48 Hours Sponsored Post

Assalamualaikum & Hi kawan2…

Tahun ini aku berazam nak kutip duit raya banyak-banyak….ehhhhhhhh…tak bleh tak bleh, sebab dah kawin, sape nak kasi duit raya kan…ok ok…tukar azam lain…

Tahun ini aku berazam nak makan sikit je…hehehe..percayakah?tunggu dan lihat je laaaa…


Dah dah…aku bukan nak cite pasal azam raya aku ni…tapi nak cite pasal Azam Raya Bersama Watsons…dari berazam kosong, ape kata berazam untuk menang hadiah…nak???


Pada 4 July yg lalu, Watsons telah melancarkan program Azam Raya Bersama Watsons dengan menampilkan Faizal Tahir sebagai duta selebriti untuk kempen ini. Kempen ini akan dijalankan di facebook Watsons (https://www.facebook.com/watsonsmalaysia) sepanjang bulan Ramadhan ini dengan hanya menulis secara kreatif azam korang pada tahun ini...azam yang paling kreatif dan teramat kreatif akan memenangi hadiah yang tersangat lah menarik tertarik yang kebaboomm...


Nak tau hadiah nye, fuhhhh memang tersangat lah best…lagu baru yang unik hasil nukilan Faizal Tahir akan diumumkan secara official pada Rumah Terbuka Watsons yang akan berlangsung pada bulan September nanti...lagu yang akan ditulis dan di compose sendiri oleh Faizal Tahir itu nanti akan berdasarkan azam raya pemenang yang bertuah...dan lagu baru ini akan dimainkan buat pertama kalinya di corong radio & TV sehari sebelum raya...best oooo...dapat lagu yang dicipta khas, based on kita punya azam tau...lagi mau lepaskan peluang ini...memang tak la kannn...

Dan yang paling menariknya, setiap penyertaan azam raya yang di post kan di wall facebook Watsons, anda akan menerima RM5 beauty care voucher dari Watsons...


Bukan itu saja tau...ade lagi...lagu baru yang dicipta khas oleh Faizal Tahir ini, akan dipersembahkan di open house rumah pemenang yang bertuah tu...dan segala catering untuk tetamu anda pada hari itu jugak, akan disponsor sepenuhnya oleh pihak Watsons Malaysia di rumah pemenang....wahhhh.....

Director of Marketing & Business of Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd, Jessica Ng berkata kempen ini diadakan sempena bulan Ramadhan yg mulia ini dimana ia merupakan bulan yang penuh bermakna buat kita semua, bulan yang kita banyak memberi & berkongsi kegembiraan sesama umat manusia...Dan dengan adanya kempen azam raya ini, kita boleh berkongsi bersama azam raya kita yang mungkin dapat memberikan inspirasi kepada yang lain...


Kempen ini akan berlangsung dari 18 Julai 2013 sehingga lah Hari Raya nanti...dan azam yang paling kreatif dan terpilih akan dibuat lagu khas oleh Faizal Tahir dan akan dimainkan di radio, TV, facebook Watsons Malaysia dan jugak youtube sehari sebelum Raya...

Dan sepanjang kempen ini berlangsung kat facebook, Raya Sale pun akan ada di setiap cawangan Watsons di seluruh Semenanjung Malaysia pada 18 July – 2 September, manakala di Sabah & Sarawak pada 25 July – 9 September...beli barang lebih RM30 ke atas, korang layak dapat tiket untuk datang ke Watsons Hari Raya Celebration with Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana, Johor Bahru...so ape lagi, cepat-cepat la shopping dan menang tiket...boleh jumpa jejaka Superman Faizal Tahir dan beraya dengannya...


Aku di Media Launch Azam Raya Bersama Watsons...aku pasti tidak ketinggalan untuk turut serta dalam kempen Watsons ini...mane nak tau kot-kot boleh menang hadiah best dari Watsons nii...


Bantal gambar Faizal Tahir...ko hadooo???hahahahaha....buat peminat tegar Faizal Tahir, jangan jeles... :P


So, tunggu ape lagi...join la sekarang...gi terjah Facebook Watsons Malaysia...

click sini untuk join contest ini -> https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/app_199406096885124

All the best uolllssss...

(^_^)


Alkisah Azam Raya Bersama Watsons ini dibawa oleh Alyza Fisol Dot Com


Assalamualaikum...

setelah sekian lame aku mencari pretzels ni, akhirnya....akhirnyaa...aku dapat jua....yippie!!!

asyik tengok orang duk post pasal pretzels ni kat facebook, aku pun tergerak hati la nak beli, nak rasa, nak makan jugak...nampak pun cam sedap...


dengan harga RM20 untuk bekas kecil yang ada 45 keping pretzels, aku pun membeli nya dari Nur Zatil Aiman...


pos dari Ipoh niiiii...alhamdulillah, selamat sampai dengan elok sekali...takde pecah2...memang dibalut dengan baik sekali... 


buka-buka je bekas ni, terus aku ngap ngap tak berhenti...sedap weeeiiiii...tak rugi aku beli...dah la masa dapat ni (dapat sebelum posa k), aku kat opis, so, memang makan tak berhenti laaa...suku bekas je aku sorang...tak leh lajak makan lebih-lebih, sebab nak kasi orang rumah rasa jugak pretzels ni...kalo tak kenangkan nak bagi orang lain rasa, memang boleh abis sebekas aku makan sorang... 


then tak sampai seminggu, memang abis sebekas ni...semua suka makan...tak tunggu lame, terus order lagi kat Zatil Aiman...kali ni order bekas besar terus...hehe..


see see see...i told you...aku duk keje ngap je kat opis time keje...hehehe... 

nak order, boleh sms Zatil Aiman di no 013-4308062 @ 017-5658655...

