Assalamualaikum & hi!!!


agak-agak korang, apakah benda dalam sachet color silver tu?jeng jeng jeng...


ni haaa benda nya...iEnzyme Plus with NSK-SD Nattokinase...minuman yang membantu sistem penghadaman dan circulation function dalam tubuh kita...

untuk informasi lebih lanjut, boleh la baca kat bawah ni :







sesuai sangat diambil selepas makan makanan yang berminyak, berlemak, berdaging, bergoreng dan sebagainya....


datang dalam bentuk serbuk...sekali minum, 1 sachet dibancuh dengan air suam ataupun air sejuk kosong...


rasanya...hmmm...sedap...rasa blackcurrant...macam minum air ribena pun ye jugak...hehe...takde la rasa pelik pelik ke...rasa pahit ke...memang sedap...

actually iEnzyme Plus ni boleh diamik pada bila bila masa...kalo macam korang rasa makan banyak sangat makanan...boleh la amik minuman ni, at least membantu la sistem penghadaman untuk digest sempurna ape yang korang makan tu kan...

macam aku, ade aritu sekali, aku melantak banyak sangat daging, balik rumah bancuh and minum...rasa makanan yang diamik tu dihadam sempurna...takde la rasa macam makanan tak proper digest ke ape ke...perut pun selesa...tak lah rasa penuh semacam...

lagi satu, bila consume benda ni, rasa macam tak bersalah sangat bila makan banyak...hehehe...boleh gitu...

untuk makluman, ia bukan nya minuman untuk kurus ye...haaa...tu kena tau...ia adalah minuman untuk membantu penghadaman...tu je...

rating diberi 4/5...

boleh dibeli dan didapati di http://www.hishop.my/ienzyme


berita baik untuk yang nak mencuba iEnzyme Plus ni, ada special rebate for you....dengan masukkan

ENZY14

korang boleh dapat rebate RM20 with minimum purchase RM99...special rebate ni valid sehingga 30 April 2014..

jom layari Hishop di :

Subscribe : http://www.hishop.my/subscribe untuk dapatkan the latest & exclusive updates

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Setelah berkongsi pelbagai maklumat di entry sebelum ni :


Dalam entry ni, aku nak share pasal BIOMASS…yang kita sedia maklum, kita semua boleh dikatakan tahu pasal Solar Photo-Voltaic (PV) & Hydrowater sebab memang kita dah didedahkan dengan pelbagai information pasal dua benda ni, tapi untuk biomass, ramai jugak tak tau…termasuk la aku…

Setelah melakukan sedikit study plus mendengar taklimat di SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop, baru la aku paham proses biomass ni…


Seperti dalam gambar diatas, ni adalah jenis-jenis bahan buangan yang boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik…bukan ni aje, barangan yang boleh recycle seperti kertas, plastic, aluminium & kaca pun boleh dikatakan sebahagian dari bahan buangan yang dapat digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik…


Sebab tu la ada nya program kitar semula semua barangan ni… bukan sahaja untuk selamatkan bumi tapi boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai…dan ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam penghasilan tenaga elektrik…


Kaedah biomass ni boleh dikatakan sangat sangat la berguna untuk para petani khususnya…kenapa aku kata begitu? Ye lah…barang buangan dari hasil pertanian mahupun peternakan, dikutip dan diprocess menggunakan Biomass processing plant, dapat menjanakan tenaga elektrik…

Daripada kita buang je hampas tu, tak direcycle semula, dah rugi kat situ…boleh dapat dua income tau…satu, dari hasil jualan pertanian dan peternakan, and satu lagi, dari penjanaan tenaga elektrik…

Jika dibiarkan hampas tu begitu sahaja, hampas tu akan bebaskan CO2, then pokok akan serap CO2 ini untuk pertumbuhan semula…proses yang sama akan berulang ulang…hanya satu je fungsi hampas ni…mengeluarkan CO2, dan berikan kembali pada pokok-pokok…sedangkan, jika hampas hampas ini dibakar dan diproses, akan menghasilkan tenaga elektrik dan pada masa yg sama, masih mengeluarkan CO2 untuk kegunaan pokok pokok, dah mencapai dua fungsi disitu…

