Assalamualaikum & Hi!


Fish Spa Therapy...salah satu cara untuk relaks and at the same time, moh kita buang sel kulit mati kat kaki...

1st time wehhh, selama ni aku duk tengok orang buat je...nak try, tak berani...bukan takut ape...takut tak leh tahan geli...hehehe...orang urut kaki pun jenuh tahan gelak, ni kan pulak nak bagi ikan makan kannn...tak leh imagine cam mana nak tahan...


hari sabtu baru baru ni, aku diberi peluang untuk merasa ikan makan kaki...thank you banyak banyak to The Butterfly Project & Worthy Book....


hadir untuk session pukul 1.30ptg bertempat di Kenko Reflexology & Fish Spa, Pavilion, Kuala Lumpur...berdekatan dengan Redbox Plus...dapat la merendamkan kaki sambil beramah mesra dengan butterflies...




di Kenko Fish Spa ni, sebelum rendamkan kaki dalam air untuk kasi ikan makan...korang kena lah cuci kaki korang tu...kang ade bau tak best, mau pengsan ikan ikan tu...tak dan nak makan semua pening...


1) Buka kasut & letakkan di tempat kasut yg disediakan
2) Cuci kaki dengan air dan spraykan enzyme yang disediakan tu pada seluruh kaki...


3) Kalo ada kesan luka dikaki, pastikan plaster diletakkan di tempat luka..luka dikaki harus ditutup ye, tak nak benda yang tak diingini berlaku...plaster boleh request pada staff Kenko...
4) Dah boleh masuk kolam rendam kaki...
5) Selesai je rendaman kaki tu, cuci kaki lagi sekali dengan enzyme dan air...lap sampai bersih, baru pakai kasut...





tips sebelum rendamkan kaki...takut kang, masuk terus kaki, korang terkejut plak kena serang kan...so mula mula, letakkan tumit dulu...sebab bahagian tumit agak keras dan kasar, korang tak la terasa sangat gelinya...bila dah ok skit, baru masukkan kaki sikit demi sikit sampai lah ke paras betis...

pengalaman aku...mula mula masukkan kaki, toksah kata lahhh..memang aku gelak wehhhh...geli siot!!berapa kali kaki aku keluar masuk keluar masuk...asal kena gigit ngan ikan besar je, aku tarik kaki...pastu rendam balik kaki...lama lama tu, oklah...hati dah cekal, boleh tahan geli...sampai la agak agak ikan tu dah abis makan sel kulit mati, aku pun stop lahh...

lepas cuci kaki, terasa kaki, sangat lah licin...macam tak percaya kulit dah licin...tak ada rasa kasar kasar pun...best sangat! sampai rasa nak repeat lagi pasni...hehehe...sape nak pergi lagi, ajak aku tau!


korang mesti tertanya kan...berapa berapa harga fish spa ni...

RM38 for 30 Minutes

murah sajooo...30 minit cukup untuk kasi kaki licin bersih hokehhh...recommend untuk korang pergi merasa sekali sekala spa ni...


tq so much Mamasan & Illy atas peluang ni...puas hati sangat plus enjoy sangat sangat on that day....

(^_^)v



Assalamualaikum & hi!!!

If korang perasaan kan, entry aku sebelum2 ni seperti :

SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop
Surcaj 1.6% untuk Penggunaan Tenaga Elektrik yang Melebihi 300kWh
Sebab Kenaikan RE Fund dari 1% ke 1.6%
Tarif Galakan atau Feed-In-Tariff Programme

Banyak aku sebut pasal Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau Renewable Energy (RE) kan...mesti korang tertanya tanya, apakah kategori TBB/RE ni...mane datangnya TBB/RE ni...macam mana nak guna TBB/RE untuk menghasilkan elektrik...dan kenapa dikatakan sumber yang takkan habis or pupus...

Ahhaaaa...dalam entry ini, aku akan ceritakan serba sedikit kategori TBB/RE ni...

Ade 4 kategori TBB/RE ini, kategori nya adalah seperti berikut :

1) BIOGAS
Biogas ni tenaga yang terhasil dari loji kumbahan, tak kira hasil buangan manusia mahupun haiwan dan tapak pelupusan sampah...gas yang terhasil dari benda-benda yang diproses menggunakan mesin khas ni akan digunakan untuk generate elektrik...



