semalam mase drive balik umah, lagu ni dimainkan kat HotFM...

lagu lame tuu...best ooo lagu ni...

aku siap nyanyi-nyanyi dalam kete...sib baik sorang-sorang, so tak kisah la kalo melalak pun kan... :P

untuk sape-sape yang masih ingat lagu ni, jom nyanyi...



Lirik :

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa 


best kan lagu ni... :) 

 kalo tak silap aku, lagu ni femes tahun 90-an...time tu aku duk skola menengah lagi...n dulu aku siap hafal-hafal lagi lirik lagu, sib baik semalam ingat lagi, tu yang boleh melalak tu...hehehehe...





 
Alhamdulillah...rezeki rezeki...terima kasih Nuffnang coz bagi peluang untuk dapat buffered earning lagi...


jumlah terpaksa diblurkan ye...sebab tak banyak mana pun

BE ni aku dapat minggu lepas...tak lame selepas BE no 9 (dah tamat dah BE ni 2 hari lepas)...

aku ingatkan dah tak dapat BE dah, sebab last month aku jarang-jarang sangat update blog...dan kalo nak dapat BE ni balik cam amik masa lama gak kan...tup tup, dapat lagi BE sebab aku aktif balik berblogging...alhamdulillah...

kawan-kawan, kalo kita nak ads sentiasa running kat blog, rajin-rajin la update blog...insyaAllah, ads akan sentiasa ada untuk kita...


*dan jangan lupa ilmu-ilmu yang disharekan oleh blogger-blogger otai, aplikasikan dalam hidup berblogging...dan aku sangat-sangat berterima kasih pada mereka-mereka sebab berkongsi bermacam-macam ilmu yang sangat membantu...tanpa ilmu-ilmu tu, susah jugak aku nak merasa benda-benda camni...

Nak wish Selamat Pengantin Baru pada dua orang kawanku yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini...


Aida & Amir - 25/11 (Nikah) & 26/11 (Reception)

Nikah

Reception

Picture credit to Umi



Intan & Razif - 27/11 (Nikah & Reception)

Reception

Picture credit to Eijan



Selamat Pengantin Baru kepada kamu berdua...

Semoga kekal sepanjang hayat...

cepat-cepat tambah ahli...hehehee...

n welcome to the club...


aku suka tengok video clip dia...

walaupun nampak cam ala2 Agnes Monica, tapi bagi aku tetap menarik and superb...

aritu mase aku tengok pembikinan video clip ni, banyak gak lokasi yg diaorg pergi...praktis menari pun dekat 2 bulan semata mata nak buat video clip ni...hasil penat praktis ape semua tu, video memang superb jadi nya...syabas la Stacy and the team...

jom layan video clip Kasanova dari Stacy...


Lirik :
dahulu ku kenal dia
jejaka idaman Malaya
semut pun tidak mati dipijak
lemah lembut bicara..

semakin ku buka hati
semakin buka mata..
dia berselindung untuk
mengaburi langkahnya

kini ku tak mahu
ditipu dengan
si pencabul kalbu

Mula mula ku benar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya

Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka

Di tawan bunga (kasanova)
Semenjak terkena (kasanova) (2x)

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain..ohh..ohh

Sia sia aku setia
Rupa rupanya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo..ohh..ohh

kini ku tak mahu
ditipu dengan
si pencabul kalbu

Mula mula ku benar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya

Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka

Di tawan bunga (kasanova)
Semenjak terkena (kasanova) (2x)

kini ku tak mahu
ditipu dengan
si pencabul kalbu

Mula mula ku benar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya

Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka

Di tawan bunga (kasanova)
Semenjak terkena (kasanova) (2x)


kan best kalo dapat menari cam stacy, konpem leh kurus cepat...hehehe... *berangan


Dalam banyak2 baju retis malam Festival Filem Malaysia ke 24...aku rasa baju si Fazura & Lisa Surihani je yg cantik...ala princess gitu...i loike!!...


