sape penah kena, beli KFC snack plate ke dinner plate ke, dapat coleslaw basi??



first time aku beli KFC dapat coleslaw yang dah basi...benda ni happen kat KFC Kota Damansara 2 yang dekat Petronas tu...


seriously sangat mengecewakan...dah la aku suka coleslaw...buka-buka je bekas coleslaw, dah nampak lendir...adehh...kecewa...dah la tak sejuk...

takkan la pihak KFC tak check dulu sebelum bagi kat customer...main entam kasi je ke?takde quality check ke?

bila dah kena camni, dah rasa tak nak pegi KFC situ dah...and maybe lepas ni kalo ke KFC, aku akan lebih berhati-hati...check dulu, sebelum beredar dari kaunter...huhu...pengajaran untuk diri sendiri...

harap-harap pihak KFC dapat buat sesuatu dengan sewajarnya lepas ini...mungkin aku bukan orang pertama yang kena...ade je possibility orang lain penah kena jugak...so kepada pihak KFC, sila la buat quality check sebelum bagi kat customer yeee...

bile jadi begini, tak semestinya aku akan berhenti makan kfc...aku akan makan jugak, cumanya, akan lebih berhati-hati selepas ini...

*gambar di amik kat pakcik google...aku tak amik pun gambar coleslaw aritu, tengok-tengok je terus buang...

(^_^)


Preloved clothes untuk dijual untuk sesiapa yang berminat...

murah-murah jeee...

meh cuci mata tengok meh...








kalo berminat, boleh la PM ke dhiya84@yahoo.com...name pemilik adalah Dhiya...boleh la contact dia ye...

*ade sesiapa nak aku war war kan online blog ke, or preloved items untuk dijual ke, boleh la PM aku di alyza8716@yahoo.com...

(^_^)v


untuk menceriakan blog yg suram seminggu dua sebab tuannye beraya...jom layan video parody by Fly FM yang buat aku tergelak and repeat banyak kali layan video ni..

ni semua gara-gara fenomen gangnam style yg femes sejak dua menjak ni...


tak mau kata banyak...yang pasti, sempoi giler deejay2 Fly FM ni...suka tengok Hunny Madu...tak padan ngan pregnant, sakannye ngalah orang tak pregnant...hahahaha

(^_^)v


source taken from HERE...

*kena buat disclaimer awal-awal, nanti ingat ade plak aku buat cerita...



kalo gerak balik 16hb lepas berbuka, agak-agak bleh merasa tak diskaun ni??

yang pasti, time balik ke KL memang tak dapat la diskaun, pasalnye nak raya puas-puas kat kampung...hehehe...

anyway, rancanglah perjalanan anda...dan balik la ke kampung dengan berhati-hati...tak yah pecut-pecut nak cepat sampai, yang penting semua sampai dengan selamat kat rumah... :)

(^_^)v


Wahai ibu-ibu or sesiapa saja yang nak beli baju kurung baby/budak kecik dari umur 0 - 12 tahun, boleh lah singgah di Gosh Baby Shop yang bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur...

ade bermacam-macam design yang sangat cantik...serius cantik dan comel...sebab aku dah ke sana and dah beli pun...hehehe...

kain pun berkualiti tinggi...ade kain macam english cotton, ashley cotton, japanese cotton and viscose cotton...



price??sangat affordable...murah...kalo tak caya, gi la singgah ke sana...

the best thing is, kalo korang ade mention Gosh Baby Shop, ade special discount tau!!

so, ape lagi, gi la terjah...sempat lagi nak pergi...raya ahad ni kan..sebelum nak gerak gi balik kampung, singgah la kejap kat sane... :)


Boleh terjah di FB - Gosh Baby Shop 
dan juga di web - http://www.thegosh.com.my/

selamat bershopping!!!

dgn owner Gosh Baby Shop, Ameen

(^_^)v

kuiz ini ditujukan untuk kaum lelaki...

untuk kaum perempuan, korang suruh la boyfriend ke, suami ke, abang ke, adik ke untuk jawab kuiz yang menarik ni....


dengan jawab kuiz ni, korang boleh la tau, korang ni jenis lelaki romantik ke, caring ke...pastu dapat bagi panduan untuk korang tau siapa kah korang bila bercinta...

jom lah start jawab soklan... :)

1. Pada awal perkenalan kalian, si dia agak sombong. Reaksi anda?
A Pedulikan saja! Kalau dah tak suka, buat apa nak paksa?
B Membuat kejutan untuk memenangi hatinya.
C Beri masa pada si dia, kemudian mendekatinya semula.

