Bila dah banyak kucing di rumah plus kebanyakkan barang kucing dah ada GST dan naik harga, aku pun mula berfikir, mana nak cari kedai yang jual makanan kucing yang murah dan berbaloi. takkan la aku nak tukar makanan diaorang ke yang lebih murah. hmm macam tak sampai hati pulak. dah biasa bagi makan yang tu, nak tukar ke murah, serius rasa tak best. sebab bagi aku, nak bela kucing, biarlah jamu makan yang elok. kita kan berkongsi rezeki dengan mereka.

mula la aktiviti mengodek FB, dari satu page ke satu page, message setiap owner page bertanyakan beberapa harga barang, sampai la aku jumpa page AnimalArk ni. dah kaji harga semua. terus ajak en.osbon pergi kedai mereka kat Setapak. senang je nak cari, sebab berdekatan dengan Uptown Danau Kota.


menjejakkan kaki ke kedai mereka, memang aku teruja sangat. hampir semua barang dalam kedai tu murah. kalo join jadi member, boleh dapat extra diskaun. dengar kata ada extra diskaun, terus aku register jadi member. hehe.

Gambar dari FB AnimalArk

Gambar dari FB AnimalArk

Gambar dari FB AnimalArk

dari makanan dry food, wet food sampailah ke pasir, aksesori kucing semua murah. actually harga murah if korang beli borong. maksudnya, beli makanan yang 7kg, harga lagi murah compare beli yang size kecik sikit. sebab tu bila aku ke situ, aku akan borong pek yang besar. dah compare harga kedai lain, kat sini memang dapat lagi murah. pasir kucing aku guna jenis Fussie Cats yang ada bau-bauan tu, harga 1 beg 10kg di kedai RM23, tapi di AnimalArk, aku membeli dengan harga 3 beg 10kg RM53 sahaja. murah banyak kan.

begitu jugak makanan tin, aku suka beli yang tin kecik tu sebab ada seekor kucing kat umah ni, cerewet sangat makannya. di kedai lain harganya dalam RM3.00 ke RM3.50, tapi bila aku membeli secara carton 24 tins, setin harga nya dalam RM2.60. aku dah jimat berapa banyak dah kat situ je. memang la time membeli tu akan spend beratus, tapi congak darab bahagi tambah tolak, dah berapa banyak penjimatan yang aku dah dapat. sekali borong boleh tahan sebulan. almaklum lah, ada 9 ekor kat umah. imagine la banyak mana makanannya. hehe.

yang best datang kat sini, staff nya yang super friendly. ko tanya la apa saja, semua soalan dijawab. sangat membantu siap dah beli barang, susun masukkan dalam kereta lagi. so far memang aku sangat berpuashati  dengan kedai ni. dah banyak kali dah kesini. sampaikan baru-baru ini, aku sempat melawat opening kedai barunya yang lebih dekat dengan umah, di Bandar Sri Damansara.

Gambar dari FB AnimalArk

Gambar dari IG AlyzaFisol

pergi membeli time opening tu, tak pulang dengan tangan kosong, siap dapat free gift. thank you AnimalArk PetCentre.

Gambar dari FB AnimalArk

Selain kedai barunya di Bandar Sri Damansara, ada 2 kedai lagi di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan Skudai, Johor. 

korang yang ada kucing tu boleh lah shopping keperluan anak-anak bulus kat sini. aku pasti korang akan puas hati and repeat membeli disitu. aku pun dah repeat berkali kali dah. hehe.

