Bahan Buangan Pertanian Boleh Dijadikan Sumber Elektrik

1 Comments

Assalamualaikum & Hi!!!

Setelah berkongsi pelbagai maklumat di entry sebelum ni :


Dalam entry ni, aku nak share pasal BIOMASS…yang kita sedia maklum, kita semua boleh dikatakan tahu pasal Solar Photo-Voltaic (PV) & Hydrowater sebab memang kita dah didedahkan dengan pelbagai information pasal dua benda ni, tapi untuk biomass, ramai jugak tak tau…termasuk la aku…

Setelah melakukan sedikit study plus mendengar taklimat di SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop, baru la aku paham proses biomass ni…


Seperti dalam gambar diatas, ni adalah jenis-jenis bahan buangan yang boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik…bukan ni aje, barangan yang boleh recycle seperti kertas, plastic, aluminium & kaca pun boleh dikatakan sebahagian dari bahan buangan yang dapat digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik…


Sebab tu la ada nya program kitar semula semua barangan ni… bukan sahaja untuk selamatkan bumi tapi boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai…dan ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam penghasilan tenaga elektrik…


Kaedah biomass ni boleh dikatakan sangat sangat la berguna untuk para petani khususnya…kenapa aku kata begitu? Ye lah…barang buangan dari hasil pertanian mahupun peternakan, dikutip dan diprocess menggunakan Biomass processing plant, dapat menjanakan tenaga elektrik…

Daripada kita buang je hampas tu, tak direcycle semula, dah rugi kat situ…boleh dapat dua income tau…satu, dari hasil jualan pertanian dan peternakan, and satu lagi, dari penjanaan tenaga elektrik…

Jika dibiarkan hampas tu begitu sahaja, hampas tu akan bebaskan CO2, then pokok akan serap CO2 ini untuk pertumbuhan semula…proses yang sama akan berulang ulang…hanya satu je fungsi hampas ni…mengeluarkan CO2, dan berikan kembali pada pokok-pokok…sedangkan, jika hampas hampas ini dibakar dan diproses, akan menghasilkan tenaga elektrik dan pada masa yg sama, masih mengeluarkan CO2 untuk kegunaan pokok pokok, dah mencapai dua fungsi disitu…

Kaedah ni amat menjimatkan kerana kita menggunakan hasil buangan, tak perlu barangan baru, tak perlu keluarkan wang untuk dapatkannya…begitu juga dengan barang barang recycle…kita memang dah beli barangan tu, dari buang begitu sahaja, baik berikan pada recycle center, mereka akan proses kannya, barang boleh digunakan semula, malah dapat menghasilkan tenaga elektrik semasa memproses barang tersebut menjadi barangan baru…juga mencapai dua fungsi…

Jadi, daripada kita membuangnya sesuka hati…baiklah kita berikan pada pihak tertentu, supaya dapat menjimatkan wang dalam menghasilkan tenaga elektrik…bahkan dapat selamatkan bumi kita…go green guys!

(^_^)v




You may also like

1 comment:

  1. sumber tenaga alternatif yg patut dijana pada skala besar
    let's go green :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.