Assalamualaikum & Hi!!!


it's time to playaround with the makeup!!!yeay!!!

arini Lyza akan review collection dari Mary Kay at Play...Mary Kay At Play Bold Fluid Eyeliner, Triple Layer Tinted Lip Balm dan Baked Eye Trio...


kena dengan tema nya, Mary Kay At Play, color yang ditampilkan sangat la meriah & terang...sesuai sangat untuk yang suka main main mekap or suka tampil dengan gaya yang berlainan dan berani...

sebelum nak cerita pasal makeup, Lyza sharekan serba sedikit info mengenai Mary Kay ini...

Irresistable products. Positive community impact. Rewarding opportunity. For 50 years, Mary Kay has offered it all. With 3 million Mary Kay Independent Beauty Consultants and $3 billion in global annual wholesales sales, Mary Kay is a top beauty brand and direct seller in more than 35 markets around the world.

Mary Kay At Play Baked Eye Trio

3 jenis color yang berlainan dalam 1 bekas, memudahkan untuk mix dan match untuk mendapatkan warna yang menarik...boleh create bermacam jenis warna guna Baked Eye Trio ni...



Shade in Neopolitan

warnanya sama macam aiskrim Neopolitan, cantik...glittery sikit plus tekstur nya yang ringan...


bestnya, warnanya mudah di pakai menggunakan eye shadow brush...tekstur memang ringan...tak terasa berat di mata...tak bestnya, glitter glitter tu abis jatuh di sekitar mata...huhuh...

bagi Lyza, warna agak kurang sesuai untuk yang medium skin tone..sebab warnanya kurang menyerlah bila Lyza memakainya...pink and vanilla tu bila diletakkan kat eyelid Lyza, dah nampak macam satu color...tapi, untuk serlahkan warnanya, disuggestkan pakai eye primer dulu, baru nampak beza dua color ni...warna brown, cantik, Lyza suka yang brown tu...

pada pendapat Lyza, warna ni sesuai untuk fair skin tone...orang berkulit cerah memang akan nampak terserlah warnanya...dan untuk skin tone seperti Lyza, korang masih boleh pakai warna ni, dah hasilkan simple & natural look...



kedua-dua gambar ni, Lyza amik tanpa menggunakan apa-apa mode kat henpon Samsung S4...nampak tak tone pink tu dah seperti warna kulit Lyza...color brown nye nampak terserlah di mata Lyza...


available dalam 4 warna : Electric Spring, Sunset Beach, Field Day, Neopolitan

yang kaler purple tu, next thing yang Lyza akan review...


Mary Kay At Play Bold Fluid Eyeliner


Shade in Hello Violet

First time in my life, Lyza cuba eyeliner warna purple or dikenali sebagai Hello Violet...warna nya tersangat la terang...cantik purple nya, aiii is suka...hehe...senang nak pakai di mata, tak perlu nak pakai berlayer layer just nak makesure color nya nampak di mata...macam gambar kat atas tadi, Lyza tarik sekali je di mata...then just touch up skit skit di tempat yang terlepas...tak smudge...menghasilkan line yang cantik di mata...Lyza recommend pada sesiapa yang nak cuba sesuatu yang baru & berani...

pasni nak cuba plak jadikan eyeliner ni as eyeshadow, jadi cantik ke idak... ;)


available dalam 4 warna : Blue My Mind, The Real Teal, Hello Violet, Gold Metal


Mary Kay At Play Triple Layer Tinted Balm


Shade in Atomic Red
Bibir yang kering pun nampak moisture bila pakai lip balm ni...dengan flavor sweet berry, mesti best pakai...tak meninggalkan rasa dan bau yang kurang selesa...yang ini bukan macam lip balm biasa biasa tau, ia melindungi bibir dari kering dan membuatkan bibir kita jadi lembut...tak caya? tengok gambar ni...


bibir Lyza yang tengah kering sekarang pun tak nampak sangat keringnya...nampak lembap je kannn...


untuk dapatkan ketiga-tiga produk ni, korang boleh contact any Mary Kay Beauty Consultant yang berada di kawasan korang...nak tau siapa beauty consultantnya, boleh tengok kat marykay.com.my...

detail lebih lanjut mengenai Mary Kay, boleh singgah ke marykay.com.my...

