Ibu Kembar 12 Kena Pilih 1, Lagi 11 Dibunuh

40 Comments

source dari Harian Metro Online...



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

bile baca berita ni...seriously aku tersangat sedih...kesian kat bayi-bayi yang tak bersalah tu...

lagi bertambah sedih, bile baby-baby tu akan dilemparkan dari atas puncak gunung...secara automatik aku teringat kisah kekejaman Pol Pot yang bunuh baby dengan mencampak ke udara dan menembak...or hentakkan kepala bayi di pokok...aduhai...kejamnya...

tak dapat nak tulis lebih-lebih sebab aku dah rasa sangat sebak...

*kisah kekejaman Pol Pot yang aku tengok masa pergi Cambodia tu, aku tak share pun lagi kat blog...sebab mencari kekuatan nak tulis...tapi suatu hari nanti, aku akan sharekan jugak...


*updated as at 2.40pm 01/08/2012
Dapat tau berita ni adalah tahun 1998...samada benda ni still happen or not, tak tahu la...ape-ape pun, harap kekejaman sebegini tidak berlaku lagi di tahun ni dan akan datang...


harap maaf dari pihak saya sekiranya saya memaparkan berita yg salah kerana saya membaca nye dari Harian Metro Online dan saya menganggap ia berlaku baru-baru ini...tujuan berkongsi disini, adalah kerana saya berasa sedih dengan kejadian yang berlaku...dan mengingatkan saya pada kejadian Pol Pot jugak...


harap tiada salah paham dari pihak pembaca...


dan berdoa agar kekejaman sebegini tidak berlaku lagi pada bayi-bayi yang tidak berdosa...


*updated as at 3.30pm 01/08/2012
seperti yg saya dah nyatakan diatas, saya dapat sumber melalui Harian Metro Online...bukan saya yang menceritakan atau membuat cerita mengenai perihal kisah ini...harap tiada salah paham dari pihak pembaca...


tulisan dari saya adalah berwarna kelabu, dan tulisan yg berwarna ungu adalah article yg dipetik dari web Harian Metro Online...



You may also like

40 comments:

  1. KEJAM!!!!!! nape campak bayi tu...sian dia...nk bunuh pon kasi lemas ke...bkn sokong cara diorg tp campak dr gunung tinggi tu kejam namenye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ap2 cara pun still membunuh. Salah n berdosa la.

      Delete
    2. Ap2 cara pun still membunuh. Salah n berdosa la.

      Delete
  2. Sedihnya..kenapa kerajaan china kejam sangat..?
    bayi2 comel tu langsung tak berdosa..!
    Moga ALLAH balas setimpal dgn apa yg telah diorg lakukan..!

    ReplyDelete
  3. peh...undang2 ape ni....kejam betol..!

    ReplyDelete
  4. naper nak bunuh jual la kat malaysia ke kalau taknak pun

    ReplyDelete
  5. alahai..kejamnya undang2 mereka..saya paling bangga bila dpt lahirkan kembar mcm tu...ni mereka kata tak bermoral?sewel betollllll

    ReplyDelete
  6. ya Allah..mcam tu sekali ke undang2 kat sana..kesian nya baby tu

    ReplyDelete
  7. mengapa x bg je baby tu kat sy ke...atau mereka yg x punya baby....come on malaysia ambil ikthiar cm mn supaya baby 11 tu selamat dan dapat hidup

    ReplyDelete
  8. kejam kejam kejam dari bunuh baby2 tu bg sini ... Undang2 ke namanya tu .. Zalim namanya

    ReplyDelete
  9. kejam nye.... sgt2 kejam.. kami yg nk anak ni berusaha nk anak.. dh dpt anak dorg bunuh je? malu plak tu? astaghfirullah...

    ReplyDelete
  10. Kerja gila.. bukan senang nak dapat kembar macam tu... sehat pulak tu baby tu.... geram...!!!!

    ReplyDelete
  11. Sy harap mereka semua terutama sekali ibu bapa kepada bayi2 tu akan menyesal atas tindakan mereka di kemudian hari. dan dapat balasan yg stimpal daripada yg maha kuasa.

    ReplyDelete
  12. nape tak bg kat pasangan yg tak de anak..nape mesti bunuh.ta tkut ke blasan Allah... T_T

    ReplyDelete
  13. memang kejam..nauzubillah.

    Itulah yang terjadi bila akal x rasional + xda pertimbangan agama yang cukup.

    Undang2 tak berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
  14. hurm..sedihnye bila baca ni..anak adalah satu anugerah..

    ReplyDelete
  15. astaghfirullahalazim..Allah x bg rezeki mngeluh da bg nk bunuh pla..undg2 apa la cm ni..x msuk akal lngsung..drpd bnuh bgus bg org yg xda ank..

    ReplyDelete
  16. kenapa mesti nak bunuh baby tu? apa punya undang2 la yg bodoh sgt tu!! satu keluarga satu anak.. sape yg buat undang2 tu mmg zalim org bodoh yg tak punya otak.. 65 juta baby dibunuh.. astaghfirullah... tak boleh terima la kalo undang2 camnie.. kesian baby tu :-( itu rezeki bukan bala laa makahai..

    ReplyDelete
  17. kerajaan yg mula2 buat undg2 nih mmg tadak akai . yg masih mengamalkannya lagi lah tadak akai . hotak tatau lah berfungsi ke tak . entah2 semua org dekat negara tou semuanya robot . semoga Allah SWT membuka hati dan fikiran mereka supaya mengubah balik undang2 tak masuk akai neh . huh !

