Boleh dikatakan ramai yang ingin berdiet, tapi tak semua orang ada cukup kekuatan untuk diet. Kenapa aku cakap macam tu, sebab bila start nak diet je, mesti ada benda yang akan menghalang kita dari diet. contoh, time nak diet la, ada orang nak belanja makan sedap la, ada orang masak sedap la, ada restoran makan sedap la, macam macam la makanan yang sedap yang mampu membuatkan kita terliur.

aku sekarang ni memang dalam proses nak diet. dan aku mengaku yang aku tak cukup kuat untuk buat diet Atkins. sebab aku jenis pemakan, dan aku tak boleh tinggal buah. nasi tu, boleh la skip skip, tapi ada hari, aku amik jugak sikit sebab lapar teramat sangat.

so apa aku buat selama ni, akan aku kongsikan dalam entry. cuma nak cakap awal awal, cara ni sebenarnya agak lambat untuk turun berat, tak secepat diet Atkins. jangan kata nanti berat tak turun cepat and nak salahkan aku plak. cepuk kang. dah sound awal awal dah tu tau.

1. Kurangkan Nasi
untuk pemakan nasi, yang memang hari-hari kena makan nasi, benda ni memang paling susah nak buat. perut tak tahan kalo tak makan nasi. so apa aku boleh cadangkan, kurangkan pengambilan nasi dari sehari ke sehari. contoh selalunya makan nasi pinggan penuh, cuba kurangkan pada separuh, pastu suku, pastu kalo dah tak makan nasi dah pun takpa, perut dah menerima ketiadaan nasi masuk ke dalam.

2. Kurangkan Air Manis & perbanyakkan air putih
Air tin sila lah buang jauh-jauh. termasuk la air kotak. air kotak yang tulis kurang manis pun sebenarnya masih manis airnya. order kat kedai, mintak air buah je, tanpa gula. biar manis buah je ada. lagi bagus, order air kosong sudah. banyakkan minum air kosong. ada info yang aku dapat, untuk tau berapa liter air yang perlu diminum, kena ikut berat. 1 liter = 25kg. so kira sendiri la berapa liter air korang kena minum setiap hari.

kalo dah teringin sangat air manis, pastikan sehari sekali je minum. tu pun pandai-pandai la control sugar intake okehhh.

3. Banyakkan Makan Buah & Sayur
snack time, kunyah la buah-buahan. aku selalu makan buah time petang dalam kul 4 5 macam tu. sebab bila tak amik nasi tengahari, around that time, perut dah mula terasa lapar balik, so untuk elakkan dari perut kosong, aku makan la buah. sayur pulak, pastikan dalam setiap hidangan ada amik sayur. lebih baik if dapat makan buah dulu sebelum makan main dish, and dalam dish ada banyak sayur. sedap oii makan sayur.

4. Senaman
aku bagi senaman mudah je kalo dah tak berkesempatan nak ke gym mahupun swimming pool or main apa-apa games sekalipun. instead of naik lif, naik la tangga. aku hari-hari berjalan dari lrt ke office, sebab tu je salah satu cara untuk exercise. create something yang boleh buat badan berpeluh walaupun hanya untuk 10 - 20 minit. at least membantu untuk proses nak kurus.

5. Jangan Skip Makan
nak kurus, kena skip makan. salah tu. tak boleh buat perut kosong berangin. dari nak kurus, terus tak kurus. if lapar, makan je, but make sure makan something healthy. tak nak makan, then minum air kosong banyak. aku sendiri tak skip makan. breakfast, lunch, tea time, dinner pun aku makan. tapi time dinner aku amik light light je la.

hope perkongsian ni membantu la sikit untuk proses nak kurus. All the best korang. sapa ada idea or cadangan, feel free to comment yaaa. moh kita kurus secara sehat!