2. Ada lelaki lain yang memandang pasangan anda. Apa yang anda lakukan?
A Menarik tangan pasangan anda dan berlalu dari tempat itu.
B Senyum kepada lelaki tersebut.
C Buat tak tahu sahaja.

3. Ketika pasangan anda marah-marah (mengenai apa sahaja), apa tindakan anda?
A Buat pekak. Lagi dilayan, lagi menjadi.
B Senyum dan memujuknya.
C Berlalu dari situ.

4. Anda sedang bekerja apabila si dia menghubungi anda dan mengatakan tentang keretanya yang rosak di tengah jalan. Apa yang akan anda lakukan?
A Minta kebenaran ketua untuk pergi mendapatkannya.
B Meminta dia menyelesaikannya sendiri.
C Tidak dapat membantunya tetapi kerap menghubunginya untuk bertanya keadaan.

5. Adakah anda masih ingat tarikh ulang tahun anda dan si dia?
A Pentingkah untuk diingati?
B Mesti. Setiap tahun anda membuat kejutan untuknya.
C Ingat-ingat lupa.

6. Bagi anda, si dia adalah?
A Teman hidup yang berkongsi segalanya.
B Anugerah terindah daripada Tuhan untuk anda.
C Peneman yang menjadikan hidup lebih bermakna.


Penyelesaian:
Jika jawapan banyak A : 
Bukan tak sayang, cuma malas nak layan.
Anda menganggap semua perkara mudah dan tidak suka memanjangkan situasi yang kurang baik. Anda lebih senang berdiam diri sehingga si dia 'sejuk' sendiri. Keadaan ini bagus untuk mengajarnya menjadi lebih matang, tetapi tidak boleh diamalkan selalu. Khuatir si dia bosan pula. Jaga-jaga!

Jika jawapan banyak B :
Engkaulah harta, engkaulah nyawa
Anda terlalu menyayangi pasangan anda. Sedaya upaya anda akan memenuhi setiap kemahuannya. Beruntunglah si dia, tetapi jangan dimanjakan sangat. Nanti menjadi-jadi perangainya. Anda juga yang payah nak melayan!

Jika jawapan banyak C :
Terimalah apa adanya.
Ada masa anda romantik, ada masa anda biasa sahaja. Anda tidak terlalu membiarkan pasangan anda dan tidak pula terlalu memanjakannya. Setiap tindakan anda berlandaskan pemikiran matang dan si dia juga lebih senang dengan keadaan begini. Bagus!


haaaa...korang masuk kategori mana???hehehe...

anyway, quiz ni untuk seronok-seronok je...but at the same time, boleh la improve ape-ape yang kurang masa bercinta kan... :)


kuiz ni diambil dari Majalah Rapi Issue 193.

(^_^)v

selalunya bile nak makan nasi ayam, mesti pergi beli kat kedai...tak pun gi makan kat Chicken Rice Shop...atau gi Nasi Ayam Warisan, Kota Damansara...

so since dah cuti Isnin aritu (cuti Nuzul Al-Quran)...aku amik kesempatan masak sendiri nasi ayam...

cari resipi pun, yang simple-simple je...yang senang nak buat...hehe...cuma aku ade la tukar-tukar sikit kat resipi tu, ikut citarasa sendiri...


Resipi Nasi Ayam Hainan ni aku follow dari blog Resipi Raidah...

so jom baca cam mana nak masak nasi ayam hainan...