Kaedah ni amat menjimatkan kerana kita menggunakan hasil buangan, tak perlu barangan baru, tak perlu keluarkan wang untuk dapatkannya…begitu juga dengan barang barang recycle…kita memang dah beli barangan tu, dari buang begitu sahaja, baik berikan pada recycle center, mereka akan proses kannya, barang boleh digunakan semula, malah dapat menghasilkan tenaga elektrik semasa memproses barang tersebut menjadi barangan baru…juga mencapai dua fungsi…

Jadi, daripada kita membuangnya sesuka hati…baiklah kita berikan pada pihak tertentu, supaya dapat menjimatkan wang dalam menghasilkan tenaga elektrik…bahkan dapat selamatkan bumi kita…go green guys!

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

ni dinner semalam punya cerita...kita makan simple simple je untuk dinner...


nak buat ni senang je...hanya perlukan :

Smoked Salmon
Mix Salad
Telur Separuh Masak
Black Pepper
White Pepper

potong smoked salmon dalam bentuk yang kecil...gaulkan dengan salad....bubuh telur separuh masak diatas salad yg dah digaulkan...taburkan black pepper & white pepper...and terus boleh makan...

ini sekadar satu pengkongsian...smoked salmon ni korang boleh beli dimana mana supermarket...ada tiga cara nak makan smoked salmon ni....

1 - makan begitu sahaja
2 - perahkan limau diatas smoked salmon baru potong kecil kecil
3 - grill kan sedikit diatas pan dengan olive oil

cara yang no 3 ni untuk mereka yang tak lalu nak makan ikan mentah...letakkan sedikit je minyak, bagi salmon tak melekat di pan, plus tak nak salmon terlampau kering bila dah di grill kan nanti...

untuk recipe ni, aku gunakan telur separuh masak ala ala jadi sos salad...tak perlu guna thousand island ke, coleslaw ke, italian dressing ke, makan dengan telur pun sedap...aku terpikir idea ni sebab teringat kesedapan telur separuh masak dimakan dengan roti bakar, so aku twist kan sikit, makan dengan salad pulak...

senang nak buat, amik masa 5minit je...

selamat mencuba...jom diet!!

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!

rasanya ramai dah kot yang pergi Sunway Lagoon and main Vuvuzela ni...komen korang???

best or tak best??ke gayat sangat?? ke extreme sangat?

Credit picture to http://cdn.lipstiq.com/

bagi aku tak la best sangat...tapi awesome!!! memula nak naik memang cuak, bila dah naik, rasa nak naik lagi...hehe...kenangkan kena beratur panjang masa aku pergi tu plus malas dah nak menunggu lagi, aku lupakan hasrat nak repeat...

duduk 5 - 6 orang dalam satu pelampung, yang hanya ada pemegang di tepi je...memang mencabar...bila tang nak kona tu, ade gak trase gayatnye takut jatuh...tempat paling extreme, mase nak turun masuk kat lubang besar tu...tak terasa pungkoq duk kat pelampung dh oiiii...harap tangan pegang tali kuat ja...kalo dak, mau jatuh gakkk...gilaaaaaa....anak buah aku siap melayang sat tang tu...dah masuk situ, memang syok arrrr...

Credit picture to http://cdn.lipstiq.com/

keluaq dari pelampung...memang terasa puas main gelongsor ni...tak sia sia beratur panjang...

next time pi konpem aku nak main lagi!!..

ohh ohh ohh....kat tajuk entry aku de cakap pasal harga tiket kan...

terkejut sat, tengok harga tiket dari RM60 utk all park, naik sampai RM90 untuk all park...uihhhh...banyaknya naik...nak cover cost buat vuvuzela ke?


macam game per rides memang aku tak main, terasa ke'murah'an nya disitu...huhuhuh...

tiket naik harga pun, aku tetap pergi jugak sebab situ lah antara tempat boleh spend time ngan family & budak budak...kat tempat gini lah, kita yang dah dewasa ni nak jadi budak budak balik kan...sekali sekala, boleh la pergi...kalau nak selalu pi, takdan penuh duit tabung ayam, kena korek balik... :P

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Pada hari Sabtu minggu lepas, aku dijemput untuk hadir ke Event yang memperkenalkan Vibrance Kegel Device ni...actually, Vibrance Kegel Device ni dah lama dah ada di pasaran and dah lame jugak dengar pasal ni...cumanya aku tak berapa pasti kegunaan nya untuk kita ni kaum perempuan...bila dah join event ni, barulah tau banyak kegunaan rupanya...ladies!! Please baca sampai abis tau entry ni kalo nak tau ape best nya device ni...