baju si Fazura ni nampak cam baju cinderella kan...mula2 aku tengok time dia naik pentas, aku dah terpegun ngan baju dia...sangat2 cantik...rekaan Rizman Ruzaini kalo tak silap aku la...dan kasut nye...adakah Christian Louboutin??...haaa..kena tanye tuan punya badan...kalo tengok ke tapak and cara design, aku dah bleh agak cam kasut Christian Louboutin...tapi tak tau la kalo ade brand lain kan...sebab setahu aku, si Fazura ni memang suka kasut Christian Louboutin...


baju Lisa Surihani pun sangat cantik...detail kat badan memang sangat2 cantik...sesuai je ngan dia kan...tapi aku tak tau la plak sape designer baju ni...adakah Rizman Ruzaini jugak??aku main agak je, dari signature yg kat bahagian bawah dress ni...kalo sape2 leh konpemkan, gitau la aku erk...saje je nak kepochi...hahahahahhaa...


korang perasaan tak, both baju yg aku suka ni kan, dua2 kaler biru & kelabu...hehehee...kebetulan je terberkenan kan...ahahahaha...


both picture kredit to Budiey


Green Tea or Teh Hijau yg dah menjadi minuman wajib aku setiap hari...tanpa green tea sehari, aku rasa cam tak best...rasa bersalah kat diri sendiri pun ade...heh...

sebenarnye aku sendiri baru start minum green tea ni...ade kot dalam 2 3 minggu ni je...tujuan minum sebab aku nak menguruskan badan yg dah bam bam ni...huhu...

at the same time, aku nak menjaga kesihatan la...green tea ni kan banyak khasiat nye...

1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi · Green tea boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2.Membantu mengawal paras gula darah · Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah · Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun · Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan aras kolesterol · Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah · Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman.

point no 6 tu sangat penting untuk aku, sebab itu tujuan asal aku minum green tea..hehe..kalo tak kerana nak kurus, mungkin payah kot aku nak minum green tea ni...dah la aku tak suka rasa and bau dia yang tak best tu...sepanjang hidup memang tak suka minum green tea ni...tapi skang, dah kuat mental n fizikal n gagahkan diri untuk minum hari2 sampai la dah menjadi minuman wajib aku...orang kata alah bisa tegal biasa...dan dengan harapan minum green tea, aku dapat menjaga tubuh badan aku dengan menjadi sehat dan kuat... :D

Ni Green Tea yg aku minum

Sehari 1 paket sahaja

Ni bekas minuman aku...hari2 bancuh dalam ni


aku nak suggestkan sape yg nak kurus, boleh la minum green tea ni, tapi make sure la minum tanpa gula ye...kalo bancuh ngan gula, takde maknanye nak kurus...sebab gula tu sendiri tu pun leh mengemukkan, so takkan capai target nak kurus kalo minum dengan gula...

untuk yg nak kurus, jom la same2 kita kurus dengan minum green tea ni... (^_^)v


this song is so nice...love it...


The lyrics :

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

 Semalam, bertarikh 20.11.2011, berlangsung nya Festival Filem Malaysia ke-24...

dan aku, as usual, menjadi pengulas tak bertauliah di twitter...hahahaha..

penuh timeline aku ngan update dari FFM24... :D


memula aku ingatkan takde live kat TV...sebab setahu aku la yg tak berape arif ngan bidang hiburan ni, FFM selalu nye takkan on air kat TV..tapi katanye, sebab ASTRO nak sponsor slot dan macam2 lagi, that's why la ade LIVE semalam kat Astro Prima...aku dapat tau kata ade LIVE pun, dari member2 aku kat twitter sebab mereka berkata2 mengenai red carpet yg berlangsung sebelum tu...dimana aku terlepas saat2 nak tengok baju2 retis ni..huhuhu..


overall, aku rasa biase je majlis nya...meriah sebab Johan, Kak Ogy, ku rasa cam over skit...tapi gandingan mereka berdua memang agak menyelamatkan majlis yg kurang meriah tu...better than tetttt... :P paham2 sendiri je la erk...


ni keputusan keselurahan yg aku amik dari abg budiey nye blog...hehehe...

