Sebab Kenaikan RE Fund dari 1% ke 1.6%

0 Comments

Assalamualaikum & Hi!!!

Whyyyy oh whyyyyy!!!

Nape nak naik naik plakkkk...haishhh..semua nak naik aihhhh...

Rileks brother, brother rileks...

Sambungan dari entry Surcaj 1.6% untuk Penggunaan Tenaga Elektrik yang Melebihi 300 kWh…

Sehingga akhir Oktober 2013, pencapaian FiT yang telah dilaksanakan selama hampir 2 tahun adalah seperti di bawah...tengok jangan tak tengok...

Statistik from SEDA Malaysia

So jumlah kapasiti RE yang beroperasi (dibawah Tarif Galakan) sehingga akhir Oktober 2013 dijangka sebanyak 1.8% dari jumlah keseluruhan kapasiti tenaga yang sedang dijana…


Apabila lagi banyak kutipan RE Fund, lagi la banyak projek RE dapat dihasilkan, maka kurang lah penggunaan tenaga seperti petroleum, natural gas, coal, uranium & propane...sekarang ni, Malaysia dah mula mengimport arang batu untuk kegunaan kita semua...kenapa kita perlu import, sedangkan kita boleh bertukar kepada RE yang lebih menjimatkan...dan sebenarnya, lagi lama kita bergantung pada tenaga ini, lagi lambat lah kita nak bertukar pada RE...yesss, we have to move on to a better solution...


Pabila lagi banyak dana dikutip, lagi ramai orang boleh menyertai FiT programme ini ...lagi ramai orang boleh jimat perbelanjaan isi rumah dan menjana pendapatan bulanan...

Untuk pengetahuan korang semua, kutipan surcharge 1.6% daripada bil elektrik kita tu untuk RE Fund (KWTBB ), sebenarnya masih rendah kalo nak dicomparekan dengan Negara lain...
China – 3%
Germany – 18%
Japan – 3%
Portugal – 5.6% (industrial), 6.2% (residential)
United Kingdom – 2 to 3%
Thailand - < 2% (2013) and estimated 8 – 10% lepas 4,000 MW solar UV dan 3,000 MW projek biomas yang sedang dibina siap dan beroperasi.

So...jangan lah berkira sangat ye wahai kawan kawan...like i said it before, it’s for our future dearies...not only for me and you, tapi untuk semua...

Sekarang ni SEDA Malaysia dalam kajian semula Jadual di bawah Akta RE 2011 dan perundangan subsidiary yang berkaitan untuk masukkan sumber tenaga geoterma sebagai salah satu sumber tenaga boleh baharu di bawah program FiT setelah tenaga Geoterma di Apas Kiri, Tawau telah dikenal pasti. SEDA Malaysia juga sedang menjalankan dua kajian penilaian sumber RE iaitu tenaga angin dan geoterma di tapak berlainan dengan tempoh kajian yang dijangka selama 24 bulan...

Segala info tambahan, boleh refer : http://seda.gov.my/

(^_^)v




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.