    ReplyDelete
  18. Sangat sedih & sangat hiba...! Manusia china makin hari makin kejam! :(

    ReplyDelete
  19. Ala apa nak heran kat sini pun sama siap buang dalam tong sampah tepi jalan dalam longkang dan lain lain lagi

    ReplyDelete
  20. Untuk makluman, berita tu diterbitkan pada tahun 1997/1998. Sama ada perkara itu masih berlaku, Tuhan dan mereka sahaja yang tahu.

    http://www.theonion.com/articles/chinese-woman-gives-birth-to-septuplets-has-one-we,1999/

    ReplyDelete
  21. kalau tak nak, hantar jer dekat Malaysia!!
    Aku faham penduduk cina ramai sangat tapi x yah sampai
    tak pakai akal...
    Ramai lagi dekat sini yg nak anak lagi 11 tuuu...

    *Walaupun begitu, dekat Malaysia nii.. ada jer org buang anak merata-rata...

    ReplyDelete
  22. China x buat dh. Kembar 25 pun they consider as single birth. They are allowed to have more than two child additional child just kena fines je.

    ReplyDelete
  23. ni ape sial pnye undang2 ni?ptutla aku tgk kat you tube pown byk vid bdk2 cina kne dera.rupanye dr negara malaun ni.pas tuh yg mak bpak die plak siap bleh ckp prkara tu memalukan n tdk brtanggungjwb.ni sume otak iblis ni.ade ke mak yg snggup dgr anak die nk kne campak?come on la bro,ni dh zaman moden.ptut buang je undang2 yg dh lapuk n kejam tuh.satu keluarga satu anak??? hak tuihh!

    ReplyDelete
  24. x de la cam tu..memang china mengamalkan satu keluarga satu anak..tetapi tak de la andai dapat kembar di lemparkan..undang china memang diperuntukan untuk anak hanya satu.panda2 tulis blog jadi seperti tersebbut, tidak la di bunuh..adehhh suke2 bloger tu tulis..hukum 1 famili dan 1 anak termaktub di kota besar seperti di shanghai beijing,peking,xian men ,dah kota2 lain.mandatori..hanya ada satu jer anak tak boleh lebih tapi di luar bandar bole kalaua nak anak lebih tapi kebanyakan nya menghormati hukum dan tak nak anak lagi..sebab tu mereka buat DNA hadas b4 pastikan anak..yakni nak anak lelaki sahaja..memang china telah membunuh 65juta bayi..tapi janin yg belum lahir..sebab pasti janin tu perempuan bukan seperti ini ada kembar dah lahir pastu lempar..sedap jer..minah bloger tu hahah...walau china masih ada tradisi hukum kominis tapi pegangan human right tinggi di china..hahahhaah...suke suki jer..kena saman baru tau hahahha dah jejak kaki ke tanah besar china ker hahaha..peace..

    ReplyDelete
  25. Kalau depa bagi kat keluarga yang nak adopt pun okehkan dari bunuh gituh. :(
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 11 Ramadhan 1433

    JJCM: Day 10 Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  26. ini adalah suatu berita yang palsu, dalam gambar ini sebenarnya menunjukan sebuah hospital di Wuhan, China yang menyambut kelahiran 6 pasang anak kembar dalam 6 hari.
    Kalian boleh jumpa gambar original di link bawah... dalam bahasa English dan Cina.
    ENG: http://www.sharegoodstuffs.com/2011/04/chinese-hospital-has-enjoyed-six-sets.html
    CINA: http://hb.qq.com/a/20110423/000261.htm

    ReplyDelete
  27. @kitsune, nice finding-

    btw penulis blog- aku tatawu la kalau betul2 ade kesah dorg cmpak dr gunung- pasai anak sorng tuh betul- cume lau lebih kne bayau fine or something mcm tuh la-

    tp 1 thing for sure- y website y @kitsune bg tuh,
    http://www.theonion.com/
    itu adalah website y publish fake/parody/sarcastical news-

    maka- boleh jd- berita y dipetik dr website tuh- atas sebab org igt website tuh website berita betul-

    nwy- im not blaming u- dont worry- saje sharing info y aku tau- =w=

    ReplyDelete
  28. Ini cerita sebenar utk gambar tersebut: http://www.telegraph.co.uk/news/picturegalleries/picturesoftheday/8473673/Pictures-of-the-day-26-April-2011.html?image=4

    ReplyDelete
  29. Semoga ALLAH turunkan bala keatas kerajaan kominis China

    ReplyDelete
  30. China memang ada undang2 satu keluarga satu anak.. dah berbillion sgt rakyat jelatanya

    ReplyDelete
  31. Hey orang ramai, tolong la baca komen orang lain sebelum beri komen sendiri. Dah sah ini cerita palsu. Artikel asal datang dari website lucu TheOnion http://www.theonion.com/articles/chinese-woman-gives-birth-to-septuplets-has-one-we,1999/ Cukuplah tertipu dengan berita palsu. Sila buat kajian dahulu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. petanda akhir zaman...

    cyes cian kt baby2 2...(Y_Y)

    ReplyDelete
  33. Tak ade lah dibunuh, encik berite yang benarlah, make baca tuh berite dibawah ini.
    http://www.telegraph.co.uk/new...
    "six sets of twins were born there in the space of just six days." 6 pasangan yang mendapat anak kembar dalam hospital yang sama dalam jangka 6 hari.

    ReplyDelete
  34. http://web.budaya-tionghoa.net/index.php/item/3648-hoax-ibu-dengan-anak-kembar-12-dipaksa-memilih-1-11-lainnya-dibunuh

    itu hanya hoax

    ReplyDelete

Powered by Blogger.