(^_^)v


Harini, aku nak berkongsi satu set kecantikan yang sesuai dibawa ketika melancong. Aku kalo jalan jalan ke balik kampung ke, memang tak suka nak bawak balik skincare yang botol besar besar. berat and buat penuh beg je. so aku akan makesure aku bawak balik travel set je, senang. letak dalam beg mekap pun dah cukup.


Thanks pada SkinSoul sebab memperkenalkan Skin Shield Travelling Set yang sangat praktikal, sesuai untuk semua jenis kulit muka dan yang penting, tak perlu nak bawak extra skincare. cukup dengan hanya ada 5 product ni sahaja.

dalam 1 SkinSoul Skin Shield Travelling Set ada 5 jenis product iaitu
1 - SkinSoul Skin Shield Hydra-Purifying Cleanser
2 - SkinSoul Skin Shield Hydrating, Energizing & Pore-refining Lotion
3 - SkinSoul Skin Shield Lift & Bright Serum
4 - SkinSoul Skin Shield 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)
5 - SkinSoul Skin Shield Night Cream

Skin Shield ini adalah skincare yang berasaskan natural ingredients diformulasikan di Switzerland, dimana kita tau, di sana terkenal dengan research dan inovasi dalam bidang kecantikan dan penjagaan diri. Jangan khuatir, produk dari SkinSoul ni dijamin sangat berkualiti tinggi yang mengikut standards of International Good Manufacturing Practice.

Skin Shield ini dibuat daripada bahan semulajadi organik Ashitaba and beberapa campuran gabungan ekstrak botani yang bernilai tinggi yang memberi kesan yang mantap pada kulit dengan cara yang sebaiknya. kiranya penggunaan bahan di dalam Skin Shield ini, takkan memberi kesan yang negatif pada kulit malah tidak meninggalkan kesan yang tak diingini kat kita. senang nak cakap, cantik secara semulajadi, bukan cantik yang dibuat-buat.

Organik Ashitaba yang berasal dari Jepun ni adalah bahan semulajadi yang unik yang mengandungi 11 vitamins, 13 mineral dan antioksida featuring a rare class of flavanoids called chalcones. Kebaikan Ashitaba ni dapat menyembuhkan dan mampu regenerate to reverse tanda-tanda penuaan, engurangkan kedutan dimuka, meningkatkan elastik kulit, menyembuhkan kulit yang mengalami irritasi dan paling penting, dapat memberi kulit yang sihat cantik cerah bersinar.

bahan-bahan lain yang terdapat dalam SkinSoul Skin Shield Produk ni selain Ashitaba adalah :
a) Red Microalgae Extract - Red Microalgae yg unik ni mampu membantu melindungi kulit untuk bertahan daripada pencemaran udara dan radiasi yang ada disekeliling kita.

b) Alps Botanical Stem Cells - ekstrak dari 1 spesis apple yang tumbuh di Swiss Alps berfungsi sebagai anti-penuaan. dari kebaikan buah ini lah yang membantu kulit untuk sentiasa kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan.

c) Daisy Flower Extract - tonik pada bunga ni bertindak sebagai agen pemutih dan pencerah kulit yang semulajadi.

d) Swiss Glacier Water - keseluruhan produk ni mengandungi Swiss Glacier Water yang bertindak sebagai water base. Air yang datang dari Valais Aps ni mempunyai liposomal formulation and increase therapuetic efficiency and reduce toxicities.

dah bercerita panjang mengenai kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam SkinSoul Skin Shield ni, meh aku tunjukkan secara dekat 5 produk ni. apa yang diberitahu oleh Beauty Consultant SkinSoul, ada dua cara penjagaan, siang dan malam. aku mulakan dengan penjagaan di waktu siang iaitu hanya menggunakan 3 produk sahaja Hydra-Purifying Cleanser; Hydrating, Energizing & Pore-Refining Lotion Mist Spray dan 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)


SkinSoul Skin Shield Hydra-Purifying Cleanser
pencuci muka yang mengandungi vitamins dan mineral Ashitaba ni mampu membersihkan muka dari segala jenis kotoran dan memberikan kelembutan dan kelembapan selepas menggunakannya.


