Assalamualaikum & Hi!!

Nak ketahui rahsia Lyza berkulit cantik berseri-seri sejak dua menjak ni. Ehem ehem ehem. 

taadaaaa...


Produk berasaskan susu dari Yoko ni memang sangat sesuai dan menepati citarasa aku yang sukakan produk berasaskan susu. Refreshing, fefeeling cantik, segar berseri plus dengan harga yang amat berpatutan, serious produk yang harus ada dalam rutin kecantikan harian korang. tak percaya? sila lah baca review ni sampai habis..

Yoko Shower & Body Care Essential Moo Moo Kit terdapat 4 produk iaitu Yoko Hair Spa Milky Rich, Yoko Spa Milk Salt Shower Bath, Yoko Milk Body Lotion dan Yoko Body Butter Cream Milk Protein. Bagusnya produk ni, packaging nye sangat la menarik, di seal dengan teliti supaya produk ni tidak cepat rosak dan kualiti nye tidak terjejas. 



disini dapat lihat, packaging di seal dengan rapi. ada plastik diluar, plus didalam nya di letak aluminium untuk menutupi produk berkenaan. Aku suka produk yang packaging nya dijaga rapi, sebab expiring sesuatu produk akan bermula bila kita dah buka dan guna produk tersebut.


Step 1 : YOKO HAIR SPA MILKY RICH


Bahan-bahannya terdiri daripada gabungan Milk Protein, Coconut Oil dan Argan Oil yang bertujuan untuk menyihatkan dan menyinarkan rambut.


Cara penggunaan nya mudah saja, sama seperti menggunakan conditioner shampoo yang lain. Selepas basuh rambut dengan shampoo, lumurkan Yoko Hair Spa Milky Rich dikeseluruhan rambut terutama sekali dibahagian hujung rambut. Cover rambut dengan tuala yang suam untuk jangka masa 10 minit dan kemudian bilas dengan air. Kalo tak nak balut dengan tuala pun tak apa, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas terus. Boleh la guna 1 atau 2 kali seminggu.

Sepanjang aku menggunakan Yoko Hair Spa Milky Rich memang dah buat aku dah jatuh cinta dengannya. Rambut aku yang agak kasar, yang lepas basuh rambut mengerbang macam Kak Limah tu, kucing nampak pun larikkk, tapi sejak menggunakan produk ini, tiada lagi rambut kasar or mengerbang selepas basuh rambut. Bila rambut dah kering, terasa lembut nya rambutku. Baunya yang sedap, yang ditinggalkan di rambut, memang buat rasa hari-hari nak cium rambut sendiri, eh! *wink

Harga : RM42

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI



Step 2 : YOKO SPA MILK SALT SHOWER BATH


Bahan-bahannya terdiri daripada gabungan Vitamin E, Milk Protein dan Garam Semulajadi. Bertujuan untuk membuang sel-sel kulit mati dan segala daki-daki dibadan, dan memberikan kesegaran dan kulit yang sangat halus mulus selepas mandi.


Cara penggunaannya adalah dengan mandi sedikit basahkan badan, then ambil sedikit Yoko Spa Milk Salt Shower Bath dan letakkan di atas tapak tangan. Kemudian, gosok dengan lembut dalam pusingan membulat ke kulit badan dan biarkan selama 3 minit sebelum bilas dengan air. dengan kata mudah, prosesnya sama saja macam mengunakan body scrub badan biasa.


pertama kali menggunakannya, aku rasa macam amik adunan kek sapukan dibadan. hehe. sebab baunya sama macam nak buat butter cake. tapi bila dah guna, rasa best giler, keluar abis segala benda yang tak dikehendaki di badan ni. memang lepas guna rasa kulit lembut giler. feeling so fresh so new seperti kulit bayi. lepas ni boleh buat sendiri je scrub badan di rumah. Jimat duit poket aiii.

Harga : RM20

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI



Step 3 : YOKO MILKY BODY LOTION


Body lotion ni yang teksturnya tidak berminyak kaya dengan Milk Protein dan Vitamin B3 yang memberikan kulit yang nourish dan moisture. While Vitamin E dan Licorice extract give you smoother skin, lighter dan kulit yang sihat. *sorry udah bercampur aduk bahasanya hehe

Dicadangkan digunakan pada waktu pagi selepas mandi, pump saja dan urut/sapukan di keseluruhan badan. Slowly urut/sapu sampai lotion meresap ke dalam kulit. Memang best digunakan pada waktu pagi sebelum bersiap untuk pergi keje or dating.


