Today deals

untuk sesiapa yg mahu menguruskan badan untuk jadi ramping...boleh la beli DEAL ni...


murah je...RM68 je daripada RM630...

dengan RM68 ni, korang akan dapat Radiofrequency Slim Spot Trim + Reshaping Rub & Wrap Therapy dekat Beyond Beauty...

dapatkan voucher untuk diri korang & kawan2...bleh kurus same2...

untuk beli voucher, sila klik sini yeeee...
bila aku dah bosan...

tv pun cite tak best...

ape yg aku buat...

adalah menukar layout baru untuk blog...

hahahaha...memang dasar takde keje...

pastu godek sane, godek sini...ntah ape2 je yg aku buat...

now, mood untuk tido sebab terlampau bosan...sigh!
saya tukar layout lagi!!!
kalo Jennifer Aniston yg pakai memang orang tak kata apa...tapi kalo aku, konpem orang kata aku tak betoi...hahahaha...

baju ni dipakai Jennifer untuk dalam cite Just Go With It...sangat cantik!! lagi2 kaler putih kan...aduhai, memang cantik...arge baju ni $259, design by Anna Kosturova...

kan best kalo dapat satu...boleh dipakai jugak, tapi kena pakai inner la kan...n style bagi nampak ala2 muslimah skit...hehe...takkan la nak pakai cam Jennifer, memang tak sesuai...sah2 kena kutuk depan belakang...haha...lagipun, idak mau ku pakai camtu...seksi sangat...tapi kalo orang lain, tak tau la camne kan...pandangan masing2... :D
alhamdulillah, semalam dapat berbuka dengan masak lomak tempoyak ikan patin...yummy!!!

tak tau la kenapa sejak 2 3 tahun ni, sangat suka makan ikan patin...

dulu2 mase kecik, tengok ikan sungai je, dah mencebik muka tak suka...skang ni, pantang dioffer, laju aje...hahaha...perubahan kat diri kot, dari tak suka terus jadi suka...bagus untuk diri sendiri... :D *tepuk tangan*

pic : pakcik google je

so semalam masa dalam keadaan tak tau nak makan ape, tetiba boleh plak teringat nak makan benda ni, terus ajak en.osbon gi beli kat belakang pasar tu....for the first time rase, sedap jugak masakan makcik ni...sebelum2 ni makan lauk biase je...pasni, kalo tingin nak makan, dah tau dah nak cari kat mane, selain Pekan Kopitiam...

kat Pekan Kopitiam punya masak lemak pun sangat sedap...masih teringat2...hehehe...

en.mox, kalo pegi kedai ayah ko, tapaukan la ikan patin untuk aku...hehehee...sesuka ati je menrequest...ngeeeee...

sape2 terliur ngan gambar masak lomak tu, bleh la pi cari sekarang, sebab dah lunch time...

~ Selamat Menjamu Selera ~
~ entry yg berada dalam draft berkurun lamenye...heh ~

few months ago, mase kitaorg tengah busy buat DRP...ade suatu hari tu, lepas setelkan keje kat DRP site, umie terus memecut keretanye ke Empire, Subang...

misi utama adalah untuk makan red velvet cake kat Whisk...

tapi entah macam mane, setiba nye kat Empire tu, boleh plak berubah pikiran...nak makan pavlova plak kat Serai...

Since masing2 tak penah merasa manisan kat situ, so kitaorg decide untuk duduk makan & merasa dessert2 yg ade kat Serai...


kitaorg meng'order' pavlova, tiramisu and banana fritters with chocolate & vanilla ice-cream...

umie nye order, banana fritters...



kak sofia nye order, pavlova...


my order, tiramisu...


kak sofia & umie with our desserts...


me, menempek muka ngan pavlova kak sofia...hehehe

price nye sye tak berapa ingat sangat coz dah lame dah makan, ye la, name pun entry lame kan...yg duk berhabuk dalam draft...hehe...

tapi ape yg boleh saya katakan...range price nye antara rm10 ke rm15...depends pada desserts yg kita nak la...dan desserts kat Serai memang sangat sedap...sye tak puas makan pavlova tu...rase cam nak lagi...

insyaAllah one day sye akan pergi sane untuk makan dessert lagi...hehehe

ade sesape nak belanja sye makan aiskrim tutti fruiti???

tetiba trase cam nak makan aiskrim...


tapi...

sye malas nak kuar pegi beli...walaupun ade outlet yg dekat ngan umah...hahaha...dasar pemalas!! :P
disebabkan isu ade bahan berunsurkan 'B...' maka nye...

