First time aku masak and makan asam pedas ikan patin...selalunya aku masak patin buat masak lemak tempoyak je...tapi disebabkan tak jumpa tempoyak, en.osbon aku suggest buat asam pedas je...

asam pedas pun asam pedas laaa...janji boleh makan ikan patin ni untuk berbuka.... ;)
 
nak masak asam pedas ni senang je...main campak itu, campak ini dalam periuk, then buka api, tunggu la sampai mendidih...then...taaarrrraaaaa...cepat, mudah dan sedap...nyum nyum...


meh aku sharekan resipi asam pedas versi campak campak aku....hehehe...

Ikan patin
Bunga Kantan
Asam Keping
Perencah Asam Pedas
Rempah Giling Asam Pedas *kalo ade la...
Daun Kesom
Bendi
Garam
Air *agak-agak la banyak mane kuah yang korang nak k

masukkan semua dalam periuk....then terus masak...

sangat sesuai untuk wanita yang bekerja...yang balik umah, nak cepat siap masak makanan berbuka...buat masak camni je...hehehe...

selamat mencuba...

(^_^)v



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata : Kalau begitu kita perbanyakan doa? Jawab baginda : Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.

Sumber : Majalah Nur

(^_^)v


Menurut ahli diet dari Weight Loss Resources, Juliette Kellow mengatakan kalsium yang ada dalam susu dapat membantu memecahkan lemak dalam badan. Malah, bagi mereka yang suka minum susu akan mempunyai indeks massa tubuh yang rendah berbanding mereka yang tidak minum susu....


sumber Majalah Rapi 15 Julai 2012...

jadi, jom la kita minum susu...

Calcium!!!! (*seperti nada iklan Calciyum)

(^_^)v


Minum ais selepas makan memang menyedapkan...tambah-tambah plak dalam bulan puasa ni kan...sungguh nikmat kalo dapat minum air ais...


tapi...

tahukah korang, pengambilan minuman berais selepas makan boleh menyebabkan pembekuan makanan berminyak yang baru dimakan tu dan bertukar menjadi lemak yang tidak sehat...

bukan setakat membekukan minyak, malah boleh melambatkan proses penghadaman....

apabila lemak-lemak itu terbentuk di dalam usus, ia berpotensi untuk menyempitkan banyak saluran...nak tau kenapa saluran menjadi sempit?? sebabnya lemak-lemak tadi dah berkumpul di kawasan saluran tersebut...bila dah saluran sempit, tu lah yang menyebabkan korang menjadi gemuk...bukan takat mengemukkan, korang seperti melambai-lambai, memanggil-manggil pelbagai penyakit untuk menyerang tubuh badan korang...

untuk yang nak kurus...sila lah elak minum minuman berais...tak kira di mana jua korang berada...

solution terbaik adalah dengan minum air panas, sup panas atau suam selepas makan...

(^_^)v



"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji"

:: Hamka ::

(^_^)


just for fun untuk menghilangkan mengantuk di waktu tengahari ni kan...

jom la main jawab kuiz ni...

sekadar untuk mengetahui sape diri korang sebenarnya...

Soalan :
Bayangkan lima perkara berlaku serentak
1. Air mendidih di dapur.
2. Air paip melimpah dalam bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu rumah.

Antara 5 perkara ni...yang mana korang akan buat dulu...

jawab jujur tauuu....jangan mentipu tipu tauuu...




Jawapan : 
Ciri/sifat/perkara yang korang utamakan dan pentingkan dalam pemilihan pasangan.

Jika memilih untuk tutup air mendidih kat dapur - maksudnya korang mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing korang.

Jika memilih untuk tutup paip air yang melimpah tu - maksudnya korang mementingkan kekayaan, wang ringgit dan harta.

Jika memilih untuk pujuk baby yang menangis - maksudnya korang pentingkan cinta dan kasih sayang.

Jika memilih untuk mengangkat telefon yang berbunyi - maksudnya korang pentingkan akhlak, budi bahasa, dan perlakuan pasangan korang.

