Review : SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes/Clinical Wipes

2 Comments


Mekap memang best. tapi bab nak buang mekap tu yang sangat lah bercinta kadang-kadang. ada masa, kalo dah malas sangat tahap maksima, terus tido tanpa buang mekap. tahu yang kalo tak buang mekap boleh buat muka rosak, tapi kemalasan mengatasi segalanya. sebab utama malas nak buang mekap sebab kena double cleanse. macam aku ni jenis orang yang suka guna makeup remover oil untuk buang mekap dan pastu cuci dengan pencuci muka. nak buat double cleanse tu yang cheq rasa segan sangat aih!


so arini, aku nak introduce satu produk yang mempercepatkan proses membuang mekap iaitu SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes yang diformulasikan dari Swiss Glacier Water dengan 4:4:3.

4 : Essential Oils
4 : Antioxidants
3 : Hydrating & Soothing Ingredients




Dengan menggunakan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ni, mudah sungguh nak menanggalkan mekap yang degil especially yang waterproof mekap. Even mekap yang boleh buat liang pori tersumbat pun boleh ditanggalkan dengan wipes ni. senang cite, segala mekap, kotoran di muka akan diremove oleh wipes ni dengan hanya sekali lap di muka. tak perlu sental tau! dan yang penting, takkan berlaku irritation pada muka. even untuk orang yg kulit muka sensitive pun leh guna.

Dengan hanya 1 langkah sahaja iaitu sapu/lap di muka tu, kulit muka korang pasti akan terasa lembut, lembap, fresh and perfectly cleansed! dah takde dah sisa sisa mekap yang tinggal di muka malah kulit pun tak kering. yang ini info tersangat penting k! wipes ni takde pewangi pewarna tiruan, tiada bahan bahan kimia dan PARABEN FREE! semua bahan natural sahaja digunakan. yang ni buat aku lagi suka.


meh nak kongsi apa yang buat aku suka sangat dengan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes
1 - dengan hanya satu sapuan, mampu menanggalkan dan membersihkan segala mekap dan kotoran di muka tanpa meninggalkan sisa sisa mekap.
2 - takkan menyumbatkan liang liang pori di muka.
3 - takkan meninggalkan kesan mekap di bantal korang. kiranya skang boleh cuci mekap then terus tido. takyah risau bantal kotor kena mekap.
4 - takkan menyebabkan irritation pada kulit atau mata.
5 - sangat friendly untuk semua jenis kulit muka termasuklah muka yang berjerawat dan kulit muka yang sensitif.
6 - takkan mengeringkan kulit muka. akan sentiasa rasa lembap di muka.
7 - tidak melekit, tidak berminyak, tidak bersabun dan tidak berbau busuk. serius cakap, bau dia wangi sangat. bau bahan-bahan natural.
8 - kulit muka akan berasa segar, bersih, hydrated, tenang, lembut, tegang and lembap selepas menggunakannya.
9 - tidak mengandungi pewangi tiruan, pewarna tiruan, bahan kimia yang berbahaya malah PARABEN dan LANOLIN FREE!
10 - sangat mudah, sangat senang digunakan. dengan hanya 1 sapuan.

ni aku demo sikit macam mana nak guna dan keberkesanannya.


sekeping wipes ni mampu membersihkan segala mekap di muka. tak yah la guna 2 3 4 wipes nak remove semua mekap. kalo guna cotton pad, kita selalu guna banyak kan. so dengan wipes ni, guna sekeping pun cukup. dalam gambar ni, korang nampak kecik sebab ia berlipat. tapi kalo bukak lipatan tu, lagi besar kot wipes ni dari tapak tangan aku. letak kat muka pun penuh. wipes ni tak mudah koyak tau. terasa seperti menggunakan tuala bersih membersihkan muka kita.

Dari Kiri : Muka bermekap; Tengah : dah buang mekap separuh muka; Kanan : sepenuhnya dah buang mekap
nampak tak hasilnya. muka nampak bersih sangat kan, plus nampak lembap. even waterproof eyeliner mascara pun senang giler nak remove. lipstick pun senang je nak buang dengan wipes ni.

kotoran mekap di muka

ni aku nak tunjuk demo kat tangan plak


dengan hanya satu sapuan, hilang mekap. skang ni aku dah suka sangat wipes ni sampaikan nak travel pun aku angkut yang ni je, senang. tak berat beg. kat opis pun aku guna yang ni jugak. senang nak buang mekap sebelum solat. tak yah susah susah nak double cleanse. sebelum ni aku gunakan makeup remover oil-based sebab jenis ni je yang senang nak remove waterproof makeup. now aku dah ada pilihan nak yang itu or yang ini. wink!

harga pun bagi aku sangat berpatutan. RM53 untuk 60 keping wipes. memang berbaloi. nape aku kata berbaloi? kesan selepas menggunakan wipes ini yang buat ia sangat berpatutan dengan harga.

ni ada berita baik untuk korang yang nak mencuba produk SkinSoul. dengan menggunakan code #SSAlyza, korang boleh nikmati promosi yang sangat menarik! serius menarik, tak tipu!

dengan hanya drop by any outlet or boutique SkinSoul di Midvalley, tunjuk yang korang dah follow blog AlyzaFisol and then like FB Page SkinSoul, korang boleh menikmati promosi :

1 - membeli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan korang akan dapat limited edition SkinSoul Lip Balm yang tidak dijual dimana-mana outlet SkinSoul.
2 - boleh membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan hanya RM388 (Harga Sebenar RM500).
3 - yang paling best, korang boleh beli SkinSoul SkinShield Set berharga RM100 dengan setiap pembelian melebihi RM100 dalam satu resit.

so tunggu apa lagi, jom terjah outlet SkinSoul dan mention #SSAlyza tau!


(^_^)v



You may also like

2 comments:

  1. sangat senang dengan sekali sapu je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat..sesuai untuk time malas2 nak cuci mekap...hehe

      Delete

Powered by Blogger.