No More Chicken Chop with Rice

No More Cakes

From

SECRET RECIPE!!!

pic taken mase last time sye makan nasi ni kat SR...


selagi tiada pengesahan dari pihak JAKIM, sye akan ban SR...
bile sye promote takaful, semua orang menyangka ia adalah insurans...

sebenarnye, ade beza antara takaful and insurans ni...

meh sini nak cite skit...

sebelum tu, kalo korang rase tak leh terima ngan explanantion ni, harap maaf ye...ni pandangan aku ok...

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.


CIRI - CIRI TAKAFUL
- Sistem Islam
- Sumbangan At-Tabarru'at
- Pelaburan halal
- Majlis Pengawasan Syariah
- Tiada unsur riba
- Tiada unsur maisir (Judi)
- Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
- Al-mudharabah (Perkonsian untung)


Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Dari segi pelaburan
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;
- Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
- Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
- Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
- Harta bangunan.
- Pembiayaan perumahan.
- Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Kelebihan insurans takaful
- Sistem Islam
= Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong
= Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain
- Mengajak / mengatur menyertai
- Sumbangan dengan konsep Tabarru' (Derma bersyarat tolong menolong)
- Pahala / Kebajikan
- Ada peserta, niat murni, syarat, saksi
- Pelaburan - untung dikongsi - Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan
- Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta
- Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta
- Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta
- Pelaburan saham yang HALAL sahaja
- Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah
- Prinsip Muamalah Islam - Tiada riba, gharar , maisir dan adil
- Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai nilai serahan
- Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan
- Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah
- Zakat perniagaan dibayar
- Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur

pikir2 kan la, samada anda nak menyimpan dengan takaful atau anda hendak membeli insurans...semuanye terletak pada diri anda...

tetiba terasa nak makan ni....first time makan kat Dave's Deli...sedap...makan camni pun leh kenyang tau....heh...

atas tu penuh ngan mashed potato, pastu kat dalam plak ade daging....pastu dimakan dengan gravy...

dulu2, selalu dengar Shepard Pie ni, tapi sekali pun tak penah makan...ntah camne ade satu hari tu, tetiba keinginan tu membara nak jugak merasa n makan...at last dapat jugak...yummy!!!

tengok la esok lusa ke bila2 ke, kalo berkesempatan, mau jugak ku beli ni....ngeee...

PruBSN Ummah laksana haji badal bagi peserta tak sempat ke Makkah

DARIPADA Fadl bin Abbas, seorang wanita dari Bani Khats'am berkata: "Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya Allah sudah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah SAW menjawab: Boleh."

Orang Muslim yang hendak menunaikan badal haji perlu mengikuti syarat antaranya mereka terlebih dulu sudah menunaikan haji untuk diri sendiri dengan sempurna, hanya menunaikan haji untuk seorang saja pada satu-satu musim haji dan melakukan haji mengikut yang diamanahkan.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah. Rasulullah SAW bertanya: “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu? Ia menjawab: Belum. Baginda bersabda: Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”

Sebut saja amalan menunaikan haji untuk mereka yang sudah meninggal dunia serta yang hilang upaya kekal, boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui mengenainya tetapi ada juga keliru apabila bertemu dan mendengar terma ‘haji badal’.

Prudential BSN Takaful Berhad yang menawarkan pelan takaful PruBSN Ummah sejak 3 November lalu menerima banyak pertanyaan mengenai badal haji yang termasuk dalam manfaat diterima peserta pelan takaful berkenaan.

