Tengok Rehearsal AJL

2 Comments


salam hari ahad!!!!

hari yang dinanti-nanti dah tiba akhirnya...yeay!!! Anugerah Juara Lagu is tonight!!!

jangan lupa tengok tau...best!!!

semalam aku ngan en.osbon, wahyde & cousin-cousin aku gi tengok rehearsal AJL...tahun ni aku malas nak tengok LIVE...tiket memang dah sah-sah tak dapat...kalo dapat pun, aku malas nak pegi jugak sebab nak kena berebut-rebut ngan orang ramai nak cari port best untuk tengok AJL...so decide gi tengok rehearsal je...konon-konon, bleh duduk dekat ngan stage dan dapat tempat yang selesa skit nak tengok sebab konpiden orang mesti tak ramai nya...(bajet cam tahun-tahun lepas, rehearsal open to staff je)...

sekali, hamik kau...sampai-sampai je kat stadium, giler panjang kena beratur...dah ghupa macam datang tengok LIVE je...haishhh...pasrah sebab kena beratur jugak...sob sob sob...tag staff pun tak laku...so double sob sob sob...

*pic beratur tak amik pun, sebab sibuk nak masuk stadium cepat2...hehehe...

semalam rehearsal pun start agak lambat, dalam kul 10 lebih camtu (penat kena tunggu sejam lebih...huhuhuh)

yang pasti, aku kagum ngan AJL stage tahun ni...cantikkk siot!!!!


sorry gambar tak cantik...ni je yang termampu aku capture...

rehearsal semalam boleh dikatakan banyak artis tak all out...yang betoi-betoi perform pun semalam, Alyah, Hafiz and monoloque...yang lain-lain tu, cam so-so je...pastu gimik-gimik semua disimpan untuk arini...so tak tau la ape yang gempak nye gimik-gimik setiap artis...nak cite lebih-lebih pun, kang tak surprise plak kan...so, tunggu je la malam ni errkkkk...

kat sini aku share susunan performance 12 finalis malam ni...

1) Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
2) Sedetik Lebih - Jacyln Victor
3) Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
4) Penakut - Yuna
5) Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
6) Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7) Karma - Faizal Tahir
8) Kisah Hati - Alyah
9) Sungai Lui - Aizat
10) Gadis Semasa - Yuna
11) Awan Nano - Hafiz
12) Beribu Sesalan - 3 Suara

opening & closing AJL memang best...korang wajib tengok malam ni...

ok lah...tu je aku nak share ngan korang pasal rehearsal semalam...

jangan lupa malam ni...kat TV3...Anugerah Juara Lagu ke 26...

untuk sape-sape yang takde tv...boleh la tengok secara online kat www.tv3.com.my/ajl26...atau boleh dengar di radio HOTFM, lebih hangat dari biasa...selamat menonton!!!!! (^_^)v

aku bajet 3 suara or alyah or hafiz yang menang malam ni...

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA untukku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujur saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus ter ang tentang statusmu. Benarlah kata orang, "KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..




You may also like

2 comments:

  1. Bestla korang dpt gi rehearsal.. Jeles2... Sebagai peminat faizal tahir, memang aku mengharapkan dia jadi juara.. tp bukan rezeki dia.. Lagu awannano memang best jugak..

    Hafiz sempoi semalam.. Mesti jadi antara persembahan yang akan diingati.. Seingat aku, mana ada artis yg sanggup pakai tshirt dan seluar trek je naik stage AJL.. hehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.