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FFM24

Kategori Poster Filem Terbaik
Pemenangnya Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Kategori Kesan Khas Visual Terbaik
Pemenangnya Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Pemenangnya Adik Mia Sara Nasuha

Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Pemenangnya Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)

Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Pemenangnya Nadia (Filem Cun)

Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
Pemenangnya filem bertajuk Great Day

Kategori Lagu Tema Asal Terbaik
Pemenangnya Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain

Kategori Pengarah Harapan Terbaik
Pemenangnya En Jurey Rosli (Filem Libas)

Kategori Filem Pendek Terbaik
Pemenangnya Filem Bertajuk The Other Side

Kategori Filem Animasi Terbaik
Pemenangnya Mushroom Head (Multimedia University)


PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA

Filem BoxOffice: KL Gangster
Skor Muzik Asal Terbaik:Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
Pereka Kostum / Busana Terbaik: Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof – KL Gangster
Penataan Bunyi Terbaik: Hisham Jufri – Filem KL Gangster
Cerita Asal Terbaik: Martias Mohd Ali – Filem Libas
Lakon Layar Terbaik: Syamsul Yusof – Filem KL Gangster
Sinematografi Terbaik: Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik: Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Faezah Ilai – Filem CUN
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shofi Jikan – KL Gangster
Pelakon Wanita Terbaik: Siti Shahriza (Eja) – Janin
Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam
Pengarah Filem Terbaik: Syamsul Yusof
Filem Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa.

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS
Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS FFM24: Filem Kongsi
Pencapaian Gemilang FFM24: Datuk Michelle Yeoh
Pencapaian Sepanjang Hayat FFM24: YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin

ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24: Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin


memang semalam, Filem Hikayat Merong Mahawangsa memang menang besar...mengalahkan pencabar Filem yg hebat jugak, KL Gangster...


sampaikan nak umum Filem Terbaik pun, aku bajet KL Gangster yg dapat, or tak pun Hikayat Merong Mahawangsa...sebab 2 filem ni je yg duk bolot anugerah semalam...


Anyway tahniah la kepada pemenang2 FFM24...



*kalo tiap2 tahun FFM buat LIVE kan best, daripada tunggu update dari org je...at least ade la banyak anugerah yg boleh ditonton oleh kami or senang cite, aku la tu...hehehehe...


akhirnya, aku berjaya jumpa lirik lagu Penerang Hati ni...

pada yg menantikan lirik lagu ni, nah, aku bagi kat korang lirik nya...

n thanks pada mereka yg sharekan lirik ye...


Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ulang Chorus 2x


nak tengok official video nye, sila la ke entry INI...


Entry yg di up kan oleh BeautifulNara 2 3 hari lepas...kalo tak silap ari khamis aritu kot...

aku cam biase la baca entry BN...sebab memang hari2 pun aku buka blog BN ni...

so bagi aku, bila baca je dah tau dah kata sponsored post...so baca gitu2 and tak terlintas langsung nak baca komen2 yg banyak2 kat bawah entry tu...

pastu semalam bile nampak tweet Nara yg ni...


aku pun pantas la buka balik entry tu dan baca la komen2 yg sangat berlambak tu kan...

korang nak tau ape respon aku? aku gelak lagi ade la...aduhai korang ni, name pun entry iklan...tak perlu la nak tengok sedetail2 nya...dia buat camtu kan sebab nak memenuhi permintaan advertiser...tak payah la pi kutuk wife dia kaw2...sian wife dia...dah la tengah pregnant, kena hentam plak tu...adeh...

ni aku tempek sebahagian komen2 kat blog BN ni...




kalo korang nak baca lagi, gi la kat blog BN ye...klik SINI untuk ke entry yg disebutkan...


bile dah baca komen banyak2 ni kan...ade 1 pengajaran yg aku dapat...

walaupun kita bebas bersuara di blog sendiri, orang lain pun bebas bersuara di blog kita...kita kena lah bersiap sedia utk dihentam, dimaki, dikutuk dan macam2 la...sebab setiap orang pemikiran nya kan berlainan...cam aku suka cakap, Different People Different Thoughts...so kena la hadapi nya jugak camne pun...


itu sahaja yg aku nak bebelkan....patutnya entry ni di up kan semalam...tapi disebabkan malam semalam aku kusyuk melayan Separuh Akhir Muzik Muzik dan mengupdate twitter sepanjang masa, maka tak sempat nk taip entry ni...