Aku suka body lotion ni sebab sangat cepat meresap ke dalam kulit. kiranya tak perlu nak menunggu beberapa minit untuk kering. sapu je lotion, dah terus boleh bersiap-siap. lagi yg aku suka, packaging nye rare, bentuk kotak susu hehe cute!

Harga : RM35

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI



Step 4 : YOKO BODY BUTTER CREAM MILK PROTEIN


Teksturnya yang creamy dan menyerap ke dalam kulit dengan pantas mampu melambatkan kedutan di badan, mengekalkan kelembapan kulit,  mencerahkan dan meningkatkan condition kulit untuk sentiasa lembut dan licin. Diperbuat daripada Milk Protein, Aloe Vera Extracts dan Chamomile Extracts yang menghasilkan lotion badan yang best ni.


Kalo yang Yoko Milky Body Lotion digunakan di waktu pagi, yang Yoko Body Butter Cream Milk Protein digunakan pada waktu malam sebelum tido. Sesuai dengan usia ku diawal 30-an yang perlu mula titik berat penjagaan kulit, nak bagi lambat naik kedutan, so memang setiap malam aku pakai lotion ni. Dengan bau nya yang best, terus buat tido aku lena sehingga ke pagi. wahhh bestnya!

Harga : RM30

Boleh didapati di Natta Cosme : Klik SINI

Overall, memang aku sangat puas hati menggunakan produk dari YOKO ni. Harga pun berpatutan, mampu milik, no burn my pocket, tu yang lagi suka. hehe. Yang penting, semuanya boleh dibuat sendiri dan mudah digunakan. Jimat duit tak perlu ke spa. hehe.

berita baik untuk korang readers, korang boleh beli produk-produk YOKO dengan diskaun 10%. dah la murah, lagi jimat beli dengan diskaun. so ape lagi, grab yours now! Jangan lupa key in coupon code "LOVEYOKO" masa check out untuk dapat diskaun tu di web NATTA COSME. Guna sebelum 31 Disember 2014 tau! selamat shopping produk YOKO!

Thanks so much NATTA COSME for this awesome beauty kit. Me LOVE it!

Jemput singgah di NATTA COSME

(^_^)v

Love,
Alyza Fisol


Assalamualaikum & Hi!!!

Selain nasi kandar & pasembor (atau dikenali sebagai rojak), kalo balik Penang, Mee Sotong memang menjadi pilihan makanan aku...dari kecik sampai la dah besar ni, kat sini je aku duk makan Mee Sotong..sebab tang ni je sedap...bak kata abah aku yang memang feberet nya mee sotong ni...sini je yang sedap dari dulu sampai lah sekarang...yang tak pernah mengecewakan dia katanya...

so cuti aritu, aku pun pergi lah menyinggah ke situ, sebab nya, aku baru tau, laki aku tak pernah makan mee sotong ni ghupanya...alalalala siannya diaaaa..bawak la mak mentua sekali pi makan...

lokasi nya dekat Medan Selera berdekatan dengan Fort Cornwalis...kalo korang ke situ, maybe ada yang perasan macam ada food court yang tersorok di bawah rimbunan pokok2...kat situ cari la kedai Hameed 'Pata' Special Mee Pulau Pinang, Mee Sotong Paling Sedap!


time aku pi ni, kena plak lunch hour office plus cuti sekolah, jenuh beratoq tunggu...sedia line duk panjang, yang mai nak makan, mai nak bungkus, semua ada...


aku tak tau la berapa round dah dia duk goreng mee ni...sekali goreng, penuh sebelanga...tak berenti goreng...abis sebelanga, dia sambung lagi...pasai hat duk mai semua order bukan satu dua, banyak kotttt...


sambal sotong sedap! ni la tarikan utama mee sotong ni...sambal sotong tu la orang duk suka makan...sambal sotong kering oiiii...mana la tak sedap! *silalah tutup mata dengan keadaan sekeliling tu :P



yang special nya mee sotong ni sebab digoreng ngan sos khas yang berwarna merah dan diletakkan sambal sotong...nampak macam sikit, tapi sebenarnya kenyang gak untuk seorang makan...

