Assalamualaikum & Hi!!

Nak ketahui rahsia Lyza berkulit cantik berseri-seri sejak dua menjak ni. Ehem ehem ehem. 

taadaaaa...


Produk berasaskan susu dari Yoko ni memang sangat sesuai dan menepati citarasa aku yang sukakan produk berasaskan susu. Refreshing, fefeeling cantik, segar berseri plus dengan harga yang amat berpatutan, serious produk yang harus ada dalam rutin kecantikan harian korang. tak percaya? sila lah baca review ni sampai habis..

Yoko Shower & Body Care Essential Moo Moo Kit terdapat 4 produk iaitu Yoko Hair Spa Milky Rich, Yoko Spa Milk Salt Shower Bath, Yoko Milk Body Lotion dan Yoko Body Butter Cream Milk Protein. Bagusnya produk ni, packaging nye sangat la menarik, di seal dengan teliti supaya produk ni tidak cepat rosak dan kualiti nye tidak terjejas. 



disini dapat lihat, packaging di seal dengan rapi. ada plastik diluar, plus didalam nya di letak aluminium untuk menutupi produk berkenaan. Aku suka produk yang packaging nya dijaga rapi, sebab expiring sesuatu produk akan bermula bila kita dah buka dan guna produk tersebut.


Step 1 : YOKO HAIR SPA MILKY RICH


Bahan-bahannya terdiri daripada gabungan Milk Protein, Coconut Oil dan Argan Oil yang bertujuan untuk menyihatkan dan menyinarkan rambut.


Cara penggunaan nya mudah saja, sama seperti menggunakan conditioner shampoo yang lain. Selepas basuh rambut dengan shampoo, lumurkan Yoko Hair Spa Milky Rich dikeseluruhan rambut terutama sekali dibahagian hujung rambut. Cover rambut dengan tuala yang suam untuk jangka masa 10 minit dan kemudian bilas dengan air. Kalo tak nak balut dengan tuala pun tak apa, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas terus. Boleh la guna 1 atau 2 kali seminggu.

Sepanjang aku menggunakan Yoko Hair Spa Milky Rich memang dah buat aku dah jatuh cinta dengannya. Rambut aku yang agak kasar, yang lepas basuh rambut mengerbang macam Kak Limah tu, kucing nampak pun larikkk, tapi sejak menggunakan produk ini, tiada lagi rambut kasar or mengerbang selepas basuh rambut. Bila rambut dah kering, terasa lembut nya rambutku. Baunya yang sedap, yang ditinggalkan di rambut, memang buat rasa hari-hari nak cium rambut sendiri, eh! *wink

Harga : RM42

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI



Step 2 : YOKO SPA MILK SALT SHOWER BATH


Bahan-bahannya terdiri daripada gabungan Vitamin E, Milk Protein dan Garam Semulajadi. Bertujuan untuk membuang sel-sel kulit mati dan segala daki-daki dibadan, dan memberikan kesegaran dan kulit yang sangat halus mulus selepas mandi.


Cara penggunaannya adalah dengan mandi sedikit basahkan badan, then ambil sedikit Yoko Spa Milk Salt Shower Bath dan letakkan di atas tapak tangan. Kemudian, gosok dengan lembut dalam pusingan membulat ke kulit badan dan biarkan selama 3 minit sebelum bilas dengan air. dengan kata mudah, prosesnya sama saja macam mengunakan body scrub badan biasa.


pertama kali menggunakannya, aku rasa macam amik adunan kek sapukan dibadan. hehe. sebab baunya sama macam nak buat butter cake. tapi bila dah guna, rasa best giler, keluar abis segala benda yang tak dikehendaki di badan ni. memang lepas guna rasa kulit lembut giler. feeling so fresh so new seperti kulit bayi. lepas ni boleh buat sendiri je scrub badan di rumah. Jimat duit poket aiii.

Harga : RM20

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI



Step 3 : YOKO MILKY BODY LOTION


Body lotion ni yang teksturnya tidak berminyak kaya dengan Milk Protein dan Vitamin B3 yang memberikan kulit yang nourish dan moisture. While Vitamin E dan Licorice extract give you smoother skin, lighter dan kulit yang sihat. *sorry udah bercampur aduk bahasanya hehe

Dicadangkan digunakan pada waktu pagi selepas mandi, pump saja dan urut/sapukan di keseluruhan badan. Slowly urut/sapu sampai lotion meresap ke dalam kulit. Memang best digunakan pada waktu pagi sebelum bersiap untuk pergi keje or dating.


Aku suka body lotion ni sebab sangat cepat meresap ke dalam kulit. kiranya tak perlu nak menunggu beberapa minit untuk kering. sapu je lotion, dah terus boleh bersiap-siap. lagi yg aku suka, packaging nye rare, bentuk kotak susu hehe cute!

Harga : RM35

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI



Step 4 : YOKO BODY BUTTER CREAM MILK PROTEIN


Teksturnya yang creamy dan menyerap ke dalam kulit dengan pantas mampu melambatkan kedutan di badan, mengekalkan kelembapan kulit,  mencerahkan dan meningkatkan condition kulit untuk sentiasa lembut dan licin. Diperbuat daripada Milk Protein, Aloe Vera Extracts dan Chamomile Extracts yang menghasilkan lotion badan yang best ni.


Kalo yang Yoko Milky Body Lotion digunakan di waktu pagi, yang Yoko Body Butter Cream Milk Protein digunakan pada waktu malam sebelum tido. Sesuai dengan usia ku diawal 30-an yang perlu mula titik berat penjagaan kulit, nak bagi lambat naik kedutan, so memang setiap malam aku pakai lotion ni. Dengan bau nya yang best, terus buat tido aku lena sehingga ke pagi. wahhh bestnya!

Harga : RM30

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI

Overall, memang aku sangat puas hati menggunakan produk dari YOKO ni. Harga pun berpatutan, mampu milik, no burn my pocket, tu yang lagi suka. hehe. Yang penting, semuanya boleh dibuat sendiri dan mudah digunakan. Jimat duit tak perlu ke spa. hehe.

berita baik untuk korang readers, korang boleh beli produk-produk YOKO dengan diskaun 10%. dah la murah, lagi jimat beli dengan diskaun. so ape lagi, grab yours now! Jangan lupa key in coupon code "LOVEYOKO" masa check out untuk dapat diskaun tu di web NATTA COSME. Guna sebelum 31 Disember 2014 tau! selamat shopping produk YOKO!

Thanks so much NATTA COSME for this awesome beauty kit. Me LOVE it!

Jemput singgah di NATTA COSME

(^_^)v

Love,
Alyza Fisol

Powered by Blogger.