Buat pertama kali nye aku dengar lagu ni time MHI kalo tak silap aku...

since that day, aku dah jatuh cinta ngan lagu ni...

aku rase best sangat dan penuh bermakna...

jom kita hayati lagu ni betoi2...


dan melody dia pun best kan...

tapi yg tak best nye, aku tak jumpa lagi lirik lagu ni...sob sob sob...nanti kalo ade, aku sharekan erk...kalo jumpa la, kalo tak jumpa...taip la lirik sendiri erk...hehehe...selamat mendengar...
Jom join contest Get The LOOK With MADAMMONDOQ


mesti korang pelik kan, nape nak get the look dari dia kan...siapakah dia, bukannya retis pn...

memang dia bukan retis, tapiiiii, dia adalah antara 4 org blogger yg terpilih sempena Maybelline's Favourite Blogger Contest...korang ade terpilih??memang tak la kan...so dah korang tak terpilih, baik korang votekan utk Madammondoq ni...kurang2 sambil korang VOTE boleh la masuk contest yg dia buat ni, leh menang hadiah...hadiah pun bukannye tak best, semua best2...aku awai2 lagi dah aim hadiah no1 and no2...kalo dapat dua2 lagi aku nak...hahahhaa...*tamak :P

meh sini aku kasi korang tengok hadiah contest Madammondoq

1st prize - RM387

2nd prize - RM201.70

3rd prize - RM107.70

4th prize - RM69.80

5th prize - 58.70

haaaa...menarik kan hadiahnye...


ok dah tengok hadiah kan...meh aku nak sambung cite sikit je lagi...


Untuk Maybelline's Favourite Blogger Contest ni Madammondoq buat makeup yg diberi nama GI Jane...ala2 ganas gitu...banyak ditekankan di bahagian mata...kalo korang nak tau camne nak cara2 nak mekap GI Jane ni, korang leh pegi ke SINI...dalam video ni, Madammondoq ajar korang camne nak mekap begitu...senang je nak paham...step by step lagi diajar...boleh je sambil korang layan video tu, korang buat sekali...pastu bile dah abis belajar mekap2, terus tekan button VOTE tau...hehehehe...


untuk join contest ni, korang perlu make sure semua syarat2 ni ditepati :
1. Buat satu entry yang bertajuk “CONTEST : Get The LOOK With MADAMMONDOQ” di blog korang. **DAH

2. Letakkan banner contest di atas di dalam entry itu dan link kan ke entry ini. **DAH

3. Korang kena VOTE Video GI JANE Contest Maybelline’s Favourite Blogger di SINI. **DAH

4. Dah tengok kan video tu? Ok kalau dah VOTE, gunakan kreativiti korang untuk mempromote Video GI JANE tadi supaya readers korang berminat nak VOTE jugak. Tak kisahlah korang nak merapu apa dalam entry korang tu, nak meracun ke.. nak meghasut ke.. nak mempropa ke.. up to korang k. **DAH

5. Letakkan ayat ini di bawah entry anda : “Hadiah Contest ini ditaja bersama Tetikusrusak.net dan HazmanFadzil.com” **DAH

6. LIKE Fanpage Madammondoq.com **DAH

7. Setelah selesai.. hantarkan permalink entry korang itu di ruangan komen di bawah aka kat blog Madammondoq. **DAH


Hadiah Contest ini ditaja bersama Tetikusrusak.net dan HazmanFadzil.com



*berdoa semoga terpilih untuk jadi pemenang...hehehe...and all the best to Madammondoq...


First time aku baca pasal benda yg bagus untuk kesihatan wanita ni kat blog RedMummy...

bile dah dapat info macam2 kat blog RedMummy, aku pun jengah la ke web http://www.mybioinfinity.com/ ni untuk baca lagi detail pasal Vibrance Kegel Device...

sebenarnye, aku ni kalo bab2 nak cantik...baik luaran atau dalaman, pantas je...sebabnye bagi aku, kalo nak mula menjaga, baik sebelum umur mencecah 30 an....bile dah masuk alam 30an, rasa cam lagi susah kot nak bertindak...ntah...tu pendapat aku je, pendapat korang maybe lain...different people, different thought rite...

sebelum aku nak go on merepek kan...aku nak tanye skit...korang lebih menjaga kesihatan luaran or dalaman or kedua2 nya sekali???

pastu, yg mane lagi senang nak menjaga, luaran ke dalaman??