Based on dua gambarajah ni, korang Nampak tak macam mane prosesnya...so instead of sampah tu ditanam or dibakar, baiklah diproses untuk menghasilkan gas dan akhir sekali menghasilkan tenaga elektrik...


2) BIOMASS


Biomass ni pulak tenaga elektrik yang dihasilkan bahan buangan seperti husk, wood waste, municipal waste, rice husk, bagass(tebu), food waste dan banyak lagi...actually, petani moden boleh gunakan kaedah biomass ni untuk generate extra income...daripada buang je hampas hampas tu, baiklah dibakar dan hasilkan tenaga elektrik...kalo dibiarkan hampas tu, hampas tu akan bebaskan CO2, pastu pokok baru serap dan proses yang sama repeat again and again...dah rugi disitu...sedangkan kalo dibakar & diproses menggunakan mesin khas, makanya terhasil lah tenaga elektrik disamping ia masih melepaskan CO2 untuk pokok baru...



Tengok gambar kat atas, korang paham tak prosesnya...haaa...tu lah yang aku maksudkan diatas...


3) HYDROWATER
Hydrowater ni pulak, adalah tenaga elektrik yang dihasilkan oleh Air...ade empangan di Malaysia ni, sedikit sebanyak tenaga elektrik telah dihasilkan disitu...




4) SOLAR PHOTO-VOLTAIC (PV)
Yang ini memang boleh dikatakan rakyat Malaysia dah mula memasangnya dirumah...


Ia adalah tenaga elektrik yang dihasilkan melalui penukaran cahaya matahari kepada elektrik...yang bestnya solar PV ni, boleh dipasang di rumah sendiri mahupun bangunan pejabat ataupun shopping complex...letak kat bumbung je...matahari menyinar, maka tenaga elektrik pun dihasilkan...


Hopefully korang paham dengan explanation aku diatas...so korang dah tau la TBB/RE tu ada 4 kategori...


Apa apa pun, nak salurkan tenaga elektrik or nak jual pada TNB, haruslah memohon program FIT dan mendaftar dengan SEDA Malaysia dulu ye...tak kisah la method/kategori mana yang korang pilih, wajib berdaftar dengan SEDA, baru lah boleh jual tenaga elektrik pada TNB dan generate income...

Cara nak daftar, ada dalam entry aku sebelum ni pasal Tarif Galakan atau Feed-In-Tariff Programme, boleh refer kat situ...

Nak informasi yang selebihnya, boleh lah drop by SEDA website di http://seda.gov.my/

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Korang dah baca kan entry aku sebelum ni mengenai apa itu SEDA Malaysia, apa itu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB / Renewable Energy a.k.a RE Fund) dan aku ade sentuh skit pasal yang korang boleh dapat duit dengan jual balik tenaga elektrik pada TNB…so dalam entry ini, aku cerita la serba sedikit mengenai Feed-In Tariff (FiT)…


Feed-In Tariff (FiT) atau Tariff Galakan ni adalah mekanisme polisi yg digunakan dengan meluas untuk merangsang pertumbuhan Tenaga Boleh Baharu (TBB/RE)…kiranya mekanisme ni membolehkan tenaga elektrik yg dihasilkan dari sumber TBB/RE ni, dijual semula kepada syarikat utility kuasa yg sah pada harga premium tetap bagi tempoh tertentu…so kat Malaysia ni, syarikat utility kuasa yg dimaksudkan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)/SESB  & NUR Distribution…syokk ooo generate elektrik, pastu jual balik…boleh jimat duit aii tau…hehe…yang paling penting, it’s a long term investment and RE takkan pernah kering…sentiasa ada…

Kebaikan FiT programme ni :-
i) Penyumbang utama ekonomi dengan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan & meningkatkan pendapatan kasar Negara melalui pertumbuhan industry TBB/RE.
ii) Jaminan tenaga elektrik di masa hadapan & mengurangkan perubahan iklim dunia.
iii) Menyediakan penyelesaian pada isu-isu seperti kesihatan social, memperkasa & menyediakan pengagihan kekayaan yg adil & pemuliharaan alam sekitar.
iv) Guarantee investment security pada RE investors
v) Menjana pendapatan tambahan isi rumah


Cara nak apply FiT programme ni senang ajo…
i) Pergi ke website http://seda.gov.my/ 
ii) Download form ( Permohonan secara manual boleh dilakukan  dan charge akan dikenakan ke atas borang tersebut,  namun begitu jaminan untuk mendapat kuota adalah sangat tipis , oleh itu adalah sgt digalakkan memohon secara dalam talian.