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!


Sehari tak detox, rasa badan macam tak best, asyik penat je, perut buncit takmau nak kempis, lesu, asyik emo je, macam-macam lagi lahhh...kadang kadang tak senang duduk pun ada...bab buang membuang telah lagi la payah, sebab perut tak lawas dengan baik...


so untuk bulan puasa ni Lyza amalkan minum Teh Herba dari TruDtox ni...jangan ingat bulan posa kita skip detox ye, silap tu...bulan posa pun kena la buang buang segala toksin dalam badan ni...baru la ada energy sikit nak berpuasa kan...kalo tak, lemau jeee...

Detox ni membantu menyahtoksin apa saja didalam badan...apa yang masuk, kena la keluarkan..kalo dibiarkan, lain penyakit yang kita panggil...at least, bila detox ni, dapatlah jauhkan dari penyakit yang tak diingini..cuba kita fikir, pemakanan, product yg digunakan, udara yang dihirup setiap saat, air minuman, hampir kesemuanya mengandungi bahan kimia dan tercemar...tu yang membuatkan badan kita jadi tak best, immune badan pun makin merosot...so kena lah detox semua semua ni, demi untuk kekal sihat sampai tua...insyaAllah..

Mengenai TRUDTOX



produk yang berasal dari Swiss mengandungi bahan-bahan yang natural dan organik yang membantu membersihkan dan menguatkan kelancaran organ dalaman untuk detox secara natural...diperbuat 100% dari bahan organik seperti herba, bunga dan teh...yang penting, TRUDTOX tidak mengandungi bahan terlarang seperti Senna, dan produk ni diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai minuman yang selamat untuk diminum...so tak perlulah ada keraguan pasal produk ni hokehhh...



cara nak minum senang je...rendamkan dalam air panas selama 30 minit, sampai teh tu mengembang dan warnanya bertukar ke color nak gelap gelap sikit...pastu minum lah...ohhhh yaaa...jangan duk gatai bancuh ngan gula plak...konon nak sedap, kot celah mana nak cuci badan..ye dakkk...minum tanpa gula tauuuu...

bau nya sebijik seperti bau teh cina...rasanya, macam minum teh herba cina yang pekat...sedap...tak membuatkan kita rasa nak termuntah bila minum...macam minum teh bunga cina jeeee...



aku amalkan minum waktu malam sebelum tido...buat selang sehari...dan yang pasti, bangun sahur or sebelum pergi keje, confirm 100% membuang...
pastu badan terasa la ringannya...perut kurang sebu...puasa pun rasa bertenaga...tak lembikk jee...badan aku tak plak alami diarrhea ke ape ke...so far so good, alhamdulillah seperti biasa, sakit perut pun biasa-biasa je...tapi setiap orang mungkin berbeza bergantung pada tahap toksin yang ada pada badan korang tu...pada yang tak pernah detox, mungkin lain reaksi pada badan...ingat ye, setiap orang berbeza-beza resultnya...

sila jangan harap untuk kurus yee...sebab ni bukan minuman untuk kuruskan badan, tapi lebih kepada membersihkan badan yeee...

TRUDTOX ni dijual di kebanyakkan farmasi seperti Caring, Watsons, Guardian, Alpha, Alpro, Healthlane, Vitacare dan sebagainya dengan harga RM29.50 untuk pack of 5 teabags dan RM88.50 untuk pack of 15+2 teabags...murah sangat dan mampu dibeli dan dijadikan minuman kesihatan...

online pun ada jugak, boleh beli kat www.hishop.my

info lanjut, boleh ke www.trudtox.com...



Ceria di bulan Ramadhan...Syawal nanti jangan lupa detox jugak ye...hinggalah ke bulan-bulan seterusnya...

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi!!

Dikala Lyza memerlukan sunblock sebab yang lama dah habis, plus rasa nak bertukar ke brand lain, berjumpa pulak dengan Sun Off a Beach Sports Sunblock...


