Calling all online business owner!!!

mudahkan keje anda & customer anda...tak perlu lagi, mintak copy resit...tak perlu lagi mintak copy transaction...tak perlu nak mintak any kind proof of payment...

dengan Maybank2u Pay, segala nya mudah di hujung jari...click and pay and confirm...that's all...



untuk register Maybank2u Pay mudah je...

mula-mula, masuk Maybank2u.com then login seperti biasa...



then nampak kan kat menu ade Maybank2u Pay tu kan...click di situ...


apply for Maybank2u Pay...

baca terms & conditions....baca jangan tak baca hokehhh...



then register detail-detail yg diperlukan...tunggu confirmation dari pihak maybank dan juga akan diberi icon & code untuk diletakkan di sidebar blog...

bile dah settle ke semuanya, boleh lah terus digunakan...


customer dah boleh buat payment terus dah...click icon tu, terus direct ke page maybank2u.com..

apabila payment dah diterima, owner business & customer akan dapat email sebagai pembuktian ade transaction berlaku antara dua pihak...


bukan setakat dapat email, boleh jugak check transaction di web Maybank jugak...


ade transaction history...mudah untuk owner business track setiap payment customer...

so, ape tunggu lagi...register sekarang...mudahkan lagi urusan pembelian dengan customer kita...


Alkisah Maybank2u Pay Menyenangkan Online Seller & Customer ini dibawa oleh Alyza Fisol Dot Com

(^_^)v


Assalamualaikum & hi!!!

ni lah jadinya...bila aku dibuli oleh 6 Jahanam...hahahahah...tambah plak ngan idea kebengongan en.suami..ni lah hasilnya...



nampak tak aku menahan gelak tu...serius aku kena tahan gelak tahap maksima...lepas abis je amik gambar...gelak sampai kuaq ayaq mata tau takkkk...


yang boleh terpikir amik gambar ni, sebab en.suami tengok helmet baseball kat Batting Cage ni, terus dia terbalikkan sambil berkata cam helmet robocop...terus la yang lain lain memaksa aku buat benda yg sama & amik gambar...

kalo dah berjumpa 6 jahanam...memang macam macam benda boleh jadi yang menceriakan hari kami...

korang, dah join Giveaway Alyzafisol.com belum erkkk...kalo belum, join cepat tau...click -> http://www.alyzafisol.com/2014/01/new-year-2014-giveaway.html

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Aku ni jenis kalau keluar rumah, gi kedai dekat dekat ngan umah, memang jenis tak suka bawak beg duit...kadang kadang tu, aku bawak IC je keluar...mana tak nya, keluar ngan en.suami, nak beli pape, kenyit mata senyum comey stok muka teddy bear, of course la en.suami bayarkan kan...

Bila dah selalu benor buat perangai gitu...memang la ada masanya aku main keluar gitu je tak bawak sesen pun...pastu dah sampai separuh jalan or dah nak sampai kedai, baru lah nak sedar kata tak bawak duit...dah sepasal pulak nak patah balik kan..rugi minyak tau...


So kekdah nya, gunalah service terbaru dari Maybank - Cardless Withdrawal yang memudahkan orang yang macam aku...hehehe...yang bukan takat malas nak bawak beg duit, yang kadang kadang banyak sangat makan kepala ikan, asyik lupa bawak duit...parah parah...

Cardless Maybank ni kiranya kita withdraw duit dari ATM Machine tanpa menggunakan ATM Card...caranya, transfer cash dari Maybank2u kepada penerima duit tu...then penerima boleh withdraw duit tu di mana mana Maybank ATM Machine yg terdapat lebih 400 buah di Malaysia ni...so kata lah, ko duduk KL, transfer ke orang Kedah...memang boleh sangat lah...dah tu, orang yg nak terima duit tu tak payah ada akaun Maybank mahupun ATM Card Maybank...dua dua tak payah...best kan!

Korang boleh hantar duit ni, bukan sahaja kat sesiapa saja yang korang nak...malah, boleh transfer ke diri sendiri...kot kot la, malas nak bawak handbag or purse, bleh pi amik cash je kat ATM Machine...

Korang mesti dah macam wah wow!!bestnya...konpem nak tau macam mana nak buat kan...meh cikgu tak bertauliah nak tunjuk kat hampa semua...murid murid, sila beri perhatian, cikgu lyza nak cerita ni...