Pegawai Syariah Prudential BSN Takaful Berhad, Mohammed Farouq Abdul Jalil, berkata badal yang bermakna ganti adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain yang layak menunaikan ibadat itu tetapi tidak berkemampuan disebabkan keuzuran atau sudah meninggal dunia.
Justeru katanya, bagi memenuhi niat peserta PruBSN Ummah yang menyimpan dengan pelan itu tetapi tidak kesampaian untuk menunaikan haji, hasrat itu akan ditunaikan melalui haji badal yang terangkum dalam manfaat pelan takaful PruBSN Ummah.

“Inilah keunikan pelan takaful PruBSN Ummah sebagai pelan komprehensif kerana selain faedah perlindungan, pelan ini turut mengambil kira tujuan asal peserta menabung iaitu untuk menunaikan haji dan umrah.

“Jika hasrat itu tidak tertunai kerana peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal, PruBSN Ummah tetap menyempurnakan niat mereka melalui haji badal yang akan dilakukan oleh pihak ketiga,” katanya.

Bagi peserta takaful yang sudah ke Tanah Suci untuk menunaikan haji tetapi tidak sempat menyempurnakannya dan perkara itu jelas dibuktikan, maka dia juga layak untuk mendapat faedah haji badal kerana manfaat itu masih tertakluk dalam pelan PruBSN Ummah.

Mohammed Farouq berkata, bagi memastikan niat menyempurnakan rukun Islam kelima itu terlaksana, badal haji akan dilaksanakan sama ada oleh penama yang dipilih peserta atau dengan kerjasama pihak ketiga iaitu Tabung Haji Travels and Services Sdn Bhd.

“Sementara itu, waris kepada jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci akan mendapat jumlah perlindungan dua kali ganda dan khairat kematian.
Selain menyimpan untuk tujuan ibadah, pelan ini turut memberi perhatian kepada kepentingan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, melihat perkembangan semasa termasuk kos menunaikan haji yang tidak dapat dinafikan semakin meningkat, umat Islam khususnya golongan muda digalakkan menabung dari sekarang sebagai persediaan perancangan menunaikan haji.

Katanya, bagi tujuan itu mereka juga perlu bijak merancang kerana selain simpanan di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Tabung Haji), tidak rugi untuk yang memasang niat menyahut seruan Baitullah mempunyai simpanan sokongan yang menawarkan pelbagai manfaat.

“Kita juga galakkan yang menyertai pelan takaful PruBSN Ummah pergi menunaikan haji dalam tempoh berkenaan supaya mereka mendapat manfaat penuh yang ditawarkan pelan ini sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.

PruBSN Ummah turut menawarkan penulisan wasiat dengan kerjasama AmanahRaya Berhad (AmanahRaya) sebagai perkhidmatan pilihan dengan kadar bayaran berpatutan bagi memudahkan pelanggan menguruskan harta/simpanan mereka.

PruBSN Ummah menawarkan pelan perlindungan dan simpanan untuk tempoh dari sepuluh tahun dengan kadar minimum RM50 sebulan.

Mereka yang berusia dari 19 hingga 60 tahun boleh menyertai pelan ini yang turut menyediakan perlindungan tambahan bagi penyakit kritikal.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi saya di 012.534.6258 atau email nuranizawati@prubsnadvisor.com.my.

source dari Berita Harian

Takafulink Cerdik ni merupakan simpanan pembelajaran untuk anak2 dimana ade bermacam2 benefit yg boleh didapati…Coverage sampai umur 25tahun…

1) Kad Perubatan seumur hidup 0.5 juta

2) Kad Perubatan tahunan = RM50,000

3) Basic sum Covered = RM50,000

4) Pampasan 36 Penyakit Kritikal = RM20,000

5) Pampasan Kemalangan = RM20,000

6) Pampasan Rawatan Setiap Kemalangan = RM2,000 (termasuk kemalangan kecil)

7) Elaun Tunai Harian Hospital = RM200

8) Elaun Tunai Harian Hospital (ICU) = RM100

9) Elaun Tunai Prosedur Pembedahan = RM2,500

10) Pengurusan jenazah = RM2,000

11) Bonus Tanpa Tuntutan = RM100

12) Dividen setiap tahun


sekiranya berminat, boleh la contact sye di 012.534.6258 atau email nuranizawati@prubsnadvisor.com.my....


