Review : SkinSoul Natural Volume Attack Mascara

2 Comments


Hari ini rasa macam nak share experience mencuba produk SkinSoul Natural Volume Attack Mascara. Rasanya macam ni first time share experience pakai mascara kat blog. selalunya bercerita gitu gitu je kat orang lain.

sebelum aku nak review pasal maskara ni, aku bercerita sedikit pasal SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni. SkinSoul adalah antara jenama yang menolak untuk menggunakan bahan-bahan yang boleh merosakan muka. Disebabkan inilah, SkinSoul Skincare & Cosmetic 100% paraben-free. Begitu juga dengan mascara ini, 100% paraben-free dan prostaglandin free; dan menggunakan ekstrak mulberry sebagai bahan utama.

Ekstrak Natural Mulberry telah terbukti kaya dengan polynutrients dan vitamins yang mampu memberi nafas baru pada folikel rambut, menyuburkan rambut, maintakan warna dan mengelakkan keguguran rambut. fungsi Antioksida yg ada dalam Mulberry ekstrak ni mampu melindungi folikel rambut dari kerosakan radikal (radical damage).




Di dalam SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni memang ada digunakan ekstrak Mulberry sebagai bahan utama. so nak tahu apa aku rasa selepas menggunakannya untuk beberapa minggu? ni review dari aku.

apa aku boleh katakan, aku suka sangat dengan Mascara ni, sebab dah takde dah bulu mata luruh setiap kali mencuci mascara ni. mudah dipakai, mudah ditanggalkan. yang penting tak berketul-ketul ataupun bergumpal (clump) masa pakai malah tiada kesan melekit, just dengan menggunakan cara pemakaian zig zag, cantik je mascara terletak pada bulu mata.




sepanjang menggunakan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni, aku perasan bulu mata aku tebal sedikit plus panjang sedikit. maybe dalam gambar yang aku nak share nanti tak berapa nampak hasilnya, tapi tu yang aku perasan la. Bak kata Beauty Consultant SkinSoul, dalam masa 4 minggu korang akan nampak hasilnya. and yes, memang nampak! serius cakap bukan propa tau! hehe

yang penting bulu mata masih nampak natural bukan nampak tebal seperti memakai mascara setebal 2 inci. 


pasni boleh say bye bye pada bulu mata pelesu. walaupun aku jarang pakai bulu mata pelesu, tapi kalo boleh memang la taknak pakai, renyah wehhhh. biarlah bulu mata ori, takyah nak che ta sangat. jadi che lyza ja cukup dah aih. janji sedap mata en.suami memandang. eh!

Harga SkinSoul Natural Volume Attack Mascara adalah RM195.

seperti biasa, promotion SkinSoul masih ada hanya dengan menggunakan code #SSAlyza. Promotionnya adalah

- beli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan dapatkan limited edition SkinSoul Lip Balm di mana-mana outlet SkinSoul. Review SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes, korang boleh baca kat SINI.

- beli SkinSoul Skin Shield Travelling Set dengan hanya RM388 (Harga Asal RM500), review pasal set ni pun dah share dah aritu. baca kat SINI tau!

- dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit, korang boleh beli SkinSoul Skin Shield set dengan harga RM100 sahaja. murah kan.

janji mention code #SSAlyza untuk nikmati promotion ni tau.


(^_^)v




You may also like

2 comments:

  1. Perghh harga dia boleh tahan juga.. betul2 berkualiti... kena try ni

    ReplyDelete
  2. Eina pon dah try... 1st time ada mascara.. Sebelom ni mmg tak pernah ada mascara dalam bilik eina ni.. Produk ni best...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.