Bahan untuk rebus ayam :
4 ketul paha ayam yg besar (yg sekali ngan thigh)
Air secukupnya untuk bagi ayam tenggelam
Garam secukup rasa
2 inci halia diketuk
serbuk/kiub pati ayam tu optional

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak...anggaran masa yang diambil adalah dalam 30-40 minit...pastikan ayam masak sampai hilang darahnya...jangan masak terlalu lama takut nanti daging ayam tak sedap plak...bila ayam dah siap masak, keluarkan ayam dari periuk dan sejukkan...potong ayam bila ayam dah betul-betul sejuk...kalo potong time panas, takut nanti daging ayam tu hancur.
 
Bahan untuk Nasi :
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak

Bersihkan beras...panaskan majerin dan minyak, pastu masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dan goreng sehingga wangi...masukkan beras dan goreng sebentar, pastu baru masukkan air rebusan ayam dan garam...

Bahan untuk Sup Ayam :
Air rebusan ayam
Kaki ayam
Sup bunjut
Kulit kayu manis satu
Bunga lawang 2 3 bunga
Daun sup
Garam secukup rasa

Masukkan kaki ayam dalam air rebusan ayam tadi...masukkan sekali sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang...masak sehingga kaki ayam lembut...bila dah masak, masukkan daun sup...

Bahan untuk sos cili :
2 inci halia
5 ulas bawang putih
7-9 biji cili merah
Gula & garam secukup rasa

Kisarkan semua bahan diatas sehingga hancur...dah siap untuk dihidangkan...

Bahan untuk sos kicap :
Air rebusan ayam
Kicap lemak manis
Minyak bijan

Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk kecil dan panaskan...letakkan kicap mengikut citarasa korang...pastu letakkan minyak bijan dalam setengah sudu...biarkan hingga mendidih dan boleh dihidangkan...

Hidangkan sekali daun salad, tomato dan timun...

dah siap...senang je kan...nampak je caranya cam panjang...padahal senang sangat nak masak...dalam sejam lebih sikit boleh la siapkan semuanya... :)



(^_^)

berita baik...berita baik...

sape nak Samsung SIII dengan harga RM1979???

pi serang Samsung Elite Partner shop esok..


"Great news everyone! In celebration of Dato’ Lee Chong Wei’s inspiring sportsmanship, Samsung Malaysia Electronics will be offering a 10% discount for the Samsung GALAXY S III on Wednesday, August 8th.

The one-day promotion is limited to one unit purchase of Samsung GALAXY S III per customer and is only available at 35 Samsung Elite Partner (SEP) brand shops nationwide.

For location details of Samsung Elite Partner (SEP) brand shops, please visit http://on.fb.me/PXEsRb. Hurry up to the nearest SEP brand shops near you!"

source from Samsung Fanpage...

promotion hanya untuk esok sahaja!!!

10% diskaun tuuuuu...takkan tak nak kottt...bile lagi nak angkat SIII dengan harga diskaun kannn...

aku sayang lagi HTC aku ni, so aku kasi can kat korang la gi penuhkan kedai Samsung...hehehehe...

selamat beratur panjang-panjang and rebut peluang yang sedia ada...

(^_^)v


kesinambungan dari artikel yang penah aku share kat blog ni...pasal Kalsium Boleh Bantu Buangkan Lemak Badan....aku jumpa lagi satu artikel yang membuktikan kenapa susu boleh diamalkan untuk yang berdiet...


Wanita yang mengamalkan low-fat yogurt ataupun low-fat milk, setiap hari, sebanyak tiga atau empat kali sehari mampu membuang 70% lemak dari tubuh badan...ini disebabkan Kalsium yang ada dalam susu mampu berperanan untuk menjadi pembakar lemak yang bagus untuk badan...

So, untuk sesiapa yang nak membuang lemak degil dari badan, boleh la amalkan...

waktu pagi : 1 gelas low-fat milk
waktu tenghari : 1 gelas low-fat yogurt
waktu malam : 1 gelas low-fat milk

lagi satu, mengamalkan minum susu di bulan puasa, mampu membantu badan anda untuk bertahan kerana ia boleh buat korang rasa kenyang je...especially untuk kids, ajar la mereka minum susu masa bersahur dan sebelum tido untuk memudahkan proses tidur...