Jika memilih untuk membuka pintu - maksudnya korang pentingkan paras rupa, fizikal luaran dan personaliti pasangan korang.


so korang yang mane satu erkkk...

aku dah tau dah jawapan aku ape...hehehe...jawapannya adalah.................rahsia!! :P

oklah...selamat menyambung kerja...

(^_^)v


cuba tengok keadaan sekeliling anda...

cuba tengok 10 tabiat buruk Rakyat Malaysia yang dikeluarkan oleh paper The Star...


adakah kita tergolong dalam orang-orang yang sebegini?

kalau YA, cuba lah kita berubah ke arah kebaikan dan bertimbang rasa...dalam bulan baik, ape salahnya kita berubah kan...

kalau ade kawan-kawan korang yang ade tabiat begini, ajak lah dia untuk berubah sama...tak ke mana pun kalau asyik bertabiat buruk ini...buat sakit hati ade la...buat orang sakit hati dan tak suka kita ade la...dari buat orang tak suka, baik kita buat orang suka kita...kan kan kan...

renung-renungkan dan selamat beramal...

sumber dari SINI...

(^_^)v


Kek Batik Milo sebagai juadah berbuka sangat menarik kan...

senang je nak buat...tak ambik banyak masa pun...sempat balik keje terus buat...pastu time nak berbuka or lepas sembahyang maghrib dah bleh makan dah...

nah resipi, korang cuba la buat....aku dah buat dah aritu...tapi tak menjadi sangat pun...biase la, first time try, takkan nak jadi perfect kan...yang penting, boleh makan... :D

Hasil Kek Batik aku


Bahan-bahan (1 dulang) :

250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur


Cara-cara :

Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

source resipi dari SINI...

selamat mencuba...

(^_^)v





Kata orang, kasih sayang adalah ramuan utama resepi hidup untuk hati menikmati kebahagiaan.

Indah sekali kata-kata ini, tidak mampu untuk saya menolak kebenarannya.

Bayangkan jika ibu bapa tiada perasaan kasih kepada anak-anak, suami tidak mengasihi isteri, begitu juga sebaliknya. Orang tua tiada kasih kepada orang muda dan sesama sahabat tiada perasaan kasih sayang. Begitu juga jika pemimpin tiada kasih sayang kepada rakyatnya. Malah kasih sayang kepada haiwan dan alam sekitar juga mempunyai cara yang tersendiri. Bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada dunia ini andai tiada kasih sayang.

Hancur...

Rosak binasa...

Yang pastinya tiada kebahagiaan.

Sememangnya manusia amat memerlukan kasih sayang. Kerana hati manusia diciptakan dengan penuh sifat kebaikan termasuk kasih sayang. Apabila kasih sayang berkurangan maka akan timbullah penyakit keras hati, kebencian, iri hati dan berbagai-bagai lagi penyakit emosi yang negatif.

Berkata seorang ahli hikmah: “Kita dapat mengubati penyakit fizikal dengan ubat-ubatan, tetapi satu-satunya ubat untuk kesepian, keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih sayang. Ramai di dunia ini yang mati kerana kurang makan tetapi lebih ramai yang mati kerana haus kasih sayang.”

Bagaimana pula jika tiada kasih sayang Tuhan kepada para hamba-Nya? Tidak terfikir dahsyatnya keadaan itu jika ia berlaku.

Sesungguhnya Allah adalah sumber kasih sayang. Dia adalah ar-Rahman dan ar-Rahim, iaitu Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasih sayang-Nya tidak berpenghujung, tidak bertepi dan tidak terjangkau, serta tidak pernah habis atau berkurang.

Kasih sayang-Nya meliputi dan melimpah-ruah kepada sekecil-kecil makhluk sehinggalah kepada makhluk yang sebaik-baik ciptaan iaitu manusia. Semuanya mendapat manfaat dari kurnia kasih sayang-Nya itu.

