Laneige Beauty Road With BB Cushion, Mid Valley Megamall

3 Comments


Setelah membaca review demi review mengenai Laneige BB Cushion, hatiku teramat amat la teruja nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Then dapat tau plak Laneige mengadakan Beauty Road di Mid Valley, Megamall, lagi la bertambah double triple teruja apabila menerima jemputan dari The Butterfly Project. senyum sampai telinga kauuu.



Malaysia merupakan negara ketiga untuk jelajah Laneige Beauty Road with BB Cushion selepas Thailand dan Singapore. bertempat di Mid Valley, event ni diadakan untuk promosi Laneige's Best Selling product iaitu Laneige BB Cushion. terdapat 2 jenis BB Cushion yang ditawarkan di sini, Whitening & Pore Control. dan katanya, BB Cushion ini dijual setiap 1 saat di seluruh dunia. Wow! ternyata memang ramai yang menyukai BB Cushion ni.


Pada hari tu, kami diberi peluang untuk bersama-sama dengan Duta Laneige iaitu Hwang Se-On. Se-On merupakan model selebriti yang sangat terkenal di Korea. dan on that day, Se-On berkongsi rahsia untuk dapatkan kulit dan mekap yang cantik. Katanya, Se-On sentiasa memastikan BB Cushion berada di dalam beg, dan akan touch up mekap menggunakan BB Cushion ni. Mudah dibawa dan senang nak memakainya. dan tips yang paling penting untuk kekal cantik, banyakkan minum air kosong. Tengok Se-On dari dekat, dia memang cantik kot! cantik sangat kulitnya, jeles aiii!




Event tak berakhir disini, dibawakan pula Makeup Artist dari Korea, Cat Koh, yang berkongsi tips solekan untuk dapatkan kulit yang flawless, natural macam artis-artis korea. di Korea, kebanyakkan wanita sana lebih mementingkan solekan yang nipis dan lebih ke natural look. tak perlu nak mekap tebal or shading or solekan yang keterlaluan. Cat jugak berkongsi macam mana nak menggunakan beberapa produk dari Laneige termasuk lah BB Cushion. Aku masih ingat macam mana Cat kongsi tips untuk memakai eyeliner, untuk bentukkan kening, pakai BB Cushion atas blusher untuk memberi efek pipi merah yang natural dan pakai lipstick two tone which aku dah tempting dah ngan lipstick dia aritu. hehe. ada jugak pasni aku grab lipstick & face mist dari Laneige. heee.







masa dia demo penggunaan Laneige BB Cushion, aku kagum dengan efek yang diberikan. memang nampak flawless dan porcelain effect. then nak bersiap ngan BB Cushion pun tak memerlukan masa yang lama. teruja jugak bab ni. pagi-pagi nak gi keje, tak yah siap lama-lama. senang sangat!

event diakhiri dengan tarian dari penari-penari dari Korea. Lepas abis event, aku pun berjalan-jalan lah disitu sambil try BB Cushion. uuuuu. syoknya la BB Cushion ni. then join few activities kat situ. siap dapat free sample BB Cushion lagi tau. sebab aritu, Laneige memberi sample kepada mereka yang datang ke Laneige Beauty Road. siap dapat free Mask. hehe. senyum kenyit kenyit mata. wink!






tak pulang dengan tangan kosong, unbox the gift yang diberi. nak nangis rasanya. produk idaman diberi beserta beberapa produk yang lain. me love love love it sangat! so, tunggu nanti aku review satu persatu eh!



if korang nak merasa BB Cushion ni, boleh la kemana-mana counter Laneige. rasai sendiri. aci kerat jari korang mesti suka lah!


(^_^)v



You may also like

3 comments:

  1. Wahhh... Awak dah try dah?? Camne?? Okay??

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat!! awk patut try jugak...memang akan jatuh cinta punya... :)

      Delete
  2. So cute.... and yes, I love my Laneige BB Cushion... tak boleh hidup tanpanya....
    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.