(^_^)v

Assalamualaikum!!!!

yuhuuuu!!!!

pada peminat perfume yang tegar seperti aku...eceh...

atau

siapa yang inginkan perfume original yang murah imported dari Europe...

bukan dari Dubai mahupun gred AAA...boleh dapatkan dari Alyza Fisol laaaaa...

saya menjual imported Defected Perfumes original yang sangat murah...

Kenapa Defected Perfumes???ni jawapannya...

"Please note that the perfume IS NOT refill or imitation. Its 100% ORIGINAL. Basically it can be considered as DEFECTED perfumes which is defected in terms of bottling and packaging e.g damaged box, faded wordings, bottle scratch/chipped & etc. BUT the perfume content is 100% original. Perfumes are unboxed, but will provide cute cloth like pouch.

WHY NO BOX?
Because most of the box damaged during shipment so to standardize everything, and to avoid providing customer with ugly like boxes,a pouch is provided as replacement. You can save up to 50% to 70% cheaper than the counter price.


WHY PAY MORE WHEN U CAN GET THE SAME ITEM AT LOWER PRICE?
"


ada bermacam-macam jenama...Hugo Boss, Calvin Klein, Gucci, Dior, Lancome, Issey Miyake, Clinique, Armani, Britney Spears, Paco Rabanne, Versace, YSL, Marc Jacobs dan banyak lagi la...nama kan aje... :)


Harganye :
90 / 100 ml - RM145
75 ml - RM130
50 ml - RM115

murah kan!!!

*beberapa brand perfume mempunyai harga berlainan dari yg dinyatakan diatas...

Delivery boleh dibuat di area Damansara, Taman Tun Dr Ismail & Kelana Jaya..tapi...kalo pembelian melebihi 3 botol dan ke atas...FREE DELIVERY to semua tempat di KL mahupun Klang Valley...

Untuk Postage plak...FREE POSTAGE area Semenanjung Malaysia sekiranya pembelian melebihi 3 botol...kalo tak, please add on RM5 (RM7 utk sabah & sarawak) untuk kos postage yeee...

*barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan kembali...once sold, consider sold... :)

Berminat tak??kalo berminat boleh la drop email dan order di alyzafisol@yahoo.com...ataupun boleh DM di Twitter https://twitter.com/AlyzaFisol...ataupun Whatsapp di no 012-5346258 begin_of_the_skype_highlighting            012-5346258      end_of_the_skype_highlighting...

Selamat Shopping Perfume y'all...

(^_^)v

aiskrim free...sape tak nak kan...

aku pun nak...hehehe...

semalam dalam berita buletin utama dan di FB TonTon, di beritahu yang sekiranya Malaysia menang Emas Olimpik yang pertama, Baskin-Robbins dengan kerjasama Media Prima akan memberikan aiskrim percuma pada 8hb August 2012 dari jam 8 malam ke 10 malam di semua cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia, kecuali di Pantai Hospital dan Genting Theme Park...

source picture from TonTon FB

"It's Media Prima's intention to unite Malaysian in collaboration with Baskin-Robbins to give away FREE ice-cream on Wednesday, 8 August 2012 from 8pm till 10pm at all 61 #BaskinRobbins outlets nationwide (excluding two kiosks at Pantai Hospital & Genting Theme Park) IF Malaysia wins its first #Olympic GOLD medal! http://instagr.am/p/N0ipeGvs2Z/ " - source from Baskin-Robbins FB

ape lagi...jom serbu Baskin-Robbins la nanti...

ape yang pasti, beratur mesti panjang giler...kalo nak makan free nye pasal, rajin-rajin la beratur erkkkk...

dan lagi satu, harap-harap la Malaysia menang Emas...go Malaysia go!!!!

