious tak tipu, memang nampak perubahan di wajah aku. dengan hanya mengamalkan satu sachet pagi sebelum breakfast dan satu sachet malam sebelum tido. inilah hasilnya.

Before ambil SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar

Selepas mengamalkannya
rasa SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar ni, ada rasa masam-masam macam makan buah oren ngan buah berry. ada kala rasa macam buah melon pun ye gak. sedap dimakan ala makan sunquick berry berry gitu. senang sangat nak makan, bukak sachet tu terus ngap. tak sempat nak makan dirumah, boleh letak dalam beg and makan kat office. aritu aku sempat makan dalam kereta lagi masa tengah layan jam. mudah sangat!


SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar dicadangkan simpan didalam peti sejuk so bila makan lagi sedap dan tak muak. Time amik collagen ni, kena pastikan minum air yang banyak ok.


Harga : RM596 (15 sachet didalam)

seperti biasa, promotion SkinSoul masih ada hanya dengan menggunakan code #SSAlyza. Promotionnya adalah

- beli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan dapatkan limited edition SkinSoul Lip Balm di mana-mana outlet SkinSoul. Review SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes, korang boleh baca kat SINI.

- beli SkinSoul Skin Shield Travelling Set dengan hanya RM388 (Harga Asal RM500), review pasal set ni pun dah share dah aritu. baca kat SINI tau!

- dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit, korang boleh beli SkinSoul Skin Shield set dengan harga RM100 sahaja. murah kan.

janji mention code #SSAlyza untuk nikmati promotion ni tau.


(^_^)v




You may also like

2 comments:

Powered by Blogger.