Sun Off a Beach Sunblock with moisturizing Shea Butter & Hexylresolcinol that helps to lighten dark spots while promoting a smooth & even skin tone.

datang dengan botol yang ringan, kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja...sangkut kat handbag boleh, sangkut kat beg galas pun boleh...


first time jumpa sunblock yang ada clip untuk memudahkan sunblock digantung pada beg...sekarang dah tak perlu risau nak bawak sunblock gedabak ke, takut nak keluar kena cahaya matahari ke...Sun Off A Beach memang memudahkan Lyza, boleh pakai anytime anywhere...

Sunblock ni dibuat khas untuk mereka yang aktif bersukan dan sentiasa terdedah dengan cahaya matahari..tapi since Lyza bukan setiap hari bersukan, lebih kepada setiap hari naik moto dan berjalan kaki dari stesen LRT, sama je terdedah kepada cahaya matahari...maka, Lyza pun apply sunblock ni sebelum keluar keje, dan tambah sedikit bila rasa muka dah berpeluh banyak...dicadangkan pemakaiannya setiap 2 jam...


1 pump bubuh diatas tapak tangan, ratakan, kemudian sapu kan di muka...cukup untuk cover satu muka...nak pakai lebih dari 1 pump pun boleh, ikut keselesaan sendiri...


texture nya yang agak creamy, and a bit heavy...sangkaan Lyza, mesti terasa punya kalo sapu di muka...but, sangkaan Lyza teramat la salah nya...bila sapu dimuka, tak terasa pun seperti pakai sunblock...mudah menyerap ke kulit muka...cepat kering...dan tidak meninggalkan kesan yang kurang selesa...memang best pakai...bau nya pun sedap...bau bunga bungaan...

selepas pakai sunblock ni, Lyza rasa kulit muka tak kering, sentiasa moisture, jeragat pun tak bertambah...dark spots pun dah makin kurang sedikit demi sedikit...dicadangkan korang cuba pakai sunblock ni...harga pun tak mahal...

SUN off a BEACH Sports SPF50 50g - RM19.80
SUN off a BEACH Sports SPF50 100g - RM32.80

boleh didapati di SINI...

berita baik untuk pembaca www.lyzafisol.com...korang dapat 15% discount dengan memasukkan code ini...

ALYZAFISOL

cuba lah pakai, serius tak rugi pun...murah pun murah je...bleh tahan lama yg pastinya...

‘Like’ Hishop on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy 
Follow Hishop on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates:  http://www.hishop.my/subscribe


(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Dari entry yang ini (Fun In The Sun with Kiehl's Malaysia & The Butterfly Project), yang beriya bersungguh Lyza nak join tu, alhamdulillah, daku terpilih...excited bukan kepalang...siap menghitung hari lagi nak pergi event tu...

bertempat di One Utama Secret Garden, tempat yang sesuai sangat kena dengan tema Kiehl's "Fun In The Sun"...event yang tersangat santai...tak terikat dengan tentatif ke ape ke...play around with products, buat Cactus Terrarium, memang enjoy sangat event hari tu...kita cerita secara detail kat bawah ni erkkkk...


sesampai nya di Rooftop One Utama, disambut oleh staff Kiehl's yang sangat peramah dan jugak TBP (Tammy, Ayna, Caroline)...memula sampai rasa malu-malu segan semua ada...hahaha...*gedik...dah di tegur borak borak dengan yang lain lain, terus jadi tak malu...semua nya mesra sangat sampai ilang rasa kekok itu...kihkihkih...

Orang kuat The Butterfly Project (TBP) 


For over 160 years, Kiehl's has been serving its customers the most efficacious formulas made with the finest natural ingredients. Throughout that time, they have also sought to develop different formulas for different skin types.
Kiehl's was founded as an old-world apothecary in New York's East Village neighborhood. Its unique, extensive background represents a blend of cosmetic, pharmaceutical, herbal, and medicinal knowledge developed and advanced through the generations. 

