Siapakah Anda???

3 Comments
kuiz ini ditujukan untuk kaum lelaki...

untuk kaum perempuan, korang suruh la boyfriend ke, suami ke, abang ke, adik ke untuk jawab kuiz yang menarik ni....


dengan jawab kuiz ni, korang boleh la tau, korang ni jenis lelaki romantik ke, caring ke...pastu dapat bagi panduan untuk korang tau siapa kah korang bila bercinta...

jom lah start jawab soklan... :)

1. Pada awal perkenalan kalian, si dia agak sombong. Reaksi anda?
A Pedulikan saja! Kalau dah tak suka, buat apa nak paksa?
B Membuat kejutan untuk memenangi hatinya.
C Beri masa pada si dia, kemudian mendekatinya semula.

2. Ada lelaki lain yang memandang pasangan anda. Apa yang anda lakukan?
A Menarik tangan pasangan anda dan berlalu dari tempat itu.
B Senyum kepada lelaki tersebut.
C Buat tak tahu sahaja.

3. Ketika pasangan anda marah-marah (mengenai apa sahaja), apa tindakan anda?
A Buat pekak. Lagi dilayan, lagi menjadi.
B Senyum dan memujuknya.
C Berlalu dari situ.

4. Anda sedang bekerja apabila si dia menghubungi anda dan mengatakan tentang keretanya yang rosak di tengah jalan. Apa yang akan anda lakukan?
A Minta kebenaran ketua untuk pergi mendapatkannya.
B Meminta dia menyelesaikannya sendiri.
C Tidak dapat membantunya tetapi kerap menghubunginya untuk bertanya keadaan.

5. Adakah anda masih ingat tarikh ulang tahun anda dan si dia?
A Pentingkah untuk diingati?
B Mesti. Setiap tahun anda membuat kejutan untuknya.
C Ingat-ingat lupa.

6. Bagi anda, si dia adalah?
A Teman hidup yang berkongsi segalanya.
B Anugerah terindah daripada Tuhan untuk anda.
C Peneman yang menjadikan hidup lebih bermakna.


Penyelesaian:
Jika jawapan banyak A : 
Bukan tak sayang, cuma malas nak layan.
Anda menganggap semua perkara mudah dan tidak suka memanjangkan situasi yang kurang baik. Anda lebih senang berdiam diri sehingga si dia 'sejuk' sendiri. Keadaan ini bagus untuk mengajarnya menjadi lebih matang, tetapi tidak boleh diamalkan selalu. Khuatir si dia bosan pula. Jaga-jaga!

Jika jawapan banyak B :
Engkaulah harta, engkaulah nyawa
Anda terlalu menyayangi pasangan anda. Sedaya upaya anda akan memenuhi setiap kemahuannya. Beruntunglah si dia, tetapi jangan dimanjakan sangat. Nanti menjadi-jadi perangainya. Anda juga yang payah nak melayan!

Jika jawapan banyak C :
Terimalah apa adanya.
Ada masa anda romantik, ada masa anda biasa sahaja. Anda tidak terlalu membiarkan pasangan anda dan tidak pula terlalu memanjakannya. Setiap tindakan anda berlandaskan pemikiran matang dan si dia juga lebih senang dengan keadaan begini. Bagus!


haaaa...korang masuk kategori mana???hehehe...

anyway, quiz ni untuk seronok-seronok je...but at the same time, boleh la improve ape-ape yang kurang masa bercinta kan... :)


kuiz ni diambil dari Majalah Rapi Issue 193.

(^_^)v



You may also like

3 comments:

Powered by Blogger.