selain mee sotong ni, mee rebus pun ada...diletakkan sambal sotong tu jugak...cumanya mee rebus versi mamak punya...bukan stail melayu yang ada ubi semua tu...

sepinggan Mee Goreng Sotong/Mee Rebus Sotong hanyalah RM5...murah kan...

order air plak kat kedai sebelah dia...tapi aku seperti biasa, order ABC Special...harga tak ingat...hehehehe...


sesiapa nak mencuba Mee Sotong sedap ni, ni lah lokasi sebenarnya :- George Town 6, Kota Selera, Padang Kota Lama, Penang atau nak lagi senang, cari je Fort Cornwallis...

pi la try makan noooooo...

*aku kecewa tak leh nak review hotel sebab gambaq hilang...waaaaaaaaa...cheq nangis tak berlagu dah niiiii... :(

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!

bila bab mencari barang hantaran...perfumes mesti menjadi salah satu feberet bakal pengantin untuk letak kat dulang hantaran nanti kan...kalo boleh, mesti nak perfume set yang datang dengan benda lain...so nampak la meriah kat dulang tu kan, dari letak sebotol je perfume...

hasil pertama dariku

aku nak share lah kat sini yang aku baru mula menjinakkan diri membuat custom made perfume hantaran...lama dah teringin nak buat, sebab syok je tengok yang display kat kaunter shopping mall...so decide la nak buat sendiri...boleh ikut suka nak bubuh ape ape pun kat set tu kan...

so, korang, kalo ade adik beradik, sedara mara dan kawan kawan yang nak kawin, boleh suh depa mai tempah perfume hantaran kahwin kat aku...harga, aku bagi harga kasih sayang muah muah muah punya...boleh decide sendiri nak buh barang apa kat set perfume tu...aku buat ikut kehendak korang yeee...

kalo tak minat yang custom made or nak yang boleh buat bagi hadiah kat orang tersayang...ade perfume set yang macam ni jugak...






nak brand apa, habaq ja naaaaa...kita akan order dari US...nampak tak tu, amik dari US tauuuu...ai is tak main perfume tipu tipu...ai is jual perfume original sajooo...

nak order, boleh la contact aku kat no 0133119641 (whatsapp/msg only) ataupun bleh email ke pretty.scentses@yahoo.com...

jangan lupa, jemput singgah sekali page PRETTY SCENTSES yeeeeee...

happy weekend uollsss!!! (^_^)v



Assalamualaikum & Hi!


Dua menu terbaru dari Kenny Rogers Roasters (KRR), yang bukannya berasaskan ayam...Signature Grilled Beef Steak & Signature Grilled Fish Fillet...akhirnya ada jugak menu bukan ayam, at least untuk sesiapa yang tak makan ayam, boleh lah order menu ni kan... :)



Signature Grilled Beef Steak


Daging import yang dimarinated dengan pelbagai ramuan dan herba khas dan disajikan dengan special black pepper sos...combination yg menarik dan sedap...daging yg tebal, lembut dan yang penting daging tak liat, memang memuaskan hati Lyza yg agak cerewet bab daging ni...ditambah plak makan dengan mashed potato, grilled tomato dan garlic butter mixed veggies, sememangnya melengkap hidangan ni...bayangkan Lyza makan hidangan ni sampai habis...bukti ia sedap dan berbaloi dengan harganya, RM31.90*...



Signature Grilled Fish Fillet


Bermula 1 September 2014 yang lalu, bermulalah menu baru ni di semua cawangan KRR...korang patut cuba hidangan berasaskan ikan ni...sedap wehhh, serius tak tipu...menggunakan fillet ikan talapia, di grill dengan sempurna, tak kering, masih kekal kemanisan ikan tu...ditambah dengan sos ala-ala bolognese, sedap dimakan dengan aromatic rice dan garlic butter mixed veggies, yummylicious!! harganya hanyalah RM22.90*...


air yang dicadangkan untuk minum bersama dengan dua hidangan ni, tentulah Ice Lemon Tea...konpem just nice je kenyangnya...

oh yaaaa...sementara nak tunggu makanan yang diorder tu sampai, boleh la main game Muffin Maniac dulu sat...kot kot la bleh menang hadiah kan...download je game ni di Google Play or App Store, kumpul point then redeem la hadiahnya...


