Kek Batik Milo

10 Comments

Kek Batik Milo sebagai juadah berbuka sangat menarik kan...

senang je nak buat...tak ambik banyak masa pun...sempat balik keje terus buat...pastu time nak berbuka or lepas sembahyang maghrib dah bleh makan dah...

nah resipi, korang cuba la buat....aku dah buat dah aritu...tapi tak menjadi sangat pun...biase la, first time try, takkan nak jadi perfect kan...yang penting, boleh makan... :D

Hasil Kek Batik aku


Bahan-bahan (1 dulang) :

250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur


Cara-cara :

Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

source resipi dari SINI...

selamat mencuba...

(^_^)v




You may also like

10 comments:

  1. boleh cuba nanti, insyaAllah. Hari tu saya buat kek batik horlicks

    ReplyDelete
  2. whooaaa... nampak menarik untuk dicuba nie....bila nak kasi free sample kat saya nie

    ReplyDelete
  3. eh eh .. mcm sedap je . terliur pulak

    ReplyDelete
  4. @hazman fadzilhaaaa...tunggu sye buat lg nnt...hehehe

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.