Assalamualaikum...

untuk pengetahuan kita semua, termasuk la aku kan...ade sesetengah barang tidak perlu simpan dalam peti ais tau...


antara barang-barangnya adalah :-

1) Mentega - sekiranya korang tinggal di tempat tidak begitu panas, boleh la letakkan je diatas meja...

2) Sos Tomato - ia bukannya seperti susu, yogurt mahupun aiskrim. makanye, letakkan di tempat biase pun dah boleh dah...

3) Daun Seleri - tak semua sayur boleh disimpan didalam peti ais. Macam seleri ni, lagi bagus diletakkan di luar peti ais, lambat la skit nak layu...

4) Mayonis - ia bukan produk susu, so tak payah lah simpan dalam peti ais..tapi terpulang la pada korang, kalo nak simpan jugak dalam peti ais, silakanlah...

5) Sos Ikan - untuk mempertahankan aroma dan rasa ikan, lagi bagus diletakkan di luar peti ais. Begitu juga dengan kicap, letakkan je diatas meja makan..

sekurang-kurangnya, bila barang-barang ni diletakkan luar peti ais, ade la space untuk kita simpan benda lain plak kan...kan bagus untuk penjimatan space peti ais...hehe...

(^_^)


Assalamualaikum...

sape suka perut buncit??? me??? of course la tak kan....


ni ada cara nak elakkan perut buncit...

1) Tidak mandi atau baring sejurus selepas makan. Ia boleh menyebabkan pengumpulan kalori berlebihan di bahagian perut.

2) Sebaik-baiknya makan malam awal dan mempunyai sekurang-kurang nya 4 jam sebelum korang masuk tido.

tapi, kalo dah ade perut yg buncit...makanya...kena lah ikut cara rozita che wan...

sit up 400 kali sehari....ade brani????

(^_^)


Assalamualaikum...

selalunya la kan...kita dengar, dengan memakan brokoli boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser...tapi kanser yg dinyatakan tak melibatkan pundi kencing...

kali ni, aku nak share something yg interesting...dimana, sebelum ni, aku pun tak tau pasal benda ni tau...


Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini, mendapati bahawa sayuran seperti brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapati bahawa mereka yg makan 5 hidangan atau lebih brokoli dalam seminggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding mereka yg tidak memakannya. brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yg paling protective.

so pada sesiapa yg rasa tak suka makan brokoli tu, rajin-rajinlah makan ye...prevention is better than cure rite...

(^_^)


Assalamualaikum...

mai..mai...mai...beli...beli...beli...

ready stock perfume as per today...

























sekiranya berminat, boleh la drop email dan order di alyzafisol@yahoo.com...ataupun boleh DM di Twitter https://twitter.com/AlyzaFisol...ataupun Whatsapp di no 012-5346258...

delivery hanya di buat di area Damansara, Taman Tun Dr Ismail dan Kelana Jaya sahaja...dan kos postage adalah RM5 per item...

untuk sesiapa yg masih tidak pasti apakah defected perfumes tu...meh baca note kecik ni meh...

"Please note that the perfume IS NOT refill or imitation. Its 100% ORIGINAL. Basically it can be considered as DEFECTED perfumes which is defected in terms of bottling and packaging e.g damaged box, faded wordings, bottle scratch/chipped & etc. BUT the perfume content is 100% original. Perfumes are unboxed, but will provide cute cloth like pouch.

WHY NO BOX?
Because most of the box damaged during shipment so to standardize everything, and to avoid providing customer with ugly like boxes,a pouch is provided as replacement. You can save up to 50% to 70% cheaper than the counter price.


WHY PAY MORE WHEN U CAN GET THE SAME ITEM AT LOWER PRICE? "


yup2...why pay more bile korang bleh dapat dengan harga murah kan...

ape lagi...meh contact sye cepat2...

(^_^)v

Assalamualaikum...

Jom hapuskan kaviti yg merosakkan gigi kita yg putih cantik ni...


nak tau bagaimana terhasilnya kaviti?
Ia bermula apabila, asid yg terhasil daripada plak memusnahkan lapisan keras gigi yg dipanggil enamel. Plak mempunyai kuman yg hidup dengan makanan bergula. Proses penghadaman gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.

maka, untuk mengelak berlakunya kaviti, gosoklah gigi seperti yg disyorkan iaitu 2 kali sehari...


kalo ade kaviti, segeralah jumpa doktor tau..kalo lambat-lambat kang, tak pasal kena cabut buang gigi or kena buat root kernel treatment yg aku rasakan agak tak best...

jagalah gigi kita baik-baik yeeee...

