Tariff Galakan atau Feed-In Tariff (FiT) Programme

0 Comments

Assalamualaikum & Hi!!!

Korang dah baca kan entry aku sebelum ni mengenai apa itu SEDA Malaysia, apa itu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB / Renewable Energy a.k.a RE Fund) dan aku ade sentuh skit pasal yang korang boleh dapat duit dengan jual balik tenaga elektrik pada TNB…so dalam entry ini, aku cerita la serba sedikit mengenai Feed-In Tariff (FiT)…


Feed-In Tariff (FiT) atau Tariff Galakan ni adalah mekanisme polisi yg digunakan dengan meluas untuk merangsang pertumbuhan Tenaga Boleh Baharu (TBB/RE)…kiranya mekanisme ni membolehkan tenaga elektrik yg dihasilkan dari sumber TBB/RE ni, dijual semula kepada syarikat utility kuasa yg sah pada harga premium tetap bagi tempoh tertentu…so kat Malaysia ni, syarikat utility kuasa yg dimaksudkan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)/SESB  & NUR Distribution…syokk ooo generate elektrik, pastu jual balik…boleh jimat duit aii tau…hehe…yang paling penting, it’s a long term investment and RE takkan pernah kering…sentiasa ada…

Kebaikan FiT programme ni :-
i) Penyumbang utama ekonomi dengan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan & meningkatkan pendapatan kasar Negara melalui pertumbuhan industry TBB/RE.
ii) Jaminan tenaga elektrik di masa hadapan & mengurangkan perubahan iklim dunia.
iii) Menyediakan penyelesaian pada isu-isu seperti kesihatan social, memperkasa & menyediakan pengagihan kekayaan yg adil & pemuliharaan alam sekitar.
iv) Guarantee investment security pada RE investors
v) Menjana pendapatan tambahan isi rumah


Cara nak apply FiT programme ni senang ajo…
i) Pergi ke website http://seda.gov.my/ 
ii) Download form ( Permohonan secara manual boleh dilakukan  dan charge akan dikenakan ke atas borang tersebut,  namun begitu jaminan untuk mendapat kuota adalah sangat tipis , oleh itu adalah sgt digalakkan memohon secara dalam talian.


iii) Boleh apply online sila rujuk  www.seda.gov.my



SEDA Malaysia akan luluskan permohonan korang and bila dah lulus, baru lah boleh pasang Solar PV di rumah or mana sahaja yang korang nak…

Yg ini mesti korang tertarik nak tau…bab incentives…bab duit, sape tak nak tau kan…hehehe

Untuk individual, bila kita join programme ni, dan jual balik tenaga  elektrik yg dijana melalui Solar PV  pada TNB, kita akan mendapat  bayaran bulanan drpd  DLs (TNB/ Nur Distribution/ SESB) mengikut kadar yang telah ditetapkan . 

Kadar FiT

Contoh pengiraan :


Kalo untuk industry or companies plak, nah baca, sila translate sendiri…hehehe

Companies generating energy from renewable sources
i. Pioneer Status with income tax exemption of 100% of statutory income for 10 years; or
ii. Investment TaxAllowance of 100% on qualifying capital expenditure incurred within a period of 5 years. The allowance to be set-off against 100% of statutory income for each year of assessment; and
iii. Import duty and sales tax exemption on equipment used to generate energy from renewable sources not produced locally and sales tax exemption on equipment purchased from local manufacturers.

Detail selanjutnya, boleh refer kat sini : http://seda.gov.my/pdf/PTM%20Incentives.pdf

Silalah terjah http://seda.gov.my/ untuk pelbagai informasi mengenai FiT, RE dan sebagainya…

(^_^)v




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.