(^_^)


Dah lama tau pasal cafe milik Nora Danish ni, tapi selalu aje tak berkesempatan nak pergi makan kat situ. aritu bila dapat can dating adik beradik, ajak la diaorang gi makan situ. target nak makan The Gorpis. ramai orang kata sedap ya amat, aku pun jadi tergedik gedik la nak try makan. pantang orang kata makan sedap, semuanya aku nak rasa. hehe.

pic taken from Eat Drink KL
tengok menu, pilihan makanan agak tak banyak disini, pilihan air tu ada la macam-macam, nak coffee ke, blended ke, chocolate pun ada.




kitaorang order Hazelnut Latte, Iced Latte, Black Pepper Beef set, Cheezy Beef Burger dan haruslah The Gorpis El Plato. purposely amik El Plato sebab nak rasa semua flavor.

masa malam kitaorang pergi tu tak ramai orang, so service agak laju jugak. tak perlu menunggu lama untuk dapat semuanya termasuk la The Gorpis. aku baca review, ada yang kata kalo ramai orang, kemungkinan besar akan dapat lambat The Gorpis tu.



sementara menunggu makanan tiba, seperti biasa, cuci mata tengok keadaan cafe. for me, deco memang cantik, nampak sempoi and simple, memang menarik untuk lepak-lepak kat sini. cuma yang tak selesa nya, meja antara satu sama lain agak dekat. so bila menyembang tu rasanya meja sebelah pun boleh dengar apa yang disembangkan. maybe sebab cafe nya yang kecik, agak limited untuk space kan sikit meja. but still recommended untuk melepak kat sini. agak-agak malas nak sembang, boleh cuci mata cuci poket tengok baju-baju kat Rumoda.

Makanan yang diorder

Black Pepper Beef Set

Cheezy Beef Burger

Closeup skit!

The famous amos The Gorpis

terliuq dak?

Black Pepper Beef set - black pepper beef dihidangkan dengan telur mata dan nasi. portion yang bagi aku agak banyak. puas hati sangat dengan jumlah daging yang dihidangkan. tak ciput. cumanya daging agak liat skit. tak rasa black pepper yang melampau. memang just nice. berbaloi tak dengan harga? yes, agak berbaloi.

Cheezy Beef Burger - burger yang dihidangkan dengan kentang goreng. daging burger yang dibuat sendiri dan tebal, sangat juicy dan sedap. daging burger tak kering. sebijik ni pun jenuh nak habiskan.

The Gorpis - yang ni superb! first time aku makan goreng pisang cheese yang tak berminyak dan tak muak. walaupun pisang goreng dah sejuk, ia tetap crunchy. cheese coklat yang ditaburkan diatas for me tak la manis sangat. memang just nice. dalam El Plato ni ada perasa original, blueberry, strawberry, white chocolate dan chocolate. walaupun nampak cam sikit dalam pinggan, tapi kepuasan tu yang priceless. no wonder la ramai yang kata sedap, memang sedap ya amat. wajib order kalo datang makan sini tau!


tengok ke harga? memang nampak mahal. tapi dengan portion dan kesedapan makanannya, once in a while, tak kisah la untuk berbelanja sedikit kan.

Kami adik beradik

masa kami ke situ, Nora Danish ada, tapi memandangkan dia ada tetamu dan seperti sedang berbincang pasal bisnes. aku amik keputusan untuk tak menganggu. kalo idak, dapat lah selpie sekeping. hehe.

lokasi Cafe Kopi & Xoxo : RUMODA, No. 3, Jln. Riong, Off Jln. Maarof, 59100 Bangsar. (berdekatan dengan Petronas)

yang tak best kat sini, parking berbayar eh. walaupun ko parking hujung jalan pun, ko tetap kena bayar parking. RM5 kalo tak silap aku lah. which aku kurang setuju sikit sebab diaorang mungkin tak tengok sangat kete kita especially kalo dah parking jauh dari kedai.

untuk datang lagi sini, insyaAllah i will. nak ajak en.suami dating sini pulak.hehe.

(^_^)v



Banyak review dari Beauty Blogger yang kata BB Cushion ni best. aku pun terus menyimpan hasrat nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Alhamdulillah, lepas tu dapat attend Laneige Beauty Road with BB Cushion kat Midvalley, bawak balik barang idaman hati. senyum sampai telinga kauu. haha.

kenapa aku nak sangat-sangat Laneige BB Cushion ni, sebab nak cantik cam orang korea gitu. verangan sangat! haha. lagipun aku nak something yang dewy finishing and glowy plus nak nampak natural tanpa nampak seperti memakai mekap tebal.

dikatakan yang pertama didunia yang menggunakan technology cushion with 800,000 pores. memberikan kelembapan pada kulit, long-lasting dan yang penting tidak membuatkan mekap korang bertompok tompok atau bertampuk.

Laneige BB Cushion Pore Control sangat sesuai untuk kulit berminyak dan combination. and kulit muka aku memang combination, so sesuai sangat la guna produk ni.

kebaikan Laneige BB Cushion Pore Control ini :
i) Pore control
ii)  Pore coverage
iii) Semi-matte finish
iv) Water resistant
v) Soothing Effect
vi) UV Protection SPF 50+++



aku pilih No.31 Brown Beige, sebab warna ni yang paling sesuai dengan warna kulit aku. so bila pakai tak nak la muka putih sangat or gelap sangat. biar just nice.


dalam satu kotak Laneige BB Cushion Pore Control, ia datang sekali dengan refill pack. boleh la pakai lagi lagi lama. dan dengan harga RM150 untuk ini, aku rasa berbaloi kot. sebab bleh pakai lama dan amount yang digunakan setiap kali pakai tak banyak. tak caya, nanti aku cerita kat bawah bawah ni.



bekas yang cantik senang nak letak dalam beg, didatangkan sekali dengan cermin. senang nak touch up kat mana-mana.



puff yang lembut, yang senang nak pegang masa apply BB Cushion. tailor-made plus material yang digunakan sangat berbeza. dapat menyerap 9x lebih air walaupun ia nampak ringan je. puff ni sangat membantu meratakan BB ke seluruh muka tanpa memberi kesan tompok tompok di muka.



well sealed, so produk akan maintain tanpa kering di dalam nya. cuma lepas bukak ni, makesure tutup rapat-rapat k.


nampak tak cushion tu. memula tengok macam kagum plak. first time nak try product yang guna technology cushion ni. keterujaan tahap maksima ni.

sekarang aku nak share my own view pasal Laneige BB Cushion Pore Control ni.


amount of BB yang diserap oleh puff ni memang just nice, betul la seperti yang dikatakan tu. dab (tekan) di muka sambil ratakan, memang tak buatkan BB tu tertumpu pada satu bahagian. seriously, puff ni membantu memberikan hasil yang cantik.

bila sapukan di muka, memang terasa sejuk je muka ni. sebab tu la orang kata, nak makesure mekap cantik, suhu muka kena sejuk sikit. then boleh mekap stay lama.

tanpa Laneige BB Cushion Pore Control (tolong ignore muka yang pucat tu ye)

sapuan Laneige BB Cushion Pore Control separuh di muka



sapuan ke seluruh muka menggukan Laneige BB Cushion Pore Control

since korang macam tak nampak sangat beza nya, meh aku share satu lagi gambar.


nampak tak hasilnya macam mana. coverage light to medium. tak cover sangat jeragat jerawat di muka, but memang cover abis liang liang pori. so bila pakai, pores semua memang covered abis. my skin tone pun nampak even je. natural look tercapai. plus nampak glowy glowy skit.

ada satu hari tu, aku ada aktiviti luar, so apply la BB Cushion ni. panas yang teramat sangat, muka dah berpeluh gila gila punya. bajet abis la mekap, konpem cair abis dan bertompok. tengok kat cermin, surprisingly, BB ni masih ada. tak hilang pun. then touch skit skit pun still memberikan hasil yang cantik and smooth. no wonder la ramai yang jatuh cinta dengan produk ini.

cuma apa aku boleh katakan, if korang plan nak pakai bedak ni untuk tutup cela di muka. sangat tak sesuai, but untuk tutup pores nak mekap cantik, sangat recommended. macam kata tadi coverage dia light sahaja.

untuk mekap keseluruhan muka, memang tak menggunakan banyak BB. a few press kat cushion enough untuk cover satu muka. tak memerlukan BB yang banyak untuk cover semuanya.

A photo posted by Alyza Fisol (@alyzafisol) on

ni salah satu gambar selfie menggunakan Laneige BB Cushion Pore Control dan touch up sedikit dengan mineral powder. seriously this is my number 1 product. Love it!

(^_^)v


Salah satu rutin kecantikan aku yang jarang aku kongsikan dengan korang, ialah pengambilan collagen. bila usia dah mencecah 30-an ni, mula lah pikir nak jaga macam-macam especially muka. kalo boleh tak nak la nampak cepat tua ye dok. hehe. takde la jugak niat nya gitu, tapi sebaiknya nak la cantik sentiasa depan suami kan.


baru-baru ni aku mengamalkan satu collagen ni dari SkinSoul. Apa itu collagen? Collagen adalah protein dalam badan manusia dan haiwan dan merangkumi 30% dari jumlah keseluruhan protein badan. kenapa kita perlu collagen? sebab ia memberikan struktur tisu kulit untuk jadi sihat, cantik, lembap dan paling penting memberikan kulit yang anjal dan seimbang. Senang cerita, collagen ni penting dan menjadi asas blok binaan dalam tubuh badan kita. makan collagen bukan nak cantik je tau, sebenarnya untuk kesuluruhan kesihatan badan.



SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar ini diperbuat daripada German Fish (Cod, Pollock dan Haddock). Tiada bahan seperti hormon atau antibiotik pada ikan-ikan ni. collagen ni membantu kulit untuk tampak sentiada muda, sehat dan bersinar secara semulajadi. SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar merupakan collagen yang pertama yang dihasilkan yang mampu memberikan penyerapan secara efektif pada kulit. ia dihasilkan eksklusif di Korea.


9 antioksida untuk kekal muda dan jelita
- German fish collagen
- artichoke extract
- mulberry extract
- melon concentrate
- hyalunoric acid mixture
- pear concentrate
- rice bran extract
- peach concentrate
- vitamin C




apa lagi kebaikan SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar ini ialah :
- melambatkan proses penuaan
- mengekal keanjalan kulit disamping membantu menyusun semula collagen yang berada di dalam kulit.
- merangsang proses pembaharuan kulit
- mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di muka
- menghilangkan tompok-tompok gelap serta menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata
- meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan

setelah aku makan selama 2 minggu, perubahan yang paling ketara aku perasan. kulit muka sangat lembut, kurang berjerawat, badan rasa segar bila bangun setiap pagi. even jeragat dimuka pun nampak seperti pudar sedikit. dan paling best, terasa glowing glowing di muka aii. auuwww. ai suka. sorry kalo tak nampak jelas dalam gambar kat bawah ni. tapi serious tak tipu, memang nampak perubahan di wajah aku. dengan hanya mengamalkan satu sachet pagi sebelum breakfast dan satu sachet malam sebelum tido. inilah hasilnya.

Before ambil SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar

Selepas mengamalkannya
rasa SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar ni, ada rasa masam-masam macam makan buah oren ngan buah berry. ada kala rasa macam buah melon pun ye gak. sedap dimakan ala makan sunquick berry berry gitu. senang sangat nak makan, bukak sachet tu terus ngap. tak sempat nak makan dirumah, boleh letak dalam beg and makan kat office. aritu aku sempat makan dalam kereta lagi masa tengah layan jam. mudah sangat!


SkinSoul C-Jello Collagen Jelly Bar dicadangkan simpan didalam peti sejuk so bila makan lagi sedap dan tak muak. Time amik collagen ni, kena pastikan minum air yang banyak ok.


Harga : RM596 (15 sachet didalam)

seperti biasa, promotion SkinSoul masih ada hanya dengan menggunakan code #SSAlyza. Promotionnya adalah

- beli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan dapatkan limited edition SkinSoul Lip Balm di mana-mana outlet SkinSoul. Review SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes, korang boleh baca kat SINI.

- beli SkinSoul Skin Shield Travelling Set dengan hanya RM388 (Harga Asal RM500), review pasal set ni pun dah share dah aritu. baca kat SINI tau!

- dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit, korang boleh beli SkinSoul Skin Shield set dengan harga RM100 sahaja. murah kan.

janji mention code #SSAlyza untuk nikmati promotion ni tau.


(^_^)v




Hari ini rasa macam nak share experience mencuba produk SkinSoul Natural Volume Attack Mascara. Rasanya macam ni first time share experience pakai mascara kat blog. selalunya bercerita gitu gitu je kat orang lain.

sebelum aku nak review pasal maskara ni, aku bercerita sedikit pasal SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni. SkinSoul adalah antara jenama yang menolak untuk menggunakan bahan-bahan yang boleh merosakan muka. Disebabkan inilah, SkinSoul Skincare & Cosmetic 100% paraben-free. Begitu juga dengan mascara ini, 100% paraben-free dan prostaglandin free; dan menggunakan ekstrak mulberry sebagai bahan utama.

Ekstrak Natural Mulberry telah terbukti kaya dengan polynutrients dan vitamins yang mampu memberi nafas baru pada folikel rambut, menyuburkan rambut, maintakan warna dan mengelakkan keguguran rambut. fungsi Antioksida yg ada dalam Mulberry ekstrak ni mampu melindungi folikel rambut dari kerosakan radikal (radical damage).




Di dalam SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni memang ada digunakan ekstrak Mulberry sebagai bahan utama. so nak tahu apa aku rasa selepas menggunakannya untuk beberapa minggu? ni review dari aku.

apa aku boleh katakan, aku suka sangat dengan Mascara ni, sebab dah takde dah bulu mata luruh setiap kali mencuci mascara ni. mudah dipakai, mudah ditanggalkan. yang penting tak berketul-ketul ataupun bergumpal (clump) masa pakai malah tiada kesan melekit, just dengan menggunakan cara pemakaian zig zag, cantik je mascara terletak pada bulu mata.




sepanjang menggunakan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni, aku perasan bulu mata aku tebal sedikit plus panjang sedikit. maybe dalam gambar yang aku nak share nanti tak berapa nampak hasilnya, tapi tu yang aku perasan la. Bak kata Beauty Consultant SkinSoul, dalam masa 4 minggu korang akan nampak hasilnya. and yes, memang nampak! serius cakap bukan propa tau! hehe

yang penting bulu mata masih nampak natural bukan nampak tebal seperti memakai mascara setebal 2 inci. 


pasni boleh say bye bye pada bulu mata pelesu. walaupun aku jarang pakai bulu mata pelesu, tapi kalo boleh memang la taknak pakai, renyah wehhhh. biarlah bulu mata ori, takyah nak che ta sangat. jadi che lyza ja cukup dah aih. janji sedap mata en.suami memandang. eh!

Harga SkinSoul Natural Volume Attack Mascara adalah RM195.

seperti biasa, promotion SkinSoul masih ada hanya dengan menggunakan code #SSAlyza. Promotionnya adalah

- beli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan dapatkan limited edition SkinSoul Lip Balm di mana-mana outlet SkinSoul. Review SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes, korang boleh baca kat SINI.

- beli SkinSoul Skin Shield Travelling Set dengan hanya RM388 (Harga Asal RM500), review pasal set ni pun dah share dah aritu. baca kat SINI tau!

- dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit, korang boleh beli SkinSoul Skin Shield set dengan harga RM100 sahaja. murah kan.

janji mention code #SSAlyza untuk nikmati promotion ni tau.


(^_^)v


Powered by Blogger.