kalo bagi aku, aku maybe more tu luaran...sebab luaran tu kita nampak, dalaman tu slalunye kita rasa je kan...

tapi bile pikir2 balik, bahaya jugak kalo pentingkan luaran je, n tak amik berat hal dalaman...sebab Beauty Comes From Inside...kalo luar je cantik, dalam tak cantik, tak balance la jugak kan...so baik kita balance kan dua2...supaya kita boleh sentiasa cantik dari skarang sampai la ke tua nanti...

lagipun, pabila dalaman tak sehat, secara automatik nya la luaran pn akan nampak tak sehat kan...n sebenarnye, pelvic kita ni sangat memainkan peranan penting dalam membentuk kita samada akan kelihatan sehat dan cantik atau sebaliknya...tanpa kita sedar, pelvic kita merupakan anggota yg perlu dijaga dan diamik berat...sebab boleh efek 1 badan...



dengan adanya Vibrance Kegel Device ni, ia dapat membantu korang menguatkan pelvic...kenapa penting nya kita perlu menjaga pelvic sebab nya :

Pertama
Kecantikan bermula dengan badan yg sehat...kalo tak buat senaman pelvic, konpem pelvic akan lemah dan akan mempercepatkan tanda penuaan which is nightmare to all women kan...termasuk la aku...kalo boleh taknak la tua cepat....hehehe...so kalo tak nak tua cepat, buat la Pelvic Floor Exercise yg cenggini, sehari dua kali tau...


opsss, nak tambah...menggunakan Vibrance Kegel Device ni umpama membuat Pelvic Floor Exercise tau...menarik kan...memudahkan utk wanita yg berkerjaya seperti aku...hehe..


Kedua


bile pelvic kita sehat dan kuat...secara mudahnya akan membantu korang untuk pregnant bagi yg cuba untuk pregnant...dan untuk yg tengah pregnant, boleh membantu korang membawa kandungan dengan mudah tanpa perlu rasa sakit or tak selesa...dan insyaAllah akan memudahkan proses melahirkan baby nanti...


Ketiga


Menopause...satu perkara yg juga merupakan nightmare utk kaum wanita...hehehe..sebab bile dah menopause, ade certain2 perkara akan jadi tak best...hahaha...paham2 sendiri la... :P so bile pelvic kita kuat, kita tak perlu la nak risau benda2 yg tak best tu berlaku...he he he he...


Keempat


point ni yg paling best...hahahah...boleh me'rapat'kan lagi hubungan si suami dan si isteri...hehehehehe...


Kelima


pelvic lemah, potensi organ2 (seperti saluran kencing, uterus) yg berada di dalam pelvic boleh berubah tempat adalah tinggi....dan bile berubah tempat, potensi untuk mengandung especially akan jadi tipis..kalo boleh tak nak la camtu kan...so kena la kuatkan pelvic untuk memastikan organ2 tu sentiasa berada di tempat yg sepatutnya...


Keenam


No more asyik nak terkencing je...haaa...kan tak best kalo asyik2 nak gi toilet je kan...malu weh...ha kalo tak mau malu, pe lagi kuatkan pelvic tu...bile ade masalah kencing, 1st thing, check dulu pelvic korang ni sehat ke tak...kalo sehat takpe, tak sehat, bertindak lah secepat mungkin...


Ketujuh


Bile pelvic dah kuat, jimat duit korang...tak payah nak kuar duit nak buat treatment ke, surgery ke, beli pad ke, pampers ke...tak perlu nak berulang alik ke hospital...banyak kebaikan nye kalo jaga pelvic betoi2...kan...


sebenarnya banyak kebaikannye bile pelvic kita sehat...walaupun kita wanita bekerjaya, kita tetap dapat menguatkan pelvic kita dengan bantuan Vibrance Kegel Device...kalo berminat, boleh dapatkan set Vibrance Kegel Device kat online store http://www.mybioinfinity.com/ dengan harga RM598...tapi kalo korang ni pembaca blog Kak Red, korang bleh masukkan kod yg kak Red bagi n dapat la beli dengan price RM450...

tapi aku ni, kalo boleh mahu yg FREE!!! hahahahahaa...


kalo korang nak yg FREE jugak...terjah la ke blog RedMummy...

