Pengeluaran Wang dari Akaun Tanpa ATM Card (Cardless Withdrawal)

3 Comments

Assalamualaikum & Hi!!!

Aku ni jenis kalau keluar rumah, gi kedai dekat dekat ngan umah, memang jenis tak suka bawak beg duit...kadang kadang tu, aku bawak IC je keluar...mana tak nya, keluar ngan en.suami, nak beli pape, kenyit mata senyum comey stok muka teddy bear, of course la en.suami bayarkan kan...

Bila dah selalu benor buat perangai gitu...memang la ada masanya aku main keluar gitu je tak bawak sesen pun...pastu dah sampai separuh jalan or dah nak sampai kedai, baru lah nak sedar kata tak bawak duit...dah sepasal pulak nak patah balik kan..rugi minyak tau...


So kekdah nya, gunalah service terbaru dari Maybank - Cardless Withdrawal yang memudahkan orang yang macam aku...hehehe...yang bukan takat malas nak bawak beg duit, yang kadang kadang banyak sangat makan kepala ikan, asyik lupa bawak duit...parah parah...

Cardless Maybank ni kiranya kita withdraw duit dari ATM Machine tanpa menggunakan ATM Card...caranya, transfer cash dari Maybank2u kepada penerima duit tu...then penerima boleh withdraw duit tu di mana mana Maybank ATM Machine yg terdapat lebih 400 buah di Malaysia ni...so kata lah, ko duduk KL, transfer ke orang Kedah...memang boleh sangat lah...dah tu, orang yg nak terima duit tu tak payah ada akaun Maybank mahupun ATM Card Maybank...dua dua tak payah...best kan!

Korang boleh hantar duit ni, bukan sahaja kat sesiapa saja yang korang nak...malah, boleh transfer ke diri sendiri...kot kot la, malas nak bawak handbag or purse, bleh pi amik cash je kat ATM Machine...

Korang mesti dah macam wah wow!!bestnya...konpem nak tau macam mana nak buat kan...meh cikgu tak bertauliah nak tunjuk kat hampa semua...murid murid, sila beri perhatian, cikgu lyza nak cerita ni...

Step by step process :
Untuk Transfer/Send Cash
1. Mula mula seperti biasa, login masuk website Maybank2u : http://www.maybank2u.com.my/ 
2. Masuk Account & Banking, click Transfer, then pilih ‘Cardless Withdrawal’...
3. Masukkan Nama & No Telefon Penerima
4. Click Ok to confirm
5. Akan terima Withdrawal Code via SMS, korang kena forward mesej tu pada penerima...setiap transaction akan di charge RM1 (hanya dari 7th January 2014 sehingga 28th February 2014)

Untuk terima Cash
1. Pergi ke mana mana ATM Maybank, tekan button Enter
2. Pilih ‘Cardless Withdrawal’
3. Masukkan transaction ID dan Withdrawal Code yang dibagi oleh penghantar wang tu
4. Terima lah duitnya

Senang je kan...tak susah and complicated pun prosesnya...aci petik jari je dah boleh setel...

Rasa rasa macam still blur blur tak Nampak gambarannya...nah layan video ni...konpem korang lagi paham...


Tak paham jugak..boleh la tengok and baca information tambahan kat sini : http://www.maybank2u.com.my/en/personal/more-services/transfers/cardless-withdrawal.page

Dah duk keluar duit, tanpa disedari korang layak untuk join contest ni...buat transaction menggunakan ‘Cardless Withdrawal’ kemana sahaja or kepada sesiapa pun...anda berpeluang memenangi cash RM500 tauuu...setiap hari 3 orang pemenang akan dipilih..hadiah akan terus deposit ke akaun saving/current ikut akaun mana yang korang guna untuk buat transaction ni...contest akan berjalan selama 30 hari dari 7 January 2014 sehinggalah 5 Feb 2014...masih ade peluang untuk menang lagi tu...

Yukk kita gunakan ‘Cardless Withdrawal’ ni dan tak payah bawak beg dah pasni...boleh jalan lenggang kangkung mak limah...

(^_^)

Alkisah Pengeluaran Wang dari Akaun Tanpa ATM Card (Cardless Withdrawal) ini dibawa oleh Alyza Fisol Dot Com




You may also like

3 comments:

Powered by Blogger.