Event Vibrance Kegel di MYoga, The Gardens

1 Comments

Assalamualaikum & Hi!!!

Pada hari Sabtu minggu lepas, aku dijemput untuk hadir ke Event yang memperkenalkan Vibrance Kegel Device ni...actually, Vibrance Kegel Device ni dah lama dah ada di pasaran and dah lame jugak dengar pasal ni...cumanya aku tak berapa pasti kegunaan nya untuk kita ni kaum perempuan...bila dah join event ni, barulah tau banyak kegunaan rupanya...ladies!! Please baca sampai abis tau entry ni kalo nak tau ape best nya device ni...


Sampai nya di MYoga ni, memula, panaskan badan dengan buat Yoga...oh oh oh...first time kau, aku buat Yoga ni...baru lah sedar diri yang badan keras kong...jenuh jugak nak buat step2 Yoga ni...but nasib baik dia tunjukkan yang basic step jee...tapi tu pun, terkial kial...hehehe...best rupanya buat Yoga ni, rileks sangat sangat plus time buat Yoga ni kita boleh berkomunikasi dengan seluruh badan kita...and lagi best, dia tunjukkan step macam mane nak kurangkan sakit time period pain, kurangkan sakit belakang etc...



Lepas buat yoga, kitaorang semua di ceritakan mengenai Vibrance Kegel Device ni...awal awal memang terpinga pinga blank tak pasti sangat macam mane nak guna...lame lame tu baru paham...so aku share kan sikit info kat korang erk...


Vibrance Kegel Device helps you strengthen your pelvic floor muscles, leading to better bladder control, better intimate experience, and prevents back pain and pelvic organ prolapse.
7 secrets to Vibrance :
1) Inner health, outer beauty
2) Use them or you lose them
3) Squeeze and hold, be in control
4) Do it right, keep it tight
5) Twice every day, love your vajayjay
6) Challenge yourself to be stronger everyday
7) Live in confidence


A women’s ‘Hidden’ Secret…nak tau apa? Pelvic Floor Muscles…tanpa kita sedar, sebenarnya pelvic floor muscles ni tersangat la penting dalam hidup wanita, sebabnya 

“The pelvic floor muscles take up huge repsonsibilities in our important life experiences through womanhood including sexual intimacy, physical activities, pregnancy, childbirth, menopause and old age. Taking care of our pelvic floor muscles is essential to make each of these experiences enjoyable and less daunting”

Nampak tak betapa penting nya pelvic floor muscles ni…so untuk membantu kita melakukan senaman di pelvic floor muscles, tak payah susah susah pikir macam mana nak buat,  Vibrance Kegel Device ni kan ada…

Vibrance Kegel Device ni akan membantu kita buat exercise di bahagian pelvic floor muscles dengan lebih mudah dan kita sendiri takde la tersalah buat ke ape ke…nak buat sendiri boleh, tapi tak kena cara, memang tak guna la buat exercise pelvic floor muscles kan…biar lah buat dengan betul, boleh dapat hasil pun terbaik…




Vibrance Kegel Device ni akan membantu mengenalpasti muscles yg betul melalui active biofeedback…then akan ada mild vibration pulse bila diletakkan di pelvic floor muscles…if terletak di tempat lain, takkan ada lah vibration…so kita tau la kata salah tempat…bila dah selalu buat, dengan sendiri nya kita akan confident yg kita buat exercise yang betul…jimat masa…


Untuk para ibu mengandung, exercise pelvic floor muscles memang penting…boleh mengurangkan proses buang air kecil yang kerap…takyah la asyik2 ke toilet je…prevent urine leakage bila terbatuk, bersin & ketawa…menyenangkan proses bersalin…bila muscle kuat, baby nak keluar pun senang…dan yang paling paling penting, adanya exercise pelvic floor muscles, boleh la kembalikan & mengetatkan kembali apa yang longgar…ohh yaaa…untuk wanita yang dah berkahwin tapi tak ada anak lagi pun digalakkan buat senaman ni yeee…

Boleh dapatkan Vibrance Kegel Device dari www.myvkd.com atau SHINS outlets dengan harga RM498

Lepas dengar pasal Vibrance Kegel Device ni, satu pengkongsian ilmu mengenai personal branding...macam mane nak cari keunikan diri kita yang membolehkan kita dikenali dan lebih success di dalam bidang yang diceburi...nak jadi famous dan berjaya macam Steve Jobs, Tan Sri Tony Fernandes etc semuanya diterangkan dalam session ni...how to become successful with your own style...giler menarik, siap aku pikir nak apply untuk business aku lagi tau...



Sebelum tamat sesi pagi tu, blogger terkenal, fourfeetnine kongsi experience beliau dari sebelum kahwin sampai la sekarang, dah berkawin, ada anak sorang dan full time housewife...


pengkongsian yang menarik serta ada seorang tetamu jemputan ni berkongsi experience menggunakan Vibrance Kegel Device...jangan terkejut, lepas guna device ni...dia senang nak beranak...katanya device memang sangat membantu dia dalam proses sepanjang pregnant dan beranak...dan juga selepas beranak...


Now aku dah consider nak beli satu untuk diri sendiri...hehe...ye laaaa...banyak kegunaan kan...boleh guna untuk semua wanita tak kira lah dah berkahwin ke belum ke...semua boleh guna...untuk kaum lelaki, apa salahnya hadiahkan device ni untuk yang tersayang...boleh la bantu yang tersayang cantik dari dalam kan...takkan nak cantik luaran je...

For more info boleh la terjah ke FB Vibrance Kegel Device: https://www.facebook.com/myvibrance


(^_^)v



You may also like

1 comment:

  1. Bestnya hadiri event. Lama tak join event berbayo.

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.