SkinSoul Skin Shield Hydrating, Energizing & Pore-refining Lotion Mist Spray
bertindak sebagai toner memberikan kelembapan pada kulit, malah korang boleh pakai setiap kali rasa kulit kering. even dah letak makeup pun, korang boleh spray ke muka untuk nampak muka sentiasa fresh.


SkinSoul Skin Shield 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)
bukan sekadar nama, sememangnya mempunyai 12 kebaikan dalam cream ni. mempunyai tekstur yang nipis dan mudah menyerap ke dalam kulit, bahkan melindungi kulit dari sinaran matahari. apa yang 12 kebaikan tu, ni ha dia:
- melembap dan melindungi kulit
- unifies complexion
- memutih dan mencerahkan kulit
- menyamarata kan tona kulit bagi sekata
- menyembunyikan dan menutup cela di wajah
- agen melawan tanda-tanda penuaan
- melindungi kulit dari sinaran UV
- memberi kesihatan yang natural pada kulit
- melegakan kulit dari irritasi dan enviroment yang sangat stress
- melawan kerosakan yang disebabkan radikal bebas
- merangsang kulit untuk kelihatan sentiasa berseri
- memastikan kulit sentiasa kelihatan muda remaja

banyak kebaikan dalam satu tube Day Cream.

untuk malam pula, rutinnya adalah Hydra-Purifying Cleanser; Hydrating, Energizing & Pore-Refining Lotion Mist Spray; SkinSoul Skin Shield Lift & Bright Serum dan SkinSoul Skin Shield Night Cream.


SkinSoul Skin Shield Lift & Bright Serum
Serum ini dibuat khas untuk melawan tanda penuaan. serum yang diformulasikan dengan molekul halus Ashitaba anti-ageing essence ni boleh menyerap masuk ke bahagian kulit paling dalam untuk memulihkan elastik dan keanjalan kulit.


SkinSoul Skin Shield Night Cream
Krim malam ni pula dicipta untuk mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka, malah boleh mengecilkan liang-liang pori dan yang pasti, regenerate back your skin.

untuk SkinSoul Skin Shield Travelling Set ni berharga RM500 untuk kelima lima produk ni. tapi, ada promosi best. korang boleh dapat dengan harga murah lagi. nak tau macam mana. ha ni caranya, dengan menggunakan code #SSAlyza, korang boleh beli set ni dengan harga RM388 sahaja. then ada promosi menarik sebagai tambahan. beli barangan SkinSoul lebih dari RM100 dalam satu resit, korang boleh beli SkinSoul Skin Shield set dengan harga RM100 sahaja.

ingat tak entry SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes di entry yang lepas? Click SINI untuk baca. korang boleh beli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan dapatkan limited edition SkinSoul Lip Balm di mana-mana outlet SkinSoul. Lip Balm ni tak dijual tau kat SkinSoul.

jangan lupa mention #SSAlyza untuk grab promotion ni tau! nanti aku share entry macam mana nak pakai produk SkinSoul Skin Shield Travelling Set ni dengan lebih detail plus korang boleh tengok hasilnya sekali. tunggu k!


(^_^)v




Setelah membaca review demi review mengenai Laneige BB Cushion, hatiku teramat amat la teruja nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Then dapat tau plak Laneige mengadakan Beauty Road di Mid Valley, Megamall, lagi la bertambah double triple teruja apabila menerima jemputan dari The Butterfly Project. senyum sampai telinga kauuu.



Malaysia merupakan negara ketiga untuk jelajah Laneige Beauty Road with BB Cushion selepas Thailand dan Singapore. bertempat di Mid Valley, event ni diadakan untuk promosi Laneige's Best Selling product iaitu Laneige BB Cushion. terdapat 2 jenis BB Cushion yang ditawarkan di sini, Whitening & Pore Control. dan katanya, BB Cushion ini dijual setiap 1 saat di seluruh dunia. Wow! ternyata memang ramai yang menyukai BB Cushion ni.