tengok! menarik kan hadiahnya...dapat makanan lagi...yeay! dapat Jelly Sundae best, dapat muffin pun ok gak..ye lah, KRR kan dikenali jugak dengan muffinnya yg gebus dan sedap tu...nak redeem pun senang ajo, tunjukkan score yang korang dapat pada staff KRR (Screenshot tak bleh tau, kena tunjuk terus), then dapat lah redeem ikut point yg dikutip tu dengan resit minimum RM60...


so korang boleh la pergi terjah restoran Kenny Rogers Roasters yang berdekatan...dan rajin rajinlah lawat



selamat menikmati hidangan yg sedap ni ye!!! (^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!!


it's time to playaround with the makeup!!!yeay!!!

arini Lyza akan review collection dari Mary Kay at Play...Mary Kay At Play Bold Fluid Eyeliner, Triple Layer Tinted Lip Balm dan Baked Eye Trio...


kena dengan tema nya, Mary Kay At Play, color yang ditampilkan sangat la meriah & terang...sesuai sangat untuk yang suka main main mekap or suka tampil dengan gaya yang berlainan dan berani...

sebelum nak cerita pasal makeup, Lyza sharekan serba sedikit info mengenai Mary Kay ini...

Irresistable products. Positive community impact. Rewarding opportunity. For 50 years, Mary Kay has offered it all. With 3 million Mary Kay Independent Beauty Consultants and $3 billion in global annual wholesales sales, Mary Kay is a top beauty brand and direct seller in more than 35 markets around the world.

Mary Kay At Play Baked Eye Trio

3 jenis color yang berlainan dalam 1 bekas, memudahkan untuk mix dan match untuk mendapatkan warna yang menarik...boleh create bermacam jenis warna guna Baked Eye Trio ni...



Shade in Neopolitan

warnanya sama macam aiskrim Neopolitan, cantik...glittery sikit plus tekstur nya yang ringan...


bestnya, warnanya mudah di pakai menggunakan eye shadow brush...tekstur memang ringan...tak terasa berat di mata...tak bestnya, glitter glitter tu abis jatuh di sekitar mata...huhuh...

bagi Lyza, warna agak kurang sesuai untuk yang medium skin tone..sebab warnanya kurang menyerlah bila Lyza memakainya...pink and vanilla tu bila diletakkan kat eyelid Lyza, dah nampak macam satu color...tapi, untuk serlahkan warnanya, disuggestkan pakai eye primer dulu, baru nampak beza dua color ni...warna brown, cantik, Lyza suka yang brown tu...

pada pendapat Lyza, warna ni sesuai untuk fair skin tone...orang berkulit cerah memang akan nampak terserlah warnanya...dan untuk skin tone seperti Lyza, korang masih boleh pakai warna ni, dah hasilkan simple & natural look...



kedua-dua gambar ni, Lyza amik tanpa menggunakan apa-apa mode kat henpon Samsung S4...nampak tak tone pink tu dah seperti warna kulit Lyza...color brown nye nampak terserlah di mata Lyza...


available dalam 4 warna : Electric Spring, Sunset Beach, Field Day, Neopolitan

yang kaler purple tu, next thing yang Lyza akan review...


Mary Kay At Play Bold Fluid Eyeliner


Shade in Hello Violet

First time in my life, Lyza cuba eyeliner warna purple or dikenali sebagai Hello Violet...warna nya tersangat la terang...cantik purple nya, aiii is suka...hehe...senang nak pakai di mata, tak perlu nak pakai berlayer layer just nak makesure color nya nampak di mata...macam gambar kat atas tadi, Lyza tarik sekali je di mata...then just touch up skit skit di tempat yang terlepas...tak smudge...menghasilkan line yang cantik di mata...Lyza recommend pada sesiapa yang nak cuba sesuatu yang baru & berani...

pasni nak cuba plak jadikan eyeliner ni as eyeshadow, jadi cantik ke idak... ;)


available dalam 4 warna : Blue My Mind, The Real Teal, Hello Violet, Gold Metal


Mary Kay At Play Triple Layer Tinted Balm


Shade in Atomic Red
Bibir yang kering pun nampak moisture bila pakai lip balm ni...dengan flavor sweet berry, mesti best pakai...tak meninggalkan rasa dan bau yang kurang selesa...yang ini bukan macam lip balm biasa biasa tau, ia melindungi bibir dari kering dan membuatkan bibir kita jadi lembut...tak caya? tengok gambar ni...


bibir Lyza yang tengah kering sekarang pun tak nampak sangat keringnya...nampak lembap je kannn...


untuk dapatkan ketiga-tiga produk ni, korang boleh contact any Mary Kay Beauty Consultant yang berada di kawasan korang...nak tau siapa beauty consultantnya, boleh tengok kat marykay.com.my...

detail lebih lanjut mengenai Mary Kay, boleh singgah ke marykay.com.my...

