5 Tips Diet Tanpa Diet Atkins

1 Comments


Boleh dikatakan ramai yang ingin berdiet, tapi tak semua orang ada cukup kekuatan untuk diet. Kenapa aku cakap macam tu, sebab bila start nak diet je, mesti ada benda yang akan menghalang kita dari diet. contoh, time nak diet la, ada orang nak belanja makan sedap la, ada orang masak sedap la, ada restoran makan sedap la, macam macam la makanan yang sedap yang mampu membuatkan kita terliur.

aku sekarang ni memang dalam proses nak diet. dan aku mengaku yang aku tak cukup kuat untuk buat diet Atkins. sebab aku jenis pemakan, dan aku tak boleh tinggal buah. nasi tu, boleh la skip skip, tapi ada hari, aku amik jugak sikit sebab lapar teramat sangat.

so apa aku buat selama ni, akan aku kongsikan dalam entry. cuma nak cakap awal awal, cara ni sebenarnya agak lambat untuk turun berat, tak secepat diet Atkins. jangan kata nanti berat tak turun cepat and nak salahkan aku plak. cepuk kang. dah sound awal awal dah tu tau.

1. Kurangkan Nasi
untuk pemakan nasi, yang memang hari-hari kena makan nasi, benda ni memang paling susah nak buat. perut tak tahan kalo tak makan nasi. so apa aku boleh cadangkan, kurangkan pengambilan nasi dari sehari ke sehari. contoh selalunya makan nasi pinggan penuh, cuba kurangkan pada separuh, pastu suku, pastu kalo dah tak makan nasi dah pun takpa, perut dah menerima ketiadaan nasi masuk ke dalam.

2. Kurangkan Air Manis & perbanyakkan air putih
Air tin sila lah buang jauh-jauh. termasuk la air kotak. air kotak yang tulis kurang manis pun sebenarnya masih manis airnya. order kat kedai, mintak air buah je, tanpa gula. biar manis buah je ada. lagi bagus, order air kosong sudah. banyakkan minum air kosong. ada info yang aku dapat, untuk tau berapa liter air yang perlu diminum, kena ikut berat. 1 liter = 25kg. so kira sendiri la berapa liter air korang kena minum setiap hari.

kalo dah teringin sangat air manis, pastikan sehari sekali je minum. tu pun pandai-pandai la control sugar intake okehhh.

3. Banyakkan Makan Buah & Sayur
snack time, kunyah la buah-buahan. aku selalu makan buah time petang dalam kul 4 5 macam tu. sebab bila tak amik nasi tengahari, around that time, perut dah mula terasa lapar balik, so untuk elakkan dari perut kosong, aku makan la buah. sayur pulak, pastikan dalam setiap hidangan ada amik sayur. lebih baik if dapat makan buah dulu sebelum makan main dish, and dalam dish ada banyak sayur. sedap oii makan sayur.

4. Senaman
aku bagi senaman mudah je kalo dah tak berkesempatan nak ke gym mahupun swimming pool or main apa-apa games sekalipun. instead of naik lif, naik la tangga. aku hari-hari berjalan dari lrt ke office, sebab tu je salah satu cara untuk exercise. create something yang boleh buat badan berpeluh walaupun hanya untuk 10 - 20 minit. at least membantu untuk proses nak kurus.

5. Jangan Skip Makan
nak kurus, kena skip makan. salah tu. tak boleh buat perut kosong berangin. dari nak kurus, terus tak kurus. if lapar, makan je, but make sure makan something healthy. tak nak makan, then minum air kosong banyak. aku sendiri tak skip makan. breakfast, lunch, tea time, dinner pun aku makan. tapi time dinner aku amik light light je la.

hope perkongsian ni membantu la sikit untuk proses nak kurus. All the best korang. sapa ada idea or cadangan, feel free to comment yaaa. moh kita kurus secara sehat!

(^_^)v



You may also like

1 comment:

  1. patut aa gambaq2 latest nampak makin kuruihh.. byk berjalan ke opis baru yaaa...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.