3 Tips Nak Dapatkan Blouse Murah Online

0 Comments


Blouse adalah antara fashion item yang paling penting dan wajib ada dalam almari pakaian seseorang wanita. Tapi korang tau tak ada macam macam cara untuk gaya kan blouse sama ada dengan pakai butang sepenuhnya, ataupun masukkan ke dalam seluar atau skirt, nak ikat di hujungnya pun boleh atau paling senang biarkan aje ia lepas.

Cara pemakaian blouse yang betul boleh buatkan seseorang tu nampak lebih menawan gojes kebabom namun tetap kasual, simple dan trendy, tapi bergantung dengan cara korang style kan la. Namun untuk blouse Muslimah, ia lebih sesuai jika dibiarkan lepas dan dipadankan dengan seluar jeans, skirt labuh ataupun seluar panjang.


Kenapa ia dinamakan sebagai Blouse wanita sebab potongannya yang longgar dan mampu menyerlahkan sifat feminin seseorang wanita.

Banyak koleksi blouse murah terkini diperbuat daripada pelbagai jenis bahan fabrik yang bermutu tinggi. So masa memilih blouse ni kena mengambil kira beberapa faktor seperti potongan, warna dan juga stail baju blaus. Cara pemilihan juga bergantung pada jenis bentuk badan korang so bila pakai nanti ia akan jadi sangat selesa.


Cara untuk mendapatkan blouse wanita terbaik :
1. Antara yang paling penting ketika memilih blouse adalah untuk dapatkan saiz yang betul bagi mengelakkan korang membeli baju yang terlalu besar ataupun terlalu kecil. Pastikan korang tahu ukuran dada dan pinggang untuk memudahkan pemilihan. 

2. Terdapat beberapa jenis baju blouse wanita dan ada macam-macam variasi stail, tapi kena ingat tidak semuanya sesuai dengan korang. Ramai wanita yang suka ambil mudah benda ini dan akhirnya terpaksa berpuas hati atau kecewa dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan bentuk badan dan cita rasa! Rugi je nanti.

3. Pilihan warna yang bijak mampu membuatkan korang nampak lebih menyerlah dan kena ingat, ini salah satu faktor yang penting agar penampilan nampak lebih anggun dan menawan. 

Diharap, dengan tips-tips ni dapatkan la bantu korang membeli baju dengan sebaiknya dan tak menyesal di kemudian hari. Selamat bershopping yaaaa.

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.