Step by step process :
Untuk Transfer/Send Cash
1. Mula mula seperti biasa, login masuk website Maybank2u : http://www.maybank2u.com.my/ 
2. Masuk Account & Banking, click Transfer, then pilih ‘Cardless Withdrawal’...
3. Masukkan Nama & No Telefon Penerima
4. Click Ok to confirm
5. Akan terima Withdrawal Code via SMS, korang kena forward mesej tu pada penerima...setiap transaction akan di charge RM1 (hanya dari 7th January 2014 sehingga 28th February 2014)

Untuk terima Cash
1. Pergi ke mana mana ATM Maybank, tekan button Enter
2. Pilih ‘Cardless Withdrawal’
3. Masukkan transaction ID dan Withdrawal Code yang dibagi oleh penghantar wang tu
4. Terima lah duitnya

Senang je kan...tak susah and complicated pun prosesnya...aci petik jari je dah boleh setel...

Rasa rasa macam still blur blur tak Nampak gambarannya...nah layan video ni...konpem korang lagi paham...


Tak paham jugak..boleh la tengok and baca information tambahan kat sini : http://www.maybank2u.com.my/en/personal/more-services/transfers/cardless-withdrawal.page

Dah duk keluar duit, tanpa disedari korang layak untuk join contest ni...buat transaction menggunakan ‘Cardless Withdrawal’ kemana sahaja or kepada sesiapa pun...anda berpeluang memenangi cash RM500 tauuu...setiap hari 3 orang pemenang akan dipilih..hadiah akan terus deposit ke akaun saving/current ikut akaun mana yang korang guna untuk buat transaction ni...contest akan berjalan selama 30 hari dari 7 January 2014 sehinggalah 5 Feb 2014...masih ade peluang untuk menang lagi tu...

Yukk kita gunakan ‘Cardless Withdrawal’ ni dan tak payah bawak beg dah pasni...boleh jalan lenggang kangkung mak limah...

(^_^)

Alkisah Pengeluaran Wang dari Akaun Tanpa ATM Card (Cardless Withdrawal) ini dibawa oleh Alyza Fisol Dot Com



Assalamualaikum & Hi!!!


Tahun 2014 ni sempena Tahun Baru Cina, Kenny Rogers Roasters memperkenalkan menu terbaru iaitu Teriyaki Chicken yang dimarinate dengan sos special Teriyaki with herbs and spices, pastu dibakar dengan sempurna sekali...yang pasti dimasak dengan cara yang sehat...ye lah, Kenny Rogers Roasters (KRR) kan mengamalkan makanan sehat...haruslah di maintain kan concept itu walaupun introduce menu baru kann...


Christina Thong, Marketing Manager, of Berjaya Roasters (m) Sdn Bhd
mengucapkan Happy Chinese New Year!

menu terbaru ni menyajikan Teriyaki Chicken, Chicken Mushroom Soup, Aromatic Rice & muffin pilihan dalam 1 set meal...


satu set berharga RM19.90

ayam tu dibalut untuk mengekalkan rasa nye serta KRR nak setiap perasa diserap masuk ke dalam ayam...so nak makan, kena lah buka bungkusan itu...


ni lah rupanya Teriyaki Chicken yang diperap dengan bahan bahan rempah herba dan dibakar sempurna...seperti biasa, ayam memang sedap, isi lembut, terasa bahan perapan ayam...memang perfect! sedap...aku suka...tak kering...takde rasa pelik...sebab mindset kita, bila diperap dengan herba ni, akan terasa macam makan ubat...but dont worry, uollss takkan terasa pun herba tu....


Chicken Mushroom Soup


nampak sedap nyum nyum yummylicious kannn...

kena kan plak dengan minuman Tropical Paradise...perggghhh...memang best combination lahhh...

Price : RM7.90
Tropical Paradise ni air campuran orange & nenas ditambah sedikit strawberry sebagai penambah perasa...yang sedihnya, air ni tak termasuk dengan meal...huhu..kena bayar berasingan...

berita baik untuk korang yang suka makan ramai ramai plus suka tapau jugak...