BEAUTY STARTS WITH BETTER HEALTH

*ni adalah 1st entry aku yg bercakap mengenai hal kesihatan wanita secara agak terbuka (almaklumla, aku agak pemalu :D)...dan aku berjaya mengurangkan rasa malu tu skit demi skit...takpe, masih dalam proses pembelajaran...mane nak tau, dengan belajar buat entry camni, ade rezeki yg akan datang bergolek..mane nak tau kan...belum cuba belum tau...hahaha

Aku suka sangat lagu ni...especially yg versi Akustik...

boleh kata hari2 aku dengar lagu ni berulang kali tanpa jemu...sampai hafal la skit2...hehee


kat sini aku sharekan lagu ni yg versi akustik


aku masih menunggu official MV dari Shila...agak2 bile kuar erk...hmmm...


nah lirik aku kasi sekali, kasi korang nyanyi2 sambil buat keje...

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…


Selamat Berhibur



*Bermula hari ini, setiap petang jam 4, aku nak buat slot layan lagu...kalo sape2 nak sharekan lagu feveret masing2...boleh la tinggalkan komen ke, emailkan kat alyza8716@yahoo.com or boleh la tinggalkan mesej di twitter...di mana2 je la yg anda suka yeee...akan ku sharekan jugak disini...
Jom Shopping!!!

It's Member Sale y'all...


16-17 November 2011
J Card Members Day – Bandar Utama
Up to 70% Discount

*You are welcomed to bring along TWO friends*

Supermarket Extragaganza

Jusco Gift Voucher Redemption

Ladies Apparel

Kids & Babay Wear

Sports Bargain

Bedding Bargain

and more

Time : 9am to 11pm

source from here


Bile dapat tau je ade jusco sale...otak pun mula la ligat berpikir barang ape yg ingin dibeli...he he he he...kalo dah nama member sale, pastu plak duk keje kat sebelah One Utama je...tak sah kalo tak membeli kan..walaupun sekadar baju sehelai...hehehe...

semalam, aku dah pikir and dah tau ape yg aku nak beli...kalo mengikut list hanya 2 3 barang sahaja...kalo terlebih tuuuu...memang tabiat aku begitu, membeli di luar list yg sepatutnye...hehehe...tapi harap2 la aku tak 'TER'lebih membeli di luar list...mau kopak aku kalo over belanja...makan pasir kang sampai ujung bulan ni...dah la tak gaji lagi...tengah bulan plak tu...huhuhuh...doa2 la aku beli mengikut list...fuh fuh fuh...




*Dikala entry ini dipublish, aku dah ada kat Jusco ye, tengah bersopin...hehehe...jangan jeles!! :P


Where there has been cold, you have brought warmth; where my life was dark, you have brought light. I, Bella, take you, Edward, to be my lawfully wedded husband, my constant friend, my faithful partner and my one true love from this day forward. In the presence of God, our family and friends, I offer you my solemn vow that I will trust you and respect you, laugh with you and cry with you, loving you faithfully through good times and bad, regardless of the obstacles we may face together. I give you my hand, my heart, and my love, from this day forward for as long as we both shall live.



The vow I've made to win two tix Premiere Screening - Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1


Hopefully my sis and I selected and be the Lucky Nuffnangers... (^_^)

source from here


*Peringatan untuk diri sendiri supaya untuk sentiasa bersyukur pada yg Esa diatas limpah kurnia yg diberikan oleh Nya pada ku...



Happy Monday to all!!!

Bila tiba ari senin je, semua akan ada monday blues kan...so do i...tak terkecuali...hehehe...

eventhough ade monday blues, keje tetap kena buat jugak...so jom kita buat keje baik2 ye...

dan...

jom layan lagu Najwa Mahiaddin - Monday Blues



aku dapat tau pasal lagu ni dalam twitter 2 3 hari lepas...best gak lagu ni...n sedap sungguh suara Najwa ni...memang patut menang dalam AIM 18 baru2 ni...

so

Happy Working Friends!!

oppsss...

tak lupa jugak untuk yg amik SPM tahun ni, especially my bro..

All The Best...Do Your Best...

Semoga dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan...


Focus...Focus...Focus...


Focus on positive things, u will get the positive results...


source from here


Powered by Blogger.