Belum ada Rezeki Anak

0 Comments

Assalamualaikum & Hi!!

sebenarnya lepas baca entry terbaru Sabby Prue berbicara pasal REZEKI, terdetik hati ni nak menulis sesuatu berkaitan rezeki jugak iaitu rezeki anak..

sapa yang kenal aku, dah tau yang aku dah kawin lama..lama tak lama pun dah nak masuk 5 tahun bulan 10 nanti...anak? memang belum ada rezeki lagi nak ada anak sendiri...usaha? tipu la kalo kata tak usaha kan...of course la ada usaha yang kitaorang buat untuk nak timang anak sendiri...tapi apa usaha nya, takkan nak kecoh satu malaysia kan...ye dakkk...

setahun yang lalu, aku ada menulis satu entry berkaitan Anak..korang baca la kat sini : Bila nak ada anak?? Bila dan bila??...

sebenarnya aku dah penat nak hadap soalan macam ni..aku lebih suka dapat ayat-ayat positif or petua or tips or anything yang membantu...bukannya menambahkan stress dalam hati ini...

sehingga ke hari ini, samada aku or family aku yang akan dapat soalan, bila nak ada anak? bila nak ada cucu? kalo lah aku tau bila, dah lama dah aku jawab...ade setengah pendapat kata, tu salah satu cara nak create conversation, tapi bagi aku, ada banyak cara lain lagi kot...tak semestinya nak kena sentuh pasal isu anak...ntah lah, cara berpikir lain-lain, susah nak agak and diperkatakan..

sekarang aku bersyukur ditemukan dengan anak-anak kucing yang terbiar di opis lama dulu...bersyukur sebab mereka mengisi kekosongan hati ini...tiap-tiap hari balik dari keje, memang look forward nak spend time ngan mereka...at the same time, aku tak nafikan, mereka mengajar aku untuk bersabar dan menjadi mak yang baik in future, insyaAllah...


Jumpa anak kucing tu pun kira rezeki jugak kan...bak kata Sabby, rezeki ada bermacam bentuk, bersyukurlah...dan sentiasa berusaha menambah rezeki untuk diri sendiri dan keluarga..

Thanks Sabby for the nice entry today....totally agree dengan setiap apa yang dikatakan dalam entry tu...

last but not least, happy weekend...esok sapa rajin, mai la singgah booth aku esok kat e@curve...jual perfume and tudung...see ya!

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.