KRR memperkenalkan "Take It Home Feast" yang dibuat khas untuk 6 orang punya makan...ada 6 ketul Teriyaki Chicken, 2 mangkuk Aromatic Rice, 1 mangkuk Spicy Asian Salad, BBQ Baked Beans, Golden Corn & Carrot; and Garden Pasta Salad, disempurnakan dengan 6 ketul muffins yang terdiri dari perasa Chocolate Raisin, Golden Vanilla, Banana Raisin, Zesty Orange, Mocha Chips & Creamy Pandan...lagi syok nya meal ni, diberi sekali 6 botol fruit juice...syokk ooo makan ramai ramai...price nya hanyalah RM148.80...oklah kan untuk makan 6 orang...silap silap 7 8 orang pun bolehhh...

special nya "Take It Home Feast" ni...if korang beli 5 pack ke atas, korang boleh order awal..dalam masa 2 jam akan siap semuanya...dah boleh pergi amik je tanpa menunggu lama...

kalo rasa nak info lebih pasal meal ni...boleh lah terjah ke www.krr.com.my ataupun www.facebook.com/KRRMalaysia...

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi kengkawan,

Sekali sekala keluar dari kesesakan kota, tenangkan fikiran & rehatkan badan...tak payah nak pikir tempat jauh-jauh, naik Cameron Highlands sudaa...3 jam perjalanan jeee dari Damansara ke Cameron Higlands, naik ikut Simpang pulai...aku tak sanggup nak naik ikut Tapah...satgi mau pening pening muntah muntah lembik badan badan tak tahan dengan jalan situ...terus spoil mood cuti...so amik jalan selamat, kita naik je kot Simpang Pulai... *wink

Lagipun aku nak terus ke Brinchang, makanye, baik naik ikut Simpang Pulai dari Tapah...kalo korang nak ke Tanah Rata, maybe lagi sesuai naik ikut Tapah...terpulang pada hala tuju masing-masing k...


Pic taken from mr.google (diri sendiri lupa nak capture sendiri gambar hotel)

Penginapan yg menjadi pilihan kami (aku & en.osbon) ialah Hotel Jasmine...murah, dalam pekan Brinchang, dekat dengan segala-galanya dan yg paling penting, walking distance nak ke pasar malam ...pasar malam Brinchang adalah sangat best hokehhh...

Sesampai di Cameron, kita check in dulu...info tambahan, if stay kat sini, prepare extra RM50 as deposit untuk room access card..but dont worry, duit akan dikembalikan selepas korang check out nanti...


Masuk je bilik...aku suka...bilik yg selesa...sesuai untuk kami berdua...heeeee...


Bilik takde la kecik sangat, and takde la besar sangat...memang just nice untuk stay semalam dua...


Best kan bilik dia...

Nak tau rate untuk 1 malam...sebelum aku buh gambar, nak bagitau siap-siap, ni rate yg dibooking last minit...kalo booking awal-awal, akan dapat price lagi murah...


Satu malam RM178 without breakfast...walaupun aku ini jenis kisah pasal breakfast, asal duk hotel, nak breakfast hotel jugak, tapi kat Cameron ni, aku buat exception, sebabnye...nak gi breakfast kat tempat best iaitu kat ladang teh laaaa...hehehe...

So nak gi Cameron dah tau dah kat mane boleh stay kan...yang penting hotel murah & selesa...


Hotel Jasmine di waktu malam...

Giveaway Bulan Januari masih berjalan...jom join...click SINI...


 (^_^)v



Assalamualaikum & Hi

Korang mesti cam blur blur...ape ni ada charge charge plak...apsal nak kena bayar extra charge pulak ini...kalo tak charge tak bleh ke...

Haaaa...meh cheq nak cita kat hampa semua...

Jangan ingat ia sesuatu yang membebankan...untuk masa depan kita jugak...actually kita tak sedar,  Surcaj  yang dicollect ni adalah untuk diri kita sendiri jugak...untuk anak anak kita jugak...untuk kesenangan umat manusia dimasa hadapan...yang penting, untuk selamatkan bumi kita yang makin hari makin tak sihat ni...

Nape aku kata begitu...ni yang nak explain sedetail detailnya...


Tengok bill aku...ade Nampak sesuatu tak? Tak Nampak...


Aku dah highlight kan sesuatu kat bill aku tu..nampak tak yg ditulis as Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB / RE Fund)...

Okeh...untuk setiap penggunaan tenaga elektrik yang melebihi 300 kWh, korang akan dikenakan  surcaj sebanyak 1.6% dari jumlah penggunaan elektrik dalam sebulan bermula 1 Januari 2014...bil aku bulan 12 aritu adalah RM97...since aku dah pakai lebih, tu yang aku dikenakan surcaj 1% bersamaan dengan 97 sen...dan charge ini akan disalurkan pada RE Fund...