(^_^)v


kepada sesiapa yang berminat...




Canon EOS 60D body only.
1 1/2 year.
RM 2450.
Condition: 9.9/10 (Like new...body pun xde calar...tgk gambar kalo x caya)
Shutter Count: less than 20K
Warranty unfilled.
Complete package.
Strap.
Kingmax SD card 8GB class 10.
Charger.
VGA cable.
Box, guide book, EOS software CD, everything included in the box.


Tamron 17-50mm f2.
8 non VC.
1 1/2 year.
RM 700.
Condition: 8/10 (grip getah da kembang, longgar ckit)
Image quality still ok.
No fungus.
Bagi free UV filter(clear) 67mm.
Kotak pun ada lg kalo nak...


Dua2 beli sehari sebelum raya cina taun lpas...Boleh nego lagi ckit2..amik satu set boleh murah... ;)

Reason selling: nak meminang miss X... ;p

COD area Jitra, Alor Setar, Sungai Petani, Penang, Seberang Jaya.

Call: 012-5816599 (Jan)

(^_^)v


Red Velvet cookies open for orders...


1 balang 50 keping
RM25

sesiapa berminat untuk order, boleh la order di Sweets Houze....

selalunya kita makan red velvet cake or cupcakes je kan...kali ni, jom kita cuba makan cookies plak...dijamin sedap...

(^_^)v


Hari Isnin yang lalu pada jam 5.30 petang...aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari en.osbon...

ayah mentuaku telah kembali ke Rahmatullah...


Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat...

Assalamualaikum...

di hari Isnin yg mendung ni, aku nak cite pasal makanan...nyum nyum...

Nasi goreng ayam 3 rasa...tak sama macam ikan masak 3 rasa tapi ini adalah ayam yang ade rasa 3 jenis...percik, bakar dan tak tau name sebenarnye ape...yang pasti tiga-tiga ayam sedap...makan dengan nasi goreng biase je...

Nasi goreng ayam 3 rasa

Ayam tak tau nama ape...

Ayam bakar

Ayam percik

price untuk menu ni rm35, boleh makan 2-3 orang...aku yang makan 2 orang pun tak abis, sangat banyak hokehhh...tu pun jenuh nak menelan...

Soda Herbs

pastu air, aku order air feveret...soda herbs atau ade orang kasi nama air sampah...sebab banyak sangat sampah sarap daun-daun dalam air tu...ade daun pudina, daun parsley (kalo tak silap mata aku nengok la kan), serai, lemon dan satu tin longan...harga murah je, rm8 untuk gelas besar yang boleh minum untuk 2 org...kalo minum sorang, konpem perut korang kembung air je tak leh nak makan...

aku suka gak makan kat situ, sebab banyak makan best-best...walaupun nampak cam mahal, tapi portion dia sangat la banyak...boleh share-share je...tak yah mengketedarah sorang-sorang, konpem tak abis...

sape yang tak penah pergi tu, boleh la terjah William's dekat Kelana Jaya, SS26 berdekatan dengan Plaza Mayang...

(^_^)


Pesta Durian di Sri Pentas kembali lagi!!!yippiee!!!

boleh makan durian sampai kenyang...


skang aku sedang mengira waktu untuk turun makan durian...hehehehe...

(^_^)v


berita baik untuk peminat-peminat Starbucks yg berada di area Cyberjaya dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya...

Starbucks bagi Free Donut untuk customer yang membeli handcrafted beverages (dalam bahasa senang nak paham, Frappucino la) through Drive Thru...


bermula dari semalam sampai la 15 July ni...setiap pembelian akan dapat donut free...

kenapa lah starbucks tak bukak drive thru kat area Petaling Jaya...pastu buat promotion macam ni...konpem aku antara orang-orang yang akan pegi beratur dengan kereta and beli...

tapi kan, kalo ade orang area sane nak tolong belikan and belanja, sangat la dialu-alukan....hehehehe...