Kecik - 45 pcs - RM20
Sederhana - 60 pcs - RM25
Besar - 180 pcs - RM60

Jom makan pretzels...yeay yeay!!

(^_^)v



Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang wang ringgit boleh berbuat demikian dengan terus menyalurkannya ke akaun Maybank Richwell ( 5541-2951-7126 ) dan bagi yang ingin menyumbang barang (makanan,peralatan,dsb)Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pegawai bertugas pada waktu pejabat di talian 03-5523 9661 (Pn. Sharina/Cik Zafirah)









Rumah Amal Al-Firdaus
No. 179, Jln Elektron U16/93, 
Seksyen U16, Denai Alam, 
40160 Shah Alam


Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan pada mereka-mereka yg comey comey ini...

(^_^)v



Assalamualaikum...

aritu aku terbaca satu keratan akhbar Berita Harian online ni...terus rasa nak share...sebab bagi aku, kaki ayam ni boleh kata tak ramai yang makan kan...

alasan, kotor, geli, jijik, sebab kaki ayam, pijak sana pijak sini, main cakar-cakar tanah...tapi bagi aku, cuci bersih-bersih, buat masak sup or kerabu kaki ayam....slurrrrppp slurrrpppp...sedap oiiiii...

kaki ayam bantu cegah tulang reput...menarik kannnn...


New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. 
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. 

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu. 
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi

INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen



dah baca kan kan kan...macam tak percaya kaki ayam ni berkhasiat tau...ater nyeee, tak mau try makan ke...

aku ngan en.osbon aku boleh kata tiap-tiap bulan makan sup kaki ayam pedas...feberet kami tau...hehehe...

cuba-cuba la makan erkkkk...untuk kesihatan...

(^_^)v




Assalamualaikum & Hi kawan2!!!

aku nak ajak korang join Giveaway yang best dari Beauty & Perfumery Shoppe...


bleh dapat perfume miniatures tau...bleh la pakai untuk raya nanti...hehe... :D


syarat-syarat pun mudah je...Like page Beauty & Perfumery Shoppe di FB, share gambar ni di wall dengan tulis "I love Beauty & Perfumery Shoppe" dan tag kawan-kawan di comment gambar ini di FB...mudah je kan...

click sini untuk join Giveaway ini -> Beauty & Perfumery Shoppe Giveaway

so ajak la kawan-kawan join giveaway ini...mana tau boleh menang miniatures perfumes ini kan...

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi kawan2...

penangan cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia...dari pagi sampai petang, penuh timeline twitter dengan retweet...dasat sungguh cerita ni, sampaikan ramai sungguh yang tak sabar nak tengok malam ni yeee...termasuk la aku...hikkksssss...


malam ni, kita duduk depan tv kul 9 malam...kita tengok ape akan terjadi antara Syaf & Firash...


aku suka sangat tengok cerita ni....sebab cerita nya yg sweet sangat & yg penting tak serabut nak tengok...lagipun bagi aku, ceritanya tak la common sangat macam cerita-cerita melayu yg lain kannn...

pasni nak merajinkan diri mencari gak la novel cerita ni...mesti lagi best novelnya...

ok lah...selamat menonton to peminat-peminat cerita SSID...kasi trending lagi la malam ni...heheh...

oppssss...nak tambah sikit...sesape yg terlepas nak tengok malam ini, tunggu je la nanti kat TONTON hokehhhh...

(^_^)v



Assalamualaikum & hi kawan-kawan...

Minggu depan dah nak berpuasa...time-time gini, memang ramai la yang mencari-cari biskut raya yg sedap dan berbaloi harganya untuk dihidangkan time raya nanti...

aku as usual, memang akan sama naik macam orang lain...orang rasa biskut raya, aku rasa...orang order, aku pun order...hehehe...

dan yang ini, memang aku recommend kat korang untuk beli...price yg bagi ku murah, kuihnya yg sedap....paling aku suka crunchy choc...serious tak tipu, memang sedap...aku dah order dah siap-siap untuk raya nanti...

banyak lagi kuih raya yg ada...nah tengok ni...

mempersembahkan Augy Cookies...


