Review : SkinSoul Skin Shield Travelling Set

1 Comments

Harini, aku nak berkongsi satu set kecantikan yang sesuai dibawa ketika melancong. Aku kalo jalan jalan ke balik kampung ke, memang tak suka nak bawak balik skincare yang botol besar besar. berat and buat penuh beg je. so aku akan makesure aku bawak balik travel set je, senang. letak dalam beg mekap pun dah cukup.


Thanks pada SkinSoul sebab memperkenalkan Skin Shield Travelling Set yang sangat praktikal, sesuai untuk semua jenis kulit muka dan yang penting, tak perlu nak bawak extra skincare. cukup dengan hanya ada 5 product ni sahaja.

dalam 1 SkinSoul Skin Shield Travelling Set ada 5 jenis product iaitu
1 - SkinSoul Skin Shield Hydra-Purifying Cleanser
2 - SkinSoul Skin Shield Hydrating, Energizing & Pore-refining Lotion
3 - SkinSoul Skin Shield Lift & Bright Serum
4 - SkinSoul Skin Shield 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)
5 - SkinSoul Skin Shield Night Cream

Skin Shield ini adalah skincare yang berasaskan natural ingredients diformulasikan di Switzerland, dimana kita tau, di sana terkenal dengan research dan inovasi dalam bidang kecantikan dan penjagaan diri. Jangan khuatir, produk dari SkinSoul ni dijamin sangat berkualiti tinggi yang mengikut standards of International Good Manufacturing Practice.

Skin Shield ini dibuat daripada bahan semulajadi organik Ashitaba and beberapa campuran gabungan ekstrak botani yang bernilai tinggi yang memberi kesan yang mantap pada kulit dengan cara yang sebaiknya. kiranya penggunaan bahan di dalam Skin Shield ini, takkan memberi kesan yang negatif pada kulit malah tidak meninggalkan kesan yang tak diingini kat kita. senang nak cakap, cantik secara semulajadi, bukan cantik yang dibuat-buat.

Organik Ashitaba yang berasal dari Jepun ni adalah bahan semulajadi yang unik yang mengandungi 11 vitamins, 13 mineral dan antioksida featuring a rare class of flavanoids called chalcones. Kebaikan Ashitaba ni dapat menyembuhkan dan mampu regenerate to reverse tanda-tanda penuaan, engurangkan kedutan dimuka, meningkatkan elastik kulit, menyembuhkan kulit yang mengalami irritasi dan paling penting, dapat memberi kulit yang sihat cantik cerah bersinar.

bahan-bahan lain yang terdapat dalam SkinSoul Skin Shield Produk ni selain Ashitaba adalah :
a) Red Microalgae Extract - Red Microalgae yg unik ni mampu membantu melindungi kulit untuk bertahan daripada pencemaran udara dan radiasi yang ada disekeliling kita.

b) Alps Botanical Stem Cells - ekstrak dari 1 spesis apple yang tumbuh di Swiss Alps berfungsi sebagai anti-penuaan. dari kebaikan buah ini lah yang membantu kulit untuk sentiasa kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan.

c) Daisy Flower Extract - tonik pada bunga ni bertindak sebagai agen pemutih dan pencerah kulit yang semulajadi.

d) Swiss Glacier Water - keseluruhan produk ni mengandungi Swiss Glacier Water yang bertindak sebagai water base. Air yang datang dari Valais Aps ni mempunyai liposomal formulation and increase therapuetic efficiency and reduce toxicities.

dah bercerita panjang mengenai kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam SkinSoul Skin Shield ni, meh aku tunjukkan secara dekat 5 produk ni. apa yang diberitahu oleh Beauty Consultant SkinSoul, ada dua cara penjagaan, siang dan malam. aku mulakan dengan penjagaan di waktu siang iaitu hanya menggunakan 3 produk sahaja Hydra-Purifying Cleanser; Hydrating, Energizing & Pore-Refining Lotion Mist Spray dan 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)


SkinSoul Skin Shield Hydra-Purifying Cleanser
pencuci muka yang mengandungi vitamins dan mineral Ashitaba ni mampu membersihkan muka dari segala jenis kotoran dan memberikan kelembutan dan kelembapan selepas menggunakannya.


SkinSoul Skin Shield Hydrating, Energizing & Pore-refining Lotion Mist Spray
bertindak sebagai toner memberikan kelembapan pada kulit, malah korang boleh pakai setiap kali rasa kulit kering. even dah letak makeup pun, korang boleh spray ke muka untuk nampak muka sentiasa fresh.


SkinSoul Skin Shield 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)
bukan sekadar nama, sememangnya mempunyai 12 kebaikan dalam cream ni. mempunyai tekstur yang nipis dan mudah menyerap ke dalam kulit, bahkan melindungi kulit dari sinaran matahari. apa yang 12 kebaikan tu, ni ha dia:
- melembap dan melindungi kulit
- unifies complexion
- memutih dan mencerahkan kulit
- menyamarata kan tona kulit bagi sekata
- menyembunyikan dan menutup cela di wajah
- agen melawan tanda-tanda penuaan
- melindungi kulit dari sinaran UV
- memberi kesihatan yang natural pada kulit
- melegakan kulit dari irritasi dan enviroment yang sangat stress
- melawan kerosakan yang disebabkan radikal bebas
- merangsang kulit untuk kelihatan sentiasa berseri
- memastikan kulit sentiasa kelihatan muda remaja

banyak kebaikan dalam satu tube Day Cream.

untuk malam pula, rutinnya adalah Hydra-Purifying Cleanser; Hydrating, Energizing & Pore-Refining Lotion Mist Spray; SkinSoul Skin Shield Lift & Bright Serum dan SkinSoul Skin Shield Night Cream.


SkinSoul Skin Shield Lift & Bright Serum
Serum ini dibuat khas untuk melawan tanda penuaan. serum yang diformulasikan dengan molekul halus Ashitaba anti-ageing essence ni boleh menyerap masuk ke bahagian kulit paling dalam untuk memulihkan elastik dan keanjalan kulit.


SkinSoul Skin Shield Night Cream
Krim malam ni pula dicipta untuk mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka, malah boleh mengecilkan liang-liang pori dan yang pasti, regenerate back your skin.

untuk SkinSoul Skin Shield Travelling Set ni berharga RM500 untuk kelima lima produk ni. tapi, ada promosi best. korang boleh dapat dengan harga murah lagi. nak tau macam mana. ha ni caranya, dengan menggunakan code #SSAlyza, korang boleh beli set ni dengan harga RM388 sahaja. then ada promosi menarik sebagai tambahan. beli barangan SkinSoul lebih dari RM100 dalam satu resit, korang boleh beli SkinSoul Skin Shield set dengan harga RM100 sahaja.

ingat tak entry SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes di entry yang lepas? Click SINI untuk baca. korang boleh beli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan dapatkan limited edition SkinSoul Lip Balm di mana-mana outlet SkinSoul. Lip Balm ni tak dijual tau kat SkinSoul.

jangan lupa mention #SSAlyza untuk grab promotion ni tau! nanti aku share entry macam mana nak pakai produk SkinSoul Skin Shield Travelling Set ni dengan lebih detail plus korang boleh tengok hasilnya sekali. tunggu k!


(^_^)v




You may also like

1 comment:

Powered by Blogger.