KFC - nak makan lagi ke idak??

6 Comments
sejak dua menjak ni asyik tengok kat news feed fb hot pasal topik KFC ni...

ade dua tiga video dah naik pasal benda2 kotor yg pekerja KFC buat...

diri sendiri tengok pun cam dah....euwwww...gelinye...terus terpikir takmo makan KFC...dah la sebelum2 ni banyak melantak KFC...hampir tiap2 bulan ade makan KFC...aduh...

ada gak terpikir, "aku ke salah sorang yg kena benda2 kotor camtu??" huhuhu...takot oooo...tapi mintak2 la bukan aku yg jadi mangsanye...sob sob sob..

pada sesape yg dah tengok, mesti bagi respon yg same kan cam sye...untuk yg tak tengok lagi...nah, tengok kat sini...sye tempekkan 2 video yg sye jumpa kat youtube...







then lepas cari video ni, tetiba terpikir nak buka page KFC Malaysia...luckily diaorang dah kuar kenyataan rasmi pasal video2 ni...

ni kenyataan nye...


Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.


Pengarah Urusan

KFC Holdings (Malaysia) Bhd

source from here

tapi kan, walaupun dah kuar kenyataan...rasa2 nya kita nak makan ke idak KFC buat masa sekarang???hmmmm...persoalan yg perlu dijawab oleh diri sendiri...korang yakin ke tak nak makan, terpulang lah...

sye sendiri pun masih berpikir, nak makan ke idak...hmmm...


You may also like

6 comments:

  1. pikir 3-4 kali jugak ni klu nak makan. kang beli kang nak suap duk bayang2 video kopem x lalu makan

    ReplyDelete
  2. mesti kfc x bg staf bawak camera or henpon masuk keje pasni

    ReplyDelete
  3. Orang gila je yang buat kerja macam nie....diharapkan agar pihak polis dapat tangkap pekerja KFC yang tak bertauliah nie.....

    p/s: Penjara 50 Tahun!

    ReplyDelete
  4. kidfx -> same la kita...terbayang2 ngan video tu....

    ReplyDelete
  5. earnic -> kalo tak bawak nanti kalo ade emergency call camne?

    ReplyDelete
  6. Sandra -> agree!!! penjarakan org camni...tak baik betoi org camni, benda tu makanan kot, bleh buat main2 plak...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.