*aku ni dah macam promoter plak, inform pasal promotion je...anyway, best jugak kan share-share benda-benda begini...heeeee...

(^_^)v


tak ku sangka, cempedak jadi nangka...ehhh...

ingatkan BE dah tak mau nak jengah dah blog aku ni, rupanye ade lagi...hehehe...mekasih ye Nuffnang...


yang peliknya, time blog aku tak active dengan entry la BE nak datang, time active takde pun...hmmm...pelik bin ajaib...


think positive, maybe semua ni hanyalah kebetulan semata-mata...tiada kena mengena samada active atau tidak berblogging ni... :)

papepun, happy sebab ade BE...moga pasni dapat la BE dengan banyak lagi...

(^_^)v
berita sungguh mengejutkan...

sumber dari FB mengatakan sistem Aircon di Paradigm Mall jatuh dari Siling dan menghempap Starbucks...

nasib baik takde sape-sape kat situ...

gambar diambil dari sini...

kalo kena hempap ni, boleh mati...besar plak tu aircon nye...

pihak  Paradigm Mall harus buat sesuatu...mall ni baru je dibuka beberapa bulan lepas, dah ade incident...dan nampak seperti tak selamat untuk berada disana...adakah insiden ni berlaku disebabkan pembinaan mall ni yg dibuat secara cepat kerana ingin mengejar deadline?

berdasarkan pemerhatian aku lah kan...bile lalu depan Paradigm Mall ni, nampak lagi ade bahagian tak siap lagi, tapi dah dibuka untuk public...adakah keselamatan public diambil kira semasa pembinaan bangunan ni?hmmmm....

tapi secara logiknya, kalo bangunan ni dah dibuka untuk public, mesti lah ciri-ciri keselamatan tu diambil kira kan...kalo ciri-ciri tu ade, nape insiden begini still boleh happen erkkk...

bila tau cite begini, nampak gayanya, aku takkan jejak lagi lah kaki ke situ sampailah keadaan kembali selamat...

(^_^)v


Mai mai mai singgah dan beli di Dress Like Us...


menawarkan tudung, baju dan perfume dengan harga yg berpatutan...






sekiranye korang berminat, boleh la melawat page Dress Like Us...

(^_^)v


4 Julai 2012, bertempat di Grand Dorsett Subang....aku dapat menyaksikan si aktress yg cantik jelita lagi menawan, memenangi Anugerah Stail EH! 2012...tak lain tak bukan, Fazura la....ohhhh....seriously she's so gorgeous...and her shoes, aduhai, giler cantik doohhhh....and so friendly...macam mane kat twitter dia rajin melayan fans dia, camtu la dia kat luar...artis macam ni la yg kita nak kan...bukan kat twitter je friendly, tapi kat luar, berlagak nak mampus...mengalahkan DIVA...

ok, back to the main story...

sebenarnye aku dapat invitation ni pun, sebab aku ade masuk contest majalah EH! kat FB...dan seperti biase, aku memang takkan bajet la nak dapat pape kan...one fine day, aku dapat email, kata aku dapat single invitation untuk event ni...happy tak terkata la kan dapat pegi event majalah favorite aku... :)

suasana majlis

me in simple outfit..

Emcee malam tu adalah Nabil dan Karl Shafek...memang tak kering gusi la ngan gelagat mereka berdua ni...especially si Nabil...bukan main laser mulut kauuu...hahahahahaha...

bab makan plak, memang sedap...dalam banyak-banyak makanan, bread butter puding tersangat la sedap...tapi lupa plak aku nak capture gambar, sebab sibuk makan and bertwitter...hehehe...gambar main dish je aku capture...


majlis malam itu berlangsung dengan kehadiran ramai artis...nak tengok sape yang hadir malam tu, jom layan gambar...