Pada masa yang sama, kat rumah aku ni, aku pasang Solar PV dan join programme Feed-In-Tariff (FiT)( Program Home Solar Rooftop )...dan salurkan tenaga elektrik tu pada TNB...pihak TNB akan bayar tau tenaga elektrik yang korang dah generate kan tu...dengan duit ape yang dia bayar....haaaaaa...dengan duit tu la dia bayar kat korang balik...sebabnya korang dah menghasilkan satu Renewable Energy (RE) dan salurkan pada mereka...so, duit tu pusing pusing, pergi ke korang jugak...berapa yang diaorang akan bayar, boleh refer kat sini : http://seda.gov.my/

Mesti korang tertanya...kenapa nak kena charge pulak...suka hati mak bapak aku la kan nak pakai banyak mana, nak pakai macam mana, nak pakai lama mana pun kan...

Sebenarnya cara ini, nak mengurangkan pembaziran satu...pastu nak mendidik kita untuk lebih kepada environment friendly...jaga alam sekitar...makin hari kita tengok macam macam jadi kat dunia ni...paling latest yang Taufan Haiyan..sebab perubahan cuaca yang mendadak dan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang berleluasa...


Bila lagi banyak tenaga elektrik digunakan...pihak terlibat harus mencari sedalam dalam perut bumi untuk mengeluarkan tenaga yang boleh generate elektrik...dan tenaga ni tak bertahan lama mana pun...dijangka dalam tempoh masa kurang daripada 20 tahun je...pastu, nak guna ape lagi...penggunaan elektrik makin hari makin bertambah...sebab tu la nak didik kita bertukar pada RE...yang eco-friendly plus lagi menjimatkan...

Bagi aku bab 1.6% surcaj ini umpama, korang pergi makan buffet, makan punya makan...amik lebih lebih, last last tak abis makan pun...dah ada pembaziran kat situ kan...pembaziran tu, kita kena bayar...sebab amik banyak, abis orang lain tak dapat, plus kita makan tak abis pun...dah kena denda sebab membazir...tu lah umpama nya...tapi charge ni bukan denda, just nak ajar kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik...tu je...dan macam aku kata tadi, charge tu tak pergi mana pun...korang join program  Program Home Solar Rooftop –FiT pasang kat rumah..dah dapat duit tu balik...kira balik tambah tolak bahagi darab...memang korang pun jimat duit poket...dah boleh buat shopping...eh eh eh...bukan, boleh simpan untuk masa tua...hehehehehe...

So, korang paham kan konsep surcaj 1.6% ni...

Jangan lah berkira sangat...dunia kita pinjaman sementara dariNya...apa salahnya kita menjaga sebaik mungkin kan...


(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

Pernah terpikir tak nak ada mobile apps hasil dari idea sendiri...aku sendiri pun tak terpikir nak ada apps yang ikut suka idea aku je kan...

tapi Digi membuka peluang pada kita semua untuk mencurahkan idea kreatif yang terpendam dalam kepala otak kita dengan menghantar idea kat www.digifc.my... nak hantar banyak banyak pun takpe...

actually, ni tahun ke-5 Digi menjalankan Digi Challenge for Change (DiGiCFC) programme yang menjemput orang Malaysia untuk memberi idea & build community yang dapat menyatukan rakyat Malaysia ke arah perubahan yang positif...dengan membawa misi “Internet for All”, programme ni dijalankan untuk menghasilkan content yang lagi bernas hasil dari rakyat Malaysia sendiri dengan bertema kan ‘Bringing Malaysians Together One App At A Time”... menarik kan...

kali ni, ade pertambahan kategori, kalo sebelum ni ada tiga je (Learning & Edutainment, Health & Wellness; & Discovering Culture)...ni tambah lagi satu iaitu Connected Citizens which is for mobile app ideas that ease the delivery of public services...haaa kau, speaking aii kejap...hehe...ohhh yaaa challenge ni terbuka pada semua rakyat Malaysia yang berumur 12 ke atas...

nak join challenge ni senang je...korang follow je step by step ni...tak sampai sejam pun nak setel semuanya...


Sign in ikut mane mane akaun yang korang nak...facebook ke, twitter ke, google ke...terpulang lah...aku sign in guna akaun google aku...