*seperti biase, gambar diambil dari internet...hehehe

(^_^)


Assalamualaikum...

pernah tak sebelum kita membeli produk kosmetik tu, kita mengambil kira pelbagai aspek dari kebaikan sampailah ke keburukan...adakah produk yg kita pilih tu yg terbaik untuk jenis kulit kita...selalunya kita akan rasa itulah yg terbaik untuk kita kan...tanpa kita sedar, kita mungkin telah melakukan kesalahan yg boleh membuatkan kulit kita rosak...


antara kesalahan yg kita lakukan dalam sedar dan tidak sedar :-

1) Terlalu mempercayai iklan.

2) Sangat teruja untuk mencuba produk baru tanpa mengambil tahu samada ia sesuai atau tidak dengan jenis kulit. Atau mungkin juga sebab terlalu mengikut kawan.

3) Memakai produk yg tidak sesuai dengan jenis kulit.

4) Tanggapan bahawa produk mahal selalunya lebih berkesan dari produk yg murah. Padahal ia bergantung pada jenis kulit. Kadang kala produk murah lebih sesuai dengan jenis kulit kita. semuanya bergantung pada jenis produk, bukan jenama produk tersebut.

5) Tertarik dengan produk yg menjanjikan keberkesanannya dalam masa yg singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat dalam jangka waktu yg panjang.

6) Suka bertukar-tukar produk kosmetik.

7) Membeli produk tanpa consultation dari pakar yg bertauliah.

8) Terlupa yg kulit wajah lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yg lebih dari tubuh badan.

9) Langsung tak curiga pada produk yg dipakai walaupun mengalami kulit yg mengelupas, pedih, kemerahan, gatal dan menganggap itu hanyalah reaksi awal produk tersebut.

10) Mencampur aduk jenama produk kosmetik pd satu masa tanpa memikirkan kemungkinan kandungan dalam produk tersebut boleh memberikan tindak balas yg negatif pada kulit.

bila baca semua kesalahan ni, ade jugak rupanya kesalahan yg aku buat tanpa sedar atau disengajakan...

pasni terpaksa la berhati-hati dalam memilih produk kosmetik agar tidak merosakkan salah satu anugerah Illahi...

benda nk pakai lame, haruslah menjaganya dengan baik...kan kawan2 kan...


*picture taken from internet

(^_^)


Assalamualaikum...

Adakah korang berasa diri korang tu adalah teman yang sempurna? seorang teman yang sanggup berkorban apa saja?

source picture from en.google

jom jawab soalan quiz ni...dan ketahuilah samada korang ni jenis pentingkan diri sendiri or suka mengalah demi teman baik...

soalan nya bermula dari sekarang... :)

1) Anda menerima email dari teman sebilikmu yang menjengkelkan ketika di kolej dulu. Dia beritahu mahu datang ke bandar dan perlukan tempat untuk bermalam. Apakah yang anda akan lakukan?
a : Benarkan dia tidur di sofa rumah sewa anda. Bukan luak apa-apa pun...
b : Beritahunya yang jadual anda agak padat tetapi anda akan cuba luangkan masa untuk bertemu dengannya...
c : Ignore saja email tu. Jika dia tanye nanti, beritahulah yang email tersebut mungkin masuk ke dalam spam folder...


2) Ketika di salun, pendandan rambut yang biasa melayan anda telah bertanya jika dia boleh berikan pada anda resume suaminya untuk tolong carikan kerja. Apakah yang anda akan lakukan?
a: Beritahunya yg anda tidak campuradukkan urusan kerja dan peribadi.
b: Bersetuju untuk tolong sampaikan resume tu kepada majikan.
c: Tuliskan alamat email Human Resources pejabat anda diatas kertas dan bagi padanya.


3) Ketika sedang luangkan mada bersama BFFmu, kamu terima SMS daripada si dia mengajak untuk berjumpa. Apakah yang anda akan lakukan?
a : Bertanya pada si dia, bolehkah berjumpa selepas selesai melepak bersama BFFmu.
b : Berpura-pura tidak sihat depan BFFmu dan minta diri supaya anda boleh berjumpa dengan si dia.
c : Beritahu si dia, anda tidak dapat berjumpa dengannya kerana ade rancangan lain.