iii) Boleh apply online sila rujuk  www.seda.gov.my



SEDA Malaysia akan luluskan permohonan korang and bila dah lulus, baru lah boleh pasang Solar PV di rumah or mana sahaja yang korang nak…

Yg ini mesti korang tertarik nak tau…bab incentives…bab duit, sape tak nak tau kan…hehehe

Untuk individual, bila kita join programme ni, dan jual balik tenaga  elektrik yg dijana melalui Solar PV  pada TNB, kita akan mendapat  bayaran bulanan drpd  DLs (TNB/ Nur Distribution/ SESB) mengikut kadar yang telah ditetapkan . 

Kadar FiT

Contoh pengiraan :


Kalo untuk industry or companies plak, nah baca, sila translate sendiri…hehehe

Companies generating energy from renewable sources
i. Pioneer Status with income tax exemption of 100% of statutory income for 10 years; or
ii. Investment TaxAllowance of 100% on qualifying capital expenditure incurred within a period of 5 years. The allowance to be set-off against 100% of statutory income for each year of assessment; and
iii. Import duty and sales tax exemption on equipment used to generate energy from renewable sources not produced locally and sales tax exemption on equipment purchased from local manufacturers.

Detail selanjutnya, boleh refer kat sini : http://seda.gov.my/pdf/PTM%20Incentives.pdf

Silalah terjah http://seda.gov.my/ untuk pelbagai informasi mengenai FiT, RE dan sebagainya…

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Whyyyy oh whyyyyy!!!

Nape nak naik naik plakkkk...haishhh..semua nak naik aihhhh...

Rileks brother, brother rileks...

Sambungan dari entry Surcaj 1.6% untuk Penggunaan Tenaga Elektrik yang Melebihi 300 kWh…

Sehingga akhir Oktober 2013, pencapaian FiT yang telah dilaksanakan selama hampir 2 tahun adalah seperti di bawah...tengok jangan tak tengok...

Statistik from SEDA Malaysia

So jumlah kapasiti RE yang beroperasi (dibawah Tarif Galakan) sehingga akhir Oktober 2013 dijangka sebanyak 1.8% dari jumlah keseluruhan kapasiti tenaga yang sedang dijana…


Apabila lagi banyak kutipan RE Fund, lagi la banyak projek RE dapat dihasilkan, maka kurang lah penggunaan tenaga seperti petroleum, natural gas, coal, uranium & propane...sekarang ni, Malaysia dah mula mengimport arang batu untuk kegunaan kita semua...kenapa kita perlu import, sedangkan kita boleh bertukar kepada RE yang lebih menjimatkan...dan sebenarnya, lagi lama kita bergantung pada tenaga ini, lagi lambat lah kita nak bertukar pada RE...yesss, we have to move on to a better solution...


Pabila lagi banyak dana dikutip, lagi ramai orang boleh menyertai FiT programme ini ...lagi ramai orang boleh jimat perbelanjaan isi rumah dan menjana pendapatan bulanan...

Untuk pengetahuan korang semua, kutipan surcharge 1.6% daripada bil elektrik kita tu untuk RE Fund (KWTBB ), sebenarnya masih rendah kalo nak dicomparekan dengan Negara lain...
China – 3%
Germany – 18%
Japan – 3%
Portugal – 5.6% (industrial), 6.2% (residential)
United Kingdom – 2 to 3%
Thailand - < 2% (2013) and estimated 8 – 10% lepas 4,000 MW solar UV dan 3,000 MW projek biomas yang sedang dibina siap dan beroperasi.

So...jangan lah berkira sangat ye wahai kawan kawan...like i said it before, it’s for our future dearies...not only for me and you, tapi untuk semua...

Sekarang ni SEDA Malaysia dalam kajian semula Jadual di bawah Akta RE 2011 dan perundangan subsidiary yang berkaitan untuk masukkan sumber tenaga geoterma sebagai salah satu sumber tenaga boleh baharu di bawah program FiT setelah tenaga Geoterma di Apas Kiri, Tawau telah dikenal pasti. SEDA Malaysia juga sedang menjalankan dua kajian penilaian sumber RE iaitu tenaga angin dan geoterma di tapak berlainan dengan tempoh kajian yang dijangka selama 24 bulan...

Segala info tambahan, boleh refer : http://seda.gov.my/

(^_^)v



Mudahkan Hidup Anda dengan NIVEA In-Shower Skin Conditioner

Assalamualaikum & Hi!!

