Review : Laneige BB Cushion [Pore Control] SPF 50+ PA+++

0 Comments


Banyak review dari Beauty Blogger yang kata BB Cushion ni best. aku pun terus menyimpan hasrat nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Alhamdulillah, lepas tu dapat attend Laneige Beauty Road with BB Cushion kat Midvalley, bawak balik barang idaman hati. senyum sampai telinga kauu. haha.

kenapa aku nak sangat-sangat Laneige BB Cushion ni, sebab nak cantik cam orang korea gitu. verangan sangat! haha. lagipun aku nak something yang dewy finishing and glowy plus nak nampak natural tanpa nampak seperti memakai mekap tebal.

dikatakan yang pertama didunia yang menggunakan technology cushion with 800,000 pores. memberikan kelembapan pada kulit, long-lasting dan yang penting tidak membuatkan mekap korang bertompok tompok atau bertampuk.

Laneige BB Cushion Pore Control sangat sesuai untuk kulit berminyak dan combination. and kulit muka aku memang combination, so sesuai sangat la guna produk ni.

kebaikan Laneige BB Cushion Pore Control ini :
i) Pore control
ii)  Pore coverage
iii) Semi-matte finish
iv) Water resistant
v) Soothing Effect
vi) UV Protection SPF 50+++



aku pilih No.31 Brown Beige, sebab warna ni yang paling sesuai dengan warna kulit aku. so bila pakai tak nak la muka putih sangat or gelap sangat. biar just nice.


dalam satu kotak Laneige BB Cushion Pore Control, ia datang sekali dengan refill pack. boleh la pakai lagi lagi lama. dan dengan harga RM150 untuk ini, aku rasa berbaloi kot. sebab bleh pakai lama dan amount yang digunakan setiap kali pakai tak banyak. tak caya, nanti aku cerita kat bawah bawah ni.



bekas yang cantik senang nak letak dalam beg, didatangkan sekali dengan cermin. senang nak touch up kat mana-mana.



puff yang lembut, yang senang nak pegang masa apply BB Cushion. tailor-made plus material yang digunakan sangat berbeza. dapat menyerap 9x lebih air walaupun ia nampak ringan je. puff ni sangat membantu meratakan BB ke seluruh muka tanpa memberi kesan tompok tompok di muka.



well sealed, so produk akan maintain tanpa kering di dalam nya. cuma lepas bukak ni, makesure tutup rapat-rapat k.


nampak tak cushion tu. memula tengok macam kagum plak. first time nak try product yang guna technology cushion ni. keterujaan tahap maksima ni.

sekarang aku nak share my own view pasal Laneige BB Cushion Pore Control ni.


amount of BB yang diserap oleh puff ni memang just nice, betul la seperti yang dikatakan tu. dab (tekan) di muka sambil ratakan, memang tak buatkan BB tu tertumpu pada satu bahagian. seriously, puff ni membantu memberikan hasil yang cantik.

bila sapukan di muka, memang terasa sejuk je muka ni. sebab tu la orang kata, nak makesure mekap cantik, suhu muka kena sejuk sikit. then boleh mekap stay lama.

tanpa Laneige BB Cushion Pore Control (tolong ignore muka yang pucat tu ye)

sapuan Laneige BB Cushion Pore Control separuh di muka



sapuan ke seluruh muka menggukan Laneige BB Cushion Pore Control

since korang macam tak nampak sangat beza nya, meh aku share satu lagi gambar.


nampak tak hasilnya macam mana. coverage light to medium. tak cover sangat jeragat jerawat di muka, but memang cover abis liang liang pori. so bila pakai, pores semua memang covered abis. my skin tone pun nampak even je. natural look tercapai. plus nampak glowy glowy skit.

ada satu hari tu, aku ada aktiviti luar, so apply la BB Cushion ni. panas yang teramat sangat, muka dah berpeluh gila gila punya. bajet abis la mekap, konpem cair abis dan bertompok. tengok kat cermin, surprisingly, BB ni masih ada. tak hilang pun. then touch skit skit pun still memberikan hasil yang cantik and smooth. no wonder la ramai yang jatuh cinta dengan produk ini.

cuma apa aku boleh katakan, if korang plan nak pakai bedak ni untuk tutup cela di muka. sangat tak sesuai, but untuk tutup pores nak mekap cantik, sangat recommended. macam kata tadi coverage dia light sahaja.

untuk mekap keseluruhan muka, memang tak menggunakan banyak BB. a few press kat cushion enough untuk cover satu muka. tak memerlukan BB yang banyak untuk cover semuanya.

A photo posted by Alyza Fisol (@alyzafisol) on

ni salah satu gambar selfie menggunakan Laneige BB Cushion Pore Control dan touch up sedikit dengan mineral powder. seriously this is my number 1 product. Love it!

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.