4) Rakan sekerja lelaki yang agak kacak telah mengajak anda makan malam bersamanya. Satu-satunya masalah anda sekarang, teman sepejabatmu juga meminatinya. Apakah yang anda akan lakukan?
a : "Saya dengar ada restoran sushi hebat yg baru dibuka. Jom cuba nak?"
b : "Boleh juga. Jom ajak teman sepejabat lain untuk join sekali?"
c : "Saya agak penatlah, tapi saya rasa Julia mesti nak. Apa kata kamu ajak dia temankan kamu makan?"


5) Anda menghadiri parti birthday BFFmu. Tiba-tiba ternampak seorang lagi temanmu pakai skirt yang sama yang sedang anda pakai. Apa reaksi anda?
a : Berseloroh sepanjang parti dengan mengatakan memang anda merancang untuk memakai skirt yg sama.
b : Menyambar sehelai jeans dari but kereta dan menukarnya. Walaupun tak matching dengan pakaian yg sedia ada, anda tetap menukarnya.
c : Arahkan teman anda pulang ke rumah dan menukar ke pakaian yg lain.


Markah
1) a-2 b-1 c-0
2) a-0 b-2 c-1
3) a-1 b-0 c-2
4) a-0 b-1 c-2
5) a-1 b-2 c-0

Jawapannya....taaarrrrraaaaaa...


Terlalu Berdedikasi - Atas 7 markah
Anda jenis teman yg sanggup buat apa saja demi teman, tapi sikap terlampau membantu pun tak bagus jugak. "Jika kamu melakukan sesuatu dengan niat untuk gembirakan orang lain, kamu juga yg akan 'makan hati' nanti," kata Andrea Bonoir, PHD, penulis The Friendship Fix. Jadi drpd stress melayan teman menjengkelkan di rumah anda, mungkin anda boleh jalankan tuntutan sebagai seorang teman yg hanya bertemu untuk minum petang.

Teman Sempurna - Antara 4 hingga 6 markah
Anda bijak seimbangkan antara kehendak dan permintaan teman. Ini menjadikan anda seorang yg disenangi semua org. "Anda faham makna persahabatan dan tidak meletakkan dirimu dalam situasi yg tidak selesa semata-mata untuk membuatkan org lain gembira," Kata Bonoir.

Pentingkan Diri - Bawah 3 markah
Anda tidak benarkan sesiapa menghalang kehendakmu. Impian tinggi dalam membina karier buatkan anda tidak endah pada hubungan lain. Berbohong kepada teman utk memenuhi kehendak sendiri memang tidak patut. "Perkara paling penting dalam persahabatan adalah kepercayaan. Jika teman-teman tahu anda tidak boleh dipercayai, meraka akan tinggalkanmu," kata Linda Miles, PhD, penulis Friendship on Fire. Jadi lebih baik bersikap jujur.


sumber dari majalah cosmopolitan edisi Ogos 2012.


so..korang dikategori manakah?

harap-harap korang enjoy menjawab quiz ye... (^_^)v

*saya tidak dapat nak update entry betul2 sebab terlampau bizi sekarang...harap maaf ye...

Assalamualaikum...

nak atasi mata letih or mata sembap...

senang je...


pegi dapur, cari timun...potong dalam 2 slice, then letak kat kelopak mata...atau pun...uncang teh yang dah digunakan pun bleh guna buat letak kat mata...

dua-dua mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membantu merehatkan mata yang sedang keletihan...

so pasni, kalo minum teh, jangan dibuang uncangnya, ambik dan simpan dan letak kat mata time rehat-rehat tu...kan menjimatkan...hehehe...

(^_^)v


Assalamualaikum...

ini bukanlah kali pertama aku makan kat sini...dah berkali-kali aku dinner disini bersama en.osbon...

bukan nak berlagak tapi bagi aku la, sangat berpuas hati dengan makanan kat restoran ni...harga dengan kepuasan makan disini memang la sangat worth it...

dalam entry sebelum INI, aku dah cerita serba sedikit pasal restoran ni...so kat entry ni, korang layan gambar je la erkkk...saje mau kasi korang terliur... :D

*ye ye je kata gambar je, padahal, nanti ade je celoteh nyaa... :P


Air yang gambar diatas tu namanya, Peppermint + Chocolate Topped with Chocolate Syrup yang merupakan feberet aku...hehe...dan yang bawah tu, air baru dalam menu, namanya, Vanilla + Kiwi Fruit + Yogurt Magic Ball Special Iced Blended...tu kesukaan en.osbon sebab dia suka magic ball tu yang katanya best bila meletup dalam mulut...pop pop...

