50 Diet Hebat, Badan Sihat

10 Comments

sape yang nak kurus, angkat tangan!!!!

eh eh eh...cam nampak kan sape yang angkat tangan tu...hehehhehee...

welllll...sape tak nak kurus kan...aku pun dalam proses nak kurus dan sehat...tak nak kurus tapi sakit...tu tak syok...nanti muka pucat je walaupun body dah kurus murus... :)

tengah duk belek-belek magazine, aku terpandang satu artikel menarik yang boleh dikongsi ngan korang-korang sekalian...dari majalah Nur, keluaran Mac 2012...


50 cara diet yang boleh diamalkan...yang tentunya korang akan kurus and at the same time korang sehat dan nampak muda sentiasa...hehe...ni tip-tip nyeee...

1) Mulakan dengan Bismillah.
2) Gunakan tangan kanan bukan tangan kiri sebab syaitan akan ikut makan dan minum sekali...tak baik makan tangan kiri tau...
3) Ambil makanan yang berhampiran supaya tak kelihatan terlalu gelojoh.
4) Rasulullah mengalakkan hanya mengunakan tiga jari sahaja ketika makan.
5) Jangan mencela makanan. Ambil makan yang hampir dengan korang dahulu. Yang lebih baik, ambik makanan yg depan mata dulu, pastu baru kisah amik makanan yg jauh dari pandangan.
6) Tidak bersandar ketika makan.
7) Mula makan dari bahagian tepi (pinggir) pinggan supaya mendapat keberkatan makanan.
8) Cara Rasullullah ialah menjilat jari setelah selesai untuk mendapat keberkatan.
9) Baca doa selepas makan supaya makanan yang dihadam memberi kesihatan berpanjangan.
10) Elakkan berfikir makan semua atau apa-apa. Berpuasa bukan cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Korang perlu makan kalori yang cukup dan menguruskannya dengan bijak.
11) Potong buah-buahan yg korang suka dalam potongan yg kecil bagi menggantikan snek yg tidak sehat. No keropok keropok pleaseee...
12) Elak makan makanan ringan dari balang. Ini disebabkan korang tidak akan menyedari berapa banyak makanan telah dimasukkan ke dalam mulut.
13) Pilihlah roti bijirin sebagai kudapan harian.
14) Elak makan makanan yg mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca label maklumat pemakanan sebelum makan.
15) Rekod semua makanan yg anda makan selama 2 minggu. Konpem korang tak percaya intake korang selama ni camne ghupanya...
16) Elakkan or gantikan mentega dengan mentega rendah lemak.
17) Rajinkan diri membawa botol air sendiri ke mana sahaja korang pergi. Ini boleh elakkan korang dari minum minuman bergas atau air manis.
18) Sekali sekala tu, detox la badan korang. Buangkan benda-benda yg tak baik dalam badan supaya badan sentiasa rasa fresh.
19) Jangan skip breakfast dan lunch. Dinner tu, amik la makanan yang ringan seperti buah-buahan.
20) Cari geng untuk berdiet. Sebab cara cenggini korang akan lagi semangat nak kurus sebab ade teman yg same-same semangat nak kurus.
21) Sebelum start diet, ambik tau tabiat buruk yg boleh rosakkan diet. contoh cam, kalo suka makan snek and malas gi gim, terbalikkanlah tabiat tu erkkk...
22) Banyakkan minum air kosong.
23) Bile makan tu, banyakkan makan sayur ye. Banyak nutrisi, kalori pun rendah.
24) Jangan amalkan diet waktu bekerja je, hujung minggu belasah makan banyak-banyak. cara cenggini memang salah. memang tak nama diet la. kalo nak diet, biar berlarutan sampai ke hujung minggu ye, no skip skip diet.
25) Buat jus buah-buahan sendiri mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting, minum tanpa gula yeeee...manis buah tu dah cukup dah untuk badan, takyah nak tambah-tambah lagi dah..
26) kurangkan makan salad di restoran sebab salad tu dah bercampur dengan mayonis which is, tak sehat jugak, tak diet jugak..better buat salad sendiri ye..makan saja, takyah la bersoskan mayonis...
27) untuk pengemar coklat, pilihlah coklat rendah lemak.
28) Time PMS memang sedia maklum, selera makan makin menjadi-jadi. so lawan la balik dengan makan kacang almond. at least, boleh kurangkan selera makan yg menjadi-jadi tuu..
29) Pilihlah makan yg direbus berbanding yang digoreng, dibakar atau yang bersantan.
30) Jadikan saderi tu sebagai snek dan teman rapat sepanjang diet,
31) Lagi senang kalo dapat korek dari kawan-kawan yang kurus jaga badan, tips yg diaorang amalkan.
32) Gunakan penyepit untuk melambatkan metabolisme makanan.
33) Kalo bosan dan terasa nak makan je, baik korang cari aktiviti yg keluarkan peluh dan lupakan pasal makanan.
34) Bile nak diet ni, tak leh stress, kang tak menjadi. kena tenang, fokus and relaks je..
35) Amalkan yogurt rendah lemak.
36) Tambah cili or rempah untuk meningkatkan metabolisme badan.
37) kurangkan makan di luar ye, seboleh-bolehnya masak la sendiri sebab kita boleh control sendiri jumlah kalori yang diambil.
38) Banyakkan membaca artikel mengenai diet yang sehat dan amalkan.
39) Tido kena cukup 6 jam dan tak lebih dari 8 jam.
40) Susu soya adalah alternatif yg baik daripada mengambil susu rendah lemak.
41) Minum teh hijau tanpa gula.
42) Kacang bagus untuk pembakaran lemak yg maksimum.
43) Gunakan tangga dari lif. Exercise la skitttt..
44) Kurangkan garam dalam makanan.
45) Jangan ade bajet untuk makanan ringan. Buangkan dari pikiran nak makan snek ke ape ke. Kurang-kurang jimat duit dari perabis ke makanan ringan jee..bleh guna duit tu untuk benda lain plak...
46) Pisang adalah makanan diet yg paling terbaik, sebab kandungan kalium yg membantu prestasi otot dan mengawal paras air di dalam badan.
47) Makan secara perlahan-lahan, sebaik-baiknya kunyah sebanyak 40 kali seperti Rasullullah S.A.W.
48) Vitamin D akan membantu mendapatkan lebih banyak kalsium yg akan mempercepatkan lagi proses metabolisme.
49) Minum la teh herba dan jadikan sebagai minuman kegemaran ye walaupun tak sedap.
50) Minum segelas air yg ditambah dengan jus lemon skit untuk membantu meningkatkan metabolisme.

yeah!!!tu la 50 tip diet yang boleh korang amalkan...kalo nak diet and nak kurus, buatlah...kalo tak nak, terserah la pada korang erkkkkk...anyway, selamat mencuba tips ni yeee... (^_^)v




You may also like

10 comments:

  1. wah, pasti kurus kalau ikut petua ni.. :)

    ReplyDelete
  2. fuuuhhhhh.. banyak sungguh tipsnya!! :)

    ReplyDelete
  3. number 24 tu susah laaa.. lagi2 nak raya.. hahahaahaaa

    ReplyDelete
  4. no. 2, 37 & 39... selalu xboleh nak kawal. huhu... :(

    ReplyDelete
  5. tengah berdiet. Petua yang bagus. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. terbaekk... nice sharing. lagi2 buat orang yang nak kahwin ni, asyik nak diet je. ngeee

    ReplyDelete
  7. oyeahh oyeahh . nak kurus ! huhuhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.