Click button Accept untuk bagi access pada Digi Challenge For Change 2013 untuk dapatkan information dalam account kita...


Dah sign in, masukkan plak personal details plak...jangan lupa tick kat box I agree to the Terms & Conditions...then click button Next...


Ahaaaa...masukkan lah idea korang kat sini...tulis la panjang lebor pun takpe...janji idea korang tu sampai...

Jangan lupa pilih kategori apps yang korang nak tu...


Ade 4 kategori kesemuanya seperti yg aku cakap awai awai tadi : Discovering Culture, Learning & Edutainment, Health & Wellness; & Connected Citizen...pilih la mane mane yang korang suka...luahkan segalanya...lagi banyak idea lagi bagus...ade peluang untuk menang hadiah bernilai RM5,000 beserta apps yang korang idamkan...giler menarik hadiahnya!!!

Macam aku, aku pilih Health & Wellness sebab aku ada terpikir satu apps ni...lame dah pikir, so bila ada peluang ni, aku luahkan semuanya...

Aku tau apps ni dah ada kat market, dan aku memang gunakan hari hari pun...tapi yang tak best nya, apps ni x cater makanan Malaysia...Apps yg aku maksudkan ala ala ade calorie counter & pedometer...sayangnye, apps ni hanya ada makanan barat je...takde pun untuk makanan Malaysia...so susah la nak control calories intake setiap hari kan...harapnya ada la makanan & minuman macam Nasi Dagang, Kuih Muih, Laksa, Lontong, Teh Tarik, Coconut Shake, kiranya makanan tradisional & makanan harian kita...bila ada calories intake untuk makanan ni, boleh la bantu kita control makan and be healthy kan...plus ade plak cadangan macam mane nak control intake per day...lagi best...kira macam, ko makan makan, ade notification kata korang dah over makan, pastu suggest plak cara untuk kurangkan macam exercise ke, lari setempat ke, ikut suka apps tu la suh buat apa pun...

ko makan banyak, apps pun bunyi tet tet tet tet...sila jogging 2 km...haaa, mau tak mau, ko kena lari jugak 2 km, ade pedometer, dia tolong kirakan langkah ko macam langkah 2 km...

Bila ada apps ni, boleh kita makan apa saja ikut suka hati and at the same time, boleh sihat jugak...sebab apps yang boleh bantu jadi sihat...and sebab tu la aku namakan Sihat Malaysian Style...style takk??heheh...

Korang dah baca, tengok betapa sakan dan gigihnya aku menaip tauuu...mana nak tau, boleh dijadikan kenyataan kan... *dengan muka penuh pengharapan untuk terpilih hehehehe


dah hantar dah...korang tak nak ke hantar jugak...nak kasi aku menang erkkkk...hahahaha...tak mau tak mau tak mau...tak ada persaingan, tak syok arrrr...pi la masuk cepat...mane tau, idea korang lagi tip top meletup kebaboom dari aku kan...boleh la kita guna apps tu same same nanti...kihkihkih *wink

Hantar idea korang di www.digicfc.my yeee...cepat cepat...do now!....

(^_^)v


Alkisah Digi Challenge For Change ini dibawa oleh Alyza Fisol Dot Com



Assalamualaikum & Hi!!!


untuk sesiapa yang berminat...ni ada announcement untuk korang...membe aku nak jual package yang dia beli...


Bought from Glow & Glamour slimming & beauty.
Slimming beauty program details as below:
PP25 - 25 sessions -RM1988
PWP (purchase with purchase) 40 sessions - RM2500
total sessions - 65

Program consists of - body slimming, shaping, toning
used 2 sessions. Balance of 63 sessions. 
Selling at RM4000
Normal price: RM4488/65sessions = RM69/session
You get : RM4000/63sessions = RM63/session
Verdict: Went for two sessions, very effective. Lost a 1kg per session and a few inches. The person in charge very friendly and very attentive. 
Reason for selling: Time constraint. Due to late working hours, and have baby to take care off. Plus (husband didn't know I bought the beauty program. So don't have any valid reason for me to come home late and going out during the weekends for no reasons without his accompany.)
Method of payment: I paid installment using my credit card.


sape berminat boleh call/sms/whatsapp Dhiya : 012 642 2608



mane tau, boleh kurus macam nurul wahab ni kann...


(^_^)v


Powered by Blogger.