Pada hari tu, kami diberi peluang untuk bersama-sama dengan Duta Laneige iaitu Hwang Se-On. Se-On merupakan model selebriti yang sangat terkenal di Korea. dan on that day, Se-On berkongsi rahsia untuk dapatkan kulit dan mekap yang cantik. Katanya, Se-On sentiasa memastikan BB Cushion berada di dalam beg, dan akan touch up mekap menggunakan BB Cushion ni. Mudah dibawa dan senang nak memakainya. dan tips yang paling penting untuk kekal cantik, banyakkan minum air kosong. Tengok Se-On dari dekat, dia memang cantik kot! cantik sangat kulitnya, jeles aiii!




Event tak berakhir disini, dibawakan pula Makeup Artist dari Korea, Cat Koh, yang berkongsi tips solekan untuk dapatkan kulit yang flawless, natural macam artis-artis korea. di Korea, kebanyakkan wanita sana lebih mementingkan solekan yang nipis dan lebih ke natural look. tak perlu nak mekap tebal or shading or solekan yang keterlaluan. Cat jugak berkongsi macam mana nak menggunakan beberapa produk dari Laneige termasuk lah BB Cushion. Aku masih ingat macam mana Cat kongsi tips untuk memakai eyeliner, untuk bentukkan kening, pakai BB Cushion atas blusher untuk memberi efek pipi merah yang natural dan pakai lipstick two tone which aku dah tempting dah ngan lipstick dia aritu. hehe. ada jugak pasni aku grab lipstick & face mist dari Laneige. heee.







masa dia demo penggunaan Laneige BB Cushion, aku kagum dengan efek yang diberikan. memang nampak flawless dan porcelain effect. then nak bersiap ngan BB Cushion pun tak memerlukan masa yang lama. teruja jugak bab ni. pagi-pagi nak gi keje, tak yah siap lama-lama. senang sangat!

event diakhiri dengan tarian dari penari-penari dari Korea. Lepas abis event, aku pun berjalan-jalan lah disitu sambil try BB Cushion. uuuuu. syoknya la BB Cushion ni. then join few activities kat situ. siap dapat free sample BB Cushion lagi tau. sebab aritu, Laneige memberi sample kepada mereka yang datang ke Laneige Beauty Road. siap dapat free Mask. hehe. senyum kenyit kenyit mata. wink!






tak pulang dengan tangan kosong, unbox the gift yang diberi. nak nangis rasanya. produk idaman diberi beserta beberapa produk yang lain. me love love love it sangat! so, tunggu nanti aku review satu persatu eh!



if korang nak merasa BB Cushion ni, boleh la kemana-mana counter Laneige. rasai sendiri. aci kerat jari korang mesti suka lah!


(^_^)v



Mekap memang best. tapi bab nak buang mekap tu yang sangat lah bercinta kadang-kadang. ada masa, kalo dah malas sangat tahap maksima, terus tido tanpa buang mekap. tahu yang kalo tak buang mekap boleh buat muka rosak, tapi kemalasan mengatasi segalanya. sebab utama malas nak buang mekap sebab kena double cleanse. macam aku ni jenis orang yang suka guna makeup remover oil untuk buang mekap dan pastu cuci dengan pencuci muka. nak buat double cleanse tu yang cheq rasa segan sangat aih!


so arini, aku nak introduce satu produk yang mempercepatkan proses membuang mekap iaitu SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes yang diformulasikan dari Swiss Glacier Water dengan 4:4:3.