saya sedia membantu demi masa depan anak2 anda

simple lunch untuk hari sabtu tu...

menu nya adalah :

Gulai Tulang Rusuk with Rebung

Lala masak halia

simple2 je...

nak masak banyak2 pun, yg nak makannnye 3 org je...so baik masak skit2 je...

nak resipi ke? hehe...nanti sye share dalam entry yg lain ye... :D
di hari sabtu yg indah ni...sye nak share something yg agak melawakkan jugak....hehehe...

ttaaaaarrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaa


kebetulan tak??

sungguh kebetulan...

hahaha...mane nak sangka boleh jadi lebih kurang same je...yg paling tak leh blah, cousins si William tu, bleh baju nye sekaler ngan stepsisters Cinderella...hahaha...lawak2...

bukan kata cousin dia je, dia pun dah pakai baju yg sekaler ngan prince charming...haha...but his so handsome with the hat...without the hat, hmmmmmm.....errrrrr....hilang handsome...n look so old...opppssssiieeeee....heh...

*caya tak? Prince William adalah jejaka idaman ku mase dolu2...ahaks...
Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan on wiper atau pancut air.Terus memandu dengan apa yg mampu dilihat hingga tiba ditempat selamat.Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia



p/s: Sebarkan benda ni pada kengkawan yg lain...

saje2 nak share something yg sangat random...

iaitu...

i love chocolate mint...walaupun ade orang kata mint tu rasa ubat gigi, but for me, mint tu sedap...hehehe...best bile rase berangin...ngeeee...

ade sape2 lagi yg geng ngan kita suka cokelat ni...sila angkat tangan....yeah!!! hahaha...
Thanks to Kenny Rogers Roasters coz datang MPB arini n buat promo yg best...iaitu

Buy 2 Quarter Meal Free 1 Quarter Meal

walaupun tak banyak choice of side dishes, but it still cheap dari normal price...

n pada sesiapa yg berminat nak lari2 untuk charity, bleh la join Roasters Chicken Run'11 for Charity...


charity ni dibuat untuk National Kidney Foundation...kalo berminat, cepat2 la register...3ooo peserta awal yg register, akan dapat free gift bernilai RM100...

gi la daftar cepat2, tinggal 4 hari je lagi....

to all ladies & schoolgirls, please beware!!!

sekarang tengah hot case simbah asid secara rambang pada kaum perempuan...

sila la berjaga2 semasa berjalan di tepi2 jalan or melintas or ape2 pun la...

sye dapat tau pasal benda ni this morning, mase tengah berjalan masuk ke opis...ade 1 kakak ni bercerita pada sye n aida...cuak gak la lepas tau cite ni...

then few minutes ago, aida sharekan pasal ni...thanks aida for sharing...

so marilah kita sama2 sebarkan dan pesan pada kawan2 kita supaya berjaga2...
korang penah makan gigi.??hehehe...

korang tau tak ade gigi yg boleh dimakan...sedap plak tu...hahaha...

korang tengok gambar gigi ni, rase2 korang nak makan x??

mesti berpikir2 kan???


meh nak cite skit....sebenarnye, this gigi adalah candy yg dibeli oleh Mak Uda ku pada adikku...

mula2 tengok, cam pikir berkali2 nak makan ke tak...ade gak terasa ngeri nak makan...tambah2 plak pi imagine cam makan gigi sendiri...lagi la tak mau nak makan sangat...

tapi adikku paksa jugak makan...dia kata sedap...

last2 ku makan jugak....nnnnnnn.....respon pertama....hmmmm....sedap jugak...hahahhaa...pastu nak makan lagi....heeeeeee....tapi dengan syarat, jangan imagine tu gigi sendiri ok...imagine cekelat suda...hahaha...

so kalo korang jumpa candy ni, baik korang cuba...memang sedap...
Happy Mother's Day to my BFF aka mama


mama,

thanks a lot sebab melahirkan, menjaga & memberi sepenuh kasih sayang pada along...dan menjadi kawan yg sangat baik pada along...tiada siapa dapat gantikan mama dalam hidup along...i love u so muchie2 and will always love you....muahssss...