Pan-Sear Dory Fish pilihan en.osbon

nampak je cam tak best kan...tapi sedap...sos serai...kalo dengar serai, cam ngeri je nak rasa...tapi bile makan yang ini...wallah...sedap dap dap...

Tema si dia untuk aritu adalah Hijau Putih

Sear Seabass pilihanku

yang ni pun sedap jugak...sos miso..selalunya aku makan miso soup je...tapi kali ni, makan sos miso dengan ikan siakap...sedap...tapi lagi sedap menu en.osbon yang sos serai tu...

muka tersenyum dapat makanan...tunggu masa nak ngap je...

Black Forest Chocolate Cup
yang ini memang recommended untuk dimakan...serius sangat sangat sangat la sedap...yang ini, kitaorang makan sampai licin pinggan pastu rasa cam nak lagi...heheh...chocolate dengan sos berry...combination yang mantap dan sedap dan menyelerakan...kalo perut penuh pun, mesti nak jugak kasi ade space bagi bleh masuk dessert ini...can't resist...


actually masa kitaorang gi dinner ni, nak celebrate our 'couple'sary yang ke-8...mase ari merdeka aritu...tapi baru berkesempatan update entry arini...hehehhee...giler lambat kan...nak buat camne...i bizi la u...hahhaa... :P

Never to late to wish again Happy 'Couple'sary to us...

counting days for our anniversary plak...

(^_^)v

Assalamualaikum

Tahun 2012, tema "My Syg" menjadi pilihan untuk open house Media Prima Berhad...

kalo tahun lepas, tema arab...tahun ni, kita buat 1 Malaysia plak... :)

ade 14 booth yang mewakili 14 negeri di Malaysia...dari Perlis sampai la sabah...semua ada...

bab makanan, korang nak makan ape...semua makanan ade dari setiap negeri...sampaikan aku sendiri tak tau nak makan ape sebab dah banyak sangat...ye la...laksa kedah ada, laksa johor ade, nasi keduli ade, lemang sarawak ade, mee kolok ade, kepok lekor, nasi dagang...haishhh...kalo nak list semua, macam banyak sangat plak...hehe...

ohhh...untuk yang tidak tahu, open house ni untuk staff sahaja...memang acara tahunan MPB...time ni la kitaorang akan bergumbira sakan & pada arini jugak la, "OPIS DITUTUP"...hahaha... :P

bukan takat makan-makan je...persembahan dari setiap department/negeri pun ade tau...tapi yg tu kira pertandingan laaaa...time open house selalunya ade dua pertandingan, booth tercantik dan persembahan terbaik...pastu ade lucky draw tau..hadiah nye??memang best...tapi, seperti tahun-tahun lepas, aku tak bertuah pun...huhuhu...

dah dah..dari aku bercerita panjang, baik korang layan je gambar...

Ni Booth Department Ku...Terengganu...

NSTP - Pahang

Performance : Kelantan (atas) & Terengganu (bawah)

Performance : Johor (atas) & Pulau Pinang (bawah)

Performance : Sabah

Performance : Pahang (atas) & Melaka (bawah)

Antara artis yang menghiburkan kami di Open House MPB...

Amy Search

Asmidar & Awi Rafael

Adam & VIP

and last but not least...mesti la tempek gambar ku jua...hehehe...mengikut tema, Terengganu...


dan sepanjang hari open house nama ku adalah nizang...hahaha...cam kelakar pun ade...

ok lah, tu je yang aku nak share ngan korang...nak tengok kemeriahan lagi, boleh tengok dalam Buletin Utama & Berita TV9 di bahagian akhir penutup berita...tengok ulangan je la erk kat TonTon...

akhir kata, tahniah pada department ku (MIS) dan department MS kerana telah menang tempat ketiga untuk persembahan & booth tercantik...cayalah!!!tahniah!!!tahniah!!!

(^_^)v

Powered by Blogger.