10 Kesalahan Utama Dalam Memilih Produk Kosmetik

7 Comments

Assalamualaikum...

pernah tak sebelum kita membeli produk kosmetik tu, kita mengambil kira pelbagai aspek dari kebaikan sampailah ke keburukan...adakah produk yg kita pilih tu yg terbaik untuk jenis kulit kita...selalunya kita akan rasa itulah yg terbaik untuk kita kan...tanpa kita sedar, kita mungkin telah melakukan kesalahan yg boleh membuatkan kulit kita rosak...


antara kesalahan yg kita lakukan dalam sedar dan tidak sedar :-

1) Terlalu mempercayai iklan.

2) Sangat teruja untuk mencuba produk baru tanpa mengambil tahu samada ia sesuai atau tidak dengan jenis kulit. Atau mungkin juga sebab terlalu mengikut kawan.

3) Memakai produk yg tidak sesuai dengan jenis kulit.

4) Tanggapan bahawa produk mahal selalunya lebih berkesan dari produk yg murah. Padahal ia bergantung pada jenis kulit. Kadang kala produk murah lebih sesuai dengan jenis kulit kita. semuanya bergantung pada jenis produk, bukan jenama produk tersebut.

5) Tertarik dengan produk yg menjanjikan keberkesanannya dalam masa yg singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat dalam jangka waktu yg panjang.

6) Suka bertukar-tukar produk kosmetik.

7) Membeli produk tanpa consultation dari pakar yg bertauliah.

8) Terlupa yg kulit wajah lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yg lebih dari tubuh badan.

9) Langsung tak curiga pada produk yg dipakai walaupun mengalami kulit yg mengelupas, pedih, kemerahan, gatal dan menganggap itu hanyalah reaksi awal produk tersebut.

10) Mencampur aduk jenama produk kosmetik pd satu masa tanpa memikirkan kemungkinan kandungan dalam produk tersebut boleh memberikan tindak balas yg negatif pada kulit.

bila baca semua kesalahan ni, ade jugak rupanya kesalahan yg aku buat tanpa sedar atau disengajakan...

pasni terpaksa la berhati-hati dalam memilih produk kosmetik agar tidak merosakkan salah satu anugerah Illahi...

benda nk pakai lame, haruslah menjaganya dengan baik...kan kawan2 kan...


*picture taken from internet

(^_^)



You may also like

7 comments:

  1. So kalau nak mudah beli je ngan awak kan.... semesti produk yang dijual adalah terbaik dan berbaloi untuk wang....

    ReplyDelete
  2. memang bagus tips ni dari lyza yang cantik kulitnya.. canggih! :)

    ReplyDelete
  3. Nurul pun ade buat kesalahan seperti di atas..

    ReplyDelete
  4. @hazman fadzil sye tak jual produk kecantikan, sye jual perfume...meh beli ngan sye meh...heheheh :D

    ReplyDelete
  5. @KiD ehhh...malu dipuji begitu..hehee..mane ade cantik sgt kulit, biase2 je... :)

    ReplyDelete
  6. Paling selamat ialah dengan mengetahui kandungan apa yang tak elok untuk kulit kita. Tak payah tanya2 orang dah. Salam perkenalan =)

    http://exquisitely-aleda.blogspot.com/2009/05/list-of-most-common-comedogenic.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.