Aritu berkata-kata seperti nak berhenti shopping mekap or beauty product seketika. Tapi kan, kalo dah jumpa online website yang jual beauty product yang murah, authentic and paling best, import direct dari Korea, memang la hasrat tu tinggal hasrat, mimpi tinggal mimpi. Idak nye la nak stop shopping nye pun. hehe.

Walaupun kat Malaysia ni boleh dikatakan banyak butik/kedai yang menjual produk kecantikan Korea, bab harga, sure la mahal sikit kan. Ye lah, direct dari sana, konpem la mahal. tapi sebab Korean Beauty product ni antara yang best and terbaik, ofcos pejam mata beli je. sampai lah ada satu hari tu, diperkenalkan dengan website Althea. terus gatal jari jemari click sana click sini, perghh, banyaknya beauty product yang best best. rasa macam nak beli semua. eceh! sabar sabar, kita tengok satu persatu dulu eh!


dah pilih-pilih and bayar, kita tunggu je barang sampai. dikatakan akan amik masa 10-15 hari untuk barang sampai ke tangan kita. but, surprisingly, dalam seminggu, aku dah dapat barangnya. terus happy melompat sampai anak kucing 2 ekor (Tam & Clinton) kat umah tu pun sama naik happy menyibuk nak tau apa yang ada dalam parcel tu. hehe.


dihantar oleh pihak TaQBin sampai ke depan rumah, barang diterima dalam keadaan selamat. yang terkejut bila buka plastik berwarna pink tu, kotak dibalut cantik dengan bubble wrap, wah! secure sungguh ni. I like! 



then bukak dalam kotak, uuuuuiiii, cantiknya lahai packaging nye, elok je susun cantik dalam kotak, dibalut dengan bubble wrap lagi setiap produk, ada sticker Althea and kotak dipenuhkan dengan pink tissue lagi, maybe untuk make sure produk tak bergerak semasa delivery. Good job Althea!




So ni lah yang aku beli di Althea Korea, Piolang 24K Gold Wrapping Mask, Missha Super Aqua Pore Correcting Refine Serum & It's Skin Power 10 Formula GF Effector.


mesti korang macam, eh original ke produk ni. Ofcoz la original, kalo rasa tak original, pihak Althea akan refund 200% dari jumlah yg dibeli. kiranya ada moneyback guaranteed la. Free shipping dari Korea if korang beli lebih dari RM150. Bab harga, memang murah, berbeza banyak jugak dari yang dijual di butik/kedai kat sini. kiranya memang puas hati la dengan Althea ni.


sempena Grand Opening Althea bulan ni, ada promotion super best, tapi esok dah last. sob sob T_T. Dengan setiap pembelian RM100 ke atas akan dapat Free Shipping plus dapat extra discount RM20 bila spend RM150 dengan menggunakan code ATA150. so pergi beli cepat-cepat kaih. rebut la promotion best ni. lambat lambat kang melepas.


korang, layari lah http://althea.kr/ untuk shopping!

(^_^)v




Pada 8 July yang lalu, Dove memperkenal produk terbaru Dove Volume & Nourishment khas untuk wanita yang inginkan rambut yang tebal serta cantik menawan setiap hari. Rambut nipis merupakan salah satu masalah bagi wanita, dan agak sukar untuk bergaya dengan rambut yang nipis. dah lah nipis, kering pulak tu. dengan adanya masalah ini, Dove memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang membawa teknologi Oxyfusion yang membantu menyuburkan rambut serta menjadikan ia kelihatan tebal.



Rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment menerusi Syampu dan Perapi rambut, Teknologi Oxyfusion digunakan kerana ia mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segara malah memberikan kelembapan yang mendalam. Tambahan pula, ia dapat menjadikan rambut kelihatan tebal dan lebih bermaya sehingga 95% tanpa membuatkan rambut berasa berat.



“Dove memahami sesetengah wanita menghadapi masalah berterusan untuk benar-benar menjaga keperluan rambut yang kering dan nipis bagi memperoleh khasiat yang diperlukan rambut mereka serta rambut idaman yang tebal. Sesetengah wanita mengambil langkah ekstrem untuk mendapatkan rambut tebal tetapi mendapati rambut menjadi nipis semula dalam beberapa jam - misalnya tocangkan rambut semalaman, menggunakan alat mengerinting atau menyikat rambut dari akar untuk mendapatkan rambut yang tebal. Kini, wanita dengan rambut yang kering dan nipis mampu memiliki segalanya: khasiat berterusan serta rambut kelihatan tebal menawan, terima kasih kepada rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang membuatkan rambut tidak terasa berat. Ini akan meningkatkan keyakinan wanita dari segi penampilan mereka kerana kini mereka mampu menggayakan rambut seperti yang diingini tanpa bimbang rambut terasa berat,” kata Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Phoenix Ho, Senior Brand Manager of Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd

Phoenix Ho menambah, “Rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini mempunyai haruman yang membuatkan wanita berasa segar sepanjang hari!”

John Goh, Research and Development Deploy Manager, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd 

“Dirumus dengan Teknologi Oxyfusion, produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment telah dicipta khusus untuk menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* serta  memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat. Produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini merupakan keluaran yang unik dan inovatif – ia merupakan penyelamat untuk rambut kering dan nipis yang memerlukan penjagaan khusus. Digabungkan dengan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkannya terasa berat, ditambah pula dengan haruman bertenaga serta tekstur yang lembut - Dove Volume & Nourishment membolehkan anda memperoleh rambut kelihatan tebal yang anda inginkan dan segala khasiat yang rambut anda  perlukan  daripada Dove!” kata John Goh, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Pengguna, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Nor Aqilah Nasar, pengguna Dove yang berpuas hati berkongsi pendapat, “Saya mempunyai rambut yang nipis secara semula jadi dan sejak 5 tahun yang lalu saya sering menyanggul rambut sebelum tidur untuk membolehkan saya mendapatkan rambut yang kelihatan lebih tebal. Sebagai seorang peguam, penampilan amatlah penting ketika di mahkamah dan saya perlu kelihatan yakin sepanjang masa. Saya sering mencari produk di pasaran yang boleh memberikan kedua-duanya iaitu khasiat dan ketebalan tetapi saya tidak dapat mencari penyelesaiannya. Kini dengan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment, saya boleh memiliki rambut idaman yang sihat dan mempunyai ketebalan yang diidamkan. Ini meningkatkan keyakinan kerana rambut saya kelihatan bergaya dan lebih sihat! Akhirnya, satu penyelesaian yang berkesan.”

Chin Mei Lee, Brand Manager of Dove Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd
memberi penerangan mengenai produk terbaru Dove serta Live demostration



Korang boleh dapatkan produk Dove Volume & Nourishment ini dengan harga RM15 (340ml) untuk Syampu dan RM15 (330ml) untuk Perapi dimana-mana kedai/farmasi/mall/hypermarket berdekatan.

layarilah www.dovehair.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Dove Volume & Nourishment ini.

(^_^)v


Pada 2 Julai yang lalu, jenama halal no.1 Malaysia iaitu Safi, mengimarahkan kemuliaan Ramadan dengan mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih di Royale Chulan, Mutiara Damansara.


“Selama lebih dari 20 tahun SAFI jenama halal no.1 Malaysia memahami kehendak kecantikan setiap wanita muslim. Kami melengkapkan kembara cantik mereka dengan inovasi produk kecantikan dirumus dari formulasi teknologi kecantikan terbaik oleh para pakar dari makmal penyeledikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Ia semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”, Jelas Cik Nor Aziani Azizan Pengurus Kanan Produk SAFI.

Hanis Zalikha-Duta SAFI BALQIS, Cik Nor Aziani Azizan Pengurus Kanan Produk SAFI
& Nora Danish - Duta SAFI RANIA GOLD

tambah nya lagi, “Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, majlis SAFI Ramadan Al-Mubarak ini dianjurkan bagi mendukung kemuliaan bulan Ramadan. Ia juga dianjurkan sebagai simbolik integrasi diantara arus kehidupan moden seharian dan kehendak syariat. Kami tampilkan kelainan pada majlis ini dengan memperkayakan rohani dengan sesi tazkirah SAFI  serta solat tarawih yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan semestinya ruang untuk kita merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin dengan majlis berbuka puasa”.


Dua wanita SAFI, Nora Danish - Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha - Duta SAFI BALQIS berkongsi pengalaman mereka mengunakan produk SAFI malah berkongsi pendapat mengenai penampilan dan juga keindahan bulan yang mulia ni, bulan Ramadan.

“Sebagai seorang ibu, kesibukan kerjaya sebagai seorang anak seni saya ketepikan pada bulan Ramadan dan menjadikan ia sebagai masa yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak saya serta mendidik beliau rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. Mendidik anak-anak berpuasa di zaman moden ini berbeza sedikit, jika dia dapat bertahan separuh hari, saya tambah masa bermain Ipad beliau serta dapat  duit poket”, Nora berkongsi perihal melatih anaknya berpuasa.

“Bagi Hanis pula, Ramadan kali ini berbeza buat saya, kalau dulu soal berpuasa dan berbuka semua ibu yang aturkan kini giliran saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam menguruskan hal-hal yang sama. Dulu bangun sahur pun ibu yang kejut, sekarang semua diuruskan sendiri dan ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya”, kongsi Hanis Zalikha duta SAFI BALQIS.

Di majlis ini juga, Nora Danish dan Hanis Zalikha berkongsi tips penjagaan muka untuk tampil yakin. “Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita.


“Hanis percaya di dalam bulan Ramadan ini, selain daripada pengamalan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan kelembapan kulit wajah juga harus dititik beratkan bagi memastikan kita kelihatan segar dan berasa bermaya dalam menguruskan agenda sibuk seharian."

Hanis turut menyarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY.  Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY kepada mereka yang mempunyai kulit muka biasa sepertinya untuk memastikan kulit dilindungi oleh sinaran UV, sentiasa lembap, lembut, halus, bermaya dan juga mencerahkan.

untuk yang mempunyai kulit muka yang berminyak, Hanis menyarankan penggunaan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY kerana ia produk berasaskan air dengan tekstur gel yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak. Bertekstur ringan dan mudah menyerap tanpa rasa melekit adalah salah satu kelebihan produk ini. Malah kandungan asid hialuronik di dalam produk ni mampu mengekalkan kelembapan dan memberikan kesegaran pada kulit.


bagi Nora Danish pula, “Pada pendapat saya seorang wanita yang cantik adalah wanita yang cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”.

“Pada hari ini saya ingin kongsikan dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri saya dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu ia mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar dan sebelum memakai krim pelembap”, ujar Nora lagi.

“Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam. Ia umpama meminum Sehingga 8 gelas air”, Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap dan bermaya. walaupun disebut sebagai minuman wajah, ia bukannya untuk diminum. Ianya untuk kulit muka kita.


Sesi tazkirah bersama Iman Muda Asyraf menceritakan perihal 'Halal Toyyiban", dimana beliau menyampaikan betapa pentingnya mencari rezeki yang halal, menggunakan barangan yang halal untuk kegunaan seharian. Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai "Ikhlas dalam member", mengingatkan para hadirin betapa pentingnya kita berkongsi rezeki, bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah ilmu juga perlu dikongsi. sungguh menarik tazkirah yang beliau sampaikan, sangat bersahaja dan santai.


Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun. Sungguh sedap suara Hafiz Hamidun bila dengar secara Live.






Majlis berbuka puasa bersama Duta SAFI dengan menikmati pelbagai jenis makanan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI iaitu Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi dan Talam Emas SAFI RANIA GOLD; dan Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.


Majlis diakhiri dengan Solat Tawarih bersama dengan Imam Muda Asyraf.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk jenama SAFI, boleh lah layari ke :
Facebook : www.facebook.com/SAFIMALAYSIA
Instagram : @safimalaysia
Youtube : www.youtube.com/safimalaysia

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi!!!

Di bulan Ramadhan ni, sememangnya aku suka mengamalkan supplement yang dapat memberikan tenaga untuk bekerja, beribadah dan sebagainya...bulan puasa kali ni, aku mencuba produk keluaran dari LivYoung iaitu Noni Al-Qurma...minuman kesihatan yang berasaskan campuran dua jenis buah yang paling berkhasiat di dunia, Noni (Mengkudu) & Kurma...



Nak tau apa kandungan bahan utama Noni Al-Qurma ni? ia terdiri daripada 100% Enzim Noni yang tulen yang mengandungi lebih daripada 150 nutrien penting termasuk lah kandungan Antioksidan paling tinggi, Scopoletin & Superoxide Dismutase (SOD)....150 nutrien penting dari Noni ni la yang bagus untuk detox, anti-flamasi, seimbangkan hormon, tingkatkan sistem imun badan dan juga meningkatkan tenaga...Kurma, seperti yang kita tau, banyak kebaikan yg ada pada buah Kurma ni...

"Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air, kerana air itu bersih lagi membersihkan." - Abu Daud dan Tarmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda

Apabila berbuka, buah kurma lah yang menjadi pilihan sebab ia adalah makanan Sunnah...dengan kebaikan dari dua buah ini lah Noni Al-Qurma menjadi minuman yang berkhasiat dan lengkap di dunia...



aku nak kongsikan kebaikan mengamalkan minuman Noni Al-Qurma ni

  • mencegah gangguan usus dan sembelit disebabkan ia kaya dengan serat
  • mengalkalikan badan dimana ia dapat membantu mengurangkan asid dalam badan
  • membantu membina otot dan pelihara sistem saraf kerana ia kaya dengan potassium
  • mengandakan 3x sistem imunisasi badan, maka kita akan terhindar dari ancaman penyakit dan bakteria
  • meningkatkan fungsi & memori otak, sangat sesuai diberi minum pada kanak-kanak sebagai penguat memori.
  • peremajaan organ organ utama
  • meningkatkan tenaga
  • sesuai untuk ibu mengandung kerana dapat mengurangkan keletihan badan dan mengurangkan sengal-sengal badan. *dicadangkan untuk dapatkan nasihat doctor sebelum mengambil supplement ini
  • kualiti susu ibu terjamin malah ia memastikan susu ibu cukup untuk bayi

setelah aku mengamalkan minum selama seminggu, boleh dikatakan, puasa kali ni aku cukup bertenaga...takde masalah sakit perut ke apa ke, malah aku rasa kulit ku makin cantik berseri-seri...dengan mengambil waktu berbuka dan sahur, alhamdulillah nampak hasilnya...


nak minum pun mudah je, bancuh 2 sudu Noni Al-Qurma dalam air 200ml...jangan bancuh dengan air panas, sebab nanti boleh merosakan nutrien-nutrien yang ada dalam Noni Al-Qurma...macam aku bancuh dengan air sejuk...sejuk sejuk terus minum berbuka, pergghh...memang sedap...dah bukak minum, jangan lupa simpan dalam peti ais...


ohhhh satu lagi info yang aku lupa nak bagitau, semua bahan digunakan adalah tulen, tiada gula tambahan dan tiada bahan bahan pewarna mahupun perasa...so memang 100% tulen...


korang boleh dapatkan Noni Al-Qurma ni dengan harga RM159 sebotol...dan ada berita best super best...dengan setiap pembelian Noni Al-Qurma, korang boleh dapat RM50 cash voucher malah berpeluang untuk memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Hard Rock Penang Hotel...perghhh...best kan!

untuk info lanjut mengenai Free stay in Hard Rock Hotel Penang – Share & Win, boleh lah layari www.livyoung.com/FREEhardrockstay...tunggu apa lagi, jom lah sama-sama sihat sama-sama berpeluang untuk menang!

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

resipi mudah yang 10 minit boleh siap...ehehhe..ye ye je kan...first time buat, setengah jam gak nak siap pun haaa...tapi bila dah siap boleh makan, sedap tak terkata...

resipi dari FB jugak macam resipi sebelum ni Homemade Chicken Egg Sausage, cuma resipi ni mai dari tuan yang berlainan plak...thank you Roazura Bahari, share resipi yang best ni...

cara-cara nak buat mudah je...

Gambar dari FB Roazura Bahari

A) Susun roti gardenia dalam loyang dan renjiskan air sedikit sebab tak nak roti jadi keras and kering...pastu sapu dengan tomato puri..tapi aku guna sos spaghetti Prego...

B) Kemudian letakkan cheese slice kat atas sapuan tadi.

C) Susun sausage dan kalo boleh masak la dulu sausage tu, baru letak atas roti..

D) Letak la apa nak letak sebagai topping...capsicum, mushroom (aku guna white button mushroom), bawang, tomato cherry...korang boleh letak apa saja...crabstick pun boleh...last sekali, taburkan Mozarella cheese ikut la banyak mana nak...lagi banyak lagi best...boleh main tarik tarik cheese nanti...hehe

E) Bakar dalam oven selama 15 minit, then siap!

F & G) Tunggu lagi, dah keluaq dari oven, ngap teruihh laaa...makan panas-panas baru syokkk...

ni hasil laki bini
makan 2 keping pun dah kenyang...boleh buat selalu, sebab senang ya amat...balik gheja pun sempat buat...selamat mencuba!

(^_^)



Assalamualaikum & Hi!!

resipi menarik yang dah dishare kan FB suatu masa dulu and aku sendiri cuba buat sekali...tapi macam tak berapa menjadi...takpe takpe, nanti try buat lagi...ada banyak benda perlu diperbaiki lagi...

Resipi yang dikongsikan oleh Fazilah Norman...thank you for the resipi..

Resepi Chicken Egg Sausage home made

Bahan2
---------
isi ayam 2 ketul bahagian dada * boleh tukar daging, udang ikot suka
telur 6 biji
lada hitam
mayonis any brand * sy pakai jenama kew pie
daun bawang
buh garam sikit kalau nak,
nak sedap lagi boleh la bubuh ape2 seasoning cth, megi seasoning * sy tak bubuh

sukatan kat atas ni agak2 je

blender semua
kalau banchan agak kental, tambahkan telur
masukkan dalam plastik aiskrim
kukus/rebus
siap!!

nak makan macam tu aje pon boleh, nak goreng pon boleh
yang lebih simpan dalam freezer, nak makan bru panaskan.

sesuai untuk merek yang diet
memang sedap.
tiada bahan pengawet
dijamin halal

Gambar dari FB Fazilah Norman

Gambar dari FB Fazilah Norman

ni lah hasil Fazilah Norman...hasil aku....jeng jeng jeng...jangan gelak pelissss...hahaha...tak lawa sangat sebab masa kukus plastik pecah...maybe cara salah kot time bubuh dalam plastik aiskrim...

 


aku rasa resipi ni sesuai sangat untuk mereka yang nak diet...cuba lah...senang jeee...

(^_^)v


Powered by Blogger.