Produk Terbaru Dove Volume & Nourishment Syampu & Perapi

0 Comments



Pada 8 July yang lalu, Dove memperkenal produk terbaru Dove Volume & Nourishment khas untuk wanita yang inginkan rambut yang tebal serta cantik menawan setiap hari. Rambut nipis merupakan salah satu masalah bagi wanita, dan agak sukar untuk bergaya dengan rambut yang nipis. dah lah nipis, kering pulak tu. dengan adanya masalah ini, Dove memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang membawa teknologi Oxyfusion yang membantu menyuburkan rambut serta menjadikan ia kelihatan tebal.



Rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment menerusi Syampu dan Perapi rambut, Teknologi Oxyfusion digunakan kerana ia mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segara malah memberikan kelembapan yang mendalam. Tambahan pula, ia dapat menjadikan rambut kelihatan tebal dan lebih bermaya sehingga 95% tanpa membuatkan rambut berasa berat.



“Dove memahami sesetengah wanita menghadapi masalah berterusan untuk benar-benar menjaga keperluan rambut yang kering dan nipis bagi memperoleh khasiat yang diperlukan rambut mereka serta rambut idaman yang tebal. Sesetengah wanita mengambil langkah ekstrem untuk mendapatkan rambut tebal tetapi mendapati rambut menjadi nipis semula dalam beberapa jam - misalnya tocangkan rambut semalaman, menggunakan alat mengerinting atau menyikat rambut dari akar untuk mendapatkan rambut yang tebal. Kini, wanita dengan rambut yang kering dan nipis mampu memiliki segalanya: khasiat berterusan serta rambut kelihatan tebal menawan, terima kasih kepada rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang membuatkan rambut tidak terasa berat. Ini akan meningkatkan keyakinan wanita dari segi penampilan mereka kerana kini mereka mampu menggayakan rambut seperti yang diingini tanpa bimbang rambut terasa berat,” kata Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Phoenix Ho, Senior Brand Manager of Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd

Phoenix Ho menambah, “Rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini mempunyai haruman yang membuatkan wanita berasa segar sepanjang hari!”

John Goh, Research and Development Deploy Manager, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd 

“Dirumus dengan Teknologi Oxyfusion, produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment telah dicipta khusus untuk menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* serta  memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat. Produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini merupakan keluaran yang unik dan inovatif – ia merupakan penyelamat untuk rambut kering dan nipis yang memerlukan penjagaan khusus. Digabungkan dengan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkannya terasa berat, ditambah pula dengan haruman bertenaga serta tekstur yang lembut - Dove Volume & Nourishment membolehkan anda memperoleh rambut kelihatan tebal yang anda inginkan dan segala khasiat yang rambut anda  perlukan  daripada Dove!” kata John Goh, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Pengguna, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Nor Aqilah Nasar, pengguna Dove yang berpuas hati berkongsi pendapat, “Saya mempunyai rambut yang nipis secara semula jadi dan sejak 5 tahun yang lalu saya sering menyanggul rambut sebelum tidur untuk membolehkan saya mendapatkan rambut yang kelihatan lebih tebal. Sebagai seorang peguam, penampilan amatlah penting ketika di mahkamah dan saya perlu kelihatan yakin sepanjang masa. Saya sering mencari produk di pasaran yang boleh memberikan kedua-duanya iaitu khasiat dan ketebalan tetapi saya tidak dapat mencari penyelesaiannya. Kini dengan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment, saya boleh memiliki rambut idaman yang sihat dan mempunyai ketebalan yang diidamkan. Ini meningkatkan keyakinan kerana rambut saya kelihatan bergaya dan lebih sihat! Akhirnya, satu penyelesaian yang berkesan.”

Chin Mei Lee, Brand Manager of Dove Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd
memberi penerangan mengenai produk terbaru Dove serta Live demostration



Korang boleh dapatkan produk Dove Volume & Nourishment ini dengan harga RM15 (340ml) untuk Syampu dan RM15 (330ml) untuk Perapi dimana-mana kedai/farmasi/mall/hypermarket berdekatan.

layarilah www.dovehair.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Dove Volume & Nourishment ini.

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.