Setiap hari bila nak bersiap pergi keje, memang aku harus menempek muka ku dengan Foundation. Concealer? bila ada event je aku guna, tu pun kalo tahap kerajinan tinggi. Kalo tak, dalam mimpi ajer la. aku bukan jenis yang suka sangat apply concealer, sebabnya akan makan masa sikit. malas lah nak hadap muka berjam jam.



Setelah diperkenalkan dengan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++, aku dah mula jatuh cinta dengan produk ini. Ingat tak aku pernah attend session photoshoot dengan Clinique. Boleh baca kat ENTRY INI. Since that day, memang hari hari aku pakai foundation ini. super love with this product.

meh aku review secara jujur ikhlas mengenai produk ini.





Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++ datang dengan 6 shades berbeza, 61 Ivory, 62 Rose Beige, 63 Fresh Beige, 64 Cream Beige, 65 Neutral dan 66 True Beige. dan untuk kulit muka aku, dicadangkan untuk gunakan shades 65 Neutral.


packaging yang menarik, didatangkan dengan glass bottle. nampak sangat exclusive.

Foundation berasaskan liquid ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. dari kering sehinggalah kepada kulit berminyak. Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA++ ini memberikan medium to full coverage kepada pengguna tanpa rasa mekap tebal di muka. ini kerana produk ini fokus pada weightless dan flawless look. so bila pakai, tak rasa sangat ada foundation yang tebal, memang terasa nipis dan segala cela di muka ditutup dengan foundation ini. Disamping itu, foundation ini dilengkapkan dengan pelindung UV SPF 19, terlindung kulit muka dari kerosakan sinar UV.



cara untuk memakai pun sangat mudah. menggunakan applicator untuk apply foundation di muka. di bahagian yg besar tu untuk sapuan di pipi dan dahi. senang cerita untuk memudahkan sapuan di kawasan yang luas. manakala di bahagian tips, untuk fokus di kawasan seperti bawah mata, hidung, celahan tepi hidung dan dibahagian yang mempunyai cela untuk ditutup. just put dot dot dot di kawasan yang kita nak fokuskan, then sapu la menggunakan beauty blender atau span ataupun berus atau menggunakan jari sahaja. aku menggunakan foundation brush untuk sapu rata foundation ni kat muka.


semenjak menggunakannya selama sebulan, apa yang aku boleh katakan. finishing nya memang puas hati. memberikan weightless and flawless look. disebabkan kulit muka aku cepat berpeluh, selalunya aku akan letak sedikit powder di muka selepas letak foundation ini. tona kulit sama dan rata di muka, dan yang penting tidak memberikan hasil mekap yang bertompok tompok bila dah berpeluh. masih sama seperti mula-mula memakainya. mekap tahan lama, boleh bertahan dari pagi sampai petang tanpa nampak kulit muka berminyak. nak menanggalkan pun mudah jugak. kulit muka sentiasa lembap, dan tidak menyumbatkan liang liang pori muka.




apa yang boleh aku katakan, untuk tahu shades mana yang sesuai, kena pergi ke kaunter dan mintak advise dari Beauty Advisor. macam aku, shades aku lighter dari tona sebenar kulit muka aku, sebab bila dah pakai, foundation ni akan oxidise sikit. tak suggest untuk amik ikut tona kulit kita, takut nanti bila dah pakai kulit jadi gelap sedikit.

ohh sebelum terlupa, foundation ini tak perlu pakai banyak. sedikit sapuan di kawasan tertentu dah cukup untuk cover satu muka. boleh la jimat pakai sebotol ini untuk 3 4 5 bulan kan. tak payah nak beli dua produk foundation dan concealer secara berasingan, beli yang ini je. jimat oiii.

Harga : RM132 untuk 30ml

untuk maklumat lanjut, boleh lah ke website Clinque : http://www.clinique.com.my/ dan jugak FB : https://www.facebook.com/cliniquemalaysia?fref=ts

sebelum membeli, jenguklah ke mana mana kaunter Clinique untuk cuba dahulu. aku pasti korang akan jatuh cinta jugak nanti.

(^_^)v




korang ingat tak entry event Serlahkan Kecantikan Matamu Dengan 1-Day Acuvue Define with Lacreon. aku diberi untuk mencuba beberapa lens dan di entry ini, aku kongsikan pendapat jujur ikhlas aku.



sebelum tu, aku cerita sedikit pasal 1-Day Acuvue Define with Lacreon ini. Mempunyai 3 style iaitu Natural Shine, Vivid Style dan Accent Style. datang dengan kotak 30 lens dan yang terbaru 10 lens, memudahkan Traveller untuk membawa lens ni kemana sahaja, tanpa membebankan dan makan space dalam beg. kotak nya nak bubuh dalam handbag pun ok jugak.


cara packing lens, standard seperti contact lens lain. satu lens satu pack. koyak plastiknya dan terus pakai. tapi makesure cuci tangan bersih bersih dulu ye sebelum pakai.