Dek kerana kesibukan bekerja di opis, berblogging dan berbisnes, kadang kadang tak dinafikan, memang tak terdaya nak mempersiapkan diri nak pakai lotion badan ke ape ke…hanya mampu siapkan muka je…sebab tu je yang cepat…

Kalo pakai body lotion ni, yang renyah nya, nak kena tunggu kering…tu yang tak tahan tu…dah la pagi-pagi nak cepat…nak elak jam..keluar lambat, stuck dalam jam, memang confirm sampai opis lambat…huhuhu…tu yang malas nak pakai tu…

Malam plak, dah nampak bantal duk panggil “mai la tidoq, mai la tidoq”…”empuknya bantal ni”…”syoknya tidoq”…tidoq dalam aircond memang sah sah aku terus tidoq…tak pikir dah nak pakai sebelum tido…bangun pagi, muka sedih, kulit kering…tapi selalu buat buat pejam mata je ala ala tak nampak gitu…padahal hati sedih keciwa bagai kulit tak cantik…sob sob sob sob…


Suatu hari tu, aku terpandang produk terbaru dari NIVEA…NIVEA In-Shower Skin Conditioner…terus macam wow! Menariks tertariks...

Produk terbaru dari NIVEA ni memang dibuat khas untuk wanita moden tak kira yang bekerjaya mahupun surirumah, yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, membantu menjaga kulit kita daripada kering dan tak cantik…

Berdasarkan kajian di Eropah, 2 daripada 5 orang samada jarang ataupun tidak memakai losyen badan sebab terlampau sibuk or tiada masa dan tak suka dengan keadaan melekit yang selalu ditinggalkan lepas pakai lotion…ye la, bila melekit ni, rasa rimas tau...macam kat Malaysia, dengan cuaca panasnya, dengan melekit nya…ohhhhhh sangat tak selesa hokehhh…

Di Malaysia, berdasarkan kajian yang dibuat, hamper 70% wanita tidak memakai losyen badan setiap hari…kebanyakkannya akan pakai losyen bila teringat nak pakai atau bila rasa nak pakai…tak menggangap ia sebahagian dari rutin penjagaan diri…lagipun, ramai wanita tak suka menunggu losyen badan kering sebab rugi masa nak tunggu semata mata benda ni je…aku pun tak suka nak tunggu tunggu sampai kering…bosan kot…huhuu…

Dengan masalah seperti ini lah, NIVEA mengeluarkan produk terbaru In-Shower Skin Conditioner yang sangat memudahkan kita, yang boleh digunakan sewaktu mandi…hoyeahhh…me loike it…produk yang pertama kali dicipta dengan composition of the ingredients yang berbeza dari losyen biasa…dengan water-activated formula, digunakan sebagai shower gel, menjadikan kulit lebih moisturised, hydrated and silky soft…tak caya dengan statement ini? Ohh silalah percaya sebab aku dah gunakan, memang betul kulit aku kini cantik macam model, kulit lembut selembut sutera, bye bye kulit kering dan yang pasti, kulit aku sentiasa lembap…senyum kebanggaan sebab kulit dah santekkk…hehe…

Nak pakai NIVEA In-Shower Skin Conditioner ni senang sahaja…hanya perlu ikut 4 langkah…


Kan…pantas kan…tak sampai 5 minit, dah settle pakai body lotion seluruh badan…easy as A B C….


NIVEA In-Shower Conditioner datang dengan 2 range yang berbeza

1)    NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner untuk kulit yang kering dirumus khas dari khasiat Almond Oil (minyak badam) yang membantu kulit menjadi licin dan lembut sepanjang masa.

2)    NIVEA In-Shower Skin Conditioner untuk kulit normal yang kaya dengan Sea Minerals yang menjadikan kulit kita sentiasa lembut dan lembap.

Produk NIVEA ni boleh didapatkan di mana mana supermarket, farmasi dan drugstore dengan harga RM16.90 (250ml)

Tengok la video ni, bukti yang menunjukkan betapa best nya NIVEA In-Shower Conditioner ni…


ohh yaaa…berita baik untuk korang yang active dengan Facebook…firstly, boleh dapatkan sample percuma 10ml dari NIVEA dengan drop by NIVEA Malaysia Facebook page : https://www.facebook.com/mynivea

Secondly, buatlah satu ikrar dengan NIVEA dan berpeluang untuk menang full year supply NIVEA In-Shower Skin Conditioner dengan 3 BFFs korang…best kan…boleh sama sama cantik…

(^_^)v
  
Alkisah Mudahkan Hidup Anda dengan Nivea In-Shower Skin Conditioner ini dibawa oleh Alyza Fisol Dot Com



Assalamualaikum & Hi!!!

