Takaful vs Insurans

2 Comments
bile sye promote takaful, semua orang menyangka ia adalah insurans...

sebenarnye, ade beza antara takaful and insurans ni...

meh sini nak cite skit...

sebelum tu, kalo korang rase tak leh terima ngan explanantion ni, harap maaf ye...ni pandangan aku ok...

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.


CIRI - CIRI TAKAFUL
- Sistem Islam
- Sumbangan At-Tabarru'at
- Pelaburan halal
- Majlis Pengawasan Syariah
- Tiada unsur riba
- Tiada unsur maisir (Judi)
- Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
- Al-mudharabah (Perkonsian untung)


Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Dari segi pelaburan
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;
- Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
- Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
- Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
- Harta bangunan.
- Pembiayaan perumahan.
- Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Kelebihan insurans takaful
- Sistem Islam
= Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong
= Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain
- Mengajak / mengatur menyertai
- Sumbangan dengan konsep Tabarru' (Derma bersyarat tolong menolong)
- Pahala / Kebajikan
- Ada peserta, niat murni, syarat, saksi
- Pelaburan - untung dikongsi - Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan
- Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta
- Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta
- Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta
- Pelaburan saham yang HALAL sahaja
- Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah
- Prinsip Muamalah Islam - Tiada riba, gharar , maisir dan adil
- Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai nilai serahan
- Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan
- Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah
- Zakat perniagaan dibayar
- Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur

pikir2 kan la, samada anda nak menyimpan dengan takaful atau anda hendak membeli insurans...semuanye terletak pada diri anda...


You may also like

2 comments:

Powered by Blogger.