Natural Shine
Lingkaran berwarna kelabu dengan glittering gold shine untuk menampakkan mata yang natural serta bersinar.


Accent Style
Lingkaran berwarna hitam untuk membuatkan anak mata sedikit besar tapi masih nampak natural.


Vivid Style
Lingkaran bewarna coklat untuk mata yang lebih galak dan menyerlah.

Memakai Natural Shine

setelah memakai nya dalam pelbagai acara dan cuaca. sememangnya aku suka dengan 1-Day Acuvue Define with Lacreon. ternyata terasa seperti tidak memakai lens dan masih nampak cantik secara natural. takde la dari jauh orang akan cakap, eh awak pakai lens ye. even yang Vivid Style tu pun, aku sangkakan mata aku akan bertukar jadi warna brownish macam mata omputih/hindustan, tapi sangkaan aku salah rupanya. brownish tu tetap ada, tapi nampak seperti naturally mata aku a bit brownish. bukan brownish yang obvious sangat orang akan kata contact lens color. which I really really like.

pakai seharian pun mata tak kering. ye la kan, dikatakan dapat memberikan kelembapan pada mata sehingga 20 jam, memang betul rupanya. selesa sangat, even tertido sekejap pun mata tak kering. tapi jangan pulak korang amalkan tido pakai lens, tak elok sebenarnya. takat untuk lelap sekejap sekejap tak apa. ni pun aku tertido dalam kete sebab mengantok teramat sangat plus baru lepas makan pulak tu. haha. lagi satu, walaupun duduk dalam keadaan ber'aircond' selama lebih 8 jam, mata tak kering pun. takde sakit sakit pun.

Memakai Accent Style


aku sangat recommend untuk sesiapa yang nak pakai lens, cuba lah pakai 1-Day Acuvue Define with Lacreon ni. sure korang akan jatuh cinta macam aku. hehe.

(^_^)v


ceritera 2 minggu lepas. minggu Sephora buat sales untuk Black Card Member. 20% oiiiii sapa tak nak. Dah la Sephora ni jarang jarang nak sale. few items dah aim lameeee sangat. mula la kaki mengatal nak menuju ke Sephora yang terdekat. aku ke Nu Sentral jeeeeee.

excited teramat sangat nak pergi sale ni sebab kecewa tak dapat pergi bercuti jalan jalan makan angin, too stress, sebab memang nak sangat sangat pergi cuti, tapi kena cancel atas sebab sebab yang tak diingini. maka aku release stress dengan menyopping kat Sephora.

asalnya, nak beli Sephora eyeliner je. aku suka pakai Sephora Retractable Eyeliner in Matte Black. best walaupun ada satu dua benda yang tak berapa nak gemar, tapi tetap rasa best. nanti lah, kalo rajin aku reviewkan. kalo rajin tau, entah bila, tak tahu lahh.

last last terjebak dengan macam macam benda. 

Laneige New Essential Care Trial Set - Moisture

lalu ke bahagian Laneige, nak cari face mist, takde pulak. nampak set ni. menarik untuk dicuba. sebab sekarang ni, aku dalam proses nak bertukar produk kecantikan. sebab brand yang pakai sekarang, aku rasa harganya makin mahal. hampir setiap tahun naik harga. bertukar lah kita kepada brand lain pulak. mana tau kot2 ok jugak kesannya.

Urban Decay Naked 2

yang ini memang dah aim giler lama. aku rasa makan tahun gak la. dulu nak beli rasa macam, eh, tak mampu lagi la. eh, tak perlu lagi kot. tapi kali ini. eh, ada diskaun la, rugi pulak tak amik. eh! hahaha. laki aku pun tau aku aim UD ni lama sangat dah. happy me! lupa terus pasal kecewa bercuti. haha.

Philosophy Renewed Hope in a Jar

tengah-tengah pusing dalam Sephora tu, boleh pulak teringat, moisturiser dah nak abis. yang claim free item pun dapat lambat lagi. tanya opinion Beauty Assistant Sephora, diaorang suggest brand ni. sebab aku memang tak nak go for well known brand yang boleh dapat kat mall/outlet lain. kita cuba la pakai produk ni dulu. best ke tak, nanti la aku share.