Meet Mr.Bones
Jejak harus ditinggalkan ye...heheh...Mr.Bones ni akan berada di outlet Kiehl's cawangan One Utama...boleh la tengok kesan jejakan yang aku tinggalkan aritu...hehe...


ketiga tiga motto ni memang betul...kalo pergi ke outlet Kiehl's, korang boleh try dulu produk mereka sebelum beli..kalo rasa tak confident, boleh mintak sample balik try kat umah plak...bagi mereka, customer satisfaction tu adalah penting dari yang lain...yaaaa...kalo tak puas hati, acaner nak beli kan...bila puas hati baru la best nak beli & pakai...


nak tau keadaan One Utama Secret Garden, boleh baca entry ini (Secret Garden at One Utama)...Lyza pernah ceritakan keadaan disitu...





event start dengan simple speech...introduce their newest innovation for normal to oily skin types, Ultra Facial Oil-Free Gel Cream Fresh Hydration...Formulated to achieve the fine balance necessary to keep skin looking virtually shine-free for 24 hours, while also maintaining its essential moisture for a full 24 hours of fresh hydration...


"When caring for oily skin, it is important to strive for balance rather than simply using products to remove oil and degrease the skin," shares Dr.Adam Geyer, Kiehl's Consulting Dermatologist.



produk terbaru dari Kiehl's ni mengandungi 3 bahan utama :

Imperata Cylindrica Root Extract - The plant thrives in dry, excessively saline environments and is native to many of Earth's desserts, but is especially prolific in the Australian Outback. Its roots contain high concentrations of potassium, and help to provide an immediate and lasting hydrating effect.

Antarcticine - help to provide superb protection against dryness, and helps hydrate skin, providing it with a noticeably smoother appearance while shielding skin from external aggressors. It further helps to protect the skin by facilitating skin's retention of natural water reserves.

Glycerin - attracts and pulls moisture from the air to replenish and hydrate skin.


Lyza sempat melakukan skin test...surprisingly kulit Lyza kering...terkejut jap...


sebelum ni kulit Lyza kategori normal...but maybe sebab terlampau terdedah pada cahaya matahari plus mungkin kurang penjagaan, kulit dah bertukar jadi kering...huhuhuh...anyway, eventhough kulit kering, Kiehl's Beauty Consultant tetap memberi tips tips untuk memakai range Ultra Facial Oil-Free...lagi bertambah tambah excited nak mencuba produk ni bila dapat penerangan yg jelas...


related dengan produk terbaru dari Kiehl's ni...kami diberi peluang untuk buat sendiri Cactus Terrarium ni...best ooo decorate sendiri pokok...dan diajar step by step untuk buat benda ni kasi cantik cantik...bermula dari pemilihan pokok, bubuh beberapa jenis tanah sampai la hiasa menghias dengan hiasan comey comey...tq Frozen Trees for the experiences...

aktiviti paling wajib, bila dah namanya event kan....makan & bergambar laaaa...pantang nampak kamera...hehe...






event diakhiri dengan gambar beramai ramai...


kitaorang semua balik bukan dengan tangan kosong...ade special gift tau!



setelah pakai this range for a month...terasa perbezaan kulit muka ku...ni short review dari Lyza, nanti Lyza detailkan dalam entry yang lain yeeee...

1) Ultra Facial Oil-Free Cleanser - RM85 150ml
surprisingly, eventhough kulit muka Lyza kering...tapi pencuci muka ni tak mengeringkan langsung muka Lyza...pakai sikit pun dah cukup untuk cuci satu muka...lepas cuci, muka terasa sangat bersih sebersihnya...and feel fresh too...

2) Ultra Facial Oil-Free Toner - RM85 250ml
senang dipakai...paling perasan, liang pori agak mengecil sikit...

3) Ultra Facial Oil-Free Gel-Cream - RM100 50ml, RM190 125ml
best! serius best...cepat menyerap ke kulit, kulit bertambah moisture, rasa fresh...even duduk dalam aircond seharian pun tak rasa kulit kering...thumbs up!

Ultra Facial Oil-Free range ni semua nya Paraban Free, Colorant Free, Fragrance Free & Oil Free...selesa sangat pakai range ni...korang tak percaya, boleh singgah di mana mana outlet Kiehl's untuk dapatkan consultation & free sample...balik cuba, then korang tau nape Lyza kata best...

tq so much Kiehl's & The Butterfly Project....


(^_^)v


Powered by Blogger.