Assalamualaikum & Hi!!

sebenarnya lepas baca entry terbaru Sabby Prue berbicara pasal REZEKI, terdetik hati ni nak menulis sesuatu berkaitan rezeki jugak iaitu rezeki anak..

sapa yang kenal aku, dah tau yang aku dah kawin lama..lama tak lama pun dah nak masuk 5 tahun bulan 10 nanti...anak? memang belum ada rezeki lagi nak ada anak sendiri...usaha? tipu la kalo kata tak usaha kan...of course la ada usaha yang kitaorang buat untuk nak timang anak sendiri...tapi apa usaha nya, takkan nak kecoh satu malaysia kan...ye dakkk...

setahun yang lalu, aku ada menulis satu entry berkaitan Anak..korang baca la kat sini : Bila nak ada anak?? Bila dan bila??...

sebenarnya aku dah penat nak hadap soalan macam ni..aku lebih suka dapat ayat-ayat positif or petua or tips or anything yang membantu...bukannya menambahkan stress dalam hati ini...

sehingga ke hari ini, samada aku or family aku yang akan dapat soalan, bila nak ada anak? bila nak ada cucu? kalo lah aku tau bila, dah lama dah aku jawab...ade setengah pendapat kata, tu salah satu cara nak create conversation, tapi bagi aku, ada banyak cara lain lagi kot...tak semestinya nak kena sentuh pasal isu anak...ntah lah, cara berpikir lain-lain, susah nak agak and diperkatakan..

sekarang aku bersyukur ditemukan dengan anak-anak kucing yang terbiar di opis lama dulu...bersyukur sebab mereka mengisi kekosongan hati ini...tiap-tiap hari balik dari keje, memang look forward nak spend time ngan mereka...at the same time, aku tak nafikan, mereka mengajar aku untuk bersabar dan menjadi mak yang baik in future, insyaAllah...


Jumpa anak kucing tu pun kira rezeki jugak kan...bak kata Sabby, rezeki ada bermacam bentuk, bersyukurlah...dan sentiasa berusaha menambah rezeki untuk diri sendiri dan keluarga..

Thanks Sabby for the nice entry today....totally agree dengan setiap apa yang dikatakan dalam entry tu...

last but not least, happy weekend...esok sapa rajin, mai la singgah booth aku esok kat e@curve...jual perfume and tudung...see ya!

(^_^)v

Assalamualaikum & Hi!!

Blog dah berwajah baru!!! acaner, ok dak? seperti yang aku nak, look simple and tak serabut...

Tq so much to Sheda Ucu untuk design blog yang cantik ni! and sangat puas hati dengan service diberi... (^_^)v


korang kalo nak tempah banner or design blog yang cantik2, boleh roger Sheda ehhh...


Email : shedaucu@gmail.com

v(^_^)v


Assalamualaikum & Hi!!!

The Sephora Member Private Sale is back!!

now dah gatai tangan berpikir pikir nak beli ape...eh? tak padan duit dah abis shopping kat Langkawi...huhu..nanti kita up entry Langkawi eh...


tapi macam dah tau je apa nak dirembatkan...hehehehe...


btw, sesiapa nak tumpang, boleh la pm ai...email je tau...plan to go this Friday...

yeay! it's shopping time!!!yeeehaaaaa!!!

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Asyik tengok orang makan Nutella Tart kat Kidz & Creme, mana mungkin aku terlepas dari merasainya kan...of course ajak en.osbon gi makan sekali ngan anak menakan...

Lokasi tak la jauh dari rumah kitaorang, tapi tetap menggunakan Waze sebab tak tau lokasi sebenar kedai kat mana, dah la pergi malam kan..mane nak nampak nama jalan sangat, kemudahan dah ada, baik gunakan...Waze kan ajerrrr...

tak susah pun nak mencari and tak jugak boleh sesat...


sesampai di Kidz & Creme, benda pertama, aku cari Aaron Aziz...hahaha..harapan la sangat dia nak ada kat situ kan...bini dia pun takde masa sampai tu..ok, punah harapan jap...huhuhu...cari meja tengok menu, dah jom order...




masing-masing dah order, tengah duk tunggu makanan nak sampai, mata melilau tengok suasana kedai...not bad, cantik...sangat cozy and sesuai untuk spend time with family...


siap ada disediakan tempat untuk budak-budak main sementara mak pak menyembang bergelak hu ha hu ha...ada set masak-masak, lego and macam-macam la...budak-budak memang enjoy and boleh ralit main kat sini...



dinner with them that night...2 anak menakan ku...