Sephora Sleeping Mask

yang ini bukan keperluan, tapi gatai sangat nak beli. haha. dah tu, beli satu dapat free dua sleeping mask kecik tu. dengar free je, mula la gedik nak. bukan amik satu, dua dibantainya. hamik kau. setahun pun belum tentu abis sleeping mask ini. haha. sape nak pakai, meh la umah aku. kita buat pyjamas party nak, abiskan mask mask ni. hehe.

Alterna Haircare

yang ini FREE sahaja. BA bagi sebab dia tengok aku borong banyak kot. haha. katanya suruh try dulu. suka nanti beli la. beli? hmmmm...abis menangis poket baju seluar.


yang dua ekor pegawai imigresen ni memang wajib buat spotcheck kalo ada barang baru masuk kat dalam rumah. selagi tak puas hati, selagi tu la depa belek beg sampai nak terkoyak beg tu pun. sorry sayang, mummy takdak beli barang untuk ampa. ni mummy punya. hehe.

skang, moh la kita menabung balik. bye bye shopping sekejap. eh!

(^_^)v




Pakai cermin mata rabun bukanlah idaman setiap orang especially perempuan. aku memang tak suka nak pakai cermin mata, sebab tak selesa. tapi disebabkan mata rabun akibat terlalu banyak tengok tv, main game semua. nah, sila la pakai cermin mata. sigh!







Aritu aku dijemput untuk menghadiri satu event yang memperkenalkan Contact Lens baru dengan teknologi LACREON keluaran ACUVUE. ACUVUE telah menghasilkan 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON, dimana contact lens ni dapat memberikan kecantikan pada mata secara natural. so takde la obvious sangat orang tau kata kita pakai contact lens.



Majlis dimulakan dengan ucapan dan penerangan dari pihak Johnson & Johnson Malaysia, menerangkan mengenai 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON. 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON ada tiga style Natural Shine, Vivid Style dan Accent Style. sememangnya contact lens ini dicipta untuk mereka yang ingin nampak cantik secara natural. dengan kebaikan 20 jam lembapan untuk keselesaan mata, mata kita takkan berasa kering. dan ini adalah satu-satunya contact lens yang ada UV protection yang mengikut standard antarabangsa. jangan ingat kulit je nak UV protection, mata pun perlu jugak tau.





1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON datang dengan pack 10 lenses dalam satu kotak. sesuai sangat untuk traveller dan jugak untuk mereka yang baru nak berjinak pakai contact lens. berita baik untuk korang, now ada promotion, sekotak RM50 sahaja. lepas ni harganya kembali ke biasa kalo tak silap dalam RM60 ke atas.

disamping dengar penerangan, ada jugak di selitkan dengan aktiviti main games, menang dapat hadiah. team aku menang sekali je, huhu, ok gak la kan. hehe.



kemudian, diberi penerangan serba sedikit mengenai Better Vision. pada haritu, kami diberi peluang untuk buat checkup mata secara percuma di Better Vision. so boleh la tau kesihatan mata kita macam mana. ye, mata pun kena buat checkup sekali sekala. sebab kita tak tau apa jadi kat mata, and ia adalah satu anugerah yang perlu dijaga sebaiknya.


wakil dari pihak Better Vision pulak bagi penerangan mengenai Better Vision Accuracy System Eye Check. kenapa mengapa kena check mata semua diterangkan oleh beliau.


selepas selesai segala penerangan, haruslah isi perut dengan makanan yang disediakan oleh Alexis, The Gardens.



Kami semua dibawa ke Better Vision The Gardens pula untuk sesi check mata dan diberi 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON untuk dicuba. masa check mata disini, baru aku tau urat-urat merah dimata adalah disebabkan mata yang terlalu penat menghadap laptop,smartphone dan sebagainya. sebelum ni, aku memang pernah buat eye checkup, masa tu memang hari hari pakai lens. bila dapat tau kata anak mata membengkak dan ada clog dibahagian bawah mata, terus aku berhenti pakai monthly contact lens. now memang aku choose daily contact lens je. so bila dapat mencuba 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON memang la keterujaan to the max.




seriously selepas memakainya, terasa macam tak pakai contact lens langsung. takde rasa macam ada sesuatu di mata. memang selesa. nak pakai pun mudah. aku pilih untuk pakai Vivid Style, surprisingly, warna mata aku tak nampak seperti memakai lens. nampak natural sangat dan bersinar-sinar mataku. walaupun warna nya agak brownish, tapi still nampak natural. of course aku dah jatuh cinta dengannya.



aku akan review contact lens ni lebih detail lagi di next post. tunggu ya. boleh ke website www.acuvue.com.my atau www.facebook.com/AcuvueMalaysia untuk maklumat lanjut.

(^_^)v

Powered by Blogger.