Jangan disangka Maggi Kari Ketam ni, guna Maggi Mee bubuh ketam je...

tapi mase dengar pasal maggi kari ketam ni, memang itu yang aku bayangkan...hehehe...well, normal la ada 1st impression ni kan...

ke Bucida Court, Sg. Penchala yukkk...



Alyza : Cik Pah, maggi kari ketam satu!!!

Miss Pah : dik, pilih ketam dulu yeee....nak ketam bunga ke ketam nipah...

Alyza : Ketam Nipah...harga nya macam mane?

Miss Pah : Ketam Bunga Special RM10 - RM15, Ketam Nipah Special RM25 - RM40...

Alyza : saya pilih ketam nipah yang agak besar...hehehee *hantu ketam memang gitu, tak main ketam kecik kecik, kang tak puas makan, amik besaq teruihhh

Miss Pah : sekejap lagi kami hantarkan ke meja

terus cari meja & duduk...menunggu maggi kari ketam slurrp slurrp...sambil tu, ditunjukkan menu, kot kot la nak order benda lain plak...aku tak pulak order makanan lain, sebab nampak ke ketam tu je, dah tak mau benda lain dah...hehe...


en.osbon order nasi arab...gerai berdekatan...

Nasi Arab Ayam : RM10

Air Asam Nasi Arab

actually, kat situ, banyak lagi gerai makanan...nak western, ada...nak sup, ada...nak makanan arab ada...kiranya macam2 la ada...dan Bucida Court ni ala-ala foodcourt / medan selera la...



on weekend, kalo tak silap aku...ada bazaar...sambil makan sambil shopping! best kan!

yeay! makanan dah sampai!

Maggi Kari Ketam Nipah Special

nampak terliur dakkk...slurpppp slurrppppp...

nampak cam maggi kari meletup kan...haaaaa....u wrong, u wrong...mee je guna maggi nye mee...tapi kuahnya...pekat siot! bukan guna maggi kari nye paste...memang kuah kari yang dimasak sendiri...terbaik kau!! pedas rempah ratus semua cukup...maggi yang kenyal...


hi Mr.Crab, its time for me to eat you...ngeh ngeh ngeh...


isi ketam padat...1st time makan ketam nipah, sedap...isi ketam nipah tak sama rasa ngan ketam bunga...pastu, nak keluarkan isi ketam nipah pun lagi senang...

untuk semangkuk Maggi Kari Ketam yang aku order ni RM35...tapi puas hati...rasa nak repeat lagi, tapi kena tunggu gaji, baru senang hati...heeee...

korang tak tau bucida court kat mana, nah aku kasi map...


yang pasti opposite Ikea & Ikano...dari LDP kalo dari arah Puchong, Bucida Court belah kanan korang...senang nak cari, tak susah pun sebab dari LDP memang boleh nampak dah...

ada sesape nak belanja kita, aii on je...hehe

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

walaupun dah hampir sebulan birthday aku dah berlalu, tapi nak share jugak kat blog sendiri...hehehe...

tahun ni, tahun yang terindah buat diri ku...

di umur mencecah 30 tahun, dapat sambut di tempat paling indah di Dunia...disambut oleh insan tersayang, keluarga dan sahabat...tiada kata yang mampu aku lafazkan, hanya berSyukur PadaNya...

Birthday Cake dari En.Osbon


Birthday Cake from Opismate

tu la orang selalu kata...rezeki orang selalu kita nampak, kita akan rasa iri hati, dengki dan sebagainya...sedangkan rezeki kita sendiri kadang kadang tak sedar pun ia hadir untuk kita.... *peringatan untuk diri sendiri

bak kata Ustaz Yahya & Ustaz Zaki (yang mengiringi & menjaga kami sekeluarga ketika di Tanah Suci), rezeki datang dalam pelbagai bentuk...bukan sahaja wang ringgit, tapi rezeki keluarga bahagia, sahabat, dan macam macam lagi...

maka nya, jangan la lupa untuk bersyukur pada Nya yeee...

(^_^)v


Powered by Blogger.