Sampai nya di MYoga ni, memula, panaskan badan dengan buat Yoga...oh oh oh...first time kau, aku buat Yoga ni...baru lah sedar diri yang badan keras kong...jenuh jugak nak buat step2 Yoga ni...but nasib baik dia tunjukkan yang basic step jee...tapi tu pun, terkial kial...hehehe...best rupanya buat Yoga ni, rileks sangat sangat plus time buat Yoga ni kita boleh berkomunikasi dengan seluruh badan kita...and lagi best, dia tunjukkan step macam mane nak kurangkan sakit time period pain, kurangkan sakit belakang etc...



Lepas buat yoga, kitaorang semua di ceritakan mengenai Vibrance Kegel Device ni...awal awal memang terpinga pinga blank tak pasti sangat macam mane nak guna...lame lame tu baru paham...so aku share kan sikit info kat korang erk...


Vibrance Kegel Device helps you strengthen your pelvic floor muscles, leading to better bladder control, better intimate experience, and prevents back pain and pelvic organ prolapse.
7 secrets to Vibrance :
1) Inner health, outer beauty
2) Use them or you lose them
3) Squeeze and hold, be in control
4) Do it right, keep it tight
5) Twice every day, love your vajayjay
6) Challenge yourself to be stronger everyday
7) Live in confidence


A women’s ‘Hidden’ Secret…nak tau apa? Pelvic Floor Muscles…tanpa kita sedar, sebenarnya pelvic floor muscles ni tersangat la penting dalam hidup wanita, sebabnya 

“The pelvic floor muscles take up huge repsonsibilities in our important life experiences through womanhood including sexual intimacy, physical activities, pregnancy, childbirth, menopause and old age. Taking care of our pelvic floor muscles is essential to make each of these experiences enjoyable and less daunting”

Nampak tak betapa penting nya pelvic floor muscles ni…so untuk membantu kita melakukan senaman di pelvic floor muscles, tak payah susah susah pikir macam mana nak buat,  Vibrance Kegel Device ni kan ada…

Vibrance Kegel Device ni akan membantu kita buat exercise di bahagian pelvic floor muscles dengan lebih mudah dan kita sendiri takde la tersalah buat ke ape ke…nak buat sendiri boleh, tapi tak kena cara, memang tak guna la buat exercise pelvic floor muscles kan…biar lah buat dengan betul, boleh dapat hasil pun terbaik…




Vibrance Kegel Device ni akan membantu mengenalpasti muscles yg betul melalui active biofeedback…then akan ada mild vibration pulse bila diletakkan di pelvic floor muscles…if terletak di tempat lain, takkan ada lah vibration…so kita tau la kata salah tempat…bila dah selalu buat, dengan sendiri nya kita akan confident yg kita buat exercise yang betul…jimat masa…


Untuk para ibu mengandung, exercise pelvic floor muscles memang penting…boleh mengurangkan proses buang air kecil yang kerap…takyah la asyik2 ke toilet je…prevent urine leakage bila terbatuk, bersin & ketawa…menyenangkan proses bersalin…bila muscle kuat, baby nak keluar pun senang…dan yang paling paling penting, adanya exercise pelvic floor muscles, boleh la kembalikan & mengetatkan kembali apa yang longgar…ohh yaaa…untuk wanita yang dah berkahwin tapi tak ada anak lagi pun digalakkan buat senaman ni yeee…

Boleh dapatkan Vibrance Kegel Device dari www.myvkd.com atau SHINS outlets dengan harga RM498

Lepas dengar pasal Vibrance Kegel Device ni, satu pengkongsian ilmu mengenai personal branding...macam mane nak cari keunikan diri kita yang membolehkan kita dikenali dan lebih success di dalam bidang yang diceburi...nak jadi famous dan berjaya macam Steve Jobs, Tan Sri Tony Fernandes etc semuanya diterangkan dalam session ni...how to become successful with your own style...giler menarik, siap aku pikir nak apply untuk business aku lagi tau...



