Adakah kamu teman sempurna?

10 Comments

Assalamualaikum...

Adakah korang berasa diri korang tu adalah teman yang sempurna? seorang teman yang sanggup berkorban apa saja?

source picture from en.google

jom jawab soalan quiz ni...dan ketahuilah samada korang ni jenis pentingkan diri sendiri or suka mengalah demi teman baik...

soalan nya bermula dari sekarang... :)

1) Anda menerima email dari teman sebilikmu yang menjengkelkan ketika di kolej dulu. Dia beritahu mahu datang ke bandar dan perlukan tempat untuk bermalam. Apakah yang anda akan lakukan?
a : Benarkan dia tidur di sofa rumah sewa anda. Bukan luak apa-apa pun...
b : Beritahunya yang jadual anda agak padat tetapi anda akan cuba luangkan masa untuk bertemu dengannya...
c : Ignore saja email tu. Jika dia tanye nanti, beritahulah yang email tersebut mungkin masuk ke dalam spam folder...


2) Ketika di salun, pendandan rambut yang biasa melayan anda telah bertanya jika dia boleh berikan pada anda resume suaminya untuk tolong carikan kerja. Apakah yang anda akan lakukan?
a: Beritahunya yg anda tidak campuradukkan urusan kerja dan peribadi.
b: Bersetuju untuk tolong sampaikan resume tu kepada majikan.
c: Tuliskan alamat email Human Resources pejabat anda diatas kertas dan bagi padanya.


3) Ketika sedang luangkan mada bersama BFFmu, kamu terima SMS daripada si dia mengajak untuk berjumpa. Apakah yang anda akan lakukan?
a : Bertanya pada si dia, bolehkah berjumpa selepas selesai melepak bersama BFFmu.
b : Berpura-pura tidak sihat depan BFFmu dan minta diri supaya anda boleh berjumpa dengan si dia.
c : Beritahu si dia, anda tidak dapat berjumpa dengannya kerana ade rancangan lain.


4) Rakan sekerja lelaki yang agak kacak telah mengajak anda makan malam bersamanya. Satu-satunya masalah anda sekarang, teman sepejabatmu juga meminatinya. Apakah yang anda akan lakukan?
a : "Saya dengar ada restoran sushi hebat yg baru dibuka. Jom cuba nak?"
b : "Boleh juga. Jom ajak teman sepejabat lain untuk join sekali?"
c : "Saya agak penatlah, tapi saya rasa Julia mesti nak. Apa kata kamu ajak dia temankan kamu makan?"


5) Anda menghadiri parti birthday BFFmu. Tiba-tiba ternampak seorang lagi temanmu pakai skirt yang sama yang sedang anda pakai. Apa reaksi anda?
a : Berseloroh sepanjang parti dengan mengatakan memang anda merancang untuk memakai skirt yg sama.
b : Menyambar sehelai jeans dari but kereta dan menukarnya. Walaupun tak matching dengan pakaian yg sedia ada, anda tetap menukarnya.
c : Arahkan teman anda pulang ke rumah dan menukar ke pakaian yg lain.


Markah
1) a-2 b-1 c-0
2) a-0 b-2 c-1
3) a-1 b-0 c-2
4) a-0 b-1 c-2
5) a-1 b-2 c-0

Jawapannya....taaarrrrraaaaaa...


Terlalu Berdedikasi - Atas 7 markah
Anda jenis teman yg sanggup buat apa saja demi teman, tapi sikap terlampau membantu pun tak bagus jugak. "Jika kamu melakukan sesuatu dengan niat untuk gembirakan orang lain, kamu juga yg akan 'makan hati' nanti," kata Andrea Bonoir, PHD, penulis The Friendship Fix. Jadi drpd stress melayan teman menjengkelkan di rumah anda, mungkin anda boleh jalankan tuntutan sebagai seorang teman yg hanya bertemu untuk minum petang.

Teman Sempurna - Antara 4 hingga 6 markah
Anda bijak seimbangkan antara kehendak dan permintaan teman. Ini menjadikan anda seorang yg disenangi semua org. "Anda faham makna persahabatan dan tidak meletakkan dirimu dalam situasi yg tidak selesa semata-mata untuk membuatkan org lain gembira," Kata Bonoir.

Pentingkan Diri - Bawah 3 markah
Anda tidak benarkan sesiapa menghalang kehendakmu. Impian tinggi dalam membina karier buatkan anda tidak endah pada hubungan lain. Berbohong kepada teman utk memenuhi kehendak sendiri memang tidak patut. "Perkara paling penting dalam persahabatan adalah kepercayaan. Jika teman-teman tahu anda tidak boleh dipercayai, meraka akan tinggalkanmu," kata Linda Miles, PhD, penulis Friendship on Fire. Jadi lebih baik bersikap jujur.


sumber dari majalah cosmopolitan edisi Ogos 2012.


so..korang dikategori manakah?

harap-harap korang enjoy menjawab quiz ye... (^_^)v

*saya tidak dapat nak update entry betul2 sebab terlampau bizi sekarang...harap maaf ye...



You may also like

10 comments:

Powered by Blogger.