4 : Essential Oils
4 : Antioxidants
3 : Hydrating & Soothing Ingredients




Dengan menggunakan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ni, mudah sungguh nak menanggalkan mekap yang degil especially yang waterproof mekap. Even mekap yang boleh buat liang pori tersumbat pun boleh ditanggalkan dengan wipes ni. senang cite, segala mekap, kotoran di muka akan diremove oleh wipes ni dengan hanya sekali lap di muka. tak perlu sental tau! dan yang penting, takkan berlaku irritation pada muka. even untuk orang yg kulit muka sensitive pun leh guna.

Dengan hanya 1 langkah sahaja iaitu sapu/lap di muka tu, kulit muka korang pasti akan terasa lembut, lembap, fresh and perfectly cleansed! dah takde dah sisa sisa mekap yang tinggal di muka malah kulit pun tak kering. yang ini info tersangat penting k! wipes ni takde pewangi pewarna tiruan, tiada bahan bahan kimia dan PARABEN FREE! semua bahan natural sahaja digunakan. yang ni buat aku lagi suka.


meh nak kongsi apa yang buat aku suka sangat dengan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes
1 - dengan hanya satu sapuan, mampu menanggalkan dan membersihkan segala mekap dan kotoran di muka tanpa meninggalkan sisa sisa mekap.
2 - takkan menyumbatkan liang liang pori di muka.
3 - takkan meninggalkan kesan mekap di bantal korang. kiranya skang boleh cuci mekap then terus tido. takyah risau bantal kotor kena mekap.
4 - takkan menyebabkan irritation pada kulit atau mata.
5 - sangat friendly untuk semua jenis kulit muka termasuklah muka yang berjerawat dan kulit muka yang sensitif.
6 - takkan mengeringkan kulit muka. akan sentiasa rasa lembap di muka.
7 - tidak melekit, tidak berminyak, tidak bersabun dan tidak berbau busuk. serius cakap, bau dia wangi sangat. bau bahan-bahan natural.
8 - kulit muka akan berasa segar, bersih, hydrated, tenang, lembut, tegang and lembap selepas menggunakannya.
9 - tidak mengandungi pewangi tiruan, pewarna tiruan, bahan kimia yang berbahaya malah PARABEN dan LANOLIN FREE!
10 - sangat mudah, sangat senang digunakan. dengan hanya 1 sapuan.

ni aku demo sikit macam mana nak guna dan keberkesanannya.


sekeping wipes ni mampu membersihkan segala mekap di muka. tak yah la guna 2 3 4 wipes nak remove semua mekap. kalo guna cotton pad, kita selalu guna banyak kan. so dengan wipes ni, guna sekeping pun cukup. dalam gambar ni, korang nampak kecik sebab ia berlipat. tapi kalo bukak lipatan tu, lagi besar kot wipes ni dari tapak tangan aku. letak kat muka pun penuh. wipes ni tak mudah koyak tau. terasa seperti menggunakan tuala bersih membersihkan muka kita.

Dari Kiri : Muka bermekap; Tengah : dah buang mekap separuh muka; Kanan : sepenuhnya dah buang mekap
nampak tak hasilnya. muka nampak bersih sangat kan, plus nampak lembap. even waterproof eyeliner mascara pun senang giler nak remove. lipstick pun senang je nak buang dengan wipes ni.

kotoran mekap di muka

ni aku nak tunjuk demo kat tangan plak


dengan hanya satu sapuan, hilang mekap. skang ni aku dah suka sangat wipes ni sampaikan nak travel pun aku angkut yang ni je, senang. tak berat beg. kat opis pun aku guna yang ni jugak. senang nak buang mekap sebelum solat. tak yah susah susah nak double cleanse. sebelum ni aku gunakan makeup remover oil-based sebab jenis ni je yang senang nak remove waterproof makeup. now aku dah ada pilihan nak yang itu or yang ini. wink!

harga pun bagi aku sangat berpatutan. RM53 untuk 60 keping wipes. memang berbaloi. nape aku kata berbaloi? kesan selepas menggunakan wipes ini yang buat ia sangat berpatutan dengan harga.

