Recipe : Smoked Salmon Salad & Egg

5 Comments

Assalamualaikum & Hi!!!

ni dinner semalam punya cerita...kita makan simple simple je untuk dinner...


nak buat ni senang je...hanya perlukan :

Smoked Salmon
Mix Salad
Telur Separuh Masak
Black Pepper
White Pepper

potong smoked salmon dalam bentuk yang kecil...gaulkan dengan salad....bubuh telur separuh masak diatas salad yg dah digaulkan...taburkan black pepper & white pepper...and terus boleh makan...

ini sekadar satu pengkongsian...smoked salmon ni korang boleh beli dimana mana supermarket...ada tiga cara nak makan smoked salmon ni....

1 - makan begitu sahaja
2 - perahkan limau diatas smoked salmon baru potong kecil kecil
3 - grill kan sedikit diatas pan dengan olive oil

cara yang no 3 ni untuk mereka yang tak lalu nak makan ikan mentah...letakkan sedikit je minyak, bagi salmon tak melekat di pan, plus tak nak salmon terlampau kering bila dah di grill kan nanti...

untuk recipe ni, aku gunakan telur separuh masak ala ala jadi sos salad...tak perlu guna thousand island ke, coleslaw ke, italian dressing ke, makan dengan telur pun sedap...aku terpikir idea ni sebab teringat kesedapan telur separuh masak dimakan dengan roti bakar, so aku twist kan sikit, makan dengan salad pulak...

senang nak buat, amik masa 5minit je...

selamat mencuba...jom diet!!

(^_^)v




You may also like

5 comments:

  1. Assalamualaikum alyza. wahh terliur tengok tau. nanti nak cari salmon. hiewhiew..

    ReplyDelete
  2. Senang. Boleh cuba nanti. Bookmark dulu ya

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing, bestnya nanti nak buat kat rumah ^_^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan punya blog..komen saya --> okey, meleleh air liur. Bolehla try buat, sebab suami suka sangat dengan salmon

    ReplyDelete
  5. sedap nya..kat mana nak cari smoke salmon tu. semua market ade ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.