*aku ni bab benda free, memang suka...dasar cheapskate :P

(^_^)v


Traffic tinggi kerana Air Ais???

bukan maksud aku bagi traffic tu tinggi dengan minum air ais...

tapi jumaat lepas, traffic aku naik tinggi sebab aku sharekan pasal Elakkan Ais Selepas Makan...

aku share kan info ni sebab aku rasa berguna untuk diri aku sendiri dan kawan-kawan...mane nak tau kan, dengan kurangkan minum ais, kita boleh jadi sehat...tak nak la sehat sorang-sorang kan...nak jugak semua kawan-kawan dan readers aku sehat... :)


tak lame lepas aku ping entry, aku cuba la check traffic...terbeliak mata jap...tenyeh mata 10 kali...tak caya traffic naik tinggi...ape yang boleh aku kata aritu...alhamdulillah...syukur...berkat aku nak share something berguna ngan readers berjaya...tersenyum sampai telinga...hehehe...


ni capture UV aku untuk aritu as at pukul 8 malam...first time, traffic blog aku cecah 1k...kalo tak sekadar 2 3 4 ratus je sehari...


bukan takat tu je, pageviews pun banyak...

bile jadi benda sebegini...satu je yang aku perasan & agree...

top-top bloggers ade yang berpesan...nak tulis entry, biarlah something yang kita boleh share ngan readers...dan jangan la nak asyik kejar duit...kalau duit masuk, tu rezeki namanya...tapi jangan la berblogging kerana duit...sebab bile berblogging kerana duit, kita sukar nak menghasilkan entry yang bagus...*aku masih belajar untuk menghasilkan entry yang best untuk readers

bab traffic plak...memang la kita kena naikkan traffic...tapi biarlah dengan entry yang dapat menarik readers untuk baca...

dan aku akan berpegang benda sebegitu sampai bila-bila...InsyaAllah...

tapi masa entry ni Elakkan Ais Selepas Makan di up kan...memang aku takde terlintas pape pasal traffic...sekadar ingin berkongsi sahaja...

di masa akan datang, aku harap aku dapat menghasilkan entry yang best untuk dikongsikan bersama... :)

to all my readers, thanks sudi singgah blog Alyza Fisol ni dan salam perkenalan...

(^_^)v


source dari Harian Metro Online...



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

bile baca berita ni...seriously aku tersangat sedih...kesian kat bayi-bayi yang tak bersalah tu...

lagi bertambah sedih, bile baby-baby tu akan dilemparkan dari atas puncak gunung...secara automatik aku teringat kisah kekejaman Pol Pot yang bunuh baby dengan mencampak ke udara dan menembak...or hentakkan kepala bayi di pokok...aduhai...kejamnya...

tak dapat nak tulis lebih-lebih sebab aku dah rasa sangat sebak...

*kisah kekejaman Pol Pot yang aku tengok masa pergi Cambodia tu, aku tak share pun lagi kat blog...sebab mencari kekuatan nak tulis...tapi suatu hari nanti, aku akan sharekan jugak...


*updated as at 2.40pm 01/08/2012
Dapat tau berita ni adalah tahun 1998...samada benda ni still happen or not, tak tahu la...ape-ape pun, harap kekejaman sebegini tidak berlaku lagi di tahun ni dan akan datang...


harap maaf dari pihak saya sekiranya saya memaparkan berita yg salah kerana saya membaca nye dari Harian Metro Online dan saya menganggap ia berlaku baru-baru ini...tujuan berkongsi disini, adalah kerana saya berasa sedih dengan kejadian yang berlaku...dan mengingatkan saya pada kejadian Pol Pot jugak...


harap tiada salah paham dari pihak pembaca...


dan berdoa agar kekejaman sebegini tidak berlaku lagi pada bayi-bayi yang tidak berdosa...


*updated as at 3.30pm 01/08/2012
seperti yg saya dah nyatakan diatas, saya dapat sumber melalui Harian Metro Online...bukan saya yang menceritakan atau membuat cerita mengenai perihal kisah ini...harap tiada salah paham dari pihak pembaca...


tulisan dari saya adalah berwarna kelabu, dan tulisan yg berwarna ungu adalah article yg dipetik dari web Harian Metro Online...

Powered by Blogger.