SAFI Ramadan Al-Mubarak di Royale Chulan, Mutiara Damansara

0 Comments

Pada 2 Julai yang lalu, jenama halal no.1 Malaysia iaitu Safi, mengimarahkan kemuliaan Ramadan dengan mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih di Royale Chulan, Mutiara Damansara.


“Selama lebih dari 20 tahun SAFI jenama halal no.1 Malaysia memahami kehendak kecantikan setiap wanita muslim. Kami melengkapkan kembara cantik mereka dengan inovasi produk kecantikan dirumus dari formulasi teknologi kecantikan terbaik oleh para pakar dari makmal penyeledikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Ia semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”, Jelas Cik Nor Aziani Azizan Pengurus Kanan Produk SAFI.

Hanis Zalikha-Duta SAFI BALQIS, Cik Nor Aziani Azizan Pengurus Kanan Produk SAFI
& Nora Danish - Duta SAFI RANIA GOLD

tambah nya lagi, “Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, majlis SAFI Ramadan Al-Mubarak ini dianjurkan bagi mendukung kemuliaan bulan Ramadan. Ia juga dianjurkan sebagai simbolik integrasi diantara arus kehidupan moden seharian dan kehendak syariat. Kami tampilkan kelainan pada majlis ini dengan memperkayakan rohani dengan sesi tazkirah SAFI  serta solat tarawih yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan semestinya ruang untuk kita merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin dengan majlis berbuka puasa”.


Dua wanita SAFI, Nora Danish - Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha - Duta SAFI BALQIS berkongsi pengalaman mereka mengunakan produk SAFI malah berkongsi pendapat mengenai penampilan dan juga keindahan bulan yang mulia ni, bulan Ramadan.

“Sebagai seorang ibu, kesibukan kerjaya sebagai seorang anak seni saya ketepikan pada bulan Ramadan dan menjadikan ia sebagai masa yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak saya serta mendidik beliau rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. Mendidik anak-anak berpuasa di zaman moden ini berbeza sedikit, jika dia dapat bertahan separuh hari, saya tambah masa bermain Ipad beliau serta dapat  duit poket”, Nora berkongsi perihal melatih anaknya berpuasa.

“Bagi Hanis pula, Ramadan kali ini berbeza buat saya, kalau dulu soal berpuasa dan berbuka semua ibu yang aturkan kini giliran saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam menguruskan hal-hal yang sama. Dulu bangun sahur pun ibu yang kejut, sekarang semua diuruskan sendiri dan ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya”, kongsi Hanis Zalikha duta SAFI BALQIS.

Di majlis ini juga, Nora Danish dan Hanis Zalikha berkongsi tips penjagaan muka untuk tampil yakin. “Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita.


“Hanis percaya di dalam bulan Ramadan ini, selain daripada pengamalan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan kelembapan kulit wajah juga harus dititik beratkan bagi memastikan kita kelihatan segar dan berasa bermaya dalam menguruskan agenda sibuk seharian."

Hanis turut menyarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY.  Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY kepada mereka yang mempunyai kulit muka biasa sepertinya untuk memastikan kulit dilindungi oleh sinaran UV, sentiasa lembap, lembut, halus, bermaya dan juga mencerahkan.

untuk yang mempunyai kulit muka yang berminyak, Hanis menyarankan penggunaan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY kerana ia produk berasaskan air dengan tekstur gel yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak. Bertekstur ringan dan mudah menyerap tanpa rasa melekit adalah salah satu kelebihan produk ini. Malah kandungan asid hialuronik di dalam produk ni mampu mengekalkan kelembapan dan memberikan kesegaran pada kulit.


bagi Nora Danish pula, “Pada pendapat saya seorang wanita yang cantik adalah wanita yang cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”.

“Pada hari ini saya ingin kongsikan dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri saya dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu ia mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar dan sebelum memakai krim pelembap”, ujar Nora lagi.

“Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam. Ia umpama meminum Sehingga 8 gelas air”, Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap dan bermaya. walaupun disebut sebagai minuman wajah, ia bukannya untuk diminum. Ianya untuk kulit muka kita.


Sesi tazkirah bersama Iman Muda Asyraf menceritakan perihal 'Halal Toyyiban", dimana beliau menyampaikan betapa pentingnya mencari rezeki yang halal, menggunakan barangan yang halal untuk kegunaan seharian. Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai "Ikhlas dalam member", mengingatkan para hadirin betapa pentingnya kita berkongsi rezeki, bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah ilmu juga perlu dikongsi. sungguh menarik tazkirah yang beliau sampaikan, sangat bersahaja dan santai.


Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun. Sungguh sedap suara Hafiz Hamidun bila dengar secara Live.






Majlis berbuka puasa bersama Duta SAFI dengan menikmati pelbagai jenis makanan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI iaitu Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi dan Talam Emas SAFI RANIA GOLD; dan Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.


Majlis diakhiri dengan Solat Tawarih bersama dengan Imam Muda Asyraf.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk jenama SAFI, boleh lah layari ke :
Facebook : www.facebook.com/SAFIMALAYSIA
Instagram : @safimalaysia
Youtube : www.youtube.com/safimalaysia

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.