AnimalArk PetCentre Kedai Makanan Kucing Murah

2 Comments

Bila dah banyak kucing di rumah plus kebanyakkan barang kucing dah ada GST dan naik harga, aku pun mula berfikir, mana nak cari kedai yang jual makanan kucing yang murah dan berbaloi. takkan la aku nak tukar makanan diaorang ke yang lebih murah. hmm macam tak sampai hati pulak. dah biasa bagi makan yang tu, nak tukar ke murah, serius rasa tak best. sebab bagi aku, nak bela kucing, biarlah jamu makan yang elok. kita kan berkongsi rezeki dengan mereka.

mula la aktiviti mengodek FB, dari satu page ke satu page, message setiap owner page bertanyakan beberapa harga barang, sampai la aku jumpa page AnimalArk ni. dah kaji harga semua. terus ajak en.osbon pergi kedai mereka kat Setapak. senang je nak cari, sebab berdekatan dengan Uptown Danau Kota.


menjejakkan kaki ke kedai mereka, memang aku teruja sangat. hampir semua barang dalam kedai tu murah. kalo join jadi member, boleh dapat extra diskaun. dengar kata ada extra diskaun, terus aku register jadi member. hehe.

Gambar dari FB AnimalArk

Gambar dari FB AnimalArk

Gambar dari FB AnimalArk

dari makanan dry food, wet food sampailah ke pasir, aksesori kucing semua murah. actually harga murah if korang beli borong. maksudnya, beli makanan yang 7kg, harga lagi murah compare beli yang size kecik sikit. sebab tu bila aku ke situ, aku akan borong pek yang besar. dah compare harga kedai lain, kat sini memang dapat lagi murah. pasir kucing aku guna jenis Fussie Cats yang ada bau-bauan tu, harga 1 beg 10kg di kedai RM23, tapi di AnimalArk, aku membeli dengan harga 3 beg 10kg RM53 sahaja. murah banyak kan.

begitu jugak makanan tin, aku suka beli yang tin kecik tu sebab ada seekor kucing kat umah ni, cerewet sangat makannya. di kedai lain harganya dalam RM3.00 ke RM3.50, tapi bila aku membeli secara carton 24 tins, setin harga nya dalam RM2.60. aku dah jimat berapa banyak dah kat situ je. memang la time membeli tu akan spend beratus, tapi congak darab bahagi tambah tolak, dah berapa banyak penjimatan yang aku dah dapat. sekali borong boleh tahan sebulan. almaklum lah, ada 9 ekor kat umah. imagine la banyak mana makanannya. hehe.

yang best datang kat sini, staff nya yang super friendly. ko tanya la apa saja, semua soalan dijawab. sangat membantu siap dah beli barang, susun masukkan dalam kereta lagi. so far memang aku sangat berpuashati  dengan kedai ni. dah banyak kali dah kesini. sampaikan baru-baru ini, aku sempat melawat opening kedai barunya yang lebih dekat dengan umah, di Bandar Sri Damansara.

Gambar dari FB AnimalArk

Gambar dari IG AlyzaFisol

pergi membeli time opening tu, tak pulang dengan tangan kosong, siap dapat free gift. thank you AnimalArk PetCentre.

Gambar dari FB AnimalArk

Selain kedai barunya di Bandar Sri Damansara, ada 2 kedai lagi di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan Skudai, Johor. 

korang yang ada kucing tu boleh lah shopping keperluan anak-anak bulus kat sini. aku pasti korang akan puas hati and repeat membeli disitu. aku pun dah repeat berkali kali dah. hehe.

(^_^)



You may also like

2 comments:

  1. Cuba pegi dewi petshop dekat wangsa maju area ambank ..situ pasir sgt murah dlm pemerhatian sy.. 1 kampit 10liter dlm rm15 je. Hehehe.. btw i will go this animal ark later :) tq for the info

    ReplyDelete
  2. Kedai msh ade lg geeee?
    No tel pob x de

    ReplyDelete

Powered by Blogger.