Almond London RM19.90
Tart Nenas RM19.90
Marble Shortbread RM19.90
Crunchy Choc RM21.90


Tops Crispy RM19.90
Mini Popia Gulung RM19.90
Samperit Cheese RM19.90
Awan Nano Pavlova RM19.90
Rempeyek Kacang RM19.90

see see see...murah kan harganya...dah la home made cookies...dijamin 100% halal...100% produk muslim...pastu menggunakan butter yg berkualiti tinggi...semua biskut-biskut ini, semuanya terlaris di pasaran tauuu...








berminat nak order, boleh la sms/whatsapp Nadia di no 013-3951979...

nak request sample pun boleh...sms aje ke no tu haaaa...


ape lagi...order la sekarang...sms sekarang...cepat...cepat....cepat...

(^_^)v



Assalamualaikum & Hi kengkawan...

baca tajuk entry je, rasanye ade yg tau kot berkenaan dengan ape kan...tapi korang mesti tertanya, apakah yg berlaku?

firstly nak cakap, aku agak terkilan...then sedih...


happen on the 1st day baju diletakkan di Tesco and ready for collection...setelah beberapa kali di postpone...mula-mula masa order, kata ready for collection on 17th June until 23rd June...then 1st to 7th July...which is this week...

so aku dan adikku yg memang excited nak gi amik...lepas keje terus ke Tesco...sebab nak collect baju yg dah diorder...


oklah, sampai-sampai je...aku cuba tengok2 collection yg lain and try...mane nak tau boleh rembat sepasang lagi...so aku pun main main la try satu satu baju...termasuk lah baju yg aku order tu...tapi yang aku test ni yg di display rack..belum amik kat kaunter lagi tau...mase nak ke fitting room, aku perasaan, mereka dah asingkan yg pre-order ngan yg diletakkan di display rack...dan mase ni aku tak tau perkara sebenar lagi...

so lepas main main try baju...aku pun ke kaunter lah..nak collect our pre-order...

guess what!!!!

awk nye pre-order takde...im like...WHATTTTT????????

ko biar betoiii...dah order dah kot...takkan takde...

then org yg jaga kaunter tu dengan muka tak bersalah boleh berkata, takde...ohh maybe sangkut kat kastam kot tak sampai lagi...ayat yg kuar dari mulut dia pun bunyi tak confident...

biar benarrr...katanye boleh amik arini, tapi bajunya tak ada...

dan aku ternampak insiden ini berlaku di depan mata aku dimana, orang yg datang ke situ, yg TAK buat pre-order langsung, try try baju di display rack, takde size, pergi kaunter, mintak size, orang di kaunter capai baju-baju yg diasingkan untuk pre-order, dibagi pada orang yg tak buat pre-order...

seeee...kalo ko buat gitu, memang la orang yg buat pre-order takkan dapat baju nya...

dah la tak ditandakan baju siapa n siapa...org datang bawak resit online tu, baru cari...kalo ade, ade la...list yg mereka ade, hanya untuk tanda kata dah amik...thats it...

dan ade bunyi menyalahkan pihak satu lagi, sebab hantar dalam kuantiti banyak dan tidak ditandakan milik siapa...

so skang ni, siapa salah sebenarnya???

baju-baju yg kitaorang tak dapat ni macam mane???

boleh dapat lagi ke???


korang korang yg mane dah order, pegi la check cepat-cepat...jangan tangguh-tangguh...


aku ceritakan ini bukan nak jatuhkan mana-mana pihak...cuma mintak, dimasa hadapan, harap-harap perkara begini tak terjadi lagi...kalo bleh, jangan la jadi kat orang lain plak...dengan penuh pengharapan kitaorang pergi, dengan penuh kekecewaan kitaorang pulang....


sedih rasanya hati bila jadi begini...



walaupun perkara begini terjadi, aku tetap masih peminat setia JM...

*tengok collection lain plak

(^_^)



Calling all online business owner!!!

mudahkan keje anda & customer anda...tak perlu lagi, mintak copy resit...tak perlu lagi mintak copy transaction...tak perlu nak mintak any kind proof of payment...

dengan Maybank2u Pay, segala nya mudah di hujung jari...click and pay and confirm...that's all...


untuk register Maybank2u Pay mudah je...

mula-mula, masuk Maybank2u.com then login seperti biasa...


then nampak kan kat menu ade Maybank2u Pay tu kan...click di situ...


apply for Maybank2u Pay...

baca terms & conditions....baca jangan tak baca hokehhh...



then register detail-detail yg diperlukan...tunggu confirmation dari pihak maybank dan juga akan diberi icon & code untuk diletakkan di sidebar blog...

bile dah settle ke semuanya, boleh lah terus digunakan...
 

customer dah boleh buat payment terus dah...click icon tu, terus direct ke page maybank2u.com..

apabila payment dah diterima, owner business & customer akan dapat email sebagai pembuktian ade transaction berlaku antara dua pihak...


bukan setakat dapat email, boleh jugak check transaction di web Maybank jugak...


ade transaction history...mudah untuk owner business track setiap payment customer...

so, ape tunggu lagi...register sekarang...mudahkan lagi urusan pembelian dengan customer kita...

jangan lupa singgah kedai I tau :- http://alyzafisol-shoppe.blogspot.com/

(^_^)v


Powered by Blogger.