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!!


Sehari tak detox, rasa badan macam tak best, asyik penat je, perut buncit takmau nak kempis, lesu, asyik emo je, macam-macam lagi lahhh...kadang kadang tak senang duduk pun ada...bab buang membuang telah lagi la payah, sebab perut tak lawas dengan baik...


so untuk bulan puasa ni Lyza amalkan minum Teh Herba dari TruDtox ni...jangan ingat bulan posa kita skip detox ye, silap tu...bulan posa pun kena la buang buang segala toksin dalam badan ni...baru la ada energy sikit nak berpuasa kan...kalo tak, lemau jeee...

Detox ni membantu menyahtoksin apa saja didalam badan...apa yang masuk, kena la keluarkan..kalo dibiarkan, lain penyakit yang kita panggil...at least, bila detox ni, dapatlah jauhkan dari penyakit yang tak diingini..cuba kita fikir, pemakanan, product yg digunakan, udara yang dihirup setiap saat, air minuman, hampir kesemuanya mengandungi bahan kimia dan tercemar...tu yang membuatkan badan kita jadi tak best, immune badan pun makin merosot...so kena lah detox semua semua ni, demi untuk kekal sihat sampai tua...insyaAllah..

Mengenai TRUDTOX



produk yang berasal dari Swiss mengandungi bahan-bahan yang natural dan organik yang membantu membersihkan dan menguatkan kelancaran organ dalaman untuk detox secara natural...diperbuat 100% dari bahan organik seperti herba, bunga dan teh...yang penting, TRUDTOX tidak mengandungi bahan terlarang seperti Senna, dan produk ni diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai minuman yang selamat untuk diminum...so tak perlulah ada keraguan pasal produk ni hokehhh...



cara nak minum senang je...rendamkan dalam air panas selama 30 minit, sampai teh tu mengembang dan warnanya bertukar ke color nak gelap gelap sikit...pastu minum lah...ohhhh yaaa...jangan duk gatai bancuh ngan gula plak...konon nak sedap, kot celah mana nak cuci badan..ye dakkk...minum tanpa gula tauuuu...

bau nya sebijik seperti bau teh cina...rasanya, macam minum teh herba cina yang pekat...sedap...tak membuatkan kita rasa nak termuntah bila minum...macam minum teh bunga cina jeeee...



aku amalkan minum waktu malam sebelum tido...buat selang sehari...dan yang pasti, bangun sahur or sebelum pergi keje, confirm 100% membuang...
pastu badan terasa la ringannya...perut kurang sebu...puasa pun rasa bertenaga...tak lembikk jee...badan aku tak plak alami diarrhea ke ape ke...so far so good, alhamdulillah seperti biasa, sakit perut pun biasa-biasa je...tapi setiap orang mungkin berbeza bergantung pada tahap toksin yang ada pada badan korang tu...pada yang tak pernah detox, mungkin lain reaksi pada badan...ingat ye, setiap orang berbeza-beza resultnya...

sila jangan harap untuk kurus yee...sebab ni bukan minuman untuk kuruskan badan, tapi lebih kepada membersihkan badan yeee...

TRUDTOX ni dijual di kebanyakkan farmasi seperti Caring, Watsons, Guardian, Alpha, Alpro, Healthlane, Vitacare dan sebagainya dengan harga RM29.50 untuk pack of 5 teabags dan RM88.50 untuk pack of 15+2 teabags...murah sangat dan mampu dibeli dan dijadikan minuman kesihatan...

online pun ada jugak, boleh beli kat www.hishop.my

info lanjut, boleh ke www.trudtox.com...



Ceria di bulan Ramadhan...Syawal nanti jangan lupa detox jugak ye...hinggalah ke bulan-bulan seterusnya...

(^_^)v

Powered by Blogger.