to my mother-in-law,

Happy Mother's Day Mak...n luv u tooo...

tadi ade seseorang share ni kat FB...

baru ku tau potong kuku ikut sunnah cenggini ghupanye... :D
HotFm ade buat contest baru ~ Raja Karoks...


kalo korang memang jenis suka karoks...bleh la join contest ni...bleh menang duit...RM500 lg tau...pastu dapat title "Raja Karoks"

to en.osbon, anda tak mau masuk ke...mane tau leh menang2...hehehehe...

jom malam2 kita dengar radio erk...time chad & deen je...hehehehe...

sye bagi sokongan padu nih...ngeeee...

cantik la bunga tangan kristal ni...hasil kerja tangan Shajaratul...

untuk sesiapa yg nak kawin dalam masa terdekat ni, bleh la amik idea ni...

tak payah guna fresh flower dah...hehehe...

tapi...kalo nak dicompare kan harga, rasenye cam mahal lagi kot bunga tangan kristal compare to fresh flowers...ntah la, tak berani teman nak kata lebih2, pasalnye teman dah kawin, n dah berenti buat research pasal bunga tangan....

kalo ade sesiapa boleh share2 kan info pasal bunga tangan ni, gtau la teman ye...boleh dikongsi2 kan dengan bakal2 pengantin...



pic taken from here
layan lagu di petang hari...

salah satu lagu yg sye suka mase dulu...tetiba teringat... :D




I'm sitting here alone up in my room
And thinking about the times that we've been through (oh my love)
I'm looking at a picture in my hand
Trying my best to understand
I really want to know what we did wrong
With a love that felt so strong
If only you were here tonight
I know that we could make it right

[CHORUS:]
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy

I know I've been a fool since you've been gone
I'd better give it up and carry on (oh my love)
'Cause living in a dream of you and me
Is not the way my life should be
I don't want to cry a tear for you
So forgive me if I do
If only you were here tonight
I know that we could make it right

[Repeat CHORUS]

I'd do anything, I'd give you my world
I'd wait forever, to be your girl
Just call out my name, and I will be there
Just to show you how much I care

[Repeat CHORUS]


*but im not really happy rite now...sape nak happykan sye?

seperti wahyde, pepagi buta buka fb terus nampak link yg min share kan...terus cam berminat nak baca, tambah2 plak dia kata xpercaya ader gak dlm reality ni, ader lelaki yg propose camtu...

~ meladygege ~

bile sye baca, ala...bestnye dia...dipropose camtu...so sweeeettttttt...

dulu2 mase sebelum kawin, selalu berangan akan dapat proposal camtu...ye la, slalunye tengok dalam movie je, pastu berangan...konon2 angan2 tu akan kesampaian...tapi name pun angan2, tak semestinye dapat kan...papepun, sye dah kawin dah... :)

so lets the dreams remain as dreams....

*tapi kalo tetiba en.osbon nak buat camtu, ok gak...untuk anniversary...hahahhaa...berangan... :P
dapatkan perlindungan untuk anak anda dengan hanya menyimpan di prudential bsn takaful serendah rm110 sebulan...pelbagai perlindungan boleh didapati seperti perlindungan asas, critical, accident, minor operation dan banyak lagi...

tak lupa juga, bonus akan diberikan setiap tahun...

sekiranye berminat, boleh la contact saya di 012.534.6258 or nuranizawati@prubsnadvisor.com.my

*free gift untuk yg menyimpan sekarang.. :)
hi kengkawan....

camne cuti korang, best tak?

wiken baru ni sye banyak spend time with family je...n friends tooo...

memang enjoy wiken baru2 ni...

dah la cuti 3 hari, lagi la best kan...

tapi...

bile dah cuti lelama, mula la datang mood yg tak best...hehehe...mood nak cuti lagi....ngeeee...

tu la jadinye Tuesday Blues...

*tetiba je tak suka tuesday... :P

dalam cuti 3 hari ni, ade banyak story mory...nanti sye update satu persatu k...

n selamat berkerja to all... :D
Powered by Blogger.