Clockwise : Nabil, Shah Iskandar, Adira, Sabhi Saddi

Clockwise : Rozita Che Wan, Noh Hujan, Mizz Nina, Shila Amzah

Clockwise : Siti Saleha, Ezlynn, Shila Amzah & Sharnaaz, Zain Saidin

Clockwise : Karl Shafek, Sari Yanti, Fazura, Wan Sharmila

Clockwise : Awi Rafael, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Kamal Adli

Clockwise : Juliana Evans, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Sazzy Falak, Aishah Sinclair

Clockwise : Ryzal Jaafar, Artis x kenal, Nur Fathia, Siti Saleha, Juliana Evans, Budiey

ade jugak artis yg tak sempat aku nak bergambar sebab ade yg balik awal dan ade jugak yg peminat kerumun ramai-ramai, so payah nak mencelah....tapi semua artis yg aku amik gambar ni memang sporting habis, kecuali si kekwat...memang aku tak berkeinginan nak amik gambar ngan dia, bile tengok ke attitude nya... *memang happen depan mata sendiri hokeyyy

with Yana Yassin
paling best malam tu, jumpa kawan blogger, Yana Yassin dan kengkawan baru...

wahai kawan-kawan baru ku, kalo dah ade gambar nanti, inform I ok...bleh tempek kat sini jugak... :)


Thanks a lot to Blu Inc Media for the invitation...tahun depan, kalo ade lagi, nak join lagi...hehehe...

Ni full result untuk Anugerah Stail EH! 2012 :

Selebriti Harapan Pilihan - Izara Aishah
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik - Fauziah Gous
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak - Anding AF2
Jurusolek Selebriti Pilihan - Najeeb Azami
Pereka Fesyen Selebriti Pilihan - Rizman Ruzaini
Selebriti Mesra Peminat - Shila Amzah
Pasangan Selebriti Pilihan - Noh Hujan & Mizz Nina
Selebriti Wanita Paling Seksi - Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Paling Seksi - Hans Isaac
Selebriti Paling Fotogenik - Scha Alyahya
Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Fasha Sandha
Model Pilihan Majalah - Tengku Azura
Selebriti Serba Boleh - Aznil Hj Nawawi
Selebriti Pencapaian Terbaik - Dato' Siti Nurhaliza
Selebriti Wanita Paling Bergaya - Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Awal Ashaari
Anugerah Stail EH! 2012 - Fazura


(^_^)v

Bagus untuk diamalkan setiap hari...




1. Bangun pagi-pagi
2. Berdiri tegak.... tundukkan kepala, tatapkan mata ke perut
3. Bongkok kan badan...
4. Buka baju
5. Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan: "Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu...!! 


selamat mencuba...hahaha...

(^_^)v


Bersama Dato's Siti Nurhaliza di Anugerah Stail EH! 2012....


sangat suka dia, sebab boleh spend time bergambar ngan peminat nya walaupun ditarik oleh bodyguardnya...

*mood, bengang dengan sorang artis ni yg kekwat...

she so gorgeous yesterday...kalo tak silap, baju dia semalam designed by Rizman Ruzaini...


source gambar dari Yana Yassin...thanks dear tolong amikkan gambar semalam...

(^_^)v


Bermula 2 July sampai la 6 July, The Manhattan Fish Market (MFM) dengan berbesar hatinye, buat promosi untuk sesiapa yg LIKE FB The Manhattan Fish Market ni...


Buy 1 Free 1 untuk meal Feeesh 'n Cheeese pastu siap dapat soup of the day dan air...

boleh jimat RM30.70 tau...

korang cuma perlu tunjuk kat staff MFM mase nak order bukti yang korang dah like page FB guna smartphone...then akan terus dapat menu ni...


aku dah makan semalam...dan aku paling suka fries & cheese tu...sedap oooo...portion pun banyak...memang meal ni mengenyangkan lah...

so korang, gi la terjah...bukan selalu MFM nak buat promo camni kan...

Jangan lepaskan peluang ni selagi masih ada... :)


dan jangan lupa LIKE FB MFM tau...click kat SINI untuk ke page MFM...

selamat menjamu selera... 

(^_^)v

Powered by Blogger.