ni ada berita baik untuk korang yang nak mencuba produk SkinSoul. dengan menggunakan code #SSAlyza, korang boleh nikmati promosi yang sangat menarik! serius menarik, tak tipu!

dengan hanya drop by any outlet or boutique SkinSoul di Midvalley, tunjuk yang korang dah follow blog AlyzaFisol and then like FB Page SkinSoul, korang boleh menikmati promosi :

1 - membeli 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan korang akan dapat limited edition SkinSoul Lip Balm yang tidak dijual dimana-mana outlet SkinSoul.
2 - boleh membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan hanya RM388 (Harga Sebenar RM500).
3 - yang paling best, korang boleh beli SkinSoul SkinShield Set berharga RM100 dengan setiap pembelian melebihi RM100 dalam satu resit.

so tunggu apa lagi, jom terjah outlet SkinSoul dan mention #SSAlyza tau!


(^_^)v


dah banyak kali lalu depan cafe ni, en.osbon pun setiap kali lalu duk sebut sebut pasal Wood & Steel ni. nak dijadikan cerita di suatu hari yang dua-dua malas nak berjalan jauh2, decide ke situ je la kami berdating. plus dah tak tau nak gi makan mana and tak nak makan berat, konon-konon dua2 nak diet. hai diet la sangat kan!


yang best nya lagi, cafe ni memang tak jauh pun dari kawasan umah kami, lalu kot Guthrie je dekat sikit. Lokasi Wood & Steel ni kiranya di laluan Jalan Sungai Buloh. Tak jauh dari stesen minyak Petron & Esso. senang nak jumpa sebab cafe nye mengadap jalan utama.

sebenarnya tiap kali lalu, memang duk nampak, banyak betul orang yang pergi ke situ, so bajet-bajet mesti la sedap kan, kalo tak, takdenya la banyak kete depan kedai. bab parking memang tak susah pun kat situ, ate nya dah takde kedai lain yang bukak kat situ. so parking je la mana korang suka.


melangkah masuk ke kedai, teruja tergamam excited kagum semua ada. pergh! cantik gila kedai. memang syok arrr kalo melepak selalu kat situ. giler sempoi baq hang! suasana kedai yang very the santai and relaks. deco yang ku rasakan macam lebih ke classic style. ni pendapat orang yg tak terer deco cam aku. heh! semestinya akan jadi tempat peberet melepak pasni. konpem!



perabot yang digunakan kat sini, boleh kata ada yang rare. dan of course korang boleh beli perabot-perabot kat sini, sebab semua untuk dijuai. siap ada tulis harga siap. Wood & Steel ni boleh dikatakan gabungan cafe & kedai perabot. rasa nak perabot yang unik untuk rumah korang, boleh la cuci mata tengok kat sini. aritu pi pun aku ada berkenan, kalo beli memang tak tau la nak letak tang mana. hehe. lupakan je lah hasrat nak membeli tu.

jom order makanan! since kami kan diet, kononnya, both of us je nak order yang simple ringan ringan ja. so we go for roast beef sandwich, caesar salad with smoked salman, mushroom soup & order air apa ntah, tak ingat. huhu!


mushroom soup memang sedap! recommended. cumanya garlic bread tu kalo dibakar lebih skit bagi ranggup, memang superb combination.


caesar salad tu aku amik Lime & Chilli dressing, rasa macam ala ala sos thai, sedap. pun recommended untuk yang nak diet makan salad ja. portion pun just nice untuk 1 person.


ni gambar Tuna Sandwich, sebab awalnya diaorang salah hantar. tapi nak habaq, yg Roast Beef Sandwich tu, lebih kurang macam ni gak la rupanya. aku kurang gemar sebab aku rasa daging liat skit. tapi laki aku cakap ok je. sedap jugak! roti yang digunakan sedap, fries dicicah dengan sos yang disediakan pun sedap. portion pun memang just nice untuk 1 person.

gambar untuk air, ada kat henpon laki aku, lupa nak amik. hehe. nanti la aku tempek lain tang ni. overall, memang puas hati dengan makanan kat sini. bab harga, expect la standard makan kat cafe. tak la murah sangat, tak la mahal melampau. senang cakap, standard KL. lepas ni rasa macam nak makan pasta, sebab duk tengok orang lain makan macam sedap ja. next next visit insyaAllah.

sapa nak mai, ni ha alamatnya

Wood & Steel
Bandar Pinggiran Subang
Shah Alam
Selangor
Malaysia

depa ada lagi 2 kedai kat The Strand, Kota Damansara dengan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

muka happy dapat makan sedap!

(^_^)v



Blouse adalah antara fashion item yang paling penting dan wajib ada dalam almari pakaian seseorang wanita. Tapi korang tau tak ada macam macam cara untuk gaya kan blouse sama ada dengan pakai butang sepenuhnya, ataupun masukkan ke dalam seluar atau skirt, nak ikat di hujungnya pun boleh atau paling senang biarkan aje ia lepas.

Cara pemakaian blouse yang betul boleh buatkan seseorang tu nampak lebih menawan gojes kebabom namun tetap kasual, simple dan trendy, tapi bergantung dengan cara korang style kan la. Namun untuk blouse Muslimah, ia lebih sesuai jika dibiarkan lepas dan dipadankan dengan seluar jeans, skirt labuh ataupun seluar panjang.


Kenapa ia dinamakan sebagai Blouse wanita sebab potongannya yang longgar dan mampu menyerlahkan sifat feminin seseorang wanita.

Banyak koleksi blouse murah terkini diperbuat daripada pelbagai jenis bahan fabrik yang bermutu tinggi. So masa memilih blouse ni kena mengambil kira beberapa faktor seperti potongan, warna dan juga stail baju blaus. Cara pemilihan juga bergantung pada jenis bentuk badan korang so bila pakai nanti ia akan jadi sangat selesa.


Cara untuk mendapatkan blouse wanita terbaik :
1. Antara yang paling penting ketika memilih blouse adalah untuk dapatkan saiz yang betul bagi mengelakkan korang membeli baju yang terlalu besar ataupun terlalu kecil. Pastikan korang tahu ukuran dada dan pinggang untuk memudahkan pemilihan. 

2. Terdapat beberapa jenis baju blouse wanita dan ada macam-macam variasi stail, tapi kena ingat tidak semuanya sesuai dengan korang. Ramai wanita yang suka ambil mudah benda ini dan akhirnya terpaksa berpuas hati atau kecewa dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan bentuk badan dan cita rasa! Rugi je nanti.

3. Pilihan warna yang bijak mampu membuatkan korang nampak lebih menyerlah dan kena ingat, ini salah satu faktor yang penting agar penampilan nampak lebih anggun dan menawan. 

Diharap, dengan tips-tips ni dapatkan la bantu korang membeli baju dengan sebaiknya dan tak menyesal di kemudian hari. Selamat bershopping yaaaa.

(^_^)v


sekadar satu pengkongsian yang tak menyalahkan mana-mana pihak, cuma nak kita sedar. itu sahaja.

sekadar gambar hiasan

aku just nak bercakap pasal tegur menegur. dari kecik sampai lah sekarang, kita memang dah diterap dengan nilai dimana, hanya orang tua sahaja boleh menegur kita, baik bila kita buat salah ataupun sekadar peringatan. dan kita sebagai orang muda takde hak untuk menegur orang tua sebab katanya diaorang lebih dulu makan garam and perlu dengar cakap mereka sahaja. kalo kita menegur, kadang kala dianggap kita ni sebagai kurang ajar.

pernah dulu aku dapat nasihat dari seorang jururawat ni semasa aku jaga mak aku sakit kat hospital. dia kata, walaupun kita ni muda, kita ada hak untuk menegur orang tua. bukan untuk melawan, tapi menegur untuk membetulkan apa yang salah. memang susah untuk orang tua menerima teguran orang muda, diaorang mesti akan kata "ko orang muda apa tau", "ko jangan nak tunjuk pandai sangat boleh", lebih kurang camtu la ayatnya yang selalu kita dengar and tengok kat drama.

teguran ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk belajar dari kesalahan, belajar untuk menjadi orang yg baik. so buangkan ego, baik yang tua or muda, dengar teguran. kadang kala, teguran di beri ada benarnya. bukan nya la nak suka suki nak tegur kan. yang muda pun, kalo nak menegur, biarlah guna cara yang betul. jangan terlalu berkasar, bercakap secara baik. yang tua, lapangkan dada, buka minda, terimalah teguran orang muda. zaman dah berubah, kadang kala apa yang dikata sangat ada benarnya.

kenapa aku kata perlu tegur menegur. sebab tak kira muda atau tua, semua orang tak sempurna. semua orang keep buat salah. hanya ego yang menjadi dinding untuk terima ke tak teguran itu. jangan hanya kerana nombor umur yang lebih banyak dari satu lagi tu yang menjadikan ego makin tinggi dan tak nak menerima teguran yang diberi.

ingat lah, kita tegur sebab sayang. bukan sebab nak lukakan hati. setiap teguran diberi ada sebab yang munasabah. tambah lagi, jangan tinggalkan sikap hormat. tegur dengan hormat supaya orang boleh menerima dengan hati yang terbuka.

sekadar gambar hiasan
akhir sekali, bermaaf maafan la sesama kita andai kata mana-mana pihak terasa hati dengan teguran yang diberi.

sekian coretan harini.

(^_^)v


Bau badan yang tengik. angkat tangan je, sebatu dah bau. pastu kaki plak yang masam. buka kasut je dah bau seharum semerbak. cik ti lalu pun boleh pengsan. memang mengundang ketidakselesaan kita, malah yang dekat ngan kita pun tak selesa. kena tutup hidung selalu takpun kena tahan nafas. bau nya, MasyaAllah, cheq boleh pengsan.


untuk penyelesaian, aku nak suggest kan kat korang guna IRIS STYLE 699 BODY ODOURLESS. Dijamin hilang bau badan, hilang bau kaki. takde dah bau tengik masam semua tu. dah bleh say bye bye bye.


diperbuat dari bahan-bahan : air suling, kalsium sulfat & natrium klorida yang terdapat di dalam LAUT MATI, mampu menghapuskan toksin yang menjadi punca bau badan.

dengan menggunakan prinsip fizik, semburan cecair IRIS STYLE 699 BODY ODOURLESS menyejat 0.4 kali lebih cepat dari air biasa dan meninggalkan lapisan nipis gabungan garam dan mineral pada kulit. lapisan ni bertindak sebagai protector pada bakteria dari hidup or bersentuhan dengan kulit kita. kiranya ia akan menghindar bakteria dari menghasilkan bau yang kurang menyenangkan tu la.

dengan IRIS STYLE 699 BODY ODOURLESS, ia bukan mampu hilangkan bau ketiak dan kaki, malah boleh merawat luka/penyakit kecil seperti ruam, bengkak, kaki makan air & gigitan seranga dengan hanya sembur ke tempat luka/penyakit.


setelah beberapa lama menggunakan IRIS STYLE 699 BODY ODOURLESS ni, aku sangat berpuas hati dan kini tiada lagi bau yang tak best tu. tengik masam semua dah tak ada. selesa pun ia jugak, sebab ia cepat menyejat. tak perlu nak menunggu lama untuk ia kering.



sebotol IRIS STYLE 699 BODY ODOURLESS hanya berharga RM49, boleh la contact Sazmi Selamat di no 010-5084699. serius berbaloi beli dan pakai. boleh tahan lama. tak percaya, contact la Sazmi sekarang, dapatkan sendiri dan cuba.


(^_^)v


Powered by Blogger.