Servis ok and staff friendly...tak la lama menunggu minuman and makanan nak sampai...

Dari Kiri : Smooshie Red Apple & Red Dragonfruit, Chocolate RM11,
Nutella Chocolate Hazelnut RM14.50 & Passion Peach kot (xingat) RM12.90
  

Aglio Olio Seafood RM22

Coneydog RM15

Closeup Steak Burger

Steak Burger RM22

portion makanan memang cukup/lebih untuk seorang makan...sangat puas hati and sangat sedap...Steak Burger memang yummylicious...croissant nye yang lembut, penuh dengan inti daging (bukan guna daging burger, tapi daging sebenar)...Spaghetti pun apa kurang nyaa...banyak dan seafood yang tak kedekut...yang best, diaorang tak letak Fries je, sekali ngan Sweet Potato Fries...Coneydog pun sedap...senang cite, semua la sedap..walaupun nampak ke harganya macam mahal, tapi bila tengok portion makannya, memang pada la dengan harga...

untuk dessert kitaorang order :

Nutella Tart RM14

Creme Brulee RM9

Nutella Tart memang superb! sedap oiiii...rasa nak lagi pun ada..kepekatan Nutella dimakan dengan cheese kalo tak silap aku...hehehe, fail tul bab ni...dengan tart yang tak tebal, tak la muak kalo makan sampai abis...hehehe...Creme Brulee pun sedap, tu kesukaan en.osbon aiii..cukup cheese and tak muak sangat..tapi dua-dua desset ni agak manis jugak sebenarnya...dicadangkan kalo nak makan dessert, jangan order air manis...terasa amik gula berlebihan malam tu...

overall memang puas hati, boleh repeat lagi makan kat situ...

ni lokasi Kidz & Creme :

No. 5 Jalan Setia Dagang
U13/AK Setia Alam
Sunsuria, 7th Avenue
40170 Shah Alam
Kuala Lumpur, Malaysia


(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Sejak kebelakangan ini semua barang naik harga kan? Biasalah hidup di bandar memang kita akan mengalami kos taraf hidup yang tinggi lebih-lebih lagi perbelanjaan petrol, tol dan parking sehari-hari. Oleh yang demikian, trens online shopping seakan-akan lebih sebati sejak kebelakangan ini dan hari ini kita boleh lihat hampir semua produk boleh dibeli melalui pembelian secara online. Pakaian, kasut, beg, makanan, you name it. Semua boleh dibeli secara online!


Walaupun pembelian secara online memberikan penjimatan yang lebih kepada para pengguna terutama daripada segi:
- Penjimatan wang ringgit (petrol, tol dan parking)
- Penjimatan masa

Kini terdapat lagi satu laman web yang benar-benar memberikan penjimatan serta anda juga berpeluang meraih cashback atau ganjaran wang. 


Pernah dengar mengenai Shopback? Shopback Malaysia merupakan the biggest affiliated platform yang baru sahaja memasuki pasaran di Malaysia. Apa yang dimaksudkan dengan affiliated platform adalah laman web ini bekerjasama dengan e-commerce players yang lain seperti luxola, expedia, apple dan lain-lain. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, anda boleh membuat membeli produk apple di laman web Shopback Malaysia. Buat pembelian seperti biasa dan anda akan menerima ganjaran cashback ke akaun Shopback anda dalam masa 3 hari bekerja. 


Bukan sahaja menjimatkan wang ringgit dan masa anda, dengan berbelanja melalui shopback juga memberikan anda ganjaran cashback yang lumayan. There’s no harm to try right? So kalau anda ingin nikmati ganjaran cashback ini, apa kata anda layari laman web Shopback sekarang juga dan buat pembelian pertama anda. Selamat mencuba!


(^_^)v


Powered by Blogger.