Sebelum tamat sesi pagi tu, blogger terkenal, fourfeetnine kongsi experience beliau dari sebelum kahwin sampai la sekarang, dah berkawin, ada anak sorang dan full time housewife...


pengkongsian yang menarik serta ada seorang tetamu jemputan ni berkongsi experience menggunakan Vibrance Kegel Device...jangan terkejut, lepas guna device ni...dia senang nak beranak...katanya device memang sangat membantu dia dalam proses sepanjang pregnant dan beranak...dan juga selepas beranak...


Now aku dah consider nak beli satu untuk diri sendiri...hehe...ye laaaa...banyak kegunaan kan...boleh guna untuk semua wanita tak kira lah dah berkahwin ke belum ke...semua boleh guna...untuk kaum lelaki, apa salahnya hadiahkan device ni untuk yang tersayang...boleh la bantu yang tersayang cantik dari dalam kan...takkan nak cantik luaran je...

For more info boleh la terjah ke FB Vibrance Kegel Device: https://www.facebook.com/myvibrance


(^_^)v

Assalamualaikum & hi!!!

Minggu ni and minggu lepas memang aku jarang update blog sebab bizi ngan macam macam benda plus domain aku ade problem plak...abis abis...

Tak bestnya kena tukar nama blog dari alyzafisol.com ke lyzafisol.com....dah sedap dah bunyi yg lama dah kena tukar baru...cam pelik plak sebut nama baru ni, padahal buang a depan je pun....huhuhu...

Anyway, keep support me ye kengkawan...

Happy Weekend!!!!

Ohhh yaaa...take care banyak2 tau...skang tengah jerebu teruk...banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar tau...take care of yourself n family...


Mudah2an jerebu ni akan berakhir secepat mungkin plus MH370 pun ditemui dengan selamatnya...mari kita doakan penumpang dan cabin crew MH370 dapat kembali ke pangkuan family tercinta....aminnn...

Assalamualaikum & Hi!!!



Setiap hari kita jarang nak ambil berat pasal badan kita sebab terlampau sibuk dengan kerja harian, terlampau sibuk dengan aktiviti, terlampau sibuk menguruskan rumah dan sebagainya...yang kita tau, hanya pastikan badan kita cukup makan minum, mandi bersih, tido, sihat untuk melakukan aktiviti kita, bila sakit jumpa doctor makan ubat...bila nak pamper diri sendiri, nak makan sehat, nak exercise semua kita, kita akan pikirkan duit and masa...


Disebabkan perkara ini lah Dove melancarkan kempen Dove Skindulgence with Dove Body Wash with NutriumMoisture...untuk menggalakkan kaum wanita untuk pamper diri sendiri setiap hari dalam masa yang singkat and menjimatkan...yang paling best, tak perlu nak buat kat merata tempat, cukup sekadar di rumah pun boleh...ataupun ditempat bekerja untuk wanita bekerjaya...




“Dove Body Wash with NutriumMoisture is proven to be better than milk. The unique blend of moisturising and nourishing ingredients replenishes nutrients back into the skin while you shower. That in itself is daily pampering for your skin. But, we would like to encourage women to take a step further and pledge through the Dove School of Skindulgence Facebook campaign to love themselves, eat right, and stay active through simple no-hassle, no fuss, inexpensive activities that they can do at home for themselves,” kata Siti Suhaila Abd Hamid, Brand Manager, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd...



Kempen ni akan bermula dari 1 Mac 2014 sehingga 30 April 2014, dan korang kena post gambar kat instagram selama 21 Hari...ada 3 kategori : Pamper Yourself, Eating Right & Staying Active...harus post 7 gambar untuk setiap kategori selama 21 Hari berturut turut, no skip skip day yaaa...contoh nya

Pamper Yourself – 7 gambar
Eating Right – 7 gambar
Staying Active – 7 gambar

Minimum 21 gambar secara total nya...maksimum 63 gambar...kalo korang cecah maksimum 63 gambar, maknanya, hari2 lah korang buat tiga tiga kategori ni...lagi banyak post gambar lagi banyak peluang menang hadiah...HAAAAA APA?MENANG HADIAH???korang ingat join suka suka je ke...ade hadiah la wehhh...

Setiap minggu ada 3 pemenang akan dipilih based on creativity korang post gambar ke instagram...hadiahnya, hamper barangan Dove bernilai Rm100...tu hadiah setiap minggu, belum lagi Grand Prize yang memang grand tu...

10 PEMENANG DOVE SCHOOL OF SKINDULGENCE 21 DAYS CHALLENGE AKAN MEMENANGI PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM KE KRABI...

Krabi wehhh...sapa tak mau...fully sponsor kauu...aku dah siap berangan angan dah nak gi Krabi...heheheheh...tapi bukan angan angan kosong la....memang aku join la kempen ni...terus instagram aku active hari hari...hehehhee...

Nak join kempen ni senang ajooo...

2) Register kan diri sendiri untuk pledge campaign ni dan link kan dengan akaun instagram korang...
3) Boleh la mula post gambar di Instagram dengan hashtag #Skindulgence #BetterThanMilk #Eatright #Stayactive

Boleh amik gambar apa sahaja asalkan ia berkait dengan kategori Pamper Yourself, Eating Right & Staying Active...


Pada malam event tu, kitaorang dibahagikan pada 3 kumpulan ikut kategori yang disebut diatas...and aku kena kumpulan Staying Active...maka nya diajar beberapa jenis senaman yang mudah dibuat serta dapat menyihatkan badan...senaman yg kalo korang buat, 5 minit boleh setel dah...tak yah berjam jam...




Ade lagi dua kumpulan, Pamper Yourself akan diberi Dove Body Wash with NutriumMoisture untuk manjakan diri, and kumpulan satu lagi main masak masak makanan sehat...banyak information yang aku dapat malam tu sampaikan aku rasa, aku perlu menjaga diri aku ni, tambah plak dah makin berumur kan...harus lah kesihatan diutamakan...


Korang boleh dapatkan Dove Body Wash with NutriumMoisture ni dimana mana sahaja, supermarket, farmasi, drugstore, kedai runcit dan sebagainya dengan harga RM5.90 (200ml) & RM22.90 (1 Liter)...


Untuk maklumat lanjut, boleh lah ke https://www.facebook.com/MyDoveBodyWash...



Aku dah mula cabaran ni, korang bila lagi? Masih belum terlambat untuk join…

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Penutup bulan Februari yg terindah buat aku dan blog alyzafisol.com...tq so much Nuffnang!!!!


betul lah kata otai otai blogger, nak dikenali bukan senang, harus berusaha dan mantapkan blog sentiasa...sentiasa belajar dan tak kedekut ilmu...yang penting, bermulalah dari bawah dan jadikan otai otai blogger sebagai pendorong semangat untuk lebih maju dalam bidang blogging...buangkan sifat dengki mendengki, cantas mencantas, tak kemana nanti...

alhamdulillah, berkat tunjuk ajar beberapa blogger, aku sampai ke tahap ni...

TERIMA KASIH PADA SEMUA ESPECIALLY KELUARGA, RAKAN2 & RAKAN2 BLOGGER YANG SENTIASA MEMBANTU, YANG MEMBERIKAN SOKONGAN & YANG MENDOAKAN...HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALAS JASA KALIAN SEMUA...

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

nak kata aku hebat sangat, idak la jugak...baru je menapak dengan kasut baby yg bunyi bunyi tu...jauh lagi perjalanan ni...banyak lagi benda nak belajar...banyak lagi benda yang perlu diterokai...

silalah berikan tunjuk ajar lagi...

(^_^)v


Powered by Blogger.