Saling Menegur, Baik yang Orang Muda ataupun Orang Tua

1 Comments

sekadar satu pengkongsian yang tak menyalahkan mana-mana pihak, cuma nak kita sedar. itu sahaja.

sekadar gambar hiasan

aku just nak bercakap pasal tegur menegur. dari kecik sampai lah sekarang, kita memang dah diterap dengan nilai dimana, hanya orang tua sahaja boleh menegur kita, baik bila kita buat salah ataupun sekadar peringatan. dan kita sebagai orang muda takde hak untuk menegur orang tua sebab katanya diaorang lebih dulu makan garam and perlu dengar cakap mereka sahaja. kalo kita menegur, kadang kala dianggap kita ni sebagai kurang ajar.

pernah dulu aku dapat nasihat dari seorang jururawat ni semasa aku jaga mak aku sakit kat hospital. dia kata, walaupun kita ni muda, kita ada hak untuk menegur orang tua. bukan untuk melawan, tapi menegur untuk membetulkan apa yang salah. memang susah untuk orang tua menerima teguran orang muda, diaorang mesti akan kata "ko orang muda apa tau", "ko jangan nak tunjuk pandai sangat boleh", lebih kurang camtu la ayatnya yang selalu kita dengar and tengok kat drama.

teguran ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk belajar dari kesalahan, belajar untuk menjadi orang yg baik. so buangkan ego, baik yang tua or muda, dengar teguran. kadang kala, teguran di beri ada benarnya. bukan nya la nak suka suki nak tegur kan. yang muda pun, kalo nak menegur, biarlah guna cara yang betul. jangan terlalu berkasar, bercakap secara baik. yang tua, lapangkan dada, buka minda, terimalah teguran orang muda. zaman dah berubah, kadang kala apa yang dikata sangat ada benarnya.

kenapa aku kata perlu tegur menegur. sebab tak kira muda atau tua, semua orang tak sempurna. semua orang keep buat salah. hanya ego yang menjadi dinding untuk terima ke tak teguran itu. jangan hanya kerana nombor umur yang lebih banyak dari satu lagi tu yang menjadikan ego makin tinggi dan tak nak menerima teguran yang diberi.

ingat lah, kita tegur sebab sayang. bukan sebab nak lukakan hati. setiap teguran diberi ada sebab yang munasabah. tambah lagi, jangan tinggalkan sikap hormat. tegur dengan hormat supaya orang boleh menerima dengan hati yang terbuka.

sekadar gambar hiasan
akhir sekali, bermaaf maafan la sesama kita andai kata mana-mana pihak terasa hati dengan teguran yang diberi.

sekian coretan harini.

(^_^)v



You may also like

1 comment:

  1. Baik kepada yang tua maupun yang muda teguran hendaklah dibuat dengan berhikmah bertujuan untuk membetulkan bukan mengaibkan. Tegur secara sopan dan bukan dengan melondehkan orang yang ditegur dikhalayak ramai. Bijak dan baik seseorang bukan terletak pada umur, seperti pepatah Melayu mengatakan, "Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak". Demi kebaikan lepaskanlah ego masing-masing dan terimalah tegurang untuk membetulkan kesilapan demi kebaikan yang lebih besar.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.