Assalamualaikum & Hi!!!

Sempena menyambut Ramadhan di 2015 ini, Kenny Rogers Roasters menawarkan tawaran yang sangat hebat iaitu dengan memberikan potongan harga kepada para pelanggannya untuk menikmati hidangan makanan yg sedap lagi berkhasiat...




Bermula 19 Jun 2015, korang boleh membeli Kenny's Whole Chicken yang kedua pada harga RM1, tetapi dengan syarat, korang kena la beli Kenny's Whole Chicken yang pertama pada harga biasa...promosi ini ada di 100 restoran KRR di Malaysia...untuk info korang, tawaran ini terhad untuk take-away sahaja, dan tidak sah untuk promosi or diskaun yang lain...lagi satu info, promosi ni hanya terhad pada 100 set yang pertama yang terdiri daripada 2 ekor ayam tiap-tiap hari di semua restoran KRR...

“Walaupun berbuka puasa di luar adalah pilihan popular, tiada apa yang setanding masa yang diluangkan bersama keluarga dan orang tersayang untuk menikmati hidangan yang sihat dalam keselesaan rumah. Kepercayaan inilah yang mendorong kami mengadakan promosi take-away ini untuk membantu pelanggan kami berjimat di samping mengeratkan silaturahim,” kata Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.

Seri Lagenda Chicken Promotion

Promosi kedua dari KRR Malaysia sempena ramadhan ni, menawarkan empat hidangan lazat yang dinamakan sebagai Seri Lagenda Chicken...ayam yang diperap dengan pelbagai jenis rempah tempatan, dipadankan dengan kuah kacang yang pedas, seriously, sedap kauuu...paling best, ayam ini dipadankan dengan nasi tomato dan beberapa hidangan sampingan yang lain...

Seri Lagenda Lite Meal


Seri Lagenda Soup Meal



Seri Lagenda Platter


Seri Lagenda Chicken Meal


digandingkan dengan air yang super sedap Lychee Splash...campuran mangga, lychee, kiwi & limau nipis, gabungan yang memberikan kelainan dan sedap diminum ketika berbuka...

Lychee Splash

berita baik untuk korang korang semua, dengan setiap pembelian Seri Lagenda Chicken Meal, korang boleh enjoy diskaun sehingga 40% dengan hanya perlu membayar dengan menggunakan kad KRR...anda dapat nikmati diskaun 20% untuk pembelian 2 set Seri Lagenda Chicken Meal, 30% diskaun untuk pembelian 3 set yang sama, dan 40% diskaun untuk pembelian 4 set ke atas Seri Lagenda Chicken Meal...menarik kan...boleh ajak ramai-ramai berbuka puasa di KRR...





ada lagi berita best, KRR memperkenalkan perkhidmatan ROASTERS Ramadhan Reservation (RRR) dimana, korang hanya perlu mengunjungi ataupun membuat panggilan ke mana-mana restoran KRR, buat tempahan hidangan; dan akhir sekali membuat bayaran untuk mendapat nombor meja...so takyah la menunggu lama di restoran KRR sementara nak menunggu berbuka puasa tu...setengah jam sebelum berbuka baru lah korang datang ke situ...mudah kan...sempat la shopping ke ape ke sebelum berbuka..takde la buang masa menunggu...

perkhidmatan Katering juga ditawarkan oleh KRR di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Johor dengan hanya menghubungi 1-300-888-878...call untuk dapat maklumat lanjut untuk perkhidmatan ni k...

so apa lagi, banyak giler promotion KRR kali ini, rugi kalo korang terlepas dan tak menikmati promotion super best ni...

maklumat lanjut, boleh lah terjah ke www.krr.com.my atau ke www.facebook.com/krrmalaysia...


(^_^)v


Assalamualaikum & Hi!!



Berkonsepkan pada zaman nostalgia, pada zaman kegemilangan dua orang seniman terkenal di Malaysia, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarham Sudirman, itulah tema untuk Buffet Ramadhan di Kites Restaurant, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie... Menu utama yang disediakan istimewa oleh Chef Rahim, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang penyediaan makanan, menyajikan hidangan berbuka dari masakan kegemaran dua orang seniman tersohor Malaysia ini.


Sambil menikmati makanan, sambil mengembalikan nostalgia zaman seniman terkenal ni, sememangnya idea yang menarik...terus feeling-feeling classic and muda kaw...

sebelum aku belanja korang gambar makanan, aku belanja gambar Kites Restaurant yang boleh menempatkan 200-250 orang dalam satu masa...tempat yang selesa dan sememangnya cantik, memang rasa tenang  bila makan berbuka disitu...




nak tau apa yang menarik di Buffet Ramadhan ni, meh aku sajikan gambar-gambar makanan yang sure meleleh bila korang tengok...

P.Ramlee Favorite Dish

Sudirman Favorite Dish


Pelbagai Jenis Sambal

Sambal Hitam Pahang

Masak Lemak Siput Sedut

Sup Gearbox

Satay Station

Tempoyak Ikan Patin

Ulam Ulaman

Arabic Stall (Lamb Leg)

Beef with Black Pepper

Chicken Curry

Eggplant Masala

Lemang & Serunding

Mussels with Oyster Sauce

Nasi Hujan Panas & Nasi Putih

Pulut Kuning & Kari Telur

Roasted Chicken

Squid Kung Po

Stir Fried Kailan with Mushroom
Penne Pasta with Marinara Sauce

Salad Station

Mushroom Risotto

Vegetable Ratatouille




paling special dan confirm hantu durian akan suka, Kites Restaurant menyediakan Durian D24 untuk setiap pengunjung yang berbuka puasa disini...makan lah korang sampai kenyang...tapi nak makan durian ni, tak boleh makan kat dalam...kita makan tepi pool k...


ni aku nyatakan harga untuk Buffet Ramadhan Kites Restaurant...

Hari Pertama hingga Hari ke 7

Dewasa : RM 115 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM85 nett


Hari ke 8 dan seterusnya 

Dewasa : RM 125 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM95


4hb Julai Cuti Umum Nuzul Al Quran & Ahad

Dewasa : RM 115 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM 85 nett


untuk booking, boleh la call no ni +60 7802 5245 ataupun email kepada ramadhan@holidayinnkl.com.